Addin |
- Kedah Bakal Dapat MB Baru?
- Biadap!! Samseng Umno Baling Telur Di Ceramah Pakatan Rakyat
- (Gambar) 50 Orang Siam Sertai PKR Di Kedah
- Semboyan PRU 13 Telah Berbunyi
- Jacky Chan Maut Nahas Jalan Raya
- (Gambar) Rupa-Rupanya PAS Jeli Sayang Sangat Kat Najib..
- Najib Tidak Rapat Dengan Keluarga, Rosmah Tidak Di Sukai Di Pekan
Posted: 03 Mar 2012 04:00 PM PST Dalam mencari-cari maklumat, Addin terjumpa blog yang agak pelik namanya "Beruk Ketawa". Addin pun tak pasti kenapa blogger nih guna nama sedemikian, mungkin beliau ada alasannya tersendiri. Yang menariknya, blog tersebut menceritakan Dato' Seri Ustaz Azizan bakal digantikan dengan Adun Tokai iaitu Dato' Taulan Rasol. Menurut blog tersebut, desas-desus kuat mengatakan MB Kedah bakal di gantikan oleh Dato' Taulan Rasol. Sejauh mana kebenaran berita nih Addin pun tak berapa pasti. Jikalau mengikut Greenboc, pertemuan AJK Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah masih belum selesai. Mungkin keputusan pertemuan tersebut bakal diketahui esok pagi. Sekiranya anda semua berminat untuk membaca posting berkenaan pengganti YB Dato' Seri Azizan boleh baca di sini. | ||||||
Biadap!! Samseng Umno Baling Telur Di Ceramah Pakatan Rakyat Posted: 03 Mar 2012 08:32 AM PST MELAKA - Umno Barisan Nasional kian terdesak dalam usahanya mempertahankan kuasa, apabila terus membiarkan penyokongnya berkelakuan ganas dan samseng, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau mengulas tindakan terbaru sekumpulan ahli Umno membaling telur dan menjerit perkataan lucah dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Kerubung, Melaka- salah satu kubu kuat Umno di negeri itu- malam tadi (2 Mac). "Samseng umno melakukan provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap penceramah Pakatan Rakyat. "Malah, semasa S Kesavan (Adun KEADILAN Perak) berucap, secara tiba-tiba dua dari samseng Umno itu membaling telur dan mengenai penduduk kampung yang hadir. "Salah seorang dari samseng Umno itu dikenalpasti sebagai pemimpin cawangan Umno yang turut menjerit-jerit terhadap kita semasa ceramah berlangsung," kata Shamsul kepada keadilandaily. Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, penduduk kampung sendiri malu dan meluat dengan gelagat tersebut, namun hanya mampu meminta supaya penceramah Pakatan Rakyat bersabar. Ekoran kekecohan itu katanya, sebuah van dan empat kereta peronda datang bagi mengawal keadaan. Beliau dalam pada itu merasa kesal kerana penceramah yang hadir pada malam itu hanya mahu memberi penerangan mengenai perbezaan dasar negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional di Melaka. "Kita menerangkan dasar ini pada rakyat kerana mereka berhak tahu apa yang kita tawarkan jika diberi mandat sebagai kerajaan baru. "Lagipun, media Umno langsung tidak memberi kita peluang menerangkan dasar ini walaupun sekadar setengah jam di media rasmi kerajaan," tegasnya. Kejadian keganasan penyokong Umno itu merupakan rentetan dari siri keganasan yang berlaku di Pahang, Pulau Pinang dan Johor. Sebelum ini, penyokong Umno bertindak ganas apabila menyerang ceramah yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dan turut merosakkan kereta milik ketua Umum KEADILAN itu. Di Pahang pula, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar hampir dicederakan penyokong Umno dalam satu majlis ceramah di Felda Lapar Hilir 1 di Gambang. Manakala di Pulau Pinang pula, penyokong Umno bertindak ganas menyerang Himpunan Anti Lynas, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng- menyaksikan dua wartawan cedera. ~keadilandaily | ||||||
(Gambar) 50 Orang Siam Sertai PKR Di Kedah Posted: 03 Mar 2012 07:46 AM PST Program Penerangan Pakatan Rakyat Telah diadakan di Kg Sg Kap Nami Kedah yang dihadiri oleh Dato Wan Saleh Wan Isa Pengerusi PKR Kedah , YB Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap dan beberapa pimipinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan kawasan. Program anjuran bersama ini menjelaskan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan membuka sesi dialog.Seramai 50 orang masyarakat Siam menyertai PKR di kampung tersebut. | ||||||
Semboyan PRU 13 Telah Berbunyi Posted: 03 Mar 2012 06:57 AM PST Umno Mula Buka Bilik Gerakan Pilihan Raya KUALA LUMPUR, 3 Mac - Pilihan raya umum ke 13 sudah dekat benar apabila melihat parti yang memerintah mula membuka bilik-bilik gerakan mereka. Ini mula dapat dilihat di Selangor, negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Terengganu, negeri yang cuab dipertahankan BN. Ada yang berkata, pilihan raya ke 13 akan diadakan secepatnya April ini selepas Parlimen dibubarkan pertengahan bulan ini. Di Rawang, Umno cawangan Bandar Tasik Puteri mula membuka bilik gerakan mereka di kawasan taman perumahan itu. Ketua Umno cawangan itu, Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui di hadapan bilik gerakan yang sedang dipersiapkannya itu berkata, ia dibuat atas arahan Presiden Umno.
Dalam nada berseloroh, Syed Ahmad juga berkata, "Sediakan payung sebelum hujankan." Di Marang Terengganu, Umno juga kelihatan sudah mempersiapkan markas dan bilik gerakan mereka. Di kampung Kedai Buluh, Bukit Payong, Umno cawangan di situ sudah membuka markas peti undi mereka di situ.~harakahdaily | ||||||
Jacky Chan Maut Nahas Jalan Raya Posted: 03 Mar 2012 05:59 AM PST
Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor. Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin. Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan. Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. ~bernama Addin : Mesti ko orang seme ingat superstar Jacky Chan.. mula-mula Addin pun sangka macam tu. | ||||||
(Gambar) Rupa-Rupanya PAS Jeli Sayang Sangat Kat Najib.. Posted: 02 Mar 2012 09:46 PM PST Sayang sungguh PAS Jeli kat Najib nih.. siap buat banner lagi tuh.. Betapa tulus mulusnya hati penyokong PAS Jeli sanggup buat banner semat-mata nak ucap terima kasih kepada Najib. Yang paling terharu siap dengan logo 1 Malaysia semata-mata sebab bagi RM500. Walhal sepatutnya Najib kenalah bagi RM1,000 atau RM1,500 sebab Kelantan negeri termiskin. Sekelis pandang banner nih memang jaggal, janggal sebab bukan PAS yang buat tapi Umno. Yang paling bangang Umno nih, banner PAS tak pernah buat patern macam nih.. Tu lah pasal kalau nak menipu, kenalah belajar menipu.. Belajar dari Najib tuh.. kah..kah..kah.. | ||||||
Najib Tidak Rapat Dengan Keluarga, Rosmah Tidak Di Sukai Di Pekan Posted: 02 Mar 2012 05:24 PM PST Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara. Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang. Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini. Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran. Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999). Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan. Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'. Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya. "Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahyarham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab bapa saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim, "Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca, "Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi. Beliau juga memaklumkan, sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya. Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib. "Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi. Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya. Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya. Dalam belanjawan, rakyat dapat melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100, yang kesemuanya hanya untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara, katanya. "Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya. Beliau yakin, zaman 'bayar dan sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini semakin sedar akan masa depan mereka. "Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rkyat dengan bayaran ini. "Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah.Bayar Dam ini hanya dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, " katanya sinis. Bercakap mengenai peribadi Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976 selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya). "Selepas Ayahnya meninggal, barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis. Mohd Ariff juga memaklumkan, Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan. ~malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan