Muslimeen United |
- PANAS!!! Polis keluarkan gambar 29 Samseng UMNO yang membuat kacau
- Biadap!! Samseng Umno Baling Telur Di Ceramah Pakatan Rakyat
- PRU 13 : Panas !!! Ku Li Tetap Bertanding Jikapun Tidak Dicalonkan Umno
- Umno mula buka bilik gerakan pilihan raya
- Laporan SPRM Terhadap Datuk Hafarizam Dan Tun Zaki
- FENOMENA RIBUT BADAI SEMASA ROAD TOUR HASSAN ALI
- TMK@12: Kelantan usaha tarik 6 juta pelancong
- Kelantan :BN Belum Putus Bakal MB Tak Jadi
- Wahid Sekali Lagi Cabar Mad Said Berdebat
- Dr M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia
PANAS!!! Polis keluarkan gambar 29 Samseng UMNO yang membuat kacau Posted: 03 Mar 2012 09:00 AM PST Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu. Ia termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet. Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan. Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi. Sambil menyeru mereka tampil tanpa prejudis, Gan berkata, pada masa ini mereka adalah saksi, bukan suspek atau berdepan dengan sebarang tuduhan. Polis serius menyiasat laporan yang telah dibuat, mendakwa keganasan semasa perhimpunan tersebut, yang mengakibatkan kecederaan terhadap dua wartawan. Ahad lepas, wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (kanan) dan Lee Hong Chun didakwa diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh penyokong pro-Lynas sewaktu perhimpunan Himpunan Hijau di Esplanade. Kertas siasatan akan disiapkan untuk Peguam Negara paling lewat Isnin ini, katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah sebuah pasukan petugas akan meneliti butiran berhubung kekecohan tersebut. Diketuai Timbalan Ketua CID Pulau Pinang, ACP Naser Salleh, tugas utamanya adalah menyediakan kertas siasatan untuk dihantar kepada Peguam Negara. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan, yang juga melibatkan "perhimpunan haram" di pihak penganjur. Laporan yang dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya, disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada ugutan jenayah. Setakat ini, tujuh laporan mengenai keganasan semasa perhimpunan tersebut diterima, termasuk laporan oleh Lim, dan 20 kenyataan saksi telah dirakamkan. Mengenai kes Lim sahaja, kata Gan, 13 kenyataan saksi telah dirakamkan. http://sharpshooterblogger.blogspot.com |
Biadap!! Samseng Umno Baling Telur Di Ceramah Pakatan Rakyat Posted: 03 Mar 2012 08:59 AM PST MELAKA - Umno Barisan Nasional kian terdesak dalam usahanya mempertahankan kuasa, apabila terus membiarkan penyokongnya berkelakuan ganas dan samseng, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau mengulas tindakan terbaru sekumpulan ahli Umno membaling telur dan menjerit perkataan lucah dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Kerubung, Melaka- salah satu kubu kuat Umno di negeri itu- malam tadi (2 Mac). "Samseng umno melakukan provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap penceramah Pakatan Rakyat. "Malah, semasa S Kesavan (Adun KEADILAN Perak) berucap, secara tiba-tiba dua dari samseng Umno itu membaling telur dan mengenai penduduk kampung yang hadir. "Salah seorang dari samseng Umno itu dikenalpasti sebagai pemimpin cawangan Umno yang turut menjerit-jerit terhadap kita semasa ceramah berlangsung," kata Shamsul kepada keadilandaily. Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, penduduk kampung sendiri malu dan meluat dengan gelagat tersebut, namun hanya mampu meminta supaya penceramah Pakatan Rakyat bersabar. Ekoran kekecohan itu katanya, sebuah van dan empat kereta peronda datang bagi mengawal keadaan. Beliau dalam pada itu merasa kesal kerana penceramah yang hadir pada malam itu hanya mahu memberi penerangan mengenai perbezaan dasar negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional di Melaka. "Kita menerangkan dasar ini pada rakyat kerana mereka berhak tahu apa yang kita tawarkan jika diberi mandat sebagai kerajaan baru. "Lagipun, media Umno langsung tidak memberi kita peluang menerangkan dasar ini walaupun sekadar setengah jam di media rasmi kerajaan," tegasnya. Kejadian keganasan penyokong Umno itu merupakan rentetan dari siri keganasan yang berlaku di Pahang, Pulau Pinang dan Johor. Sebelum ini, penyokong Umno bertindak ganas apabila menyerang ceramah yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dan turut merosakkan kereta milik ketua Umum KEADILAN itu. Di Pahang pula, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar hampir dicederakan penyokong Umno dalam satu majlis ceramah di Felda Lapar Hilir 1 di Gambang. Manakala di Pulau Pinang pula, penyokong Umno bertindak ganas menyerang Himpunan Anti Lynas, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng- menyaksikan dua wartawan cedera. -KD |
PRU 13 : Panas !!! Ku Li Tetap Bertanding Jikapun Tidak Dicalonkan Umno Posted: 03 Mar 2012 08:58 AM PST Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang."Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini. Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan. Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini. Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali. "Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat. "Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi. Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih. -SH |
Umno mula buka bilik gerakan pilihan raya Posted: 03 Mar 2012 04:59 AM PST (Ketua Umno Cawangan BTP, Syed Ahmad Firdaus di depan bilik gerakan pilihan raya yang dibukannya) KUALA LUMPUR, 3 Mac: Pilihan raya umum ke 13 sudah dekat benar apabila melihat parti yang memerintah mula membuka bilik-bilik gerakan mereka. Ini mula dapat dilihat di Selangor, negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Terengganu, negeri yang cuab dipertahankan BN. Ada yang berkata, pilihan raya ke 13 akan diadakan secepatnya April ini selepas Parlimen dibubarkan pertengahan bulan ini. (Markas pilihan raya Umno Peti Undi Kedai Buluh, Marang, Terengganu) Di Rawang, Umno cawangan Bandar Tasik Puteri mula membuka bilik gerakan mereka di kawasan taman perumahan itu. Ketua Umno cawangan itu, Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui di hadapan bilik gerakan yang sedang dipersiapkannya itu berkata, ia dibuat atas arahan Presiden Umno. "Datuk Seri Najib kan dah kata kena membuat persiapan untuk pilihan raya umum. Ini yang kami buat ni," kata Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui didepan bilik gerakan itu. Dalam nada berseloroh, Syed Ahmad juga berkata, "Sediakan payung sebelum hujankan." Di Marang Terengganu, Umno juga kelihatan sudah mempersiapkan markas dan bilik gerakan mereka. Di kampung Kedai Buluh, Bukit Payong, Umno cawangan di situ sudah membuka markas peti undi mereka di situ. -Hrkh |
Laporan SPRM Terhadap Datuk Hafarizam Dan Tun Zaki Posted: 03 Mar 2012 04:58 AM PST Rampasan kuasa yang berlaku di Negeri Perak dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan yang telah diperkudakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional. Sistem Demokrasi tidak dihormati dan keluruhan perlembagan negara juga telah dicemari. Dewan Negeri Perak yang mulia juga telah diceroboh oleh pihak polis dan samseng diatas arahan yang diberikan oleh Barisan Nasional. Krisis Negeri Perak hanya boleh diselesaikan oleh pihak legislatif yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Tetapi pihak eksekutif telah campurtangan dalam isu dewan perundangan untuk menjatuhkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Tambahan pula pihak eksekutif telah memperalatkan mahkamah untuk kepentingan mereka. Mahkamah merupakan platfom terakhir kepada rakyat Malaysia untuk menuntut keadilan. Setiap warga negara mengharapkan keadilan yang suci daripada pihak mahkamah. Mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahkamah harus memberi pengadilan kepada pihak-pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang dan perlembagan negara. Apa akan berlaku jika pihak mahkamah itu sendiri tidak boleh memberi pengadilan yang sebenar kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain? Terdapat beberapa kes penting di negeri Perak. Antaranya ialah kes Dato Seri Nizar vs Dato Seri Zambry, V.Sivakumar vs Dato R.Ganesan, V.Sivakumar vs Jamaludin, Osman & Hee Yit Foong, V.Sivakumar vs SPR, V.Sivakumar vs Zambry & EXCO. Pakatan Rakyat kalah dalam semua kes-kes di atas walaupun banyak kes-kes sebelum ini dan undang-undang negara lebih mirip dan condong kearah Pakatan Rakyat. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa pihak mahkamah kabur melihat undang-undang dan sanggup memberi keputusan berpihak kepada Barisan Nasional? Jawapan untuk soalan-soalan ini akan diperjelaskan satu per satu. Peguam untuk Barisan Nasional ialah penasihat undang-undang UMNO iaitu Datuk Hafarizam Harun. Ketua Hakim Negara pada masa itu ialah Tun Zaki Azmi. Kontroversi terbaru timbul ekoran pemberian konsesi bernilai RM2.2 billion Lebuhraya Kinrara- Damansara (Kidex) kepada kedua-dua tokoh ini. Konsesi ini diberikan kepada dua orang tokoh yang terlibat secara lansung dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Antara perkara-perkara yang perlu dilihat dan diberi perhatian adalah seperti berikut: 1) Datuk Hafarizam adalah merupakan pengarah 2 buah syarikat yang menerima konsesi tersebut iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd. 2) Nik Sazlina Mohd Zain, Isteri kepada Tun Zaki pula merupakan pengarah Syarikat Emrail. 3) Peguam UMNO dan Isteri Ketua Hakim Negara merupakan pengarah-pengarah dalam syarikat yang sama diberi konsesi oleh kerajaan yang bernilai RM2.2 billion. Terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam perkara ini. 4) Emrail tidak mempunyai rekod dalam pembinaan lebuhraya. Syarikat ini hanya berhasrat menjadi syarikat kejuruteraan Rel Utama di negara dan rantau ini. 5) Apakah sebab tender ini diberikan kepada kedua-dua syarikat ini? Apakah kriteria-kriteria yang telah diguna pakai dalam isu pemberian konsesi ini ? Adakah syarikat-syarikat lain juga dipertimbangkan? Adakah tender terbuka dibuat? Apakah terma-terma konsesi? Apakah kadar tol dan perkongsian keuntungan? 6) Hafarizam sendiri mengaku bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka adalah antara sebilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini. 7) Raja Petra dalam blognya mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan kroni dalam menganugerahkan konsesi projek lebuhraya ini. Laporan dibuat di SPRM Ipoh untuk menyiasat perkara-perkara kontroversial yang ada kena mengena dengan kemelut negeri Perak. Pada dasarnya, pemberian konsesi ini adalah dilihat sebagai habuan untuk penglibatan kedua-dua tokoh ini dalam ramapasan kuasa negeri Perak. -speakforperak |
FENOMENA RIBUT BADAI SEMASA ROAD TOUR HASSAN ALI Posted: 02 Mar 2012 11:10 PM PST Video Suasana sebelum hujan ribut petir reda & pengakuan Dr Hasan Ali suasana ini juga berlaku di Melaka malah lebih dasyat lagi (10 kali ganda katanya) : Fenomena yang diakui biasa berlaku dalam siri road tour JATI oleh Dr Hasan Ali. Rakaman ini dirakamkan sebelum aktivis ke kawasan perumahan yang dilaporkan mengalami bencana hujan ribut petir sekitar daerah Manjung. Khemah Pentas di tengah padang tidak dapat digunakan. |
TMK@12: Kelantan usaha tarik 6 juta pelancong Posted: 02 Mar 2012 06:20 PM PST KOTA BHARU, 3 Mac: Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, malam tadi. Sempena majlis bersejarah itu, tiga artis yang mewakili tiga negara telah membuat persembahan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kumpulan Raihan (Malaysia), papa rock Ramli Sharif (Singapura) dan Opick (Indonesia). Hampir 5,000 orang hadir pada program yang penuh warna warni itu walaupun keadaan hujan. Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan. Sempena majlis itu, dua pertunjukkan bunga api telah diadakan di samping persembahan lagu tema TMK@12. Takiyuddin ketika berucap pada majlis itu memberitahu pihaknya akan berusaha untuk menjayakan hasrat mencapai kehadiran pelancong dalam dan luar negara seramai 6 juta orang. Katanya, untuk menjayakan hasrat itu pelbagai persembahan dan program telah diatur untuk menarik lebih ramai pelancong. "Selain persembahan malam ini, diadakan juga Pesata Sukan Air, pertunjukan kereta berhias dan lain-lain lagi," ujarnya. Ramli Sarip mendendangkan beberapa buah lagu popularnya Doaku Buat Mu Kekasih, Nyanyian Serambi, Kasturi, manakala Opick Cahaya Hati serta lagu popularnya Rapuh dan Raihan lagu-lagu nostalgia kumpulan itu seperti Syukur, Allahu. -Hrkh |
Kelantan :BN Belum Putus Bakal MB Tak Jadi Posted: 02 Mar 2012 06:16 PM PST Sebelum ini Awang Adek adalah bekas bakal MB tak jadi di Kelantan. Banyak baner bekas bakal MB itu dipasang di seluruh Kelantan semasa pilihanraya 2008. Akhirnya baner itu menjadi bahan koleksi pengumpul barang pelik. Itulah yang diingat tentang bakal MB tak jadi yang ditulis saudara MSO Merah Tinta. Kini PM Najib dan BN lebih berhati-hati tentang calon bakal MB tak jadi. Bakal MB tak jadi belum ditentukan setakat ini kata Najib. Najib berkata ia akan ditentukan bila tiba masanya nanti. Mengenai ura-ura Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed akan diumumkan menjadi bakal MB tak jadi, Najib berkata ia terpulang kepada persetujuan semua pihak. "Oh anda nak Tok Pa (Mustapa), tak apalah kita tengok dulu pendapat semua pihak… Tak susah kalau Tok Pa sanggup." kata PM Najib selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Bersama Profesional Kelantan. Najib juga berkata walaupun suasana baik di kalangan penyokong tetapi ia bukan satu perkara mudah untuk parti kembali menawan negeri ini. Semoga bukan satu perkara mudah itu menjadi semakin payah!! |
Wahid Sekali Lagi Cabar Mad Said Berdebat Posted: 02 Mar 2012 06:13 PM PST KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut sekali lagi melontarkan cabaran kepada Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato' Seri Ahmad Said untuk berdebat dengan beliau secara terbuka berkenan isu-isu yang berlaku di negeri Terengganu. Menurutnya debat menjadi 'trend' sekarang, yang membuka peluang lebih luas kepada rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa yang sedang berlaku. Beliau berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin telah berdebat dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di London, Dato' Nazri Aziz secara terbuka berbincang berkenaan pilihan raya di Kota Bharu Kelantan dan persoalan tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diadakan perbahasannya diantara mahasiswa dan para pensyarah. "sekarang ini 'trend' begitu biar terbuka, perubahan (perlu dibuat) kepada (politik) kita, di Terengganu ono kalau ada pihak yang ketiga termasuk media nak panggil Wahid Endut berlawan, berbahas dengan Mad Said, "bincang soal Terengganu, soal isu royalti, soal stadium runtuh, soal apa sahaja berhubung dengan negeri Terengganu…… saya bersedia,"ujarnya Beliau berkata demikian dalam Majlis Taklimat Gerak Kerja Pilihanraya Peringkat DUN Tepoh di Ma'ahad TahFiz Wal Tarbiyah pada Khamis 1 Mac. Menurut, cabaran yang dibuat sebelum ini pada Majlis Malam Mesra Media 9 Februari lalu, tidak dijawab oleh Menteri Besar Teregganu itu, yang terus membisu seribu bahasa. Sebaliknya, Umno tidak terbuka kerana semakin hampir waktu pilihanraya parti itu cuba memerangkap PAS dengan beberapa peristiwa yang berlaku. Antaranya, kata beliau, kes pembuangan kepala babi dalam sebuah masjid, kes pembakaran kereta Timbaan Pesuruhjaya PAS Johor dan letupan bom yang berlaku pada hari pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau mempersoalkan, siapakah yang melakukannya dan apakah motif jenayah tersebut dilakukan. "Siapa punya angkara…..apa tujuannya, timbul isu dia ambil kepala babi bubuh dalam plastik lempar ke dalam masjid, siapa punya kerja bila hari keputusan Anwar bebas ada letupan bom, siapa letupkan bom apa tujuan letupkan bom?, "siapa punya kerja bila Timbalan Pesuruhjaya (PAS) Negeri Johor mendedahkan apa yang berlaku penyelewengan di negeri Johor, kereta dan rumah dia kena bakar…siapa punya kerja?,"soal Wahid. -BO |
Dr M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia Posted: 02 Mar 2012 06:12 PM PST Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat. jika. "Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan. "Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu. "Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil. "Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum". Gaji minimum Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan. Pada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara. Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu. Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti. "Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita. "Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya. Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka. "Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan. "Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau. Tidak baik Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.Walaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji. "Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus. Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan," katanya. Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan