Jumaat, 2 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Kisah Penyesalan Seorang Isteri Curang

Posted: 02 Mar 2012 10:00 AM PST

Seorang isteri telah berlaku curang kepada suaminya yang baik hati akibat keluarga si isteri yang tidak merestui hubungan mereka berdua.

Kisah yang paling terbaru ini pula adalah berkisahtentang seorang isteri yang mempunyai suami yang baik tapi tidak menghargainya dan berlaku curang. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..

Gambar hiasan: Carilah isteri yang beriman dan sejuk mata memandang. Kalau dapat yang cantik tu bonus. 

Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.

Ini kisah sedih hidup saya. Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26 tahun dan sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19 tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.

Suami hanya orang biasa, tiada pekerjaan tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup bahagia tetapi apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke kampung malah suami yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.

Di kampung, kami menumpang rumah keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia. Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu berbanding suami yang baik hatinya.

Agungnya cinta saya padanya namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak lancar. Suami ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami. Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.

Namun, sebagai seorang isteri yang baik, saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.

Dua tahun lalu, saya menyambung pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar, dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.

Saya cukup terharu dengan suami tapi bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita. Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya. Entahlah, saya pun tak faham.

Orang kampung juga suka menghasut. Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu malam, saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan. Kami menukar nombor telefon.

Kali pertama jumpa, saya nampak dia matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari suami. Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya benar-benar bahagia dengannya.

Habis pengajian, saya jadi sasau, rindu dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu mengambil berat soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah terfikir untuk berpisah dengannya.

Suatu hari kami membuat temu janji. Pada suami, saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di hotel. Hinggalah kami terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji saya sambil berkata, akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.

Sekali lagi dengan linangan air mata, saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah dengannya.

Kekasih berjanji bermacam-macam. Hilang kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari, suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih merujuk masalah pada kekasih.

Keluarga pula masih buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.

Saya jalani perasaan ini dengan penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.

Hati masih sayang dan kami sama-sama gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan dengan kekasih. Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga, kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan syaitan.

Kini baru saya sedar, dia bukan lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.

Ketika ini saya menjalani kehidupan dengan seribu penyesalan, tidak terampun dosa pada suami dan sering merinduinya tetapi kami tidak boleh rujuk lagi. Kini saya benar-benar menyesal.- Melayukini

Kedatangan Najib disambut meriah... kahkahkah...

Posted: 02 Mar 2012 09:25 AM PST

Rakyat Kelantan sambut 'meriah' kedatangan Najib

Harakahdaily,

(Antara banner yang dinaikkan untuk menyambut kedatangan Najib) 
KOTA BHARU, 2 Mac: Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan disambut meriah oleh rakyat negeri itu termasuk mengantung banner.

Di Jeli, tempat Najib dibawa oleh Datuk Mustapha Mohamad bertemu rakyat, kain-kain pemidang dinaikkan oleh rakyat kawasan itu.

Najib dalam rangka lawatannya ke Kelantan hari ini dijangka akan bertemu rakyat di Jeli, kawasan Parlimen pengerusi perhubungan Umno Kelantan.

Lawatan terakhir Najib ke Kelantan adalah Julai tahun lalu di mana beliau telah melawat daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Di Pasir Puteh, beliau telah melawat stesen teksi Pasir Puteh dan berjanji akan membina stesen teksi baru di situ.

Untuk lawatan kali ini, Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, akan mengiringi lawatan Perdana Menteri itu.

Hangpa agak Agong ada baca ka kisah nih...

Posted: 02 Mar 2012 07:06 AM PST

Demi Maruah Tuanku: Kerajaan Rakyat mohon DYMM Agong baca kisah ini

Kerajaan Rakyat mohon DYMM Agong baca kisah di bawah ini. Selepas baca, harap DYMM Agong ada rasa kebertanggungjawaban terhadap maruah sesuatu gelaran aka pingat kebesaran negara yang dikurniakan kepada rakyat jelata.

Untuk pengetahuan ke bawah DYMM Agong, hal ini penting kerna tingkahlaku seseorang penerima darjah kebesaran negara yang buruk kelakunya seperti apa yang diamalkan olih Abdul Gani Patail akan menjejaskan kredibiliti sesuatu darjah kebesaran atau pingat.

Kerajaan Rakyat bimbang andai DYMM Agong tidak bertindak tegas dalam hal seperti ini, ia akan menjejaskan maruah Tuanku sendiri sebagai Ketua Negara yang menganugerahkan pingat tersebut.

Dikesempatan ini, Kerajaan Rakyat ingin memaklumkan kepada DYMM Agong, maruah negara telah lama tercemar olih kelaku buruk dikalangan pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional baik dalam hal rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan, mencuri harta negara dan mencabul hak rakyat, malah sampai ketahap kegiatan perjudian dan persundalan. Justeru Kerajaan Rakyat tidak sanggup mendengar atau melihat DYMM Agong pula tercemar maruah lantaran sikap "lebih-kurang" terhadap pengkhianat agama, negara dan bangsa seperti manusia bernama Abdul Gani Patail.

Ampun Tuanku,
Sebelum Tuanku baca kisah durjana seorang rakyat Malaysia bernama Gani Patail di bawah ini, Kerajaan Rakyat berharap Tuanku singgah dulu di sini dan selalu-selalulah membaca di ruangan ini.

 Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.

BLOG KERAJAAN RAKYAT

TERKINI: Katak tercium cincin Rosmah... kahkahkah...

Posted: 02 Mar 2012 05:50 AM PST

MI SPIK SHEET SHEEET SHEEEEET


PERKASA ANCAM BOIKOT STAR GANTUNG EDITOR - mkini

Pertubuhan pro-Melayu PERKASA mengancam untuk menjalankan kempen boikot ke atas akhbar bahasa Inggeris milik MCA, The Star sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan tegas ke atas akhbar berkenaan atas dakwaan menghina Islam.

Ketua pergerakan pemudanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, PERKASA akan mengadakan program jelajah untuk memboikot akhbar tersebut sekiranya tindakan itu tidak dijalankan Kementerian Dalam Negeri.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... HANYA SATU SOALAN.... kah kah kah..

kah kah kah... AHLI PERKASA INI BOLEH KE BACA DALAM BAHASA MAT SALLEH?.... kah kah kah..

kah kah kah.. FAHAM KAH MEREKA BAHASA INGGERIS?..... kah kah kah..

woit...I REST MY CASE MY LORD.... kah kah kah


Bro TT

PANAS: Masak la Najib lepaih nih... kahkahkah...

Posted: 02 Mar 2012 02:00 AM PST

Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib

KUALA LUMPUR, - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

-Harakahdaily

GEMPAQ: Jantan Looser Mana Pukui bini nih... kahkahkah...

Posted: 02 Mar 2012 12:00 AM PST

SATU KES GAGALIST - JANTAN LOOOOSER

NOTA:
kalau bini minta cerai
ini tanda jantan loooser
kah kah kah

JANTAN LOOOOOOSER PUKUL BINI!


ISTERI DIKAIT KHALWAT DALAM PROSES CERAI - meloya

KUANTAN 29 Feb. - Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada pertengahan Januari lalu.

Difahamkan, alasan permohonan cerai yang dinyatakan oleh wanita berusia 28 tahun itu adalah kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya.

Menurut jurucakap mahkamah, sebutan pertama kes berkenaan telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus di dalam kamarnya Isnin lalu sebelum wanita itu memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kuantan berhubung kes khalwat dengan pemimpin PKR berkenaan.

''Permohonan dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang Darul Makmur," kata jurucakap itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...DAH NAK MINTA CERAI JANUARI DULU...kah kah kah

woit... INI RUPA RUPANYA KES INI....BARU JELAS... kah kah kah...

kah kah kah..BETUL LAA KATA KATA USTAZ BADRUL...PEREMPUAN INI MINTA TOLONG...kah jkah kah...

kah kah kah...SAHEH SUAMI INI JANTAN GAGALIST.... kah kah kah..

woit..CIRI GAGALIST IALAH .BILA ORANG PEEMPUAN TAK NAK ...DIA BUAT ONAR...kah kah kah

woit.... JANGAN BUSUKKAN ORANG LAIN...kah kah kah..

kah kah kah... JANGAN LAAA PERANGKAP ORANG LAIN...kah jkah kah..


NOTA:
ustaz badrul
sila mulakan saman
ketua jabatan agama pahang

Bro TT

HANGIT: Mahathir nak patah balik jadi Piem kot... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2012 10:00 PM PST

Pendedahan Surat Dr. M Untuk Menjatuhkan Lagi Imej Anwar

DALAM satu keadaan yang jarang-jarang dilakukan, kerajaan Malaysia semalam mendedahkan 3 surat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad kepada 3 bekas Perdana Menteri Israel era 90-an.
Walaupun salah satu surat tersebut, iaitu yang ditulis kepada Ehud Barak pada 1999, mengandungi ucapan tahniah atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri negara yahudi tersebut, tapi ia lebih kepada pembuka kata sahaja kerana keseluruhan isi surat tersebut tidak langsung menunjukkan apa-apa petanda yang kerajaan Malaysia mengiktiraf negara Israel atau mengadakan sebarang kerjasama ekonomi mahupun diplomatik dengan negara tersebut.

Jelasnya, motif pertama penyebaran surat tersebut untuk mengangkat Mahathir sebagai pemimpin agung UMNO dan pemimpin Malaysia yang anti Israel. Motif yang kedua, untuk menjatuhkan lagi imej dan kredebiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan kontroversinya untuk melindungi keselamatan Israel dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari lepas.

Hakikat sebenarnya surat-surat tersebut terikat pada waktu dan ketika ia ditulis, sedangkan kenyataan Anwar kepada TWSJ itu berkait rapat dengan Insiatif Arab dan Penyelesaian 2 Negara yang bermula dari Persidangan Annapolis pada 2007.

Seperti yang kita tahu, tidak banyak perkembangan positif dalam rundingan perdamaian Israel-Palestin sepanjang tempoh negara tersebut berada dibawah pentadbiran Yasser Arafat. Hanya selepas kewafatannya pada 2004 sahaja, barulah ada banyak kemajuan dicapai dibawah pimpinan Presiden Mahmud Abbas yang membawa kepada Annapolis 2007.

Jika keperluan melindungi keselamatan Israel ini wujud sebelum Annapolis 2007, penulis yakin, Mahathir juga akan memberikan kenyataan yang sama seperti mana disebut Anwar dalam temuramahnya dengan TWSJ.

Dengan penyebaran surat-surat ini, pentadbiran Najib akan memperolehi keuntungan berganda. Selain menguatkan lagi dakwaan bahawa negara ini pro Palestin dan anti yahudi, Najib juga tidak terikat dengan apa jua polemik politik yang mungkin timbul dari isi kandungan surat itu kerana ia ditulis hampir 10 tahun sebelum dia mengambil alih kerajaan.

Begitulah licik Najib bermain politik.

Penulis sebenarnya ingin mempertikaikan kewajaran pentadbiran Najib menyalahgunakan proses kerajaan dan bertindak di luar kebiasaan dengan pendedahan surat-surat tersebut bagi menyokong kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Laman ini yakin, selain dari 3 surat tersebut, ada lagi surat-surat yang dihantar kepada pemimpin negara Israel tapi tidak didedahkan kerana tidak memberi pulangan untung politik kepada pentadbiran Najib. Jika berani, penulis mencabar pentadbiran Najib mendedahkan semua surat-surat tersebut untuk rakyat membuat penilaian.

LAWAK: Sampai cair bedak Rosmah... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2012 08:00 PM PST

Malam muka Rosmah cair dan Palanivel menjadi menteri pertanian

TV Astro Beyond saluran 222 telah menyiarkan secara langsung perayaan Pesta Ponggal yang tertunda di Papar walaupun pada zahirnya ia tidak nampak ada langsung intipati perayaan Ponggal pada suasana mahupun dihati mereka yang hadir.

Kenapa "kolaveri" pesta Ponggal dan kenapa MIC memperbodohkan PM Najib Razak serta isteri Dr Rosmah Mansur dan para menteri yang setia mengahdiri upacara itu yang antaranya ialah Koh Tsu Koon, Liow Tiong Lai dan Rais Yatim. Jawapannya adalah kerana PRU ke 13. Najib boleh saja memberitahu Palanival, 'pergunakanlah saya tapi pastikan nanti kita mendapat undi mereka dan rampas Kapar dari Big Mike'. ( Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam)

Ia seperti menonton filem Tamil 'SIVAKASI' dimana protagonis membawa pelakon terkenal (Nayantara) untuk menari dan meraih undi daripada rakyat supaya mengundinya. Tapi, hero Vijay yang kakaknya calon pembangkang, mencuri tumpuan dihadapan mata protagonis itu sendiri. Saya hampir fikir Big Mike akan muncul tetapi tiada pula.

MIC dan Astro telah bersusah payah membawa penyanyi Koothu dan bintang filem Kollywood (Bollywood versi Tamil) untuk memeriahkan lagi majlis dengan menyanyikan lagu dan tarian "koothu" semata-mata kerana itu. Kumpulan Kilat Kapar telah dipergunakan sepenuhnya dalam majlis itu. Saya pasti jumlah yang besar juga telah dibelanja untuk artis yang hadir dan untuk mengadakan siaran secara langsung.

Muka Rosmah menjadi cair

Selama 3 jam, Najib dan Rosmah duduk dan menonton persembahan dengan bosan dan penat. Rakaman jarak dekat pada muka Rosmah menunjukkan wajahnya seakan cair. Kenapa ia berlaku saya sendiri pun tidak tahu. Namun ia agak aneh.

Kemuncak persembahan selain daripada "Koothu" adalah ucapan Najib dan seperti biasa, menyalurkan wang kepada sebuah kuil di Shah Alam dan sekolah Tamil di sekitar kawasan itu. Ini adalah caranya 'trademarknya' "lu tolong gua, gua tolong lu". Sebuah ucapan yang kita boleh agak, intipatinya, tiada apa-apa yang istimewa.

Palanivel juga memuji Najib dan Rosmah dan berkata harapan orang India dalam genggamannya. Dia kemudian tanpa segan silu meminta sokongan Najib. Tapi, ironinya, Palanivel, sebagai persiden MIC yang juga menteri pertanian meminta kaum India untuk menanam makanan sendiri dihadapan dan belakang rumah untuk menyara hidup. Saya fikir dia akan menyediakan tanah untuk pertanian bagi orang India. Malangnya, dia meminta mereka menjadi petani miskin.


Hormati dan beri layanan baik kepada orang Tamil Malaysia

Jadi, MIC fikir mereka hanya perlu mempersembahkan orang Tamil dengan artis Tamil dan kaum ini akan mengundi untuk mereka. Mentaliti murahan dalam layanan kelas kedua kepada orang Tamil begitu menjijikkan. Mereka sebenarnya bijak,, kuat berusaha dan amanah.

Apa yang anda perlukan lakukan untuk memenangi hati mereka adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda mengambil berat dan memberikan mereka layanan yang sama rata. Beritahu mereka bahawa mereka adalah orang Malaysia dan kemudian dikenali melalui kaum sendiri sama ada Melayu, India, Cina, atau mana-mana bangsa yang lain. Barulah anda akan mendapat tempat dihati mereka. Layanilah mereka sebagai rakyat Malaysia. Seperti yang diucapkan Najib, "ONE MALAYSIA".

Malaysia Chronicle

UMNO ikut Robert Mugabe ngan Idi Amin... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2012 06:00 PM PST

Parti pemerintah guna kekuatan samseng, Parti alternatif guna kekuatan pemikiran : pilih salah satu

Budaya samseng pula yang mula menular dengan cepat didalam UMNO sekarang. Kejadian mengganggu majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat kini selalu diganggu dan dicemari dengan kekacauan yang dilakukan oleh kumpulan samseng upahan untuk menggagalkan majlis anjuran Pakatan Rakyat. Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.

Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini. Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.

Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat UMNO (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu. Ini bertambah berluas-luasa akhir-akhir ini dengan mengganggu majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

OKU-OKU tempatan akan menggunakan cara yang amat biadab dengan mengganggu dan memukul orang lain semata-mata kerana tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak yang kian hari kian mendapat sokongan ramai itu. Ada kalanya kumpulan OKU ini akan menyerbu didalam majlis ceramah anjuran PR dan mereka akan terus beramai-ramai kehadapan pentas untuk mengganggu majlis PR itu.

Apa semuanya ini? Kemana kah perginya adab dan tatasusila Melayu yang berhemah dan bertamaddun yang selama ini menjadi 'attribute' asas orang Melayu itu? Kenapa kah bangsa kita sudah sampai ketahap ini untuk mengekalkan kuasa? Kalaulah dari dulu kita tahu yang Melayu dan rakyat yang bersokongkol dengan pihak yang memerintah tidak dapat menerima demokrasi, kenapa dari dulu kita memulakan negara kita dengan sistem demokrasi.

Kenapakah ada pihak hanya menerima demokrasi jika dapat kemenangan dan memperkayakan budaya samseng apabila dirasakan yang kemenangan yang diperolehi selama ini tidak akan berulang lagi? Jika kuasa itu merupakan perjuangan yang 'ultimate' kenapa tidak menjaga mandat dan kepercayaan rakyat selama ini dengan jujur? Kenapa melakukan perkara-perkara yang tidak elok didepan mata rakyat tanpa segan silu? Kenapa begitu tamak dan berkehendakkan kepada semua perkara?

Jika benar UMNO dan pimpinan tidak mahu terlepas dari kuasa tentunya ia memerlukan pengorbanan. Pimpinan parti pemerintah ini wajib berkorban nafsu dan itu wajib. Pimpinan wajib melawan segala nafsu yang ada didalam diri masing-masing dan itu pun perjuangan yang perlu yang dituntut oleh agama kita. perjuangan menentang hawa nafsu kita itu merupakan perjuangan sepanjang hayat….dari lahir sehingga ke akhir kalam. Elakkan dari segala kemungkaran politik dan ekonomi serta perjuangan untuk diri sendiri yang keterlaluan.

Obsession UMNO untuk berkuasa tidak mengenal batas dan sempadan. Setelah tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk terus menyokongnya, UMNO sedang menggunakan tektik samseng dan ia sangat menjijikan orang ramai. Segala usaha dilakukan untuk mendapat sokongan tetapi sokongan tidak juga kembali. Maka menggunakan cara samsenglah yang tinggal untuk memaksa rakyat menyokong mereka.

Jika cara samseng ini masih tidak dapat meyakinkan rakyat untuk bersama UMNO lagi, cara apa pula yang akan diambil pula selepas itu? Jawabnya saya rasa, tidak ada lagi selain dari menerima kekalahan dan penolakan rakyat secara menyeluruh.

Kepimpinan yang merelakan budaya samseng ini tidak akan dibenarkan berterusan dilakukan. Rakyat tidak mahu melihat kepimpinan ala Robert Mugabe di Zimbabwe atau secara Idi Amin dari Uganda suatu ketika dahulu.

PANAS: HassanAlinas tetiba PANAS...

Posted: 01 Mar 2012 04:00 PM PST

Tim. Pres. PAS Bukan Islam: Golongan 'HasanAlinas' Melatah


RAMAI rakan-rakan penulis yang bukan beragama Islam menyambut baik kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad yang parti tersebut bersedia membuka peluang kepada bukan Islam menjawat jawatan tinggi dalam PAS, sehingga ke tahap Timbalan Presiden.

Kenyataan itu sesuai dengan banyak pembaharuan yang berlaku dalam parti-parti Islam di seluruh dunia. Contohnya parti Ikhwanul Muslimin Mesir yang melantik Dr Rafiq al-Habib , seorang beragama Kristian sebagai Timbalan Presidennya.

Selain itu, cadangan tersebut juga adalah bukti PAS semakin terbuka kepada sebarang pembaharuan yang dulu mejadi taboo kepada parti tersebut. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana di dalam Pakatan Rakyat, hanya PAS sahaja yang masih terkongkong dengan satu idealogi yang menumpu kepada kepentingan satu-satu kelompok sahaja.

Sedangkan DAP dan PKR sudah lama mengamalkan kepelbagaian kaum di dalam saf kepimpinan tertinggi parti masing-masing.

Tapi yang jelas, masih juga ada segelintir ahli dan kepimpinan bahawa PAS yang cepat melenting dengan perkembangan terbaru ini. Paling menonjol sudah tentulah golongan 'Hasanalinas' yang masih berbaki di dalam PAS seperti Ketua Pemudanya, Nasarudin Tantawi dan Ketua Dewan Ulama, Harun Taib.

Tidak terkecuali mantan Timbalan Presiden PAS yang disingkirkan, Nasharudin Mat Isa.

Ketiga-tiga mereka sering menjadi batu penghalang kepada segala pembaharuan yang cuba diterapkan di dalam PAS. Begitu juga halnya dalam soal penyingkiran Datuk Dr. Hasan Ali sebagai ahli PAS dan Exco Kerajaan Selangor baru-baru ini.

Pada penulis, ketiga-tiga mereka ini nama sahaja pemimpin PAS tapi tidak faham atau tidak mahu ambil tahu selok belok perlembagaan PAS. Perlembagaan PAS menetapkan ulama masih dikedudukkan tertinggi melalui Majlis Syura Ulama yang tidak tersentuh dengan apa pun bentuk pemilihan dalam muktamar PAS.

Pendek kata, kalau Presiden PAS terdiri dari kaum bukan Islam sekalipun, kedudukan ulama dalam PAS masih lagi di tahap yang tertinggi dan tidak boleh disentuh (melainkan dengan keputusan Muktamar).

Malah perlembagaan PAS memperuntukkan kuasa yang tidak terbatas kepada Mursyidul Am PAS (sebagai pemegang jawatan tertinggi) untuk memastikan arah haluan PAS tidak berubah dari perjuangan Islam dan negara berkebajikan, termasuk menyingkirkan pemegang jawatan yang dipilih di dalam Muktamar parti.

Pendek kata, kenyataan Dr. Dzulkifli yang PAS bersedia menerima seorang Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam itu adalah sesuai di dalam konteks perjuangan PAS seperti digariskan dalam perlembagaan parti itu sendiri.

Penulis melihat Dr. Dzulkifli sebagai seorang pemimpin pembaharuan yang sangat-sangat diperlukan PAS sekarang ini. Sesuai dengan peredaran zaman dan kedudukannya sebagai antara komponen penting dalam Pakatan Rakyat. PAS perlukan lebih ramai golongan seperti ini di dalam parti tersebut dan memegang jawatan-jawatan penting.

Sementara golongan 'Hasanalinas' ini perlu disingkir sedikit demi sedikit dari PAS kerana selagi puak-puak ini masih ada, selamanyalah PAS kekal menjadi parti yang dipandang ramai sebagai parti orang kampung, jumud dan tidak terbuka kepada pembaharuan.- SPR

Dia dilayan lebih dari Haiwan...

Posted: 01 Mar 2012 02:00 PM PST

Nasib 'lelaki buih'

HYDERABAD- Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar 'lelaki buih' kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai.

Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.

"Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya," kata Mohammad.

Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.

"Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.

"Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya," katanya.

Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.

"Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin," katanya.

Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.

"Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya," kata Farhat.

Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. "Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. "Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami," kata Farhat.

Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM

The 10 mistakes of Mahathir Mohamad

Posted: 01 Mar 2012 12:00 PM PST

Former premier Mahathir Mohamad has criticized every prime minister of Malaysia from the late Tunku Abdul Rahman to the current leader Najib Razak, sparing no one except of course, himself. Mahathir has also criticized other world leaders including UK's Tony Blair and of course George W Bush, the 43rd president of the United States.

So far none of his local peers have swung back at him, which is not surprising considering that several are already dead and only Najib and 5th prime minister Abdullah Badawi are alive. As for the international leaders, they have largely ignored Mahathir's existence, which only adds to his frustration, but there is nothing he can do to them. However, he can make life miserable for his successors here, and this he is already doing.

When Mahathir retired in 2003, after 22 years as PM, there was talk about his 'great' legacy and he was even called Bapa Pemodenan or Father of Modernization. Some 9 years after his retirement, the excesses and sheer ill-judgement of his economic, social and political decisions have come back to wallop the nation with a backlash stronger than the ferocious tsunami of 2006 that devastated much of South Asia.

At 86, Mahathir is now reviled by most Malaysians, blamed for the massive corruption that may soon bankrupt the country if no remedial economic action is taken, and for the apartheid-scale racial fissures amongst the various ethnic groups in the country.

NEP

Just pick the New Economic Policy, which was the brainchild of the policymakers of the 1960s but which he abused to the maximum. This abuse alone is enough to ensure that he will stay in the Malaysian Hall of Villains rather than in the Hall of Fame which he still thinks he belongs in.

His peers with better memories including former Finance minister Tengku Razaleigh Hamzah said last week that the NEP was never meant to create or to be used to incubate a class of Malay capitalists, but to address poverty and to raise the level of Malay participation in the economy. It was never meant to be abused by the government of the day to handpick a select group of Malay entrepreneurs, load them with sharply-discounted government deals and then expect them to prosper and create enough economic ripples to help lift the rest of the community.

This was Mahathir's first and major mistake. But was it really a mistake? Doubters and critics point to the enormous wealth he accumulated for his cronies and proxies through the money-making schemes hatched under the guise of the NEP, and by privatizing government assets to favored Malay entrepreneurs, one of whom is the disgraced former MAS chairman Tajudin Ramli. Not able to deal with the 'instant success' or the stress of big time business, many succumbed to debt during the 1998 Asian financial crisis. Tajudin and friends like Halim Saad fell from hero to zero, losing enormous amounts of money and requiring massive government bailouts.

Cronies but the masses get nothing

The second mistake Mahathir, in his foolishness, made was to pool the major part of the nation's wealth in the hands of a few. This time he included non-Malays millionaires such as Vincent Tan, Robert Kuok and Ananda Krishnan. Tan has just announced his retirement, Kuok unhappy with the worsening racial system in the country has chosen to stay Hong Kong, while Ananda is wanted by the Indian authorities for allegedly having corruptly wangled a telecoms licence to buy into Aircel.

This pooling of wealth in the hands of a few inevitably left the ordinary Malays and Malaysians with just a few crumbs to share amongst themselves, a slow-boil situation that has blown up to today's red-hot disputes about social and economic fairness. Not only is there not enough money for scholarships, education, healthcare, employment and welfare for everyone, even the Malays who have been repeatedly told by Mahathir's Umno party that they will get priority, have left in the lurch.

Malays now form 96% of the poorest 40% lowest income earners in the country. As for the non-Malays, of course, they have felt the pinch more. Many have been forced to go overseas to work and to study. That's right, educational and employment opportunities are scarce for the non-Malays in the country. Again, the only group that benefited were the elite in the Umno party, their families and cronies. So Mahathir - despite his self-praise - was in fact rather shortsighted. Money was far more important to him than he cared to admit.

Trusting the wrong people

The third mistake that Mahathir made was choosing the wrong people for the wrong jobs. He also trusted the wrong people. All of the Malays tycoons that he picked had no real business savvy but were merely the trusted aides of former Finance minister Daim Zainuddin. That is why guys like Tajuddin, Halim, Rashid Husein of RHB Bank, Mohd Noor Mutalib and Abdul Rahman Maidin of MRCB fared poorly in the end. Some have even been hauled to court to settle debts.

Only Daim Zainudin remains 'filthy' rich. His nominees ended up owning all the various banks and business enterprises meant to be transferred into Umno Baru. Somehow, as the Umno legend goes, Daim managed to secure these for himself. This was obviously a huge letdown for Mahathir. Instead of 'tricking' people over to his point of view, for once, he had been had!

Set Malaysia off on the borrowing habit

Mahathir did not foresee that the National Debt could be as high as it is today, having ballooned to over RM450 billion. Despite several 'begging' trips to Singapore and Brunei, he was politely rebuffed. In the end, he borrowed from overseas by issuing bonds and 'stealing' every spare sen from Petronas and the other Government-Linked-Companies to fund his mega projects. Throughout his 22-year rule, Mahathir never saved a sen for Malaysia for a rainy day. And this was his fourth mistake.

Weak grasp of economic principles

Mahathir is just an ordinary doctor; a general practitioner and not a specialist. His understanding of economics is as rudimentary as the average Malaysian. His idea of increasing the equity of the Malays is so simplistic - use the GLCs. Mahathir's vision of doing business is by profiteering through controlling shares in as many companies as possible without considering the possibility of losing money. Sad to say, real life businesses involves losses, not just profits.

Mahathir's economic policy was not based on any solid foundation and had never been tested in any country before. It was based on his opinions and viewpoints. If these had been any good or worked, many countries would have already implemented similar ideas centuries ago. Even established capitalist and communist economic systems have come under fire and economic collapse is a norm these days, part of a man-made boom and bust cycle. Several economists have even urged nations to revert back to gold-based currencies, an ancient and established type of monetary system, so what are Mahathir's child-like economic concepts by comparison?

His fifth mistake is therefore his skewed understanding of the economy. It led to the controversial de-pegging of the ringgit from the US dollar and the overnight closure of the CLOB share market trading in 1998 - two events that investors have still not forgiven Malaysia and Mahathir for.

Dictator syndrome

Mahathir's ego and unconscious desire to be a dictator is his sixth mistake. He amended the constitution to weaken the Agong and the Sultans and then made sure that the law and enforcement bodies obeyed him. He sacked the Chief Justice Tun Salleh Abbas and closed both eyes when judges were openly bought by those who had money. It would be tough for Malaysians and their investors to fully trust the judiciary system again. This is why the Umno-BN has lost its integrity and the people their faith in the coalition. Malaysians will always distrust whatever Umno-BN does even if it may be well-intentioned.

Racist policies

To prevent the disintegration of his policies and his misdeeds from being exposed, Mahathir had to resort to his favorite racial politics. He had to convince the Malays that what he had done was necessary and in their interests. He kept for himself the great jewels and gave out the small chips so as to convince the Malays that the war against the other races was real. The non-Malays had to be kept back. Thus the budget allocations for places like BTN or the National Civics Bureau where Malay graduates and civil servants were openly taught to be suspicious of the other races.

But not all the Malays bought it. Such teachings were against Islam and also against universal values. The Malays were left confused, while the non-Malays totally sidelined. So being racist is Mahathir's seventh mistake.

Corruption

If Mahathir and Umno have been successful in making sure Malaysia achieves developed nation status by 2020, why does the record show so many serious faults to date. There are only eight years to go but the economy is still in a shambles with the national debt soaring, racial and religious harmony in disarray, and the political situation worsening with Umno-BN now openly resorting to physical violence to stop the opposition from holding their rallies.

The education system is also leading nowhere, healthcare is getting worse and more expensive, the much-touted and corrupt 1Care already rejected before it can even come on-stream, law and order is still questionable, mismanagement and graft more entrenched than before in the Umno-BN government. Instant of all cylinders kicking in, and culminating into the realization of Vision 2020, Malaysia may go bankrupt instead. Not fighting corruption, but perpetuating it is Mahathir's eighth mistake.

Meddling with the running of the country

The majority of the Malays are poor and still need government help despite 55 years of Umno "successes" (read failures). The non-Malays have been patient enough and have given Umno enough chances. They have waited until the third generation after the nation's independence in 1957 and they are now fed-up with Umno-BN. The same too is happening with the Malays. Those not in the direct line of the Umno gravy train, and this would be the great majority, are getting fed-up too. More have voted for the opposition and will continue to do so.

When Mahathir realized that things were turning sour, he handed over the baton to Abdullah Badawi, thinking that he could still control the running of the government by 'remote control'. But when things were not carried out as he had wished, Mahathir forced an ouster and replaced Badawi with Najib. Granted, the disorganized Badawi was in no capacity to lead Malaysia but Najib is just as incapable too. All through, instead of giving a helping hand, Mahathir continued to meddle with the running of the country. Interfering with the running of the country and disallowing the current leaders to put in solutions that suit the era is Mahathir's ninth mistake.

Causing trouble in Umno and pushing Mukhriz up the ladder

Yet Mahathir stubbornly refuses to accept or to admit to his mistakes. This is one man who refuses to face up to reality. He is not really interested in the welfare of Malaysians at all, not even the Malays or Umno. He only wants to save his face and to make sure that his son Mukhriz will become prime minister no matter what deals he has to execute with the current batch of Umno warlords to effect this.

Ruthless and completely selfish, Mahathir would think nothing of creating chaos just to fulfill that ambition. After all, he could de-register Umno just to stay in power. Imagine what he won't dare to do to get Mukhriz in as Umno president. But it is this incessant interfering and trouble-making in Umno that will be his tenth and last mistake.

Mahathir will doom Umno, and in imploding, Umno will very likely take Mahathir down for the count.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: