Isnin, 12 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Eh?? Siapa Perdana Menteri ni?

Posted: 12 Mar 2012 03:59 AM PDT



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.


Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing.




Dewan Rakyat mula bersidang esok hingga 12 April dan Dewan Negara mulai 23 April hingga 10 Mei. Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di Dataran Parlimen kira-kira jam 10 pagi.


Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Amriza Mohd Ashaari.

Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Ia adalah kali pertama Tuanku Abdul Halim merasmikan persidangan Parlimen selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lalu.
Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima mulai 1970 hingga 1975. - BERNAMA

Suami Sharizat tengking wartawan dan jurugambar..

Posted: 12 Mar 2012 01:56 AM PDT



Belumpun reda isu MB Pahang mengelar wartawan Akhbar Cina sebagai 'bodoh' hari ini wartawan dan jurugambar yang membuat liputan kes NFC di Mahkamah ditengking oleh Suami Sharizat pula..


KUALA LUMPUR, 12 MAC: Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat berhubung pinjaman kerajaan berjumlah RM49 juta kepada Pusat Fidlot Nasional ((NFCorp).

Tuduhan itu dibaca kepada pengerusi eksekutif NFCorp dan beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu termasuk dua tuduhan lain di bawah Akta Syarikat.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anaknya Izmir diiringi ahli keluarga terdekat dan penyokongnya turut berada di mahkamah.

Kes itu akan dibicarakan paada 13 April ini bagi membolehkan pihak pendakwaraya kemukakan dokumen bukti tambahan bagi perbicaraan berkenaan.

Mohamed Salleh dibebaskan dengan ikat jamin RM500 ribu untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan sementara menunggu perbicaraan.

Suasana di luar mahkamah menjadi tegang sedikit sebaik sahaja pertuduhan kes itu selesai apabila Mohamed Salleh menengking wartawan dan jurugambar yang meramkan gambar beliau.

"Mengapa ambil gambar?! Belum didapati bersalah lagi!" tengking beliau kepada sekumpulan jurugambar di luar pintu bilik mahkamah.

Shahrizat, semalam, mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh senatornya berakhir 8 April ini.

NFC yang dimiliki oleh suami beliau terpalit dengan tuduhan menyalah guna pinaman RM250 juta kerajaan untuk membeli kondominium di Malaysia dan Singapura selain membiayai perniagaan yang diluar terma pinjaman itu.

Shahrizat akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional namun sudah hampir pasti beliau tidak akan dipilih menjadi calon untuk pilhanraya umum ke 13.


AntaraPos

TERKINI! Suami Shahrizat hadapi tuduhan Pecah Amanah di Mahkamah

Posted: 12 Mar 2012 12:04 AM PDT



KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation.


Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Semalam, Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.

Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah (CBT).

Itu adalah laporan dari Sinar Harian, berikut pula adalah dari Malaysiakini..

Pengarah NFC mohon dibicarakan bagi 4 tuduhan

Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.

Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepadaNational Meat ands Livestock Corporationgara, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

Ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berada di kompleks mahkamah bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.


Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini.

MB Pahang jelaskan sebab beliau gelar 'Wartawan Bodoh'.. (Video Inside)

Posted: 11 Mar 2012 09:20 PM PDT



Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) semalam mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).


Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas.

"Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan.

"Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya.

Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Dalam kenyataannya semalam, NUJ juga menuntut Adnan meminta maaf dalam masa 24 jam atau mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Malaysiakini

Berikut pula adalah penjelasan oleh MB Pahang, Adnan Yaakob mengapa beliau memarahi wartawan..

Menurutnya beliau marah dan menuduh blogger serta akhbar berbahasa Cina menfitnahnya tentang isu hendak membuang sisa Lynas ke Sungai Tembeling.

Susulan dari kekecewaan itulah yang menyebabkan insiden beliau halau wartawan akhbar terbabit semasa dia hadir ke majlis perasmian Pesta Buku, di Hotel Zenith baru-baru ini.



Walaubagaimanapun.. Adakah wajar seorang pemimpin mempamirkan sikap biadabnya kepada rakyat?

Sharizat kata bukan kerana NFC dia undur tapi Najib kata kerana NFC.

Posted: 11 Mar 2012 07:01 PM PDT



Ini sebahagian dari kata-kata Sharizat.. Shahrizat memberitahu bahawa keputusan yang dibuat atas keinginannya sendiri tanpa pengaruh mana-mana pihak.


Beliau turut menafikan perletakan jawatannya itu disebabkan skandal NFC, dan menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Salleh.

"Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, saya tiada sebarang kaitan dengan NFC, hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC.

"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.

"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri, dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya - Sinar Hraian

Sharizat kata tak ada kena mengena dengan NFC pengunduran dia dari Kabinet (baca tak dilantik semula sebagai Senator oleh Najib)..

Laporan dari Bernama di bawah pula Najib mengakui bahawa NFC adalah punca Sharizat tidak akan dilantik sebagai Senator semula.

"Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan," katanya.



Ini laporannya..

Keputusan Shahrizat Undur Diri Tepat Dan Betul, Kata Perdana Menteri

Pekan, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

"Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.

Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, Perdana Menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.

"Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan," katanya.

Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita UMNO terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.

"Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi - Bernama

Tiada ulasan: