Perhimpunan Menyokong Orang Yang Menyalah Guna Kuasa. Hebat Wanita Umno Posted: 23 Mar 2012 07:49 AM PDT Saya tidak kecil hati, kata Shahrizat Oleh: NORHASPIDA YATIM
KUALA LUMPUR – "Saya tidak kecil hati dengan (Datuk) Kamilia (Ibrahim), malah anggap dia sebagai kakak dan hubungan kami baik." Demikian kata Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung desakan naibnya itu agar beliau melepaskan jawatan daripada memimpin pergerakan tersebut.
Menurut Shahrizat, selaku Ketua Wanita, beliau perlu menjadi "paying" kepada semua dan kenyataan itu bukan satu tamparan dan perkara besar buat dirinya.
"Saya tidak kecil hati dengan kenyataan itu. Pada saya beliau telah beri pandangan beliau. Saya tidak mudah kecil hati, apatah lagi hujah-hujah itu datang daripada orang yang lebih tua dari saya," kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Wanita Umno Bersama Presiden Umno di PWTC hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Kamilia mendesak Shahrizat melepaskan jawatan itu "demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan Wanita, Barisan Nasional dan kerajaan."
Sementara itu, Kamilia pada sidang media berasingan berkata, kenyataan dikeluarkannya sebelum ini berdasarkan pandangan akar umbi.
"Apa yang saya katakan sebelum ini berlandaskan apa yang saya dapat dari akar umbi," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kenyataan itu, Kamilia berkata, beliau hanya bertindak sebagai penyampai mesej terhadap apa yang disuarakan.
"Saya berjanji akan bekerjasama dengan Datuk Seri Shahrizat untuk pastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Kita akan pastikan Wanita Umno akan berdiri teguh dan saya akan bekerjasama untuk memimpin Wanita di semua peringkat sama ada di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi," katanya.
Kamilia dilaporkan berkata, Shahrizat perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno rentetan dakwaan beliau terlibat dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di mana syarikat mengendalikan projek itu National Feedlot Corporation (NFCorp) adalah milik suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan