DUNIACACAMARBA |
- Guru Tahfiz Didakwa Melakukan Kelucahan Melampau terhadap Remaja Lelaki
- Terburai Lagi, PKR Dakwa NFC Beli Hartanah Komersial di Bangsar
- Hakim Cipta Sejarah, Motif Pembunuhan Tidak Penting dalam Kes Altantuya
- Sebabkan Kematian Pelajar, Ustaz Dihukum Penjara 18 Tahun
- Zaid Tidak Jadi Bubar KITA, Umum Bertanding di Kota Bharu dalam PRU13
- Awas, Lidah Budak Hampir Putus Kerana Tersepit di Celah Papan Jongkang-Jongkit!
Guru Tahfiz Didakwa Melakukan Kelucahan Melampau terhadap Remaja Lelaki Posted: 07 Mar 2012 04:00 AM PST [SH] AYER KEROH, MELAKA - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu. Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman. Berdasarkan pertuduhan, Ismail didapati dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 14 tahun 7 bulan dengan mencium mangsa dan memaksa mangsa memegang kemaluannya. Ismail melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Madrasah Al Muqarrabin, Balik Bukit, Bukit Lintang kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada 16 Mac 2007. Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh yang tidak hadir tiga kali sebutan semula kes, bermula 2007 hingga 2008 dan menyebabkan waran dikeluarkan mahkamah. Bagaimanapun, Ismail yang baru balik menunaikan umrah dua bulan lalu memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai tarikh sebutan semula kes tersebut. "Ketika itu saya sedang belajar di Yaman dan saya tidak mengetahui mengenai waran yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut, malah ahli keluarga juga tidak memaklumkan apa-apa berkaitan kes ini," katanya. Syajaratudur kemudian membenar Ismail diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan bagi lantikan peguam. P/s: Kecelaruan nafsu tidak mengenal usia dan status sosial seseorang. | ||
Terburai Lagi, PKR Dakwa NFC Beli Hartanah Komersial di Bangsar Posted: 07 Mar 2012 03:35 AM PST [MK] PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation telah menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan sebagai cagaran untuk membeli lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur. Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai berkenaan. Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli dengan nilai cagaran RM9.69 juta. Rafizi mendakwa pembelian tersebut dibuat dengan menggunakan pinjaman oleh Mohamad Salleh dan juga oleh individu yang setakat ini masih belum dapat dikenalpasti. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi berkata menganggarkan bahawa nilai pasaran hartanah berkenaan boleh mencecah RM12 juta. P/s: Bila Sharizat nak angkat kain? | ||
Hakim Cipta Sejarah, Motif Pembunuhan Tidak Penting dalam Kes Altantuya Posted: 07 Mar 2012 02:00 AM PST [HD] KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kehakiman Malaysia mencipta satu lagi sejarah hebat apabila mendakwa motif pembunuhan tidak penting dalam pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Motif pembunuhan itu mesti di'established'. Motiflah yang mendorong dan merangsang pembunuhan. Orang tak bunuh tak fasal-fasal," kata beliau. Hari ini, hakim dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita yang dilaporkan sebagai juru bahasa dan broker perniagaan senjata itu dalam penghakiman penuh ke atas kes bunuh itu selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu. "Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah kerana membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman bunuh. "Keputusan mahkamah itu dengan sendirinya mengesahkan pandangan sebahagian besar rakyat bahawa Azilah dan Sirul hanyalah boneka pihak tertentu yang sangat berkuasa yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan. "Adalah tidak masuk akal kedua-dua anggota polis UTK itu sengaja seronok-seronok membuat keputusan untuk membunuh Altantuya tanpa sebarang sebab," kata Mohamad. Beliau juga menyifatkan keputusan mahkamah itu tidak mampu sama sekali membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 2009 lalu, didahului oleh akhbar Perancis, Liberation, banyak akhbar dari serata dunia mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya itu. Merdeka Review melaporkan, Azilah dan Sirul didakwa sebagai anggota polis yang menjadi pengawal Najib. Kes tersebut semakin menarik perhatian apabila pada 29 Jun 2007 lalu, seorang saksi perbicaraan, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh sebuah akhbar harian pro-Umno telah memberi keterangan bahawa Altantuya pernah berjumpa dengan seseorang yang bernama Najib Razak. Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat. Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong). Karpal: Boleh kamu terangkan gambar apa? Burmaa: Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat. Karpal: Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu? Burmaa: Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda). Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah. Najib pula tidak mahu mengulas apabila ditanya mengenai keterangan Burmaa kepada mahkamah itu. P/s: Tidak tahu macam mana nak terangkan betapa kantoinya pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini. | ||
Sebabkan Kematian Pelajar, Ustaz Dihukum Penjara 18 Tahun Posted: 07 Mar 2012 01:26 AM PST [Bernama] ALOR SETAR: Seorang ustaz sebuah sekolah rendah agama di Arau, Perlis dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab yang menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Hanif Mohd Ali, 28, berkata hukuman berjalan daripada tarikh tertuduh ditahan pada 1 April 2011. Semalam, Hanif mengaku melakukan perbuatan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara 6 petang dan 12 tengah malam. Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun. Mohd Zaki semasa penghakimannya, berkata hukuman dijatuhkan setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh dan diharap dapat menjadi pengajaran kepada sesiapa yang ada kuasa mendisiplinkan pelajar agar lebih berhati-hati serta tidak bertindak berlebihan ketika mendidik. "Apa yang dilakukan mestilah berkonsep mendidik dan bukan tindakan di luar perikemanusiaan... tidak harus bertindak melulu dan melampau. Harus diingat si mati masih kecil, manja dan bersaiz kecil," katanya. Mohd Zaki berkata sebagai pendidik, tertuduh seharusnya perlu lebih banyak bersabar dalam menjalankan tugas tersebut.Sebelum mengakhiri penghakimannya, Mohd Zaki turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menyelesaikan kes itu dalam masa yang singkat. Tertuduh yang memakai kemeja putih, berseluar kelabu serta berkopiah dilihat berpelukan dengan beberapa sahabatnya sambil menangis selepas penghakiman terhadapnya selesai. Sebelum ini, Hanif dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pertuduhan itu dipinda kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ketika mahkamah memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada Isnin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Najib Zakaria, Nadia Hanim Mohd Tajuddin dan Azhar Mokthar, manakala tertuduh diwakili lima peguam terdiri daripada Arif Azami Hussein, Azizul Shariman Mat Yusof, Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Fikri Abdul Rahman dan Zulmi Sabri. | ||
Zaid Tidak Jadi Bubar KITA, Umum Bertanding di Kota Bharu dalam PRU13 Posted: 06 Mar 2012 10:00 PM PST [MK] Dalam satu lagi keputusan yang mengejutkan hari ini, presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa partinya tidak akan dibubarkan dan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu di bawah tiket KITA pada pilihan raya umum akan datang. "Calon-calon Pakatan Rakyat dan BN tidak mempunyai banyak pengalaman, dan saya sebagai veteran di sana, jadi saya fikir saya lebih baik berbanding mereka," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya. Beliau juga berkata KITA akan mengumumkan senarai calonnya bagi pilihan raya umum akan datang lewat bulan ini. Katanya, KITA tidak akan dibubarkan setelah krisis dalaman parti itu di Kedah dan Pulau Pinang diselesaikan. "Adalah satu kesilapan untuk menerima mereka, tetapi kerana kita sudah pecat mereka, tidak ada masalah lagi sekarang," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang merujuk kepada bekas pengerusi KITA Kedah Zamil Ibrahim dan bekas pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng. P/s: U-Turn lagi. Berapa banyak U-Turn selepas ini? | ||
Awas, Lidah Budak Hampir Putus Kerana Tersepit di Celah Papan Jongkang-Jongkit! Posted: 06 Mar 2012 07:01 PM PST
[HM] JOHOR BAHRU: "Saya terkejut mendapati lidah Awang terkulai dan hampir putus. Dia hanya menangis dan tidak boleh berkata-kata manakala darah mengalir," kata Noor Fadzilah Daud, 40, ibu kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Awang Hadri Awang Sebawi ketika ditemui di rumahnya di Taman Bestari Indah, di sini, semalam. Menurutnya, anak lelakinya itu hampir putus lidah selepas dagunya tersepit di celah papan jongkang-jongkit ketika bermain bersama rakan di sebuah taman permainan lama di Desa Rahmat, Ahad lalu. Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi itu, Awang tersepit di celah papan permainan itu selepas seorang rakan terpijak jongkang-jongkit itu. "Papan itu terkena dagu Awang sebelum lidahnya tergigit hingga hampir putus," katanya. Menurutnya, anaknya menerima 20 jahitan di lidah dan bawah bibir selepas dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan. "Ketika kejadian, saya tidak menyedari dia pergi ke taman permainan lama itu bersama adiknya berusia lima tahun serta beberapa rakan. "Saya terkejut apabila dia pulang sambil menangis manakala mulutnya berdarah dan pada masa sama lidahnya terkulai," katanya. Noor Fadzilah berkata, dia menghubungi suami, Awang Sebawi Awang Halil, 48, yang ketika itu bekerja memaklumkan kejadian. Menurutnya, selepas tiga hari kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami kesukaran mengunyah makanan keras selain sukar bercakap. "Ketika ini, dia hanya menelan bubur tanpa mengunyah manakala untuk minum terpaksa dititiskan air menggunakan penyedut minuman ke mulutnya," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan