Ahad, 18 Mac 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Siapa anak jantan??

Posted: 18 Mar 2012 07:45 AM PDT


Ewah.. ewaah.... eawaahh....

Anwar takut berdebat dengan Raja Petra kerana takut mamat tu bocorkan rahsia-rahsianya, ek?? Rahsia apa, ek??

Rahsia tentang kes liwat Anwar?? Rahsia tentang penyelewengan Anwar?? Rahsia yang Anwar ejen Amerika... ejen Yahudi... ejen barat?? Rahsia yang Anwar pengkhianat Melayu, pro-Cina??

Weh.... rahsia apa lagi?? Bukan ke satu dunia sudah tahu bahawa Anwar adalah sejahat-jahat manusia di muka bumi Malaysia ini. Tak der orang lain di Malaysia yang sejahat Anwar bin Ibrahim. Anwarlah manusia yang paling jelek kelakunya.

Anwar kaki liwat... Anwar kaki betina... Anwar pemecahbelah bangsa Melayu.... Anwar pengkhianat negara.... Anwar gila kuasa.... Anwar nak jadi piem Malaysia. Anwar nak musnahkan Malaysia.... and so on... and so on... Haiyoo... Ini Anwar manyiak jahat punya kaki ooo!!

Weh... itu bukan rahsia. Itu common knowledge. Informasi sensasi yang disebarluaskan oleh UMNO dan balaci-balaci mereka termasuklah yang terkini dalam senarai.... Raja Petra Kamaruddin.

Anwar tak mahu debat dengan Raja Petra sebab dia bukan jenis yang bertanggung jawab dengan apa yang dia dakwa. Hahahaha.... Dia hanya pandai bikin gempak.. tunjuk hero.... lepas tu lari keluar negara untuk elak pendakwaan. Lepas tu, tunjuk macho dan menyalak macam anjing gila buat tuduhan itu dan ini dari luar. Pompang... pompang..... buat tuduh itu dan ini.... tapi habuk pun taraakkk!! Weh... kuat sangat menjilat tu, sebab kempunan nak balik kampung, ke?? Kesian anak raja ni...

Hahahaha.... sapa Raja Petra nak berdebat dengan Anwar. Dia cuma anak raja yang ber'mulut besar' jer. Dia bukan Perdana Menteri. Dia bukan TPM. Dia bukan menteri. Dia bukan Wakil Rakyat. Sapa dia nak berdebat dengan Ketua Pembangkang Malaysia??

Lawan Anwar bukan Raja Petra. Lawan Anwar ialah Perdana Menteri Malaysia. So.... yang takut di sini ialah Najib Razak. Berkali-kali, Anwar ajak dia berdebat tetapi dia mengelak dengan memberi pelbagai alasan bodoh. Tak ke penakut namanya itu.

Ok ler.... kalau Najib takut, apa kata TPM Muhyiddin Yassin pulak ambil tempatnya. Kira ok gak tu... TPM versus Ketua Pembangkang. Amacam??

Percayalah.... mati hidup balik, Muhyiddin Yassin tak berani punyer. Dia nak kata Anwar penakut tapi.... dia ler sebenarnya penakut. Penakut nak mampuus!! Hahahaha..... banyak rahsia dia yang Anwar tahu. Almaklumlah..... Anwar once upon a time dahulu, seorang TPM macam dia. Masa tu, dia orang bawah Anwar jer. Anwar tahu siapa Muhyiddin Yassin yang sebenarnya.

Weh.... yang syiuknyer, dia siap cabar Anwar supaya menjadi anak jantan. Hello... Anwar memang dah terbukti anak jantan. Dia tak lari apabila berdepan dengan tuduhan gila. Dia tak lari apabila bedepan dengan pendakwaan. Dia menghadapi segala-segalanya kerana dia anak jantan.

Bercakap pasal anak jantan ni, rasanyer... molek sangat jika cabaran itu ditujukan oleh Munyiddin Yassin kepada boss dia iaitu PM Malaysia... Najib Razak. Anak jantan ke Najib Razak jika masuk mahkamah pun takut.... Anak jantan ke Najib Razak jika nak berdebat pun takut??

Usah kata Najib.... Muhiddin pun sudah pasti bukan anak jantan kerana tak berani nak berdebat tentang skandal NFC.

Sekarang apa macam?? Siapa anak jantan dan siapa tak bertelor??

[sumber]

Barai pundi kencing Najib

Posted: 18 Mar 2012 05:00 AM PDT


Sejak dia terajui kerajaan, lebih-lebih lagi sejak dua menjak ini.... Najib sering 'terkencing' akibat pendedahan demi pendedahan tentang kepincangan pentadbirannya yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Macam-macam ragam kepincangan yang didedahkan. From bad to worse, wa cakap lu. Before they get worst... kita mesti ubah. Ubah kepada yang lebih bermaruah dan amanah.

Hahahaha... Najib ter'kencing' akibatnya kuat sangat 'mengencing' rakyat. Last..last... apabila 'kencing'nyer terdedah, dia pulak yang terkencing. Tapi dia ni, tak serik-serik.... dan tak makan saman. Mentang-mentang ler tengah genggam kuasa. Dan, menjelang PRU13 ini.... lagi banyak dia tabur janji pada rakyat di sana sini. Janji pulak tu bukan sikit-sikit beb... Main ratusan juta RM!!

Sana, ratusan juta RM... sini, ratusan juta RM. Fuuuh... cer korang campur-campurkan ratusan juta RM yang dia tabur sana sini. Entah-entah lebih daripada jumlah hutang negara iaitu sebanyak RM437.2 Billion. Baca sini.

Persoalannya.... dengan hutang negara semakin bertapuk-tapuk, dapatkah dia penuhi semua janji-janji yang ditaburkannya??

Dia tabur janji, macam tabur gula-gula jer... Aha, gula-gula pilihan raya. Serius.... dapatkah dia penuhi semua janji-janjinya itu dalam keadaan hutang negara begitu menggunung sekali?? Awas... Gula-gula beracun tu beb!! Rakyat dan negara bisa hancur dengan gula-gula beracun ini.

Sebab tu... kita katakan yang Najib ni cuba 'kencing' rakyat, semata-mata kerana amat terdesak untuk menang pilihan raya ke 13 yang bakal diadakan. Jangan lupa... banyak 'kencing' depa dalam PRU12 lalu, yang masih berbau hancing lagi. Ini.... depa nak kencing lagi?? Jangan tertipu...

Katakan kepadanya.... we have had enough. Thank you but no thank you. We don't want you no more. We want yang baru. A new government for a new Malaysia. Yes... a new and better Malaysia for all Malaysians. Amacam.... boleh, kan??

Okay... berbalik kita kepada cerita kencing. Kes yang dipendamkan lama oleh Najib di Malaysia ini, akan meletop di Perancis dan 'letopan' ini bakal membaraikan pundi kencing Najib. [sini]

Hahahaha... Najib pasti akan terkecing-kencing akibat daripada perbuatannya sendiri. Bak kata orang putih..... 'You will reap what you sow'

Kita tunggu dan lihat apa kesudahan skandal 'Scorpene' ini dan apa kesannya kepada Najib. Roh Altantunya juga pasti gumbira. Ya.... gumbira kerana mungkin kematiannya akan mendapat pembelaan dan keadilan juga akhirnya.

Berita Melotop dan Terlotop

Posted: 18 Mar 2012 02:32 AM PDT


Anwar Ibrahim bakal ditelanjangkan oleh Ummi Hafida.

Fuuhh... Dahsat!! Dahsat!!

Pasti box-office ceramah Ummi Hafilda setiap minggu di seluruh negara.

Mak aaaiih... terrer ler Anwar Ibrahim ni. Makin depa telanjangkan dia.... makin masih bertutup 'aurat' dia. Steady jer dia ke hulu je hilir.

Uisshh.... ilmu apa dia pakai, ek??

Hebat... hebat...

Nanti... kita tengok pulak ilmu yang Ummi Hafida pakai..... Boleh tak dia 'telanjangkan' Anwar Ibrahim??

Entah-entah.... nasib tak baik, terbalik kot pulak jadinyaer. Hahahaha... habis 'aurat' si Ummi pulak yang terbarai nanti. Tapi.... ada ke sesapa yang masih nak lihat 'aurat' si Ummi. Bukan ke 'aurat' dia dah barai terselak dan terdedah dan rakyat semua dah tengok. Dah basi dah.... On top of that, tak enak mata memandanglah. Eeeee... geli!!

Lagi pon... dosa tau.

Kah kah kah kah....

Pasir Salak meroyan sakan. No class lah!!

Posted: 17 Mar 2012 11:22 PM PDT




Bikin malu betoi ler orang Peghak sorang ni. Tak der class whatsoever sebagai MP.

Mengena orang, bukan main suka dia. Tapi, apabila dia pulak terkena... bukan main menggila marahnya!! Huh.. Padan muka!!

Yang bangangnya, balik-balik memperkecilkan negeri Kelantan, kononnya tak der pembangunan ekonomi. Weh.... sedorler pembangunan ekonomi ala UMNO@BN, orang Kelantan tak heran ler. Sebab tu.... selama 22 tahun, rakyat Kelantan tak termakan hasutan dan propaganda komer orang. Sebaliknya, mereka terus memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah Kelantan.

Infact, UMNO@BN yang sepatutnya berasa malu kerana ketidaksudian rakyat Kelantan memilih parti rasuah itu sebagai pemerintah. Ha ah.... walau pun UMNO cuba memberi gambaran, kononnya mereka itu hebat. Ciitt.... Pigiiraah!! Rakyat Kelantan tak butalah. Mereka celik politik, alhamdulillah.

Seperti kata YB Kamaruddin Jaafar, walaupun pelbagai sekatan dan layanan tidak adil kerajaan pusat yang diterajui UMNO@BN terhadap Kelantan tapi rakyatnya masih berasa selesa dan sejahtera di bawah kerajaan PAS. Pembangunan ala UMNO..... boleh blahhh lah!!

As for orang Kelantan berniaga Tom Yam di luar Kelantan.... apa masalahnya?? Orang Kelantan mungkin lebih suka jadi their own boss dan mengikut sunnah Nabi dengan berniaga sebagai sumber rezeki. Dan, rakyat Kelantan keluar daripada Kelantan untuk berniaga tak salah, asalkan, bisness itu lebih mendatangkan keuntungkan kepada mereka. Yang penting.... Allah SWT memberkatinya dan rezeki itu halal. Rezeki Allah ada di mana-mana muka bumi ciptaanNYA.

Hahahaha.... bukan macam Melayu UMNO. Pada mereka....rezeki mereka hanya datang dari UMNO. Sebab tu, hidup mati mereka, mesti dalam UMNO!! Mereka bertongkat dengan UMNO. No UMNO, soru miss!! Dan, MP Pasir Salak.... tak terkecuali.

Sebab tu.... pada aku ler, MP Pasir Salak ini memang bangang apabila dia menimbulkan pembangunan di Kelantan dan mengaitkannya dengan orang Kelantan keluar negeri untuk berniaga Tom Yam. Otak kontot dia ni. Sebab tu dia, tak boleh berfikir di luar kotak. Haishhh.... jumudnya otak MP Pasir Salak. Yang dia tahu..... menyaaaaalak jer!! Bila kena sergah.... dia naik meroyan.

Kalau macam ni ler tak der kelasnya si Tajudin anak Pak Rahman..... rasanya its high time, rakyat Pasir Salak pilih orang lain sebagai MP mereka. Bikin malu oghang Peghak jer!!

Sebelum aku blah dari N3 ini.... aku nak nasihat sikit pada UMNO@BN. Jangan nak berlagak kononnya korang hebat dan memperkecilkan kerajaan PAS Kelantan. Nak tanya sikit... mana yang hina, yang perompak atau kena rompak??

Pastinya si perompak, kan??

So... UMNO@BN yang merompak royalti minyak Kelantan, jangan dok nak ek sangat, ya?? Apa kata beri balik royalti minyak tersebut dan kita lihat bagaimana PAS akan bangunkan Kelantan. Dan... jika PAS Kelantan bermurah hati... perhaps mereka akan bina pusara yang amat cantik untuk UMNO, buat tatapan generasi akan datang.

Wallahua'lam dan wassalam.

Statement Nan Raja Badut

Posted: 17 Mar 2012 09:17 PM PDT


Adnan Mansor kata...

'Umno-BN tak pernah, tak perlu beli undi'


Kah kah kah kah kah....

Badut..... badut....

Lawak, kan.... statement badut ni??

Sekian tima kasih.

Tiada ulasan: