Jumaat, 23 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Kakitangan Perubatan Lakukan Seks Oral terhadap Pesakit

Posted: 23 Mar 2012 05:44 AM PDT


PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.-SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Fadhilat di sebalik rukun solat

Posted: 22 Mar 2012 09:00 PM PDT



1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

detikislam




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SESI MINUM PETANG SAMBIL DEBAT DENGAN NAJIB

Posted: 22 Mar 2012 06:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
DENGAQ KATA PENGIKUT TWITTER DAN FACEBOOK NAJIB KE 500,000 DAN SEJUTA DAPAT MINUM PETANG DENGAN NAJIB.APAKATA NAJIB KALAU SELIT SEKALI MAJLIS DEBAT DENGAN ANWAR PADA MASA TU.GUA RASA INI IDEA MENARIK,TAPI BERANI KA NAJIB APLIKASIKAN IDEA NI? KAH KAH KAH

ANWAR DAH BAGI GREEN LIGHT SEDIA BERDEBAT DENGAN NAJIB DAN RAJA PETRA SEKALIGUS.MAKA BOLEHLAH MINUM PETANG SAMBIL BERDEBAT DAN DISAKSIKAN SECARA LANGSUNG OLEH RAKYAT 1MOOLAYSIA...KAH! KAH! KAH!



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

at Sabu nafi ada 'misi' pujuk pemimpin Umno

Posted: 22 Mar 2012 03:00 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menafikan terlibat dalam usaha memujuk pemimpin Umno, termasuk bekas menteri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir meninggalkan parti kelmarin.

Sebaliknya, jelas Mohamad beliau hanya mengadakan "kunjung hormat" dengan bekas pemimpin Umno yang pernah menganggotai Majlis Tertinggi Umno lebih daripada 20 tahun itu.

NONE"Beliau adalah pemimpin yang rasional, beliau tinggalkan Umno adalah pertimbangannya sendiri.

"Tiada dalam PAS, tidak ada sesiapa memujuknya. Hilanglah kredibiliti kalau mudah dipujuk," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini bahawa beliau terlibat dalam misi itu melalui beberapa rundingan yang dijalankannya.

Akhbar itu hari ini melaporkannya sebagai berkata, selain Kadir, banyak lagi pemimpin Umno yang akan menyusul.

"Aku dah berunding dengan dia lama dah. La ni (sekarang) keluar Umno baru hangpa (kamu) tahu.

"Berlambak lagi aku sedang berunding sekarang... tunggu," beliau dipetik sebagai berkata oleh harian itu.

Bercakap dalam ceramah di Jitra baru-baru ini, Mohamad berkata, ramai pemimpin Umno suka kepadanya kepada menyokong langkah pemimpin parti lawan yang baik.

Ia, menurut Mohamad Sabu lagi, antaranya dalam isu pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai ketua pegawai eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum ini.

Harian itu juga melaporkan Mohamad sebagai membayangkan kembali bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun kedudukannya di Kedah masih samar-samar.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: