Jumaat, 2 Mac 2012

Addin

Addin


Exco BN Perak Dan AC Mizal Di Boikot

Posted: 02 Mar 2012 03:00 PM PST

Dalam bulan Mac 2012 ini sebuah program bertemakan Taiping Fest 1Malaysia 1Pelancongan 1Kampung 1Budaya dibuat di Taiping bagi memenuhi aktiviti kalendar pelancongan Tahun Melawat Perak 2012. Pelbagai aktiviti dan acara dianjurkan oleh pihak penganjur disini.

Antaranya memancing di Lake Garden Taiping, pertandingan kareoke, persembahan artis terkenal tanah air dan sebagainya. (Kalau tiada hiburan melampau…maka bukan UMNOlah nama-nya..hehehe..)

Penulis dimaklumkan bahawa pihak penganjur disini telah memboikot YB Hamidah yang juga exco pelancongan negeri. Khabarnya semua ideal dan buah fikiran YB Hamidah telah ditolak mentah-mentah oleh penganjur disini.

Sehinggakan nama dan wajah YB Hamidah tiada di paparkan di banner sebagai publisiti pelancongan disini. Sebaliknya muka yang Najib,Ng Yen Yen dan Zambry sahaja dipaparkan. Sedangkan YB Hamidah exco pelancongan Perak.

Begitu juga dengan nasib Duta Pelancongan negeri Perak yang dipungut sebagai Bidan Terjun oleh YB Hamidah dikatakan tidak akan diundang dalam program disini. Untung Ac Mizal..dapat keistimewaan,dapat imbuhan,dapat gelaran Duta..tapi… ape idak buatnye…

Kisah mereka-mereka yang tidak suka dengan YB Hamidah ini adalah dikalangan orang UMNO juga. Kisah UMNO hentam UMNO,UMNO perjatuhkan UMNO,UMNO boikot UMNO,UMNO kelentong UMNO di-ibaratkan tong sampah yang padat dengan sampah yang membusuk..

Sudah tidak boleh disembunyikan lagi dari dihidu ke pengetahuan umum. Semuanya kerana pemimpin UMNO semuanya gila pada kuasa,nama dan glamour.

MB Zambry pula tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu ini…kerana beliau sendiri pun masih lagi di-ibaratkan seperti bayi yang masih menyusu dari botol susu politik Najib.. kalau Najib tarik puting susu itu maka meraunglah Zambry…

Banner program pelancongan Perak yang tiada wajah exco pelancongan Perak

Dato' Farid Ridzuan Serang Blogger Umno

Posted: 02 Mar 2012 08:11 AM PST

Farid Ridzuan diserang habis-habisan oleh blooger UMporNO yang mane dia dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger UMporNO dan juga kerajaan dengan `menyerang' dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu. Farid Redzuan dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri setelah dikeluarkan dari TV3.

Beliau bertanggungjawab menasihati apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat bagi membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri sekaligus menolak peranan blogger mereka yang selama ini tidak banyak menguntungkan BN dan Perdana Menteri sendiri.

.... kesian aku kat puak-puak nie.. .~dppwm


(Gambar) Sambutan Meriah Rakyat Kelantan Sempena Lawatan Najib

Posted: 02 Mar 2012 07:46 AM PST


Gambar ini di ambil sempena lawatan kerja Najib ke Kelantan pada hari ini. Menurut blogger KB gambar ini ini di  ambil di daerah Jeli. Untuk maklumat, Ahli Parlimen Jeli ialah Mustapha Mohamed merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Dikhabarkan guru di Kelantan di paksa hadir untuk memeriahkan program Umno ni. (baca di sini.) Jikalau macam ni punya sambutan rakyat Kelantan terhadap Najib, jangan mimpilah BN akan mengambil alih Kelantan pada PRU 13 nanti.

Tiada ulasan: