Selasa, 20 Mac 2012

Addin

Addin


Umno Ganggu Ceramah Bob Lokman, Arah Kontraktor Padam Lampu Jalan

Posted: 20 Mar 2012 09:15 AM PDT

Umno terdesak!! Itulah perkataan yang paling sesuai menggambarkan kejadian malam tadi di ceramah Bob Lokman dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka. Pada asalnya ceramah Bob Lokman yang sepatutnya diadakan di Taman Puncak, Bukit Katil namun oleh kerana gangguan dari Umno terpaksa di alih dari lokasi asal. 

Sahabat Addin memberitahu, selain mendirikan khemah ceramah yang terlalu hampir dikatakan Umno mengarahkan kontraktor untuk memadamkan lampu jalan di sekitar ceramah.

Mungkin ekoran daripada itu, ceramah Bob Lokman dan pimpinan Pakatan Rakyat di pindahkan ke Taman Saujana.

Namun setelah keputusan di buat untuk berpindah ke Taman Saujana, Umno pun angkut peralatan ceramahnya dengan lori mengekori sama. Betapa busuk hati puak-puak pencacai Umno nih..

Antara hadirin yang hadir di ceramah Bob Lokman
Di zaman yang serba moden nih, masih ada lagi spesis manusia sakai seperti Umno nih. Addin cukup-cukup berbulu dengan kelakuan Umno dan pencacai-pencacainya malam tadi. Hendak di luku kepala depa nih..

Setelah ceramah Pakatan Rakyat bermula, Umno pun turut sama dengan ceramah ala sakainya. Dengan sound system yang begitu kuat mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang disertai oleh Bob Lokman sehingga ke penghujungnya.


Namun, pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir cukup cool dengan tidak melayan segala salak-salakan provokasi dari penceramah dan pencacai Umno.

Tapi kekadang Addin terfikir jugak, mungkin ada hikmahnya Allah SWT beri kejadian nih berlaku. Sebenarnya ia memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menarik golongan yang atas pagar..

Poster asal ceramah sebelum ditukar lokasi
Mereka pasti meluat dengan gelagat sakai Umno sejak kebelakangan nih yang selalu mengacau ceramah anjuran Pakatan Rakyat.


(Gambar) Najib Cipta Sejarah Malaysia

Posted: 20 Mar 2012 07:21 AM PDT


Gambar di atas menunjukkan kenyataan bahawa Najib pernah menggunakan tandas ini. Memang lucu dan terlampau mengampu. Tak akan  ler guna tandas pun boleh cipta sejarah.

Kepada yang menghasilkan inovasi yang tak inovasi nih, lain kali biarlah bertindak cerdik walaupun nampak tak berapa cerdik. Addin rasa budak sekolah pun boleh menilai hasil kerja macam nih.. kah..kah..kah.. Memang lawak!!


Sumber gambar ~ekeleh

Addin :

Tak tergamak nak buat macam nih..

Najib Bakal Di Hadapkan Ke Mahkamah Perancis Dalam Masa Terdekat?

Posted: 20 Mar 2012 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ke Mahkamah Perancis berkenaan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. "Sebagai Menteri Pertahanan ketika pembelian dilakukan, kemungkinan besar nama beliau akan disebut, dan beliau harus akur sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan. "Seperti di Malaysia, mengingkari arahan mahkamah akan dianggap menghina mahkamah, dan ia adalah satu kesalahan jenayah dan waran tangkap boleh dikeluarkan," kata Sivarasa yang merupakan seorang peguam.

Sivarasa turut berkata, sebagai pegawai tertinggi negara, Najib harus menghormati undang-undang Perancis dan menjaga imej Malaysia.

Menurutnya lagi, apabila inkuiri terbuka bermula, maklumat-maklumat terperinci dan cuba disembunyikan sebelum ini, seperti individu yang terlibat, akan didedahkan kepada rakyat. "Begitu juga dengan pembunuhan Altantuya.

Walaupun kes bunuh itu tiada kaitan secara langsung, namun penglibatan beliau dalam proses transaksi menjadikannya sangat relevan untuk dibangkitkan," jelas beliau.

Mengulas isu sama, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada dibuat berkenaan kes ini sebelum ini. Namun katanya, kerajaan tidak memiliki iltizam politik untuk membongkar kes ini sehingga ke akar umbinya.

"Apatah lagi dengan keadaan SPRM yang berada di bawah telunjuk pemerintah. Kita tahu SPRM tidak boleh mendakwa sekiranya tidak mendapat kelulusan Peguam Negara. "Walhal, ini adalah kes serius, sehinggakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu membangkitkan perkara ini di Parlimen dahulu", kata Shamsul lagi.

Pembelian kapal selam Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dan terlibat dalam pembunuhan model Altantuya Sharibuu, menerima komisyen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.

Pelbagai desakan dibuat untuk meyiasat urusniaga yang meragukan itu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil baik ke atas Razak Baginda atau Syarikat Perimekar sendiri.

Susulan itu, NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melantik peguam Joseph Breham pada tahun 2009 untuk memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, yang terlibat dalam urusniaga itu..

Baru-baru ini, Mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka berkenaan kes ini, untuk menyiasat pegawai-pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar. ~keadilandaily

Baca Statement Najib Nih.. Macam Bebudak

Posted: 19 Mar 2012 11:34 PM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat. Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. ~bernama

Kembar Palsu Curi Identiti Untuk Dapatkan BR1M

Posted: 19 Mar 2012 06:45 PM PDT

Satu lagi bukti baru telah muncul bahawa pendaftaran kewarganegaraan di Sabah adalah di lubuk mudah untuk mencuri identiti orang lain. Ia juga bukti bagaimana Projek IC yang dimulakan bekas Perdana Menteri, Mahathir, sudah sampai ke tahap paling membimbangkan buat rakyat di negeri di bawah bayu ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di sini, peguam Ansari Abdullah berkata beliau telah didatangi oleh bapa pemegang MyKad, Junaidi Justin, yang identitinya telah dicuri.


Melaporkan kehilangan kad pengenalan beliau ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Junaidi telah diberitahu untuk tidak membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana mereka akan menyelesaikan perkara itu.

Tetapi itu adalah janji-janji JPN lebih daripada 10 tahun lalu.

Junaidi sejak itu mendapati bahawa dia mempunyai identiti "kembar" (menggunakan namanya tanpa kebenaran).

'Kembarnya' yang mencuri identitinya, telah berkahwin, menggunakan namanya dan juga lebih malang lagi telah menunaikan bantuan BR1M kerajaan sebanyak RM500 baru-baru ini.

Junaidi meminta bantuan Ansari, yang merupakan Ketua Cabang PKR Tuaran, untuk mendapatkan bantuan.

Ansari kini memohon penjelasan daripada JPN bagaimana dan kenapa mereka gagal untuk bertindak ke atas maklumat bahawa mereka telah menerima aduan Junaidi lebih daripada satu dekad yang lalu.

Beliau juga mahu tahu mengapa JPN gagal untuk bertindak balas terhadap aduan susulan yang diajukan oleh keluarga Junaidi bagi menyelesaikan percanggahan sehingga identiti sebenarnya telah dicuri oleh orang lain yang pastinya bukan seorang warganegara Malaysia yang sah! ~sabahkini

Minit Mesyuarat Dedahkan Bukti Umno BN Campur Tangan Dalam Kes Peneroka Saman FELDA

Posted: 19 Mar 2012 05:20 PM PDT

KUALA LUMPUR - PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda, yang menurut parti itu pihaknya bimbang tentang ketelusan kehakiman. Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mempunyai maklumat minit mesyuarat bersama pengurusan Felda yang dipengerusikan Najib sendiri pada 27 Jun 2011 di bangunan Parlimen.

"Dalam mesyuarat tersebut, Najib meminta hakim dan peguam diberikan kefahaman mengenai kes saman peneroka Felda Serting terhadap Felda berhubung isu kadar perahan minyak kelapa sawit.

"Ayat beliau (Najib) merupakan ayat yang tercatat dalam dokumen rasmi mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang menyebut dengan terang bahawa dalam kes kadar perahan minyak yang belum ditentukan tarikh perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam faham berkenaan isu ini, pastikan Felda menang supaya tidak menjejaskan kes lain.

"Secara terang menunjukkan berlakunya manipulasi kehakiman," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada sidang media itu Saifuddin turut menunjukkan kepada wartawan satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

Dalam perenggan minit tersebut tertulis ayat seperti berikut:

"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (OER), di mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh, pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

Menurut Saifuddin, ada 20 kes yang melibatkan Felda dan pihaknya mahu Najib memberikan penjelasan berhubung perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Saya minta tadi sewaktu perbahasan dalam dewan Perdana Menteri dalam jawapannya mesti tampil menjelaskan apakah ini menjadi amalan dalam kes peneroka lawan Felda ini," katanya.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, kes yang dirujuk tersebut membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka dari Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa wujud penipuan atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit. ~sinarharian

Karpal Singh Di Tegur Dedahkan Isu Dalaman DAP

Posted: 19 Mar 2012 04:50 PM PDT

Pengerusi DAP Karpal Singh ditegur kerana membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu di khalayak ramai. "Jika dia tidak suka, dia patutnya bangkitkan dalam perjumpaan parti. Apapun, dia adalah pengerusi parti," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai kepada Bernama. Tan, yang juga Naib Pengerusi DAP ditanya berhubung komen Karpal yang dilaporkan mencabar jawatankuasa disiplin parti yang memutuskan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy tidak melanggar disiplin parti selepas didakwa mendalangi satu protes Disember lalu.

Karpal dilaporkan berkata bahawa empat anggota jawatankuasa yang diketuai Tan tidak layak untuk menyiasat Ramasamy dan prosiding itu patut dibatalkan sejak awal lagi.

"Dia (Karpal) tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya tidak fikir ada sebarang asas untuk menyatakan bahawa keputusan jawatankuasa disiplin itu berat sebelah. Kita telah menjalankan siasatan yang ketat dan mendapat testimoni daripada pelbagai anggota yang mengambil bahagian dalam protes yang mana terbukti tidak benar," katanya. ~bernama

Tiada ulasan: