Rabu, 7 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tengku Mahkota Pahang nafi campur tangan kes khalwat Badrulamin

Posted: 07 Mar 2012 07:22 AM PST


KUALA LUMPUR - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat anggota majlis tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.

"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Hujung bulan lalu, Badrulamin mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi. JAIP pada 25 Februari lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.

Menurut Mohamad Sahfri, siasatan ke atas Badrulamin masih diteruskan dengan beberapa orang saksi masih diambil keterangan mereka.

"JAIP perlu menjalankan siasatan terperinci dengan memerlukan sedikit masa kerana kes ini diperoleh daripada aduan dan bukannya daripada operasi seperti kebiasaan.

"Justeru saya ingin menasihati Badrulamin agar tidak memberi sebarang kenyataan kepada akhbar kerana ia sedikitpun tidak akan membantu proses siasatan," katanya.

Kata beliau, kenyataan yang tidak benar jika dikeluarkan akan mengganggu proses di mahkamah kelak.

Mohamad Sahfri juga kecewa dengan sikap Badrulamin yang enggan membuat laporan polis sekiranya benar beliau dipukul.

Badrulamin sebelum ini menjelaskan beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

Badrulamin berkata setelah menasihatkan wanita itu yang datang bersama anaknya, beliau kemudian menempah bilik hotel untuk mereka.

Bagaimanapun suami wanita itu yang ditemani 20 individu tidak dikenali tiba sebelum bertindak menyerang Badrulamin.

Teng: SELCAT Perlu Pasukan Sokongan

Posted: 07 Mar 2012 07:01 AM PST




SHAH ALAM: Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berpuas hati terhadap penjelasan yang dikemukakan pihak yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Pengerusinya, Datuk Teng Chang Khim berkata Selcat memerlukan pasukan sokongan terutamanya yang melibatkan perkara rumit seperti memahami tatakerja syarikat yang komprehensif.

Namun demikian, beliau merasakan matlamat SELCAT sudah menunjukkan peningkatan dari segi cara kerja termasuk kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara dan Audit Dalaman Setiausaha Kerajaan Negeri dalam mengenalpasti isu berkaitan.

"Saya kira semua pihak melihat hari ini tugas dan tanggungjawab Selcat begitu berat kerana apabila kita membuat pendengaran terhadap operasi sebuah badan berkanun dalam bidang perniagaan, ia melibatkan perkara-perkara seperti amalan korporatnya.

"Kalau ikut kadar kita, kita memerlukan pasukan sokongan dimana ia bukan sahaja melibatkan perkara undang-undang, tetapi melibatkan urusan kewangan.

"Oleh itu, kami berharap dalam pendengaran kes-kes lain yang melibatkan anak syarikat, mereka yang membuat tuduhan atau dakwaaan dapat memberikan bukti yang lebih kukuh supaya kita dapat buat pendengaran dengan lebih berkesan," katanya.

Teng menambah, SELCAT masih mencari pengganti sesuai dalam bidang perundangan memandangkan ahli sebelum ini, mendiang Edward Lee Poh Lin,bekas ADUN Bukit Gasing mempunyai kepakaran dalam mengendalikan audit dalaman.

"Kita kekurangan Adun yang berkelayakan dari segi undang-undang. Jika ada yang mempunyai kelayakkan udang-undang tetapi mereka kekurangan pengalaman. Jadi itu sokongan yang perlu dibekalkan," katanya.

"Mendiang Edward (Lee Poh Lin) sukar di cari ganti. Beliau mempunyai pengalaman dalam audit dalaman. beliau seorang yang teliti. Kita masih memikirkan seseorang yang boleh dilantik menjadi ahli SELCAT dan tanggungjawab yang dipikul adalah berat," katanya.

Jelas beliau, hasil daripada pendengaran awam ini tidak akan dibawa pada sidang Dewan Negeri Selangor akan datang kerana beberapa perkara perlu diteliti terlibih dahulu dan SELCAT tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru.

Beliau turut mengingatkan, kes yang berlaku kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) perlu dijadikan pengajaran kerana untuk memperkembangkan kemajuan badan berkanun, kepakaran dalam sesuatu bidang yang difokuskan perlu diberi keutamaan.

Katanya perkara ini penting bagi mengelakkan syarikat-syarikat berkenaan menanggung kerugian demi kerugian.

Bagi sesi pendengaran awam berhubung kes Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan anak syarikatnya PKPS Agro Industries Sdn Bhd, kes ini telah disiasat di peringkat jawatankuasa agensi badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri Selangor (ABAS) melalui mesyuarat tertutup.

Ini katanya memandangkan pihak SELCAT tidak mempunyai kuasa untuk membuat pendengaran awam.

"Tetapi setelah dikaji oleh ABAS (Jawatankuasa Khas Anak Syarikat dan Badan Barkanun) yang dipengerusikan oleh YB Shaari Sungib mendapati perkara ini perlu dibentangkan kepada SELCAT untuk diadakan pendengaran awam maka kita lakukannya," katanya.

MB: Sidang Dun Akan Bentang Tender 2006-2010

Posted: 07 Mar 2012 06:56 AM PST




SHAH ALAM : Segala dokumen pemberian tender dan projek secara rundingan dari 2006 hingga 2010 akan dibentangkan Kerajaan Negeri sempena Persidangan Dewan Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 19 Mac sehingga 23 Mac 2012, demikian ujar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita mengutamakan ketelusan dalam pentadbiran dan kerana itulah kita akan bentangkan dokumen-dokumen tender supaya rakyat tahu dan membuat penilaian terhadap keputusan-keputusan yang kita buat, " kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Menurut Abdul Khalid lagi, pemberian tender secara rundingan telah lama diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan berasa pelik apabila menjadi pembangkang di Selangor, mereka berubah pendirian pula.

"Adakalanya juga terdapat kes tertentu yang memerlukan Kerajaan Negeri memberi projek atau tugasan secara terus dalam keadaan kecemasan.

"Sebagai contoh apabila kejadian tanah runtuh – kita perlu melantik juruperunding seperti Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) untuk menyiasat tahap keselamatan dengan segera.

"Dalam keadaan sebegini, kita tidak perlu meminta sebut harga," tambah Abdul Khalid sambil memberitahu tindakan itu tidak bercanggah dengan prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana segala tindakan mendapat kelulusan EXCO dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dokumen-dokumen tersebut perlu mendapatkan kelulusan DNS sebelum disiarkan kepada umum kerana dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

NFC: PKR Akan Heret Ramai Pemimpin BN Ke Mahkamah

Posted: 07 Mar 2012 06:54 AM PST




PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli akan mengemukakan pembelaan terhadap tuntutan saman berjumlah RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil pada hari Jumaat ini, 9 Mac 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Menurut Zuraidah, beliau dan Rafizi telah membincangkan secara mendalam mengenai strategi pembelaan sekiranya tuntutan saman ini diteruskan juga oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil, selepas mahkamah mendengar pembelaan yang akan dikemukakan Jumaat ini.

"Antara lain, saya dan Saudara Rafizi bercadang untuk memanggil kesemua pimpinan kanan negara yang pernah terlibat di dalam membuat keputusan berhubung NFC atau pernah memberikan komen mengenai NFC untuk dipanggil sebagai saksi memberikan keterangan.

"Saya juga yakin bahawa apabila Dato' Seri Shahrizat Jalil dipanggil menjadi saksi dan disoalsiasat, beliau terpaksa mengaku bahawa beliau sendiri pernah menghabiskan masa di kondominium mewah yang dimiliki oleh keluarga mereka dan dibeli menggunakan dana awam.

" Itu menimbulkan persoalan besar sama ada beliau betul-betul tidak tahu menahu bahawa keluarga beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk membeli harta peribadi, seperti keterangan beliau di dalam tuntutan saman." kata beliau melalui kenyataan media yang di keluarkan petang ini.

Menurut Zuraidah, pihaknya yakin rakyat Malaysia begitu teruja agar kes saman ini dapat dibicarakan secepat mungkin, supaya kesemua pimpinan kanan Barisan Nasional dapat diheret untuk memberikan keterangan.

MB : Noh Omar Menteri Kanggaru

Posted: 07 Mar 2012 06:47 AM PST



SHAH ALAM : Timbalan Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar disifatkan sebagai "Menteri Kanggaru" kerana enggan hadir dalam sesi Selcat baru baru ini walaupun beliau dengan yakin, pernah mendakwa mempunyai bukti penyelewengan Kerajaan Selangor.

Dalam menyelar sikap Noh, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap Noh, yang sebelum ini lantang mendakwa yang dia mempunyai fakta penyelewengan Kerajaan Selangor.

"Dia kata mahu selesaikan masalah dan mempunyai fakta, jika menyimpan fakta keluarkan saja fakta itu, kenapa susah-susah hendak jadi kanggaru.

"Dia Menteri Pertanian bukan Menteri Pertanian di Australia yang perlu tahu tentang kanggaru," katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

Noh tidak hadir pada mana-mana sesi pendengaran awam SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan yang berlangsung pada 5 ke 7 Mac.

Peranan sesi pendengaran awam tersebut adalah untuk mengenalpasti kelemahan dalam pengurusan Kerajaan Selangor di samping memperbaiki unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketirisan dan salah urus tadbir.

Noh pernah mendakwa ada banyak unsur penyelewengan dalam pentadbiran syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Selangor seperti Yayasan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di bawah pemerintahan Pakatan.

Beliau juga telah dicabar oleh Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dan setiausaha politik Menteri Besar Faekah Hussin supaya datang ke sesi Selcat dan kemukan bukti.

Abdul Khalid pada hari ini sekali lagi mengulang pendirian Pakatan Selangor bahawa Selcat merupakan wadah yang terbaik untuk mengemukan bukti tentang penyelewengan dan salah tadbir.

"Kalau dia ada fakta tentang isu haram, jenayah atau sebagainya, keluarkan saja. Dia sebagai mempunyai tugas, bukan sahaja sebagai ahli DUN atau ahli Parlimen tetapi juga sebagai rakyat tempatan.

"Dia kata mahu selesaikan masalah dan menyimpan fakta, tetapi tidak hadir. Jika dia tak reti pasal tugas dia bermakna dia gagal dan saya berasa kasihan kepada rakyat Selangor kerana mempunyai menteri sepertinya."

Najib, bertaubatlah dulu…

Posted: 07 Mar 2012 06:46 AM PST

Roketkini.com




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Najib Razak disaran supaya memohon maaf untuk kesalahannya sendiri terlebih dahulu sebelum memohon maaf untuk kesilapan-kesilapan Barisan Nasional.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya hari ini berkata demikian berikutan tindakan Presiden United Malays National Organisation (UMNO) yang memohon maaf untuk kesilapan-kesilapan BN sehingga mengakibatkannya kehilangan lima negeri dan sejumlah besar kerusi parlimen dalam tsunami politik 8 Mac 2008 yang bakal menyambut ulang tahun keempatnya esok.

"Kesilapan apa yang sebenarnya dilakukan oleh BN masih kekal misteri," kata Kit Siang, memandangkan permohonan ampun maaf Perdana Menteri tidak pula menyatakan secara spesifik apa sebenarnya salah silap itu.

Begitu juga tindakan 'ganjil" para pemimpina UMNO apabila permohonan maaf Najib empat hari lalu disambut hambar oleh timbalannya, Muhyiddin Yasin yang lebih menyarankan bossnya untuk terus pandang ke depan dan tidak lagi ambil pusing tentang kesilapan lalu.

Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan pula menyisihkan permohonan maaf Najib itu dengan menegaskan bahawa parti itu mahu rakyat memberi UMNO dua pertiga undi untuk "memperbetulkan salah silapnya".

"Adakah Najib sebenarnya tahu apa kesilapan BN yang diakuinya itu atau adakah itu sekadar satu lakonan politik untuk meraih undi," ujar Kit Siang lagi.

Menurut beliau, adalah lebih baik Najib Razak memohon maaf untuk salah silapnya sendiri sepanjang 35 bulan menjadi Perdana Menteri, iaitu:

  1. Rampasan kuasa tidak sah, tidak demokratik dan tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan di negeri Perak; yang didalangi oleh Najib Razak dua bulan sebelum menjadi Perdana Menteri.
  2. Kegagalan untuk mempertahankan polisi 1Malaysia-nya yang menyarankan keserataan bangsa tanpa kira kaum, agama dan status sosio-ekonomi apabila timbalannya sendiri mengakui bahawa dia seorang Melayu dahulu, Malaysia kemudian.
  3. Politik hipokrit Najib apabila beliau bersungguh mengajar kesederhanaan di peringkat global tetapi membiarkan ekstrimisme kaum dan agama yang dipacu oleh Utusan Malaysia, dengan dibantu Perkasa berleluasa di Malaysia.
  4. Ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang mengancam untuk mempertahankan Putrajaya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" seolah-olah tidak menghormati demokrasi dan tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang bakal merobah kerajaan di Putrajaya.
  5. Keganasan politik yang semakin menjadi-jadi terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat, seperti kekerasan terhadap peserta himpunan anti-Lynas di Pulau Pinang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa.
  6. Gejala rasuah yang semakin teruk di Malaysia, berikutan indeks persepsi rasuah (CPI) Transparency International yang menunjukkan Malaysia berada di tangga ke 60, meletakkan negara pada tahap paling korup sepanjang sejarah 55 tahun usia negara di bawah enam Perdana Menteri.
  7. Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk bertindak terhadap pembunuhnya di kalangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan juga kegagalan untuk menghukum pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian Ahmad Sabaini di premis SPRM dan juga V. Kugan yang mati dalam tahanan Polis.
  8. Kembalinya politik Mahathirisme, dengan generasi seterusnya masih terbeban dengan skandal kewangan Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, termasuk yang paling baru untuk menyelamatkan Tajudin Ramli dengan penyelesaian luar mahkamah.
  9. Politik korup dan kronisme berterusan misalnya pemberian kontrak Kinrara-Damansara Expressway bernilai RM 2.2 Bilion kepada peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan isteri kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
  10. Sikap tidak endah Perdana Menteri untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap masalah pendatang haram Sabah yang telah membuatkan warga Sabah menjadi asing dan minoriti di tanah sendiri.

"Di mana Najib akan mula dahulu?" soal Kit Siang. – Roketkini.com

Mahathir Terus Menggumba Idea Burukkan Pembangkang

Posted: 07 Mar 2012 06:29 AM PST

MSO


Benarlah barang kali Mahathir Mohamad seorang pendendam. Dia tidak akan diam selagi orang yang didendaminya tidak lenyap dari bumi ini. Episod pendendaman Mahathir ini bersiri, banyak kalau hendak dihuraikan. Kekalahannya dalam pilihan raya 1969 kepada Yusuf Rawa menyebabkan beliau dendam kepada Pas dan orang Cina sampai ke hari ini. Peristiwa itu boleh disimpulkan sebagai dendam beliau yang pertama kepada orang Cina.

Mahathir menghukum kekalahan itu disebabakan Cina sedangkan dia lupa tindakan orang Cina tidak mengundinya kerana keceluparan mulutnya juga yang mengatakan dia tidak memerlukan undi Cina. Kesombongan Mahathir itu menyebabkan orang Cina di Kota Star menolak beliau.

Kekalahan itulah menyebabkan beliau berdendam dengan orang Cina. Kalau beliau menerima ia hanya bermu-muka saja. Mahathir hanya dekat dan mesra dengan orang Cina yang menjadi taukeh saja tetapi tidak dengan Cina marhain. Antara Cina kaya yang menjadi rakannya ialah Vincent Tan dan lain-lain.

Dia juga dendam dengan Tengu Razaleigh sehinggakan sanggup melupai persetiaan dalam persahabatan serta memungkiri amanat Hussein Onn. Dendam itu menyebabkan beliau terus menganiaya dan mendendami Tengku Razaleigh. Puncanya bukan apa sangat, Mahathir mengatakan kekalahannya dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden Umno tahun 80an yang mendapat undi ketiga terbawah disebabkan Tengku Razaleigh. Itu saja.

Hanya kerana prejudis menyebabkan beliau mendendami Tengku Razaleigh sekaligus mengkhianati amanah dan akhirnya menyebabkan Umno jadi porak peranda. Perpecahan tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semanga 46 adalah angkara Mahathir.

Demikian dendam dan kebenciannya kepada Anwar hari ini adalah kesenimbungan kepada episod kebencian dan dendam itu. Mahathir tidak pernah berniat untuk menerima baik Anwar. Otaknya penuh dengan prejudis dan prangsangka. Walaupun Anwar sudah beberapa kali membuat pengistyharan memaafi Mahathir namun tidak pernah disambutnya.

Terbaru Mahathir sekali lagi melemparkan fitnah dengan niat hendak mengkhianati Anwar dengan membuat andaian Ngo yang sokong Anwar telah disokong oleh Amerika. Tuduhan ini satu lagi kerja jahat Mahathir Mohamad pada saat orang sedang menggali lubang lahad kehidupannya. Tidak ada bukti yang disertakan beliau hanya mengandaikan saja. Kenapa haus kaitkan Amerika dengan Anwar Ibrahim?

Kata Mahathir Amerika akan menyokong sesiapa saja menentang pimpinan yang tidak sebulu dengan negara itu Saya hendak tanya apakah selama Mahathir memerintah Malaysia 22 tahun beliau diancam oleh Amerika? Rasanya tidak. Kalau begitu apakah bermakna pemerintahannya sebulu dengan Amerika kerana Amerika tidak memeranginya?

Tidak dinafikan Amerika agak mencampuri urusan Malaysia dengan mengkritik dasar Mahathir dari beberapa sudut. Perkara paling jelas apabila kerajaan Mahathir bertindak zalim kepada rakyat Malaysia. Sebagai sebuah negara memperjuangkan hak asasi manusia negara itu tidak akan dapat berdiam diri bila berlaku kekejaman di mana-mana pun. Kebetulan pada akhir tahun 90-an Mahathir telah berlaku kejam ke atas bekas timbalannya, Anwar Ibrahim. Apa yang Mahathr lakukan terhadap Anwar dikecam oleh sesiapa saja kerana ia terlalu sadis dan jijik.

Apakah apabila Amerika memberi simpati kepada Anwar maka Mahathir terus menuduh Amerika hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia? Mahathir lupa yang menjatuhkan beliau bukan Amerika tetapi Umno sendiri. Umnolah yang mendesak Mahathir agar berundur di mana mereka menggunakan kebencian rakyat yang simpati keada Anwar ketika itu yang mengadakan tunjuk perasaan.

Mahathir sudah tidak sesihat dulu. Ingatan dan ulasan sejarah politiknya yang dilalui pun dilupai. Kerana itu tuduhan beliau Ngo yang sokong menentang kerajaan hari ini disokong Amerika juga adakah satu kelupaan Mahathir sendiri. Ulasan beliu itu tudak lebih untuk menyerang kerajaan untuk memastikan UBN berkuasa kerana dengan cara itu saja beliau boleh menimbus dosa-dosanya. (wmk.kl 5:30 pm 06/0312)

Ps: maaflah kalau ejaan banyak salah.

Nyaris jadi mangsa Umno: Polis ambil keterangan Nurul

Posted: 07 Mar 2012 01:00 AM PST


MALAYSIA KINI

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi keterangan kepada tiga pegawai polis dari Kuantan berhubung siasatan insiden pada 26 Fenruari lalu yang mana beliau nyaris menjadi mangsa ditumbuk oleh samseng semasa ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang.

NONESelain Nurul Izzah, turut memberi keterangan, ialah suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut mengiringi ketika keterangan diambil ialah peguam N Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR.

"Kita ada Surendran yang membantu menerangkan semula soalan semasa kejadian itu," kata Nurul pada sidang media selepas keterangan di ambil di ibu pejabat PKR, petang semalam.

Pada kejadian itu, PKR mendakwa ceramah mereka diganggu oleh ahli Umno yang dengan sengaja menganjurkan sesi karaoke dan memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap.

NONEKetika giliran Nurul Izzah berucap, "budak-budak muda" dari Umno itu dikatakan mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu. Beliau kemudiannya terpaksa diiringi polis bantuan Felda meninggalkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Umno. Menurut ADUN Lepar Mohd Shohaimi Jusoh, lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah itu sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.

Tindakan susulan

Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

NONE"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi.

Pada sidang medianya, semalam, Nurul Izzah berkata, beliau turut disoal mengenai insiden pada malam kejadian, persekitaran, dan reaksi mereka yang membuat provokasi dengan tindakan mereka memainkan muzik dengan kuat sebelum ceramah bermula

Selain itu, katanya, tindakan susulan terhadap kes seperti ini adalah penting bagi penguatkuasa undang-undang seperti polis untuk menunjukkan komitmen dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

NONE"Apa yang penting di sini ialah tindakan susulan kerana apabila penguat kuasa undang-undang seperti polis menunjukkan komitmen bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

"Tidak kira apa bentuk ancaman atau serangan, sama ada secara fizikal atau mental, ke arah mana-mana individu dan tidak hanya pemimpin-pemimpin politik, "katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148, Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menjadi-jadi

Sejak kebelakangan ini, gangguan ke atas acara dan ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang, semakin menjadi-jadi.

NONEPada 26 Februari lalu, Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Pulau Pinang sebagai sokongan solidariti membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang diganggu.

Dalam kejadian itu, beberapa ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA terus mengganggu acara yang dijalankan itu. Ia berakhir dengan dua wartawan cedera. Seorang daripada mereka terpkasa menerima lapan jahitan.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

1.1 juta kaum Cina belum daftar sebagai pemilih - MCA

Posted: 07 Mar 2012 12:59 AM PST


MALAYSIA KINI
MCA menggesa rakyat Malaysia berketurunan Cina yang layak mengundi agar segera mendaftar sebagai pemilih, memandangkan terdapat kira-kira 1.1 juta daripada mereka yang belum berbuat demikian.

lim kit siang parliament pc 201008 kong cho haSetiausaha Agung parti, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga September lalu sejumlah 4.89 juta dari kaum Cina layak mengundi, namun 1.1 juta daripadanya belum mendaftar.

"Ini bermakna satu daripada empat orang belum mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Menyifatkan fenomena itu sebagai serius, Kong berkata, dengan mengambil kira situasi politik semasa yang mencabar pada pilihan raya umum akan datang, setiap keturunan Cina yang layak mesti mendaftar untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab tersebut.

"Jika pemilih berketurunan Cina yang layak tidak mendaftar sebagai pengundi, mereka memberi tanggapan bahawa komuniti Cina tidak ambil peduli pasal politik, yang mana ini tidak benar," katanya.

Kong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pengundi Cina sentiasa mengambil berat mengenai pembangunan negara pada masa depan dan aktif menyertai proses membina negara.
- Bernama

Umno arah jentera PRU digerakkan pada 'gear lima'

Posted: 07 Mar 2012 12:58 AM PST


MALAYSIA KINI
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno, bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Pilihan raya umum akan tiba tidak lama sahaja lagi dan 8 Mac ini genap empat tahun penggal pilihan raya umum yang ke-12. Pilihan raya jarang melangkaui jauh melebihi empat tahun.

NONE"Oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi. Perdana Menteri sedang mencari ilham (bila tarikhnya). Tidak mungkin ia sampai lima tahun," katanya berucap pada majlis penerangan pemimpin dan anggota Umno dan BN Perlis, di Kangar malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut meminta anggota Umno dan BN agar menjelaskan kepada rakyat akan pentingnya BN diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, hanya dengan cara ini sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh meneruskan usaha melaksanakan pelbagai program transformasi yang dirancang kerajaan.

"Jangan biarkan rakyat terpengaruh dengan janji pembangkang yang jelas hanya janji kosong kerana gagal dilaksanakan di negeri yang ditadbir mereka," kata Ahmad. Bernama

'Ramalan Daim - BN akan menang besar hanya retorik'

Posted: 07 Mar 2012 12:49 AM PST

Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang meragui ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, kata Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak, BN, terutamanya Umno, tidak harus terlalu yakin kata-kata Daim itu.

"Kata-katanya hanya adalah retorik semata-mata... jangan lupa, sebaliknya boleh berlaku," kata Rahmad pada sidang medianya.

NONE"Jangan biarkan hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan semua kerja seorang diri manakala pemimpin BN lain hanya mengambil kesempatan berhubung apa yang dilakukannya itu.

"Jangan biarkan hanya PM berceramah tentang transformasi kepimpinan untuk faedah rakyat, manakala pemimpin lain tidak serius dalam perkara ini," katanya.

Rahmad juga mengingatkan orang ramai sama ada mereka bersedia membenarkan BN menjadi bahan sejarah selepas pilihan raya umum ke-13.

Kuasa, katanya, sebenarnya terletak di tangan rakyat dan pemimpin-pemimpin politik hanya dianggap sebagai "konduktor".

daim zainuddinRahmad merujuk kepada kenyataan Daim (kiri) baru-baru ini bahawa Najib adalah pemimpin yang lebih baik daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Daim, yang merupakan bekas bendahari Umno selama 17 tahun, juga memberikan Najib markah lebih tinggi untuk menggerakkan negara ke hadapan, selepas dicabar dan diuji berhubung pelbagai isu.

Beliau juga berkata BN mampu memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya kali ini, berbanding dengan prestasi pada tahun 2008.

Sarung tangan putih untuk MP dan ADUN

Posted: 07 Mar 2012 12:46 AM PST

MALAYSIA KINI

Sebuah gabungan 15 pertubuhan yang dinamakan "Wanita Suara Perubahan" akan berkumpul di pejabat pos Brickfields pagi esok untuk menghantar sarung tangan putih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

international women day 2003Ahli Parlimen juga tidak terkecuali - mereka juga akan diberikan sarung tangan putih pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat.

"Mengapa hantar sarung tangan putih? Sarung tangan melambangkan kerajaan yang bersih. Sebuah kerajaan yang bersih adalah kerajaan yang bertanggungjawab, bebas daripada rasuah dan politik kotor.

"Kita mahu wakil rakyat kita komited untuk memastikan kerajaan yang bersih untuk Malaysia," kata "Wanita Suara Perubahan" dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mereka menuntut kerajaan yang bersih, bebas rasuah dan bertanggungjawab kerana wanita lebih terdedah, terutamanya kepada akibat rasuah, perkauman, eksploitasi, politik pecah-belah dan pengurangan kebebasan awam.

"Berjuta ringgit telah disalah belanja yang sepatutnya digunakan untuk memastikan perumahan yang mencukupi, kesihatan, pengangkutan, pendidikan, gaji dan perlindungan alam sekitar.

international women day"Wanita menderita akibat undang-undang yang tidak adil serta penguatkuasaan lemah undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan diri dan keganasan berasaskan jantina," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, "Wanita Suara Perubahan" menyeru semua pengundi wanita untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-13 dan memilih pemimpin yang baik di peringkat kerajaan negeri dan pusat - yang akan menerima dan merealisasikan tuntutan mereka itu.

Difahamkan acara esok adalah menjelang perarakan pada 18 Mac 2012 di Padang Astaka, Petaling Jaya sempena Sambutan Hari Wanita Antabangsa.

Lagi permohonan BR1M Orang Asli ditolak

Posted: 07 Mar 2012 12:45 AM PST

Beberapa penduduk komuniti Orang Asli di Pahang binggung apabila diberitahu mereka tidak layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun dikatakan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ismail Leh, 42, dari Kampung Batu Gong Chini berkata, beliau bersama isteri, Fatimah Buka Kunci, 38, telah memohon untuk mendapatkan bantuan RM500 sekeluarga itu.

Bagaimanapun, mereka menerima surat yang mengatakan bahawa mereka tidak layak.

"Saya hanya seorang penoreh getah dan kadang-kadang isteri saya membantu saya. Pendapatan kami hanya RM600 sebulan.

"Saya tidak tahu ... mungkin untuk mengisi borang ini memerlukan seseorang yang boleh membaca dan menulis dengan baik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ismail dari suku kaum Jakun mempunyai lima orang anak yang berusia 17, 13, 12, 7 dan 5 tahun.

Namun kata Ismail, permohonan bantuan BR1M bapanya diluluskan.

Menurut garis panduan BR1M di laman web Kementerian Kewangan, ketua keluarga bagi setiap isi rumah layak membuat permohonan jika mempunyai anak yang tidak bekerja dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Permohonan 10 keluarga ditolak

Ismail juga memberitahu bahawa keluarga sepupunya yang tinggal di kampung yang sama - terletak di Pekan, kawasan parlimen yang diwakilin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - juga gagal mendapatkan bantuan itu.

"Sepupu saya mempunyai dua orang anak, kedua-dua masih kanak-kanak. Suaminya bekerja sebagai kontraktor.

"Secara keseluruhan, saya rasa kira-kira 10 keluarga di kampung saya yang tidak dapat bantuan," katanya.

Sehingga kini, tiada laporan yang memberitahu terdapat keluarga yang gagal untuk mendapatkan bantuan walaupun ada pemohon yang mempunyai pendapatan melebihi RM3,000.

Malah, seorang lelaki anggota MCA yang bergelar 'Datuk' di Triang, Pahang juga didapati layak untuk menerima BR1M, walaupun selepas itu beliau mendakwa wang itu didermakan semula.

NONEPada Isnin lalu, Malaysiakini tutut melaporkan seorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan BR1M beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.

Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.

Zaid akan bertanding di Kota Bharu atas tiket KITA

Posted: 07 Mar 2012 12:43 AM PST

Dalam satu lagi keputusan yang mengejutkan hari ini, presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa partinya tidak akan dibubarkan dan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu di bawah tiket KITA pada pilihan raya umum akan datang.

"Calon-calon Pakatan Rakyat dan BN tidak mempunyai banyak pengalaman, dan saya sebagai veteran di sana, jadi saya fikir saya lebih baik berbanding mereka," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya.

Beliau juga berkata KITA akan mengumumkan senarai calonnya bagi pilihan raya umum akan datang lewat bulan ini.

Katanya, KITA tidak akan dibubarkan setelah krisis dalaman parti itu di Kedah dan Pulau Pinang diselesaikan.

"Adalah satu kesilapan untuk menerima mereka, tetapi kerana kita sudah pecat mereka, tidak ada masalah lagi sekarang," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang merujuk kepada bekas pengerusi KITA Kedah Zamil Ibrahim dan bekas pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng,

Penghakiman Altantuya: Motif bunuh tak penting

Posted: 07 Mar 2012 12:33 AM PST

Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 happy"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Mempunyai kaitan

"Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

altantuya razak baginda crime scene 180707 media"Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."

Hakim itu juga mempersoalkan arahan yang diberikan oleh Azilah kepada Sirul Azhar apabila Altantuya dipindahkan dari kereta Proton Wira yang dimiliki oleh L/Cpl Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke kenderaan Suzuki Vitara milik Sirul Azhar, sementara tertuduh kedua menuju ke Bukit Aman, dan mengapa Azilah tiba-tiba senyap apabila Rohaniza bertanyakan mengenai Altantuya hari berikutnya.

"Persoalan tersebut berlegar di pemikiran saya dan dengan keterangan di bawah Seksyen 27, Akta Keterangan, terhadap Azilah yang beliau menunjukkan tempat kejadian di mana cebisan mayat mangsa dijumpai manakala Sirul Azhar pula membawa sehingga terjumpanya barangan kemas milik si mati, kelongsong peluru dan kesan tompokan darah di kereta tertuduh kedua."

altantuya trial 160707 azilah"Ini menggambarkan penglibatan Azilah dan Sirul Azhar terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan "mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti".

Kes ini adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah negara yang menarik perhatian tempatan dan juga antarabangsa.

Mahkamah juga diberitahu bahwa Azilah telah menunjukkan kepada pihak polis di mana Altantuya diletupkan. Tetapi Cif inspektor itu menafikan keterangan berkenaan sehingga menyebabkan perbicaraan dalam perbicaraan terpaksa dijalankan.

Pengawal Perdana Menteri

Sirul Azhar yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi pula dibawa dari Pakistan selepas bertugas mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan luar negara. Barang kemas Altantuya kemudiannya dijumpai di rumahnya manakala kelongsong peluru (spent cartridge) yang telah digunakan dijumpai dari keretanya.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge mohd zakiDalam perbicaraan ini, Hakim Mohd Zaki (kanan) memutuskan punca kematian warga Mongolia itu adalah akibat "kecederaan disebabkan oleh letupan".

Semasa memberi keterangan dari kandang saksi, Azilah menafikan beliau berada di tempat kejadian dan mendakwa beliau sedang makan di Wangsa Maju makan. Sirul Azhar pula dalam kenyataan tidak bersumpah beliau dari kandang tertuduh berkata beliau dijadikan 'kambing hitam' apabila diarah oleh polis untuk menunjukkan barang kemas yang dijumpai di rumah beliau.

"Pada suatu ketika, ASP Zulkarnain Samsudin memasuki bilik tidur utama rumah saya dan diikuti anggota polis lain. Kemudian beliau memanggil jurugambar dan mengarahkan saya memegang jaket itu sambil merakamkan gambar. Saya kemudian nampak ASP Zulkarnain mengambil sesuatu keluar dari jaket. Jaket itu dibentangkan di atas katil dan ASP Zulkarnain mengarahkan saya menuding ke arah barang-barang kemas itu, ASP Zulkarnain berkata 'kamu tuding barangan tersebut.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacket"Saya kata 'Apa ni, Tuan'. Saya tidak mahu ikut arahanya, tetapi ASP Zulkarnain minta saya lakukan juga sambil berkata 'kamu tunjuklah sahaja Sirul'. Barulah ketika itu, saya lakukannya dan gambar saya diambil," kata tertuduh kedua dalam kenyataan tidak bersumpah beliau.

Kenyataan tidak bersumpah Sirul Azhar dalam Bahasa Melayu juga dimuatkan dalam penghakiman penuh Hakim Mohd Zaki. Tertuduh kedua berkata beliau tidak mengenali si mati dan tidak pernah berurusan dengan wanita itu serta beliau juga tidak mengenali Abdul Razak atau pernah berurusan dengannya.

Tiada sebab

"Saya merayu kepada mahkamah ini mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi-saksi dari D9 IPK (KL) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa merubah-ubah cerita mereka ketika disoal balas.

altantuya razak baginda crime scene 180707 police"Saya melihat keadaan ini dengan keprihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai 'kambing hitam' yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat mereka yang tidak berada di Mahkakah ini untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata beliau sambil menangis di kandang tertuduh.

altantuya and son 050309Menurut Hakim Mohd Zaki, pada akhir kes pembelaan dan setelah menilai keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati keterangan pembelaan merupakan penafian (denial), menyalahkan satu sama lain, tak terdamaikan (irreconcilable) dan rasa berbelah terhadap sesuatu (ambivalent).

"Oleh itu mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Saya berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membukitikan kes tersebut melangkaui keraguan munasabah."

Maka, hakim itu memutuskan bahawa kedua-dua anggota polis itu bersalah dan mengarahkan mereka menjalani hukuman mati.

Noh anggap Selcat sebagai 'mahkamah kanggaru'

Posted: 07 Mar 2012 12:31 AM PST

Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri, kata timbalan pengerusi badan perhubungan BNSelangor Datuk Seri Noh Omar.

NONEMenurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.

"Mereka hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa, (jadi) apa gunanya?" soalnya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab: "Hanya buang masa!"

"Mereka tidak pernah disepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran."

Polis siasat pekebun OKU berhubung surat Mong

Posted: 07 Mar 2012 12:18 AM PST

Nigel Aw


Selepasa bantuan kebajikan dan subsidi pertaniannya dihentikan kerana didakwa menyokong pembangkang, pekebun kurang upaya Frusis Lebi, hari ini disoal siasat oleh polis.

NONEBeliau dipanggil ke balai polis Sri Aman pada jam 10.30 pagi berhubung laporan polis yang dibuatnya yang mendakwa Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mengarahkan bantuannya dihentikan.

Ketika dihubungi Frusis berkata polis ingin tahu siapa yang mendedahkan surat itu dan bagaimana arahan mengenai pemberhentian bantuan itu disampaikan kepadanya.

"Mereka juga tanya sama ada saya tahu mengapa bantuan saya dihentikan dan mengapa saya membuat laporan polis.

"Saya jelaskan kepada mereka bahawa Mong salah gunakan kuasa dan saya sekarang sangat tertekan kerana dia melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia," kata Frusis.

Mong pada Isnin, ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun mengakui mengeluarkan arahan menghentikan bantuan kepada pekebun itu dan mendakwa Frusis tidak layak ditolong kerana "beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal seperti manusia normal."

NONE"Doktor sahkan bahawa saya cacat tapi tindakan Mong ini telah menyusahkan saya," keluh lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu.

Ditanya sama ada beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan berkenaan semula, Frusis berkata: "Saya tidak tahu hendak buat macam mana?"

Sementara itu, ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald (kiri)yang membantu Frusis, berkata polis tidak merakamkan kenyataan Frusis tetapi semata-mata hanya mahu melakukan laporan susulan.

"Tiada perubahan yang dibuat kepada laporan polis asal... mungkin mereka harap dengan cara halus mereka boleh memaksanya mengubah laporan, "katanya.

Leon juga mendesak Mong yang merupakan ADUN Bukit Begunan supay meletakkan jawatan sebagai menteri muda dan juga wakil rakyat kerana enggan menarik balik arahannya itu.

"Ini menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya... ini adalah diskriminasi dan pencabulan hak untuk berpersatuan Frusis '. "

NONESementara itu, Mong hari ini sekali lagi mempertahankan tindakannya untuk menghentikan bantuan kepada Frusis dengan berkata adalah hak demokrasi bagi beliau berbuat demikian.

"Setiap orang mempunyai hak-hak demokrasi, begitu juga dengannya dan diri saya, oleh itu saya mestilah adil dan memberi bantuan kepada orang kurang upaya yang lebih layak daripada Frusis," katanya yang dipetik oleh Borneo Post.

Mong, dalam laporan itu, berkata beliau akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat bagaimana suratnya itu dibocorkan dan mencadangkan pihak pembangkang untuk memberikan bantuan kepada pekebun itu.


mong dagang sarawak assistant agriculture minister letter

MANA AKIDAH?!!!! Hasan Ali dah merapu, Kafir Harbi pula jadi penyedap ceramah

Posted: 07 Mar 2012 12:12 AM PST

PASPB


Hasan Ali kini semakin ligat putar dan terus putar 360 darjah.Semakin ligat Najib menghambat waktu dan ligan masa untuk raih undi di kalangan bukan Melayu Ngo Hasan Ali Jati tuduh pulak parti pakatan rakyat PKR dan Dap yang satu masa dulu bersama beliau sebagai pelampau dan cauvinis malah Dap dianggap sebagai kafir harbi.

Hasan Ali yang dakwa ramai pengikut semakin tak ketahuwan hala.Sekejap nak berjuang Melayu, Islam dan raja, sekejap kata tak mau terlibat dalam politik, sekejap kata biarlah ahli Jati yang tah berapa kerat tu nak terlibat dengan politik pun boleh.

Inilah akibatnya kalau tak ada hala tuju yang betul.Kata kawan saya,"Kalau Hasan Ali kata dia ramai pengikut , Ajaran Ayah Pin yang sesat tu pun kata dia ramai pengikut."


Gambar yang tak menipu


Satu fakta yang harus dingat Umno, MCA dan MIC juga adalah gerombolan yang telah 54 tahun berkuasa di negara ini.Tak kira kafir harbi atau apa pun mereka telah sama-sama membolot harta kekayaan negara untuk kepentingan puak dan kroni mereka.

Umno dajalkan hak bangsa Melayu, MCA telah ditolak oleh orang Cina dan MIC juga semakin lenyap daripada fikiran orang India hanya orang Melayu yang tak cerdik saja masih bersama Umno.

Hanya tongkat Umno belum patah berderai, jika orang Melayu lari tinggalkan Umno maka Umno,MIC dan MCA turut akan lenyap dalam pru 13 akan datang.

Satu soalan kepada Hasan Ali adakah kafir harbi yang tibai duit saham RM52 bilion untuk bumiputera/Melayu hingga tinggal RM2bilion?Gambar bawah ni jugak tak menipu.Ceramah Hasan Ali.Tolong jangan ketawa
.....misaimerah

Baling helmet: Lebih 100 serbu balai polis

Posted: 07 Mar 2012 12:09 AM PST



KL TODAY


Polis telah menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri berikutan satu insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit.Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.Gambar sekadar hiasan.

"Kami masih menyiasat kedua-dua insiden itu. Yang pertama dakwaan yang mengatakan pegawai polis yang dihantar bertugas menyiasat kejadian merempit telah membaling helmet ke arah para penunggang motosikal berkenaan sehingga jatuh.

"Yang keduanya kami juga sedang menyiasat kejadian merusuh ke balai polis Teluk Bahang sehingga membawa kepada kerosakan dan huru-hara," ujarnya.

Kata Ayub lagi, tidak ada siapa pun yang berada di atas undang-undang termasuklah pegawai polis.

Kini, pegawai polis yang didakwa menyebabkan kejatuhan mereka yang merempit itu telah ditukar ke bahagian lain sementara menanti siasatan selesai. Kejadian pegawai polis membaling helmet ke arah mat rempit itu dikatakan berlaku pada jam 8 malam Ahad lalu selepas dia bersama seorang pegawai lagi telah diarahkan ke Jalan Teluk Bahang untuk menyiasat laporan berlakunya aktiviti merempit di situ.

Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kedatangan pegawai polis.

Ketika itulah mereka mendakwa salah seorang pegawai polis berkenaan melemparkan helmet ke arah sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Mereka kemudiannya disaman kerana didapati memandu tanpa lesen.

Kumpulan remaja yang merempit ini kemudiannya telah kembali ke rumah dan menceritakan insiden berkenaan kepada keluarga mereka.

Tidak lama selepas itu, lebih 100 orang kampung yang tidak berpuas hati telah menyerbu ke balai polis berkenaan untuk memprotes dan menuntut penjelasan.

Setelah tidak berpuashati mereka kemudiannya dikatakan merosakkan beberapa buah tingkap di balai polis itu dan juga merosakkan beberapa buah motosikal yang terdapat di dalam kompaun balai berkenaan.

Mereka hanya bersurai selepas Timbalan Ketua Polis Negeri, Penolong Komisioner Kanan Datuk Abdul Rahim Jaafar serta beberapa pemimpin masyarakat campur tangan.

Gaji Minimum VS Malaysia Muflis?

Posted: 06 Mar 2012 11:59 PM PST

Staff Berita Semasa on March 5, 2012

gaji minimum malaysia Gaji Minimum VS Malaysia Muflis?


Sememangnya sudah sampai masa hal-hal mengenai gaji minimum di Malaysia ini disemak semula terutamanya melibatkan pekerja swasta yang sama-sama menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi, lebih-lebih lagi bagi yang pendapatan rendah. Apatah lagi dengan pengumuman gaji kakitangan awam melalui skim SBPA yang memberikan "signal" untuk dinaikkan harga barang di Malaysia.

Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri tampil memberikan pendapat & pandangannya dengan dasar gaji minimum di Malaysia melalui tulisan daripada blognya.

gaji minimum swasta Gaji Minimum VS Malaysia Muflis?KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja. Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk Gaji Minimum, hari ini.

Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini. Beliau berkata Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan nagara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.

Gaji tidak boleh tinggi, tetapi perbelanjaan harian makin lama makin naik? Jadi bagaimana cara kerajaan untuk seimbangkan masalah ini? Tak perlu Tun nak bimbangkan sangat pelaksanaan gaji minimum di Malaysia kerana lebih banyak kebaikannya daripada keburukan. Sekarang ini antara 2 pilihan untuk menjadikan Malaysia muflis, Tun mungkin boleh pilih salah satu antara di bawah ini :

Gaji Minimum Vs Malaysia Muflis : Yang Mana Satu Boleh Menyebabkan Malaysia Muflis?

  1. Malaysia boleh muflis disebabkan rasuah dan ketidakcekapan pengurusan?
  2. Malaysia boleh muflis disebabkan membantu rakyat dengan cara meningkatkan pendapatan pada kadar yang sewajarnya?
  3. Yang mana satu?

Hakikatnya sekarang ini rakyat Malaysia sudah terlebih kerja semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang sudah melambung tinggi. Itupun apabila sudah menerima gaji, masih ada yang merasakan kurang setimpal apabila merujuk kembali dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Itu menyentuh soal pelaksanaan GST tidak lama lagi? Jadi apabila mereka merasakan tak cukup gaji disebelah siangnya, malamnya pula sambung lagi bekerja. Kalau tidak dengan buat OT (over time), mereka mungkin akan berniaga.

Tetapi dalam pada masa yang sama, apa yang berlaku adalah :

  • Swastakan banyak servis dalam hospital, galakkan penubuhan hospital swasta and merendahkan kualiti hospital awam supaya lebih ramai beralih dan menggunakan hospital swasta dalam pada masa yang sama rata-rata gaji rakyat masih ditakuk lama?
  • Dasar penubuhan universiti-universiti swasta, menukarkan biasiswa kepada pinjaman dan sekarang rakyat perlu membayar yuran universiti anak dengan pendapatan yang rendah?
  • Swastakan Telekom & TNB, paksa TNB beli tenaga dari IPP sehingga IPP menjana pendapatan berbiliion setahun + insentif (subsidi) yang diterima kelompok IPP yang kemudiannya pekerja hanya menerima gaji yang kecil
Adilkah begini? Adakah ini yang dinamakan dasar yang seimbang? Sebenar-benarnya jikalau tidak menaikkan pendapatan rakyat Malaysia pun tidak mengapa asalkan kos sara hidup rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan terkawal. Tetapi……

Tetapi jikalau harga barangan kerajaan masih tidak berjaya mengawalnya, maka kenaikan gaji adalah satu keperluan ketika ini kepada paras yang lebih munasabah & stabil

Bagi kami, negara tidak akan bankrap jika kerajaan tampil membantu rakyat tetapi negara akan bankrap……….? Dan sejak bila pula dasar gaji minimum di Malaysia boleh menyebabkan negara bankrap? Faktor yang boleh menyebabkan sesebuah negara itu menjadi bankrap adalah seperti :

Jika benar-benar mahu membantu rakyat bawahan, minda kapitalis sepatutnya dijauhkan sama sekali. Di mana-mana negara maju sekalipun, tujuan utama dasar ekonomi adalah bertujuan untuk melebarkan saiz kelas pertengahan, mengecilkan kelas bawahan seminimum mungkin. Adakah kita masih mahu terus berpuas hati menjadi sebuah negara kelas ketiga? Adakah kita masih lagi terus berkehendakkan negara Malaysia berada ditakuk lama & terus berbangga hanya kerana bersandarkan kos pekerja sangat murah terhadap negara-negara G8?

gaji minimum Gaji Minimum VS Malaysia Muflis?Negara-negara Barat sekarang bermasalah disebabkan manipulasi kreatif berlebihan dalam sistem perbankan, tidak ada kena mengena dengan sistem kebajikan sosial. Malah, kejatuhan ekonomi US sekarang ini adalah berpunca kelas menengah yang mengecut. Sejak Ronald Wilson Reagan (Presiden US yang ke 40) memerintah, pada masa itulah kelas menengah US mula menampakkan tanda-tanda untuk merudum, yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin. Dan bermula tempoh tersebut, ekonomi US mula semakin kerap mengalami kemelesetan ekonomi.

Gaji Minimum VS Malaysia Muflis : Pro & Kontra

  • Memang ada benarnya jikalau rakyat Malaysia dapat gaji tinggi tetapi produktiviti tidak bertambah, Malaysia akan ada kemungkinan menjadi muflis. Tetapi…..
  • Tetapi, pengurangan pergantungan kepada tenaga kerja luar juga boleh membantu pendapatan rakyat negara
  • Di mana duit negara kita mengalir ke negara lain
  • Sudah sampai masa ketikanya ini, Malaysia tidak terlalu pentingkan akademik sedangkan lebih banyak bidang yang masih lagi kurang diberi penekanan
  • Sepatutnya Malaysia menggunakan sebaik-baik jumlah penduduknya
  • Walaupun ada kalangan rakyat Malaysia tidak mahir dalam akademik tetapi antara mereka bakal mahir dalam bidang automotif, sektor kreatif, kewangan, kejuruteraan, kesihatan & bidang IT yang mampu melepasi sempadan negara sekarang ini, yang mempunyai peluang yang cukup luas

Gaji minimum kepada pekerja swasta bermakna kenaikan kos secara langsung kepada produktiviti. Namun, cadangan & semakan gaji minimum perlu untuk kebaikan jutaan pekerja yang rata-rata hidup dibawah paras kemiskinan. Jadi sebablah kami kurang bersetuju, untuk permulaan meletakkan kesemua sektor pada gaji minimum. Kita mesti melihat angka pada sudut yang lebih realistik. Mungkin boleh dinilai berdasarkan untung rugi syarikat, saiz syarikat & modal berbayar.

  • Jikalau syarikat untung banyak, pekerja pun sepatutnya mendapat imbuhan
  • Jikalau syarikat dapat "hujan lebat", pekerja takkan dapat "tempias hujan" sahaja?

Sepatutnya kerajaan boleh berpandukan macam kami katakan tadi, untung rugi sektor swasta termasuk peniaga-peniaga & pengilang. Jadi gaji pokok mestilah mengikut margin keuntungan. Adilkah sesebuah syarikat untung berjuta-juta tetapi nasib pekerja masih lagi ditakuk lama? Ini yang dinamakan minda & sistem kapitalis yang terus diamalkan menekan orang bawah.

Duit gaji meningkat-> syarikat (untung meniaga) -> cukai (LHDN) -> Duit gaji itu akan dipulangkan semula kepada kerajaan

Ya…memang benar, terus terang kami katakan zaman Tun Mahathir belum sehingga tahap yang mendesak untuk dinaikan gaji dikalangan rakyat Malaysia. Itu dahulu. Tetapi apa yang mahu dilakukan & dibincangkan adalah realiti yang berlaku sekarang ini. Rakyat Malaysia mempunyai "hak" untuk "memperolehi nikmat sebenar" setelah seharian mengerah keringat tenaga, pengalaman dan idea dalam sektor swasta mahupun sektor kerajaan.

  1. kenaikan gaji
  2. hasil sesebuah akan meningkat
  3. produktiviti dapat dipertingkatkan dengan tawaran ganjaran yang diberikan oleh syarikat
  4. kebajikan pekerja terpelihara & sasaran syarikat dapat dicapai
  5. jikalau gaji rendah, apakah kita boleh mengharapkan juga "hasil" yang sama seperti di atas?

Persoalannya sekarang ini, samada mahu bertindak atau tidak untuk melaksanakan dasar gaji minimum di Malaysia? Dan bila? Dan kami lihat sekarang ini kerajaan sedang berusaha ke arah itu di mana dijangka bakal diumumkan hasil keputusannnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hujung bulan ini.. Sama-sama kita lihat hasil & kesudahannya kelak……

P/S : Apa pandanan anda pula cadangan gaji minimum di Malaysia setakat ini? Mungkin ada mahu berkongsi respon pro & kntra apabila dilaksanakan gaji minimum di Malaysia kelak?

Ustaz Dituduh Cium Remaja Lelaki

Posted: 06 Mar 2012 11:56 PM PST

KELAB GREENBOC


Melaka - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu.

Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didapati dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 14 tahun 7 bulan dengan mencium mangsa dan memaksa mangsa memegang kemaluannya.

Ismail melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Madrasah Al Muqarrabin, Balik Bukit, Bukit Lintang kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada 16 Mac 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh yang tidak hadir tiga kali sebutan semula kes, bermula 2007 hingga 2008 dan menyebabkan waran dikeluarkan mahkamah.

Bagaimanapun, Ismail yang baru balik menunaikan umrah dua bulan lalu memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai tarikh sebutan semula kes tersebut.

"Ketika itu saya sedang belajar di Yaman dan saya tidak mengetahui mengenai waran yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut, malah ahli keluarga juga tidak memaklumkan apa-apa berkaitan kes ini," katanya.

Syajaratudur kemudian membenar Ismail diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan bagi lantikan peguam. -SH

Kalau Nak Tawan Selangor, Umno Bersihkan Kabinet Dulu!

Posted: 06 Mar 2012 11:52 PM PST

Editor Buletin

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa rakyat supaya tidak memberi "tempoh lanjutan" kepada pembangkang untuk terus memerintah Selangor sebenarnya ditujukan buat partinya sendiri. Ini kerana pembangkang di Selangor ketika ini adalah UMNO-BN manakala kerajaannya adalah Pakatan Rakyat.

Beliau juga seperti menyindir partinya sendiri dengan kenyataan bahawa 'pelbagai janji tidak tertunai' semasa dalam pemerintahan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Mungkin Datuk Seri Najib tidak menyedari bahawa rakyat Selangor pada hari ini menikmati pelbagai 'janji yang tertunai' oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dimaksudkan itu. Selepas menang empat tahun yang lalu, janji-janji Pakatan Rakyat satu demi satu ditunaikan. Antaranya air percuma sebanyak 20 meter padu yang diberikan kepada setiap rakyat di negeri itu. Selain itu, dengan perkhidmatan berbentuk kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas, skim tuisyen percuma, Tabung Warisan Anak Selangor atau TAWAS, Jom Shopping dan lain-lain lagi.

Sebaliknya UMNO yang memerintah berpuluh tahun lamanya 'pelbagai janji tidak ditunaikan untuk rakyat'. Ini menyebabkan beliau menggelepar dan seakan menyalahkan pimpinan bawahannya. Bahkan, bekas Menteri Besar Selangor sendiri telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah. Bagaimana mereka boleh membela rakyat di negeri paling maju itu, sekiranya pemimpin nombor satu negeri tersebut sendiri dihukumkan kesalahan dengan rasuah. Rakyat menganggap jika memberi 'tempoh lanjutan' kepada UMNO-BN lagi, mungkin lebih ramai pemimpin UMNO-BN akan disabitkan dengan kesalahan rasuah serta kesalahan-kesalahan lainnya.

PM juga dalam kenyataannya mengakui melakukan kesilapan ketika memerintah Selangor dahulu dan merasa insaf serta memohon maaf kepada rakyat Selangor. Bagi DPPM, sekiranya PM sudah insaf sepatutnya beliau tidak berebut untuk mendapatkan Selangor kembali dan menyerah dengan membiarkan Pakatan Rakyat memerintah buat penggal kedua. Ini kerana UMNO sudah memerintah Selangor selama berpuluh tahun dan sudah tentu 'dosa' beliau dan partinya bukan mengambil masa yang sedikit untuk dibersihkan. Mereka yang 'bertaubat nasuha' biasanya berazam untuk tidak mengulangi dosanya. Justeru PM perlu mengelak partinya dari sebarang cita-cita menduduki kerajaan Selangor bagi mengelak dosa yang lama dilakukan kembali.

Sepatutnya PM bersyukur kerana dengan kekalahan partinya dalam PRU ke 13 dapat 'menginsafkan ' beliau. Sebaiknya, keinsafan beliau perlu diterjemahkan pada kerajaan negara ini yang berada di bawah tanggungannya, dengan membersihkan kabinet serta kerajaannya dari pelbagai skandal dan penyelewengan kuasa. Jika tidak beliau hanya dianggap hipokrit dan rakyat tidak sekali-kali akan memberikan peluang kedua kepada beliau dan partinya lagi.

***Tulisan adalah kenyataan media RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lebih 20,000 Hadir; HTU Akan Jadi 'Virus' PGU

Posted: 06 Mar 2012 11:47 PM PST

Skuad BO

KEMAMAN - PAS Dun Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga Dun Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya dalam Himpunan Tolak Umno (HTU) yang diadakan pada hujung minggu lalu bagi meneruskan gelombang 'PAS Ganti Umno' (PGU)

Menurut Penagarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai Haji Hanafiah Mat lebih 20,000 hadir ke HTU bagi meyatakan pendirian tegas mereka, PAS akan menggantika Umno dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

"Inilah masanya (yang sesuai) untuk kita (rakyat) berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional, diaggarkan lebih 20,000 orang hadir disepanjang HTU selama 4 hari berturut-rurut,"ujarnya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin agenda 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) di Dun Chukai ini akan 'merebak' umpama virus ke kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.

Menurutnya, program HTU tersebut bagi menghimpunkan warga Dun Chukai khususnya dalam satu agenda besar sebelum tiba pilihan raya.

Katanya, berdasarkan persekitaran dan suasana politik masa kini semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

"Ya, Saya cukup yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti.

"Mereka (rakyat) akan memberikan kerjasama bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga," tegasnya.

Katanya, program HTU diadakan selama empat hari dan empat malam penuh dengan pengisian untuk rakyat di semua peringkat umur dan jantina.

PKPS Meningkat RM114j Berbanding RM8.3j Pada 2008

Posted: 06 Mar 2012 04:20 PM PST





SHAH ALAM : Simpanan tetap Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah meningkat kepada RM114 juta pada tahun 2011 daripada RM8.3 juta pada 2008, hasil kecekapan pengurusan pentadbiran Pakatan bukan dari hasil penjualan tanah seperti didakwa sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan , Dr Yaakob Sapari mendedahkan PKPS mengalami kerugian jangkaan pendapatan RM20 juta setahun ekoran penjualan ladang seluas 12,000 ekar di Miri, Sarawak oleh pentadbiran kerajaan BN terdahulu.

"Ladang tersebut telah dijual dengan harga yang murah iaitu RM8,082.00 seekar pada tahun 2007.Keputusan itu adalah keputusan yang silap, dan saya mengesyaki ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan dengan perkara ini. Kerajaan Negeri telah sedaya upaya untuk mempertahankan ladang ini dari terus dijual.

"Kami telah merujuk kes ini di mahkamah, tetapi keputusan mahkamah telah memihak kepada pembeli kerana dokumen jual-beli telah ditandatangan PKPS oleh Kerajaan Negeri terdahulu," jelas Yaakob pada sidang media di sini.

Menurut Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya menyalahkan BN kerana telah menjual ladang tersebut dengan harga yang murah.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Umno-BN Selangor mempersoalkan kenyataan itu dengan mendakwa peningkatan simpanan tetap PKPS ekoran penjualan tanahnya seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat.

Noh mendakwa transaksi jual beli itu dimulakan zaman pemerintahan Umno-BN dan selesai pada tahun 2010 dengan nilai RM97 juta.

"Saya pernah membuat tinjauan pasaran, bahawa harga tanah yang dijual itu sekurang-kurangnya berharga RM145 juta tetapi ia dijual pada harga RM97 juta, kalau kita simpan tanah itu untuk sepuluh tahun lagi,hasil tanah itu akan terus meningkat, walaupun jika pada harga RM145 juta kerajaan negeri tidak akan menjualnya kerana kerajaan negeri tahu bagaimana untuk mengurus aset tanah tersebut," ujar Yaakob.

Sementara itu, Yaakob menjelaskan PKPS mencatatkan peningkatan jualan sawit dari tahun ke tahun dengan memperolehi pendapatan sebanyak RM30.72 juta pada tahun 2011 walaupun pengeluaran buah sawit berkurang pada tahun 2011 kerana PKNS telah mengambil semula tanah mereka yang dipajak PKPS di Tanjung Malim Selangor.

PKPS juga mencatatkan peningkatan keuntungan daripada hasil ladang kelapa sawit yang dicatatkan pada 2008 sebanyak RM10.30 juta kepada RM19.70 juta pada 2011.

" Tahun 2010 adalah tahun pertama PKPS mula mencatat keuntungan operasi. Keuntungan PKPS pada tahun terdahulu adalah dari keuntungan jualan tanah," kata Yaakob.

Menurut beliau, PKPS memperolehi keuntungan operasi pada 2010 adalah sebanyak RM1.89 juta meningkat kepada RM8.10 juta pada 2011.

PKPA juga berjaya melaksanakan penjimatan perbelanjaannya sebanyak RM8.50 juta pada 2010 dan RM8.26 juta pada 2011.

PKPS telah melaksanakan penjimatan dalam perbelanjaan mengurusnya antaranya kakitangan berlebihan di ibu pejabat di tempatkan di projek-projek, kakitangan PKPS diberi tugas 'multi tasking,penyelenggaraan Wisma PKPS diurus sendiri,pembelian bahan dan bekalan pejabat dikurangkan dan kenderaan berlebihan dihapuskan.

Yaakob juga berkata beliau bersedia untuk memberikan 'kelas khas' kepada pimpinan BN untuk menjelaskan bagaimana keuntungan dan perolehan pendapatan PKPS terkini seraya membidas sikap Noh berhubung pengendalian dalam skandal Ladang Fidlot Negara.

"Kalau berani buat SELCAT untuk Shahrizat dalam skandal lembu , saya cabar, kalau berani Parlimen untuk menyiasat kes lembu itu dan dibuat secara langsung dan di Selangor telah dibuktikan dengan apa-apa kes disiasat secara terbuka melalui SELCAT.

"Saya rasa Menteri Pertanian ini tidak tahu mengenai pertanian, kalau Noh hendak, kita boleh adakan kelas, dan bersedia untuk menyediakan ceramah kepada beliau mengenai bidang pertanian, kerana tidak ada bukti apa yang Noh hasilkan, pertanian perlu diurus dengan sebaik mungkin, dan diurus oleh professional, " jelas Yaakob.

SELCAT Cadang Badan Bebas Siasat Ketirisan RM500j

Posted: 06 Mar 2012 04:18 PM PST




SHAH ALAM : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) menyerahkan sepenuhnya kepada Yayasan Selangor bagi melantik badan bebas bagi menyiasat ketirisan aset hampir bernilai RM500 juta.

Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim berkata, berdasarkan keterangan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, beliau percaya ia mempunyai alasan yang kukuh dan jika mempunyai kesalahan dalam 50 peratus, wang tersebut masih berjumlah RM250 juta.

Ilham dalam kenyataannya semasa sesi pendengaran SELCAT hari ini berkata, kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008 mendapati ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.

Ilham berkata, pihaknya turut bersedia untuk membayar khidmat badan bebas berkenaan bagi menyiasat perkara ini.

"Teng turut mencadangkan agar audit bebas dilantik untuk menjalankan forensik audit. Jadi saya rasa itu lebih sesuai kerana ianya melibatkan perkara yang merangkumi jangka masa yang panjang.

"Kalau ingin melibtakan kerajaan terlalu memakan masa. Tapi ianya akan melibatkan kos yang tinggi. Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak kerajaan negeri sama ada perkara ini seharusnya dilakukan atau tidak kalau diikut dakwaan Encik Ilham tadi.

"Tapi itu memang jumlah yang cukup besar RM500 juta. Bagi saya sebagai Pengurus Besar, beliau sudah mengkaji fail-fail. Sudah tentu beliau mempunyai alasan yang mencukupi," katanya ketika sidang media sebentar tadi.

Setakat ini aset tetap yang dimiliki oleh Yayasan Selangor bernilai RM500 juta dan aset semasa dalam bentuk wang tunai berjumlah RM51 juta berbanding hanya RM21 juta pada tahun 2007.

Pihak Tv Selangor cuba untuk mendapatkan reaksi Ilham Marzuki berhubung perkara berkenaan dan beliau hanya memaklumkan 'pihaknya akan menulis surat'.

Tiada ulasan: