Isnin, 12 Mac 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan Politik - LGE

Posted: 12 Mar 2012 01:40 AM PDT

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil patut melepaskan semua jawatan politik yang disandangnya bukan hanya sekadar jawatan dalam kerajaan.
Menurut beliau, Shahrizat yang terpalit dengan isu skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN) seharusnya melepaskan semua jawatan yang dipegangnya termasuk sebagai ketua Wanita Umno dan Wanita Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan keikhlasan tindakannya itu.

"Mengapa beliau masih nak pegang jawatan sebagai ketua wanita Umno? Sepatutnya hanya dua pilihan, sama ada beliau berundur bagi semua jawatan...ataupun tidak letak jawatan langsung.
"Tapi dengan hanya letak jawatan sebagai menteri tetapi tidak dalam politik menunjukkan ia sekadar berundur separuh jalan," kata ketua menteri Pulau Pinang itu kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Beliau mengulas mengenai keputusan Shahrizat mengumumkan pengundurannya sebagai menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat pada 8April depan.
Bagaimanapun Shahrizat akan kekal sebagai ketua Wanita Umno dan ketua Wanita BN.

SHAHRIZAT DAN NAJIB ..SAMA BUSUKNYA.

Posted: 11 Mar 2012 05:12 PM PDT

tindakan sharizat mencerminkan sikap dan peribadi pemimpin UMNO yang sebati dengan sifat tidak amanah dan menyalahgunakan wang rakyat untuk memperkayakan diri dan kroni. sebetulnya,tindakan shahrizat mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri yang disandangnya atas tiket senator yang akan tamat pada april ini bukanlah berundur atau meletak jawatan, tapi memang jawatan menteri itu akan tamat pada tarikh tersebut kerana jawatan senator pun akan tamat tempoh pada tarikh yang sama.


jawatan ketua wanita UMNO dan BN tidak pula diletaknya. jika UMNO parti yang benar-benar berintegriti dan bersih, shahrizat sepatutnya dipecat dari awal kenyataan ketua audit negara lagi. bukan menunggu hari tamat tempoh jawatan senator baru nak umum berundur. Presiden/perdana menteri sepatutnya bertindak lebih awal untuk membersihkan parti dan kabinetnya dari anasir salahlaku dan penyelewengan.

seperti kata ketua UMNO cheras, tindakan shahrizat seperti drama BOLLYWOOD. bukan meletak jawatan, tapi kerana tamat tempoh. shahrizat tegasnya perlu meletakan jawatan lebih awal. bukan tunggu tamat tempoh jawatan senator baru nak umum.

kenyataan najib dan shafie afdal bahawa tindakan shahrizat itu demi untuk kepentingan parti UMNO dan BN. soalnya jawatan ketua wanita UMNO dan BN tidak dilepaskan,jadi macamana nak jaga nama jika jawatan dalam parti tidak dilepskan. jika alasan najib bahawa walaupun shahrizat belum dibuktikan bersalah atas tuduhan yang dilemparkan, tetapi bukti-bukti yang didedahkan oleh PKR memang menunjukkan berlaku penyalahgunaan wang rakyat berlaku. wang yang sepatutnya digunakan untuk menambah bekalan daging negara sewenang-wenangnya digunakan untuk membeli aset lain.

ramai orang UMNO berkata skandal yang berlaku tidak ada kena mengena dengan shahrizat kerana yang terlibat adalah suami dan anak-anaknya. samalah senarionya dengan tuduhan yang dikenakan kepada menantu TGNA(nik aziz). tapi lihat apa yang berlaku. media UMNO hari-hari memainkan isu tersebut yang akhirnya tiada kes pun...

kita sepatutnya bertanya jika shahrizat bukan menteri atau ketua wanita UMNO apakah suaminya akan mendapat kemudahan kewangan dan projek tersebut sedangkan suaminya bukanlah mempunyai pengalaman jika nak dibandingkan dengan FELDA yang turut serta memohon projek tersebut. walau apa pun tindakan sharizat dengan jawatan menteri dan ketua wanita UMNO, kerajaan kena mengambil tindakan terhadap skandal ini dengan menyiasat semua individu yang terlibat didalam proses penanugerahan projek ini.

skandal ini sebenarnya terang-terangan menonjolkan sikap pemimpin didalam UMNO yang sinonim dengan gejala rasuah dan penyelewengan wang rakyat.bagaimana presiden dan perdana menteri nak pecat ketua wanita dan menterinya jika dia sendiri pun turut terpalit dengan skandal juga, malah lebih hebat lagi.

Tiada ulasan: