Anak Sungai Derhaka |
- Kami bukan 'samseng', Kami dijemput kata Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
- Pendapat Ulama Muda UMNO tentang kenyataan Mahathir tentang hudud (Video)
- PAS dakwa Kementerian Belia peruntuk RM30Juta taja ceramah Hassan Ali
- Noh Omar kata dia bukan 'samseng' tapi perempuan ini 'samseng'..
- Hapus Tol: Najib buat kerja tak masuk akal..
Kami bukan 'samseng', Kami dijemput kata Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Posted: 02 Mar 2012 07:04 AM PST Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lee Kee Hiong hari ini berkata beliau dan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis serta penduduk yang memakai baju hijau, menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan sebuah sekolah baru di Bandar Sungai Long semalam sebagai tetamu. "Kami bukan 'samseng' seperti yang dituduh oleh seorang menteri Umno," katanya. Lee menafikan bahawa kumpulan itu berada di sana untuk menimbulkan masalah dan menceroboh majlis BN seperti yang didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar. Untuk membuktikannya, Lee menunjukkan satu salinan risalah jemputan BN yang diterima di rumahnya di Sungai Long, yang sangat dekat dengan tempat majlis itu diadakan. Oleh itu, Lee percaya beliau juga dijemput sebagai tetamu, dan kehadirannya di majlis itu adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan penduduk yang sudah lama menunggu pembinaan sekolah Cina yang baru di Bandar Sungai Long. "Ini adalah SRJK (C) yang kami perjuangkan selama 12 tahun. Kami telah menunggu dengan penuh sabar, tak mungkin (kami akan) menganggu majlis tersebut, "kata Lee. "Kami dikasari oleh sekumpulan orang, dan kemudian Noh muncul menuduh kami menimbulkan masalah ... Saya sangat terkejut olehnya," kata Lee dalam satu sidang akhbar di Bandar Mahkota Cheras hari ini. ************************************************ 'We were assaulted, despite being guests at PM's event' Kajang municipal councillor Lee Kee Hiong said today she and her entourage of some 20 former and current municipal councillors and residents, wearing green shirts, attended the groundbreaking ceremony for a new school in Bandar Sungai Long yesterday as guests. "We went not 'samseng' (hooligans) as accused by an Umno minister," she said. Lee denied that the group was there to make trouble and had trespassed into BN's ceremony, as claimed by Agriculture and Agro-based Industries Minister Noh Omar. To prove her point, Lee showed a copy of BN's invitation leaflet which she had received at her house in Sungai Long, which is very close to the function venue. As such, it was her belief that she was also invited as a guest, and her attendance at the function was to share the joy with other residents at a long-awaited new Chinese school for Bandar Sungai Long. "This is the SRJK(C) we had fought for over a period of 12 years. We have waited patiently, no way (were we going to) mess up the ceremony," Lee (left in picture) said. "We were assaultedby a group of people, and then Noh showed up to accuse us of making trouble... I was very surprised by this," she told a press conference in Bandar Mahkota Cheras today. "In fact, I regretted that he didn't apologise for the incident. We were prevented from entering and were beaten up," she said, adding that Noh, as Selangor BN deputy chief, should have invited them in. 'Please write only BN supporters are welcome' "Next time, please write (on the leaflets) that the function is only meant for BN supporters," Lee said. Also present at the press conference were several others who claimed to have been assaulted yesterday, including fellow Kajang municipal councillors Cheong Siow Foon and Ng Tien Chee; Chen Fandao, an aide to the Serdang MP; and a DAP member, Chan Huan Guan. Cheong , said his choice to dress in green was a sign of a silent protest. He said his intention was to show the prime minister (Najib Abdul Razak) that the rakyat opposed the Lynas rare earth plant in Gebeng, Kuantan. Cheong also said that the man who assaulted him had also tried to snatch his cellphone, and he fought back. "I use the cellphone to store photos of my little daughter, from the day she was born until she was 15 months old. I don't have other copies," he said. "I am very angry ....they are not onlysamseng, but robbers, too. All this happened while the police were around," he added. However, Chan wasn't so lucky. He claimed that his gold necklace, with a Buddha relic pendant, which was a gift from his mother 20 years ago, was snatched away during the chaos. Chan estimated that the necklace was worth about RM5,000. - Malaysiakini |
Pendapat Ulama Muda UMNO tentang kenyataan Mahathir tentang hudud (Video) Posted: 02 Mar 2012 12:42 AM PST Ini adalah video ulasan Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari tentang kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil. Saksikan dulu apa yang Tun Mahathir ulas tentang hukum hudud.. dia main bedal ikut suka dia saja.. Ulasan Ulama Muda UMNO.. Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran Harakahdaily KUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah. Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (gambar), kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri. "Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas). "Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily. Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran. Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil. Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube. Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu. Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya. "Kenyataan Tun Dr Mahathir ini 'besar' (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran. "Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat'ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran. "Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran," jelasnya. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan. "Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran. "Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya. |
PAS dakwa Kementerian Belia peruntuk RM30Juta taja ceramah Hassan Ali Posted: 01 Mar 2012 11:49 PM PST KUALA LUMPUR, 2 Mac — PAS hari ini mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menaja ceramah bekas Pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali kepada belia melalui peruntukan RM30 juta disalurkan melalui Cawangan Pembangunan Strategik dan Saraf kementerian berkenaan. Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata, pihaknya turut memperolehi maklumat bahawa KBS turut menggunakan cawangan berkenaan sebagai unit khas untuk menghadapi pilihan raya, sedangkan tiada peruntukan khas yang disalurkan kepada cawangan berkenaan, sebaliknya peruntukan diperolehi daripada unit-unit lain di dalam KBS. "Kami mendapat maklumat bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Dr Hasan Ali di seluruh negara, dan ini jelas melihatkan Umno Barisan Nasional (BN) menggunakan cawangan ini sebagai unit untuk melaksanakan tugas mereka meraih undi golongan muda sebagai persiapan menghadapi pilihan raya. "PAS dengan ini menuntut penjelasan menteri berkenaan untuk memberi penjelasan keperluan mewujudkan unit khas ini," katanya yang menjelaskan, ketika pilihan raya di Sarawak, unit khas KBS ini berada selama tiga bulan di sana. Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena ini lagi, keadaan itu jelas menunjukkan Umno BN menggunakan dana belia bagi tujuan politik. "Kewujudan unit khas ini tidak pernah diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehubungan itu, kami mendesak satu audit keseluruhan dilaksanakan terhadap unit ini bagi melihat dari mana dan ke mana dana disalurkan, kerana unit ini tidak mendapat peruntukan khas untuk menjalankan aktiviti mereka," tegasnya ketika sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini. Mahfuz turut menuntut penjelasan KBS berhubung peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada belia sebanyak RM10 juta, namun hanya RM2 juta yang disalurkan kepada belia, sedangkan baki RM8 juta tidak diketahui di salurkan ke mana. "Kerajaan tidak menggunakan dana yang disalurkan kepada belia dengan berkesan. Saya menyokong peruntukan yang besar disalurkan kepada belia, tetapi kenyataannya hanya syarikat-syarikat kroni yang mendapat keuntungan daripada aktiviti-aktiviti seperti Himpunan Sejuta Belia dan sebagainya," katanya. Jelas Mahfuz, penganjuran Himpunan Sejuta Belia pada tahun lalu, dan Himpunan Jutaan Belia yang bakal berlangsung Mei ini dilihat tidak memberikan manfaat sepenuhnya kepada belia. "Himpunan Jutaan Belia dan Himpunan Sejuta Belia itu tidak memberikan manfaat, kecuali program bersifat karnival dan hiburan, sedangkan lebih baik sekiranya peruntukan jutaan ringgit itu disalurkan kepada persatuan belia kerana mereka lebih dekat dengan golongan berkenaan dan dari situ akan dapat melakukan aktiviti yang lebih berfaedah untuk generasi muda," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Noh Omar kata dia bukan 'samseng' tapi perempuan ini 'samseng'.. Posted: 01 Mar 2012 07:24 PM PST Hari ini Noh Omar kata dia bukan samseng tapi perempuan baju hijau kat dalam gambar di atas datang ke Majlis BN macam samseng?? Aduss… dia mabok kot? Perempuan macam tu dia boleh kata datang macam samseng? Semalam Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini. Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?" - laporan penuh sila baca di SINI ******************************************* Dakwaan dikasari, Noh Omar salahkan DAP Menjawab dakwaan ahli-ahli DAP yang mereka telah dikasari oleh penyokong BN di satu majlis di Bandar Sungai Long semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar sebaliknya mendakwa merekalah yang patut dipersalahkan. "Tebukti DAP pembohong besar. Mereka yang datang macam samseng dan menceroboh majlis BN tapi BN pula yg dsalahkan. "Saya pergi untuk tenangkan keadaan tapi saya pula dituduh samseng. Jelas putar belit DAP," katanya Noh dalam SMSnya kepada Malaysiakini lewat semalam. Semalam, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa pemimpin DAP tempatan mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut. Lee berkata, pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang dan didatangi 30 hingga 40 orang yang memakai baju-T BN dan 1malaysia. Kumpulan yang didakwa penyokong BN itu didakwa telah mengkasari empat orang dalam kumpulan Lee. Lee akan memanggil satu sidang akhbar berhubung perkara itu hari ini. |
Hapus Tol: Najib buat kerja tak masuk akal.. Posted: 01 Mar 2012 04:12 PM PST Semalam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan satu tindakan yang tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan. Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam semalam. Tindakannya ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak. Negara mungkin akan menjadi muflis hanya kerana membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya. Jika kerajaan menghapuskan tol, mereka tidak akan mempunyai sumber kewangan selain meminjam daripada pihak luar. "Bila sudah pinjam, siapa yang akan bayar...sudah pasti anak cucu kita susah, kita tak mahu anak cucu kita susah hanya disebabkan pakatan nak buktikan boleh tunai janji pada kita sekarang. "Duit kerajaan digunakan untuk bermacam perkara termasuk membina sekolah, menyediakan kemudahan awam, pengagihan kepada yang memerlukan dan bukannya untuk menghapuskan tol semata-mata," Ha..ha..ha.. Aku pinjam ayat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tu… Sekarang.. Najib buat kerja tak masuk akal atau Nor Mohamed Yakcop bercakap tak guna akal? Laporan dari Lidah Rasmi UMNO.. BUTTERWORTH 15 Jan. - Janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan itu jika dilakukan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak. Katanya, ia tidak menolak kemungkinan negara akan menjadi muflis hanya kerana membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya. Menurut beliau, jika pakatan pembangkang menghapuskan tol, mereka tidak akan mempunyai sumber kewangan selain meminjam daripada pihak luar. "Bila sudah pinjam, siapa yang akan bayar...sudah pasti anak cucu kita susah, kita tak mahu anak cucu kita susah hanya disebabkan pakatan nak buktikan boleh tunai janji pada kita sekarang. "Duit kerajaan digunakan untuk bermacam perkara termasuk membina sekolah, menyediakan kemudahan awam, pengagihan kepada yang memerlukan dan bukannya untuk menghapuskan tol semata-mata," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bagan Ajam dekat sini - Lidah Rasmi UMNO *********************************************** PM umum potongan 50% tol lebuh raya Cheras-Kajang Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini. Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala. "Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini - sepenuhnya sila baca di SINI Nih komen dari Abah Sofea tentang hal ini.. Nampak sgt UMNO/BN nak tipu rakyat Kajang n Malaysia umumnya...perjuangan menidakkan pungutan tol d laluan ke Kajang sebenarnya telah menjadi perjuangan kami semua saf kepemimpinan Pakatan Rakyat d Kajang khususnya dan d Hulu Langat amnya.... dengan jelas...kerajaan UMNO/BN hanya maukan undi rakyat...umumkan telah hampir sgt PRU 13....camne dgn tol PLUS pulak....klau benar2 utk rakyat...umumkan segera penurunan tol d seluruh negara...dan juga jgkamasa penutupan terus tol2 berkenaan...bukan jgkamasa kadar kenaikan utk 20-30 thn akan datang... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan