Selasa, 20 Mac 2012

PERAKITE

PERAKITE


Surirumah yang dikaitkan dengan pimpinan PKR akan tuntut fasakh

Posted: 19 Mar 2012 05:01 PM PDT



Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, Rompin, semalam.


Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan­ ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.


Suami wanita terbabit seorang guru berusia 32 tahun juga tidak kelihatan pada prosiding itu.


Menurutnya, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.


"Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya.


Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.


Sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) belum membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.

Tiada ulasan: