Sabtu, 3 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kedah Akan Dapat MB Baru !

Posted: 03 Mar 2012 08:01 AM PST

Adakah benar berita yang 'beruketawa' warwarkan.Kalau benar,ianya satu langkah berani pihak Pusat.Tahniah diatas tindakan tegas sebegini yang sepatutnya telah diambil lebih awal lagi.Walau bagaimana pun, ini lebih baik bagi PAS Kedah dan PR seluruhnya dalam menghadapi PRU-13 yang semakin hampir.

Diharap PAS Kedah dapat merapatkan semula saf dan menyusuna gerak langkah perjuangan seterusnya.

Saya mengucapkan PAS Kedah selamat berjaya meneruskan kepimpinan ummah diKedah.

Terkini Dari Kedah - YB Taulan Rasul Bakal MB Kedah


YB DATUK TAULAN RASUL...ADUN TOKAI

PETANG TADI BERUK KE ALOR STAR...JUMPA TERUS DENGAN ORANG KUAT PAS KUALA KEDAH

DIRINGKASKAN SEPERTI BERIKUT:

PERJUMPAAN SELAMA 1 JAM ITU DIBUAT DI SUATU TEMPAT...DALAM DUN PENGKALAN KUNDUR...DUN KAWASAN PHAHROLRAZI

MALAM NI PAS PUSAT AKAN BERSIDANG SERTA BERSEMUKA DENGAN UST AZIZAN DAN PHAHROLRAZI DI ALOR STAR

SETERUSNYA SATU KEPUTUSAN AKAN DIBUAT

BERITA BERTIUP KENCANG...PAS PUSAT AKAN MENGARAHKAN UST AZIZAN 'BERCUTI' SEBELUM MELEPASKAN JAWATAN MB KEDAH

INI KERANA PIHAK PAS PUSAT TELAH DAPAT MAKLUMAT TERPERINCI MENGENAI KELEMAHAN-KELEMAHAN USTAZ AZIZAN

DIFAHAMKAN UST AZIZAN MEMANG CELUPAR MULUTNYA DAN TIDAK SEPATUTNYA SEORANG MB BERPERANGAI MACAM TU

UNTUK MAKLUMAT...UST AZIZAN PERNAH PANGGIL SALAH SEORANG ADUN 'PR' BUKAN MELAYU...'LANCHOW'...kah kah kah..kah kah

NASIB BAIK ADUN BUKAN MELAYU TU...BANYAK BERSABAR...KALAU TIDAK DAH LAMA UST AZIZAN LINGKOP

BERITA BERTIUP KENCANG...JIKA UST AZIZAN LEPAS JAWATAN MB KEDAH...PENGGANTINYA BUKAN DATUK PHAHROLRAZI SEPERTI MANA YANG DISANGKA RAMAI

MALAH DIFAHAMKAN DATUK PHAHROLRAZI MENYATAKAN...'SAYA TIDAK PERNAH BERCITA-CITA MAHU JADI MB KEDAH '

OLEH ITU PIHAK PAS PUSAT DIJANGKA MEMBUAT KEPUTUSAN...UNTUK MEMILIH ADUN TOKAI DALAM PARLIMEN PENDANG...IAITU YB TAULAN RASUL UNTUK MENGGANTIKAN UST AZIZAN SEBAGAI MB KEDAH

UNTUK MAKLUMAT...YB TAULAN RASUL LATAR BELAKANGNYA 'AGAMA'...MUNGKIN ITU ADALAH KRITERIA UTAMA YANG DIKEHENDAKI OLEH PAS PUSAT IAITU GOLONGAN 'ULAMAK'

Laporan SPRM terhadap “dalang” yang didakwa terlibat dalam rampasan kuasa Perak

Posted: 03 Mar 2012 01:11 AM PST

IPOH, 3 MAC: Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara-perkara kontroversi yang ada kaitan dengan rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.

Laporan itu telah dibuat oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan timbalannya V.Sivakumar di pejabat SPRM di sini semalam.

Menurut Sivakumar yang juga Adun Tronoh, rampasan kuasa yang berlaku di Perak tiga tahun lalu dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan yang telah didakwanya telah diperkudakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Katanya, peguam untuk BN ialah penasihat undang-undang UMNO, iaitu Datuk Hafarizam Harun manakala Ketua Hakim Negara pada masa itu ialah Tun Zaki Azmi; kedua-duanya memainkan peranan penting sewaktu rampasan kuasa tersebut.

Menurutnya, kontroversi timbul ekoran pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion kepada kedua-dua tokoh itu, secara langsung dan tidak langsung.

Sivakumar mempersoalkan bagaimana konsesi lebuh raya itu boleh diberikan kepada mereka dan kelaurga mereka sedangkan mereka terlibat secara lansung dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari 2009.

Beliau berkata terdapat tujuh pekara yang harus diketahui dalam skandal ini:

1) Datuk Hafarizam adalah merupakan pengarah dua syarikat yang menerima konsesi tersebut, iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

2) Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, iaitu isteri kepada Tun Zaki pula merupakan pengarah Syarikat Emrail.

3) Peguam UMNO dan isteri Ketua Hakim Negara (pada masa itu) merupakan pengarah-pengarah dalam syarikat yang sama diberi konsesi oleh kerajaan yang bernilai RM2.2 bilion. Terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam perkara ini.

4) Emrail tidak mempunyai rekod dalam pembinaan lebuh raya. Syarikat ini hanya berhasrat menjadi syarikat kejuruteraan rel utama di negara dan rantau ini.

5) Apakah sebab tender ini diberikan kepada kedua-dua syarikat ini? Apakah kriteria-kriteria yang telah diguna pakai dalam isu pemberian konsesi ini ? Adakah syarikat-syarikat lain juga dipertimbangkan? Adakah tender terbuka dibuat? Apakah terma-terma konsesi? Apakah kadar tol dan perkongsian keuntungan?

6) Hafarizam sendiri mengaku bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka adalah antara sebilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini.

7) Blogger Raja Petra Kamarudin dalam blognya mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan kronisme dalam menganugerahkan konsesi projek lebuh raya ini.

Menurut Sivakumar, sistem demokrasi tidak dihormati dan Perlembagaan Persekutuan juga telah dicemari serta Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia juga telah diceroboh oleh pihak polis dan samseng di atas arahan para pemimpin BN.

"Krisis negeri Perak hanya boleh diselesaikan oleh pihak legislatif yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Tetapi pihak eksekutif telah campurtangan dalam isu dewan perundangan untuk menjatuhkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menegaskan bahawa mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana ia harus memberi pengadilan kepada pihak-pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang dan perlembagan negara.

Jelasnya, Pakatan Rakyat kalah dalam semua kes-kes berkaitan rampasan kuasa Perak banyak kes-kes seumpama itu sebelum ini dan undang-undang negara lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa pihak mahkamah kabur melihat undang-undang dan sanggup memberi keputusan berpihak kepada Barisan Nasional?" katanya. – Roketkini.com

PATUT PUN 'TOK IMAM' BALING KASUT PADA HAKIM-HAKIM

Posted: 02 Mar 2012 06:20 PM PST

Sama tapi tak seropa - padan pun Tok Imam tu baling kasut kat hakim-hakim tu hari tu.Padan muka depa! Cuba memperbodoh-bodohkan rakyat!

Mengikut fakta, Khir Toyo beli tanah harga kelentong RM3.5juta, sedangkan harga sebenar RM6.5juta.Maknanya, dia toyolkan RM3juta!

Apa korang ingat Khir Toyo akan masuk penjara? Malaun yang tipu RM80,000 itu masuk penjara? Sorilah brother, tengoklah nanti - mesti lepas punya selesai kes rayuan masing-masing!

SUMBER INSPIRASI

Tiada ulasan: