Ahad, 18 Mac 2012

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Wow, Menunggu GODOT ...?

Posted: 18 Mar 2012 05:56 AM PDT

"Samuel Beckett — warga Ireland yang bermastautin di kota Paris - telah menulis teater Waiting For Godot pada tahun 1949. Dua watak — Vladimir dan Estragon telah duduk menunggu Godot yang tak kunjung-kunjung sampai. Ini sebuah sandiwara 'absurd'. Apakah Godot ini 'tuhan' yang ditunggu-tunggu oleh umat manusia tetapi tidak sampai-sampai? Semuanya terpulang kepada kefahaman penonton.

Hari ini 28 juta Vladimir dan Estragon yang menjadi warga Malaysia sedang tertunggu-tunggu bila pula Godot Pilihanraya akan sampai. Pilihan raya ke 13 ini dirasakan seperti tak sampai-sampai. Warga Malaysia ketika ini merasakan diri sama seperti seorang banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati dan sedang menunggu bila masanya dia akan dibawa ke bilik gantung.

Ibu kota Kuala Lumpur kita ketika ini terus sibuk dengan banjir dan kesesakan lalu lintas. Kuala Lumpur kita ini adalah sebuah kota yang tandus dengan aktiviti budaya. Galerinya kering, sinemanya kontang dan teaternya muncul sekali sekala. Gerakan intelektualnya agak nipis dan ringin.

Justeru warga kotanya yang gersang budaya dan keintelektualan akan mengalih perhatian kepada makan. Jika tidak makan mereka akan bersembang tentang politik. Ini adalah gambaran yang agak tepat juga tentang Malaysia."

Sepenuhnya di sini ...

Hah haaa, ini memang Panasyy ...?

Posted: 18 Mar 2012 12:41 AM PDT

Tiada ulasan: