Ahad, 18 Mac 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Debat Mr Bean vs Pesuruhjaya PAS Melaka

Posted: 18 Mar 2012 09:06 AM PDT


Aku dapat berita dari JKKK bahawa Mr. Bean Melaka nak berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Melaka. Betul ke ni? Macam tidak percaya sahaja UMNO nak berdebat. Setahu aku, Sabree Chik sahaja yang berani berdebat dan Khairy. Lain-lain semua jaga telur.

Aku harap Mr. Bean tidak merapu ketika berdebat. Ada pemuda UMNO bagi tahu aku semasa sidang DUN Melaka, Mr Bean banyak 'melancong' dari kemukakan fakta. Lain yang ditanya maka lain yang dijawabnya. Beliau banyak melancong ke Pulau Pinang.

Aku harap debat Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau ini menjadi kenyataan. Aku pun nak datang Melaka juga nak dengar Mr Bean berucap. Pemuda UMNO bagi tau, Mr Bean pernah cabar puak-puak PAS debat dan mungkin ini masanya.

Selamat berdebat Datuk Seri Ali Rustam dan Adly Zahari.

Ketua Penerangan Paling Bangsat

Posted: 17 Mar 2012 08:54 PM PDT


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan membidas tindakan PAS dan DAP yang terus membisu berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara Parti Keadilan Nasional (PKR) dan dua badan asing berkaitan Yahudi.

Beliau berkata sehingga kini pemimpin  kedua-dua parti itu masih menyepi dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.


Sekiranya dakwaan itu benar, ia adalah satu perkara besar yang perlu diberi perhatian dan disiasat. Saya menyifatkan pakatan pembangkang sebagai pakatan yang rapuh umpama 'perkahwinan sementara'

Pada pandangan saya pemimpin-pemimpin PAS kalau bukan kerana pilihan raya mereka mungkin mengkaji semula hubungan dengan PKR dan DAP tetapi hanya kerana pilihan raya mereka terpaksa (bersama) - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Melalak pula jaga kain orang mamat ni. Baik tegvur UMNO dulu sebelum nak tegur orang lain. Nak jadi pencacai pun kena cerdik. Jangan jadi orang suruhan seperti fidlot dicucuk hidung. Macam ni kelas Ketua Penerangan UMNO ke? Tidak cerdik langsung.

Siasat dulu UMNO yang berdagang dengan Israel. Nak tuduk orang berak pun tengok dulu dalam seluar yang umno sudah berak. Jangan kerana najis kamu, tuduh orang lain berak. Ini perangai UMNO. Berak dahulu, pijak najis kemudian. UMNO the best!

Tiada ulasan: