Pemimpin KEADILAN ziarah mangsa banjir, Azmin bonceng motosikal Posted: 07 Mar 2012 03:13 PM PST (Fazallah Pit) KUALA LUMPUR: Pemimpin KEADILAN meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa banjir berikutan banjir kilat di bebarapa kawasan, antara malam tadi hingga awal pagi ini. Malah, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa membonceng motosikal untuk sampai ke beberapa kawasan banjir, baik di taman perumahan mahupun kawasan kampung. "Membonceng motosikal untuk menziarahi mangsa banjir lumpur di Jalan Pinang dan Jalan Kempas, Kampung Melayu Ampang akibat hujan lebat," katanya. Menulis di twitter awal pagi ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu membonceng motosikal untuk menziarah 34 keluarga mangsa banjir di Kampung Melayu Ampang. Beliau juga melawat Taman Bukit Mulia dan memantau kerja pembersihan tanah runtuh di Ukay Perdana yang dijalankan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan bomba. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula menziarah mangsa banjir lumpur Ampang di Lembah Jaya Utara dan sempat beramah mesra dengan mereka. "Alhamdulillah, selesai lawatan. Mangsa-mangsa banjir menunjukkan kesabaran dan iman yang tinggi. Semoga diberi pahala dan diganti dengan yang lebih baik. Amin" tulisnya di twitter jam 2 pagi. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pula merancang untuk menziarahi mangsa banjir di Kampung Pasir selepas menerima maklumat pada tengah malam. "Banjir kilat di Kampung Pasir, kebanyakan rumah penduduk dimasuki air. Saya akan lawat esok, Insya-Allah," tulis Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melalui twitter. Kuala Lumpur dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat tidak henti sejak petang, menyebabkan kawasan rendah dinaiki air. Masalah itu sudah menghantui penduduk ibu negara sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian konkrit dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). |
Gambar Semasa Keadaan banjir Di Kuala Lumpur. Seorang Meninggal Akibat Tanah Runtuh Posted: 07 Mar 2012 02:00 PM PST |
Terkini! Fitnah Mashitah Terhadap Pimpinan PR Telah Dipadam. Apa Respon Mashitah? Posted: 07 Mar 2012 05:51 AM PST Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam. Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf. Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012. Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa; 1. Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya. 2. Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang. 3. Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam. Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!! http://www.ekeleh.com/dr-mashitah-insaf-tulisannya-di-sinar-harian-telah-dipadam Link dari Sinar Harian online. Korang cari la kalau jumpa http://www.sinarharian.com.my/karya/kolumnis |
Senarai Kontrak K'jaan S'gor 2006-2010 Akan Dipamerkan - Khalid Ibrahim Posted: 07 Mar 2012 04:17 AM PST SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan membentangkan dokumen senarai pemberian kontrak tanpa tender pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya orang ramai boleh meneliti dokumen itu dan melihat sendiri jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu pada 2008.
Bagaimanapun sebagai perbandingan, dokumen senarai kontrak tanpa tender itu bermula 2006 hingga 2010, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas dakwaaan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan negeri itu memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.
Beliau tidak menafikan terdapat situasi di mana kontrak diberikan secara terus apabila berlaku kejadian seperti tanah runtuh di mana kerajaan negeri perlu mendapatkan khidmat perunding untuk tindakan yang segera.
Katanya keputusan seperti itu dibuat dengan persetujuan semua exco negeri dan tidak bercanggah dengan peraturan termasuk dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam sebuah laporan akhbar semalam, Raja Petra juga berkata jika kerajaan negeri menafikan dakwaan berkenaan, beliau akan menyiarkan butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit dalam blognya atau melaporkan terus kepada SPRM.
Sementara itu, mengulas sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya melalui hasil yang diperolehi dari jawatankuasa itu.
"Itulah tujuan Selcat diadakan untuk mendedahkan segalanya kepada semua pihak dengan telus dan tindakan akan dibuat melalui hasil dan maklumat yang diperolehi dari pendengaran yang diadakan," katanya.
Selcat, yang bersidang pada Isnin lepas dan berakhir hari ini, mendengar isu seperti pengurusan pasir oleh pemegang konsesi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), tadbir urus Yayasan Selangor dan laporan pengauditan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).-BERNAMA
|
Ismail Sabri Tak Mau Ulas Ke Isu Anjur Majlis Tari Menyanyi? Kesian! Posted: 07 Mar 2012 04:04 AM PST BR1M: Fatwa Pas hina umat Islam, kata Ismail Sabri
BERA - Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu 'rasuah' sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pas tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
"Jika BRIM itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?" soalnya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada seramai 480 penduduk Parlimen Bera di sini.
Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan Pas itu kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap.
Katanya, pembangkang hanya tahu menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan sedangkan parti itu yang berkuasa di Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan bercelaru.
"Di Kelantan, kerajaan Pas mengenakan pelbagai cukai termasuk cukai bakul penjaja kecil di pasar, cukai bangunan serta mengenakan sewa dan cukai yang tinggi dan membebankan rakyat tetapi gagal menyediakan kemudahan dan prasarana yang baik untuk rakyat.
"Manakala masalah air yang dialami rakyat negeri itu sekian lama juga tidak diatasi hingga sekarang," katanya.
Ismail Sabri turut menasihati mereka yang gagal atau tercicir mendapatkan BR1M supaya memohonnya sebelum 15 Mac ini. – Bernama |
Peranan Jawatankuasa Pemandu Posted: 06 Mar 2012 08:19 PM PST
Datuk Mustafa Ali
Saya kesal dengan laporan sesetengah media hari ini ekoran pengumuman pembentukan jawatankuasa pemandu semalamn. Ia berlaku samada kerana tidak faham atau sengaja memutar belitkan fungsi sebenar jawatankuasa pemandu ini.
Ini kerana kuasa tertinggi disesebuah negeri adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan atau exco yang dipengerusikan menteri besar atau ketua menteri manakala di peringkat pusat pula Jamaah Menteri atau kebinet yang dipengerusikan Perdana Menteri.
Tiada jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet.
Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.
Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat.
Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.
Contohnya PAS telah mula menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.
Saya ketika itu dilantik sebagai salah seorang anggota jawatankuasa pemandu ini dan tugas kami hanyalah menjadi jawatankuasa penasihat untuk kerajaan negeri sahaja.
Selepas itu, ia terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, kita tidak meneruskan peranan ini.
Kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.
Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini.
PAS akan bermesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat perlantikan anggota jawatankuasa pemandu ini.
Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS
-------------------------------------------------------------------
Kenyataan media semalam ini disiarkan sekali lagi kerana ramai yang masih membuat fitnah dan salah faham terhadap penubuhan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat. - Editor.
|
MPKB nafi paksa pasar raya pasang CD ceramah Pas Posted: 06 Mar 2012 06:26 PM PST KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya pihak majlis mengedar cakera padat (CD) ceramah Pas kepada 13 buah pasar raya di bawah pentadbirannya untuk diperdengarkan kepada umum.
Arahan mengedarkan CD itu dikatakan dikeluarkan sejak akhir tahun lepas melalui surat arahan rasmi Pengarah Jabatan Pembangunan Islamnya yang baru, Azhar Abdul Satar.
Pegawai Perhubungan Awam MPKB, Azman Mohd Daham menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengedarkan risalah atau surat arahan untuk tujuan itu.
Beliau percaya surat yang ditandatangani dan diedarkan berbentuk arahan yang wajib dipatuhi oleh pengusaha pasar raya terbabit dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan reputasi pegawai berkenaan.
Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan itu hanya mengedarkan CD berupa ceramah agama supaya dipasang di pasar raya berkenaan setengah jam setiap kali sebelum masuk waktu solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Azman berkata surat edaran kepada 13 pasar raya bertarikh 20 November lepas untuk memperdengarkan ceramah agama oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus adalah lebih berupa meminta kerjasama pihak pasar raya dan bukan arahan.
Beliau kesal kerana surat itu telah diubahsuai hingga memberi maksud arahan wajib dipatuhi iaitu seperti "Mendengar CD ceramah PAS sahaja akan menjamin masuk syurga. Pemilik berbangsa Cina juga tidak terkecuali, jika didapati engkar dan degil dengan arahan ini tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang notis."
Azman berkata, di sebelah kanan tanda tangan Azhar pula tertulis "Amaran!
Hanya CD Tok Guru (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Ustaz Azhar Idrus sahaja yang wajib dipasang, pasar raya yang gagal akan berdepan dengan tindakan Kerajaan".
Berikutan itu, Azhar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu petang ini, meminta polis membuat siasatan berhubung.
Jurucakap polis Kota Baharu mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama
|
Umno ingin singkir Ku Li Posted: 06 Mar 2012 06:22 PM PST Oleh: Wartawan Sinar Harian
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sudah dapat meramalkan penghujung perjuangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sekian lama berada dalam Umno akan dilupakan begitu sahaja.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw mendakwa Umno seperti kacang lupakan kulit dan seolah-olah semakin hari cuba untuk mengetepikan Tengku Razaleigh.
"Bagi saya perkara ini tidak pelik, mereka ini tidak mengenang jasa veteran di dalam Umno dan apabila merasakan diri mereka sudah kuat, mereka akan tinggalkan orang tua ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat tergempar di Gua Musang yang mahukan Ku Li berundur secara terhormat.
Sebagai menghormati perjuangan Ku Li terhadap rakyat, Pang Chaw juga menasihatkan Ku Li supaya membuat keputusan yang bermaruah dalam dirinya.
"Keluar cara terhormat, biarlah mati dengan bermaruah dan bagi sesiapa yang memilih untuk masuk Umno perlu berfikir dua kali sebelum membuat keputusan," katanya.
Pang Chaw turut membidas pendirian ahli jawatankuasa Umno bahagian yang menyifatkan kenyataan Ku Li sering kali memihak kepada pembangkang dan mencemarkan imej parti.
"Ku Li adalah pemimpin yang sebenar, dia tidak duduk diam dan bukannya mengikut telunjuk Umno," katanya.
|
Guru Terpaksa Ikut Kata Kerajaan Tetapi Kerajaan Tidak Mahu Dengar Rintihan Guru? Posted: 06 Mar 2012 04:21 PM PST NUTP rayu laksana skim khas
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
Kenaikan pangkat secara 'time base' pertingkat profesion perguruan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012. Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing. "Maksud 'time base' ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat. Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.
"Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.
"NUTP menyokong penuh penambahbaikan dilakukan kerajaan terhadap sistem 'time base' yang mula dilaksanakan sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002," katanya di sini, semalam.
Hashim berkata, NUTP berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan berita baik pelaksanaannya seiring dengan pengumuman semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi. "Ke mana saja kepemimpinan tertinggi NUTP pergi dan turun padang, guru sering bertanya kepada kami mengenai KUP ini seperti diumumkan kerajaan tahun lalu, tanya kami bila ia dilaksanakan kerana beribu guru masih tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
"NUTP amat berharap ketika kerajaan mengumumkan keputusan semakan semula SBPA, Perdana Menteri akan turut menyampaikan berita baik kepada warga pendidik di negara ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu turut mengirim telegram kepada Perdana Menteri, kelmarin merayu jasa baik pemimpin nombor satu negara supaya turut mengambil kira kebajikan golongan pendidik.
Kerabu: dengar cerita kalau kerajaan masih berdolak-dalik dengan pihak kesatuan guru dalam beberapa hal berkaitan masalah gaji dan kenaikan pangkat. Pihak-pihak yang berkenaan akan membuat keputusan yang mengejutkan PM dan BN nanti.
Sama-sama kita nantikan apa pemgumuman dari Najib nanti. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan