Jumaat, 23 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siang Hidup Melayu , Malam Jual Tanah Melayu

Posted: 23 Mar 2012 05:02 AM PDT

Oleh : Idris Hj Ahmad

23/3/12

Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.

Semua dania maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rezab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rezab Melayu. Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957, pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar. Sekarang mungkin tanah rezab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar?. Persoalannya siapa punya angkara?

Buktinya 200 ekar tanah rezab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.). Sewaktu Umno berkuasa 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Seluas 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. Seluas 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang. Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.


Najib Menghina Mahkamah

Posted: 23 Mar 2012 01:00 AM PDT

Macamana kandungan minit mesyuarat antara Najib dan Felda boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?

Najib tak payahlah bersusah payah nak selidik siapa yang bocorkan perkara tersebut. Ini semua menunjukan bahawa rakyat sudah muak dengan kobobrokan kerajaan yang menipu dan menindar para peneroka Felda selama ini.

Minit mesyuarat tersebut mendedahkan wujud campur tangan Najib dalam proses kehakiman dan boleh dianggap satu jenayah menghina mahkamah yang serius.

Sehingga hari ini Najib dan pihak kerajaan tidak memberi apa-apa penjelasan berkenaan dakwaan yang turut disokong bukti ini.

"Ini adalah isu serius yang membabitkan kepentingan awam dan melibatkan integriti dan kebebasan badan kehakiman. Mengapa mereka harus menangguh jawapan mereka sehingga 26 Mac?" soal Surendran di sini

Lihat Siapa Barua Israel Yang Sebenarnya

Posted: 22 Mar 2012 06:10 PM PDT

Terbukti Malaysia ini yang ngaku kononnya menyokong dan bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin hanyalah hipokrasi semata-mata.Apa yang sebenarnya ialah, Najib dan gerombolannya merupakan barua kepada Israel.

Malaysia mengexport minyak sawit ke Israel membabitkan dua syarikat di Johor melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Salah satu syarikat tersebut mempunyai hubungan dengan Felda!

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul di sini

Tiada bukti produk Felda sampai ke Palestin

Anis Nazri, 22 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Penafian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Felda tidak mengeksport produk ke Israel, tidak boleh diterima begitu sahaja.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata ini kerana tidak ada dokumen sah yang membuktikan barangan yang dieksport ke Palestin melalui Pelabuhan Ashdod itu benar-benar sampai ke negara tersebut.

Biarpun dengan mengatakan prosedur penghantaran produk Felda itu terpaksa melalui Ashdod, Mahfuz berkata ia tidak boleh membuktikan barangan tersebut sampai ke Palestin.

"Apakah jaminan yang menunjukkan semua barangan yang melalui Pelabuhan Ashdod itu akan sampai ke Palestin?

"Kita pun tahu, dalam perniagaan ini apa yang difikirkan adalah keuntungan. Tidak mustahil jika Israel membayarnya, ia akan sampai di situ sahaja," dakwa beliau.

Naib Presiden PAS itu turut mempersoalkan jumlah invois yang 'dipadamkan' pada salinan dokumen yang kononnya membuktikan Felda tidak mengeksport barangan ke Israel.

Katanya, jumlah yang dipadamkan di invois itu seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang cuba diselindungkan menteri berkenaan.

Terdahulu, pada sidang media yang diadakan menteri itu, Ahmad menafikan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengatakan Felda menjual barangan ke Israel.

Katanya, aktiviti utama Felda Global Ventures Holdings (FGVH) adalah pengeluaran dan pemasaran minyak sawit dan produk berasaskan sawit.

Barangan tersebut dijual kepada pihak ketiga di pasaran tempatan dan juga dieksport melalui cabang pemasaran Kumpulan FGVH iaitu Felda Marketing Sdn Bhd dan syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB).

Menurutnya FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 dan penghantaran terakhir yang dibuat pada 9 Dis 2011, di samping FISB tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghantar ke negara Palestin melalui pelabuhan-pelabuhan Israel dan salah satunya pelabuhan Ashdod.

Penafian itu dibuat Ahmad ekoran kenyataan Ahli Parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa yang mengatakan Felda mempunyai hubungan dagang dengan Israel dengan membekalkan minyak sawit ke negara zionis tersebut.

Tiada ulasan: