Selasa, 6 Mac 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PAS Kelantan! Cukup Lah Dengan Kesilapan Memilih Ibrahim Ali Sorang Saja

Posted: 06 Mar 2012 03:24 PM PST

Pas Kelantan: Sedia terima Ku Li, Zaid mustahil

KOTA BHARU - Pas Kelantan menolak desas-desus yang mengaitkan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan sebarang perbincangan sedang diadakan bersama Zaid sama ada di peringkat Pusat mahukan negeri.

"Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani," katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.

Semalam Sinar Harian melaporkan Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mempertimbangkan sama da kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas atau menggunakan tiket Pas.

Zaid sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008 mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum digantung keahlian pada 2 Disember 2008.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri memberi pandangan berbeza terhadap kenyataan veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu bertanding calon Bebas di Gua Musang sekiranya tidak dicalonkan BN.

Katanya, Pas Kelantan sedia membuka sebarang bentuk perbincangan, namun ia bergantung pada keadaan bagi membolehkan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket Pas.

"Pas Kelantan tidak ada masalah dengan beliau terutama soal tuntutan royalti yang jelas dia begitu konsisten. Dari segi itu kita ada persamaan dan dulu pun kita pernah bekerjasama melalui Semangat 46, jadi kalau PRU ini ada perbincangan (untuk bersama), bukan sesuatu yang pelik,"katanya.

Pada PRU12 empat tahun lalu, Datuk Ibrahim Ali dan Pas menjalin ikatan bagi membolehkan beliau bertanding atas tiket Pas di kerusi Parlimen Pasir Mas, namun hubungan itu tidak berkekalan.

Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno

Posted: 06 Mar 2012 06:32 AM PST


Oleh EMBUN MAJID

ALOR SETAR: Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.

"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.

Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.

Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.

Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

Gambar Orang Asal Gua Musang Minta Maaf Dengan TG Nik Aziz

Posted: 06 Mar 2012 04:53 AM PST

Alhamdulillah. Orang asal pun sudah sedar akan banyak penipuan dari umno berkaitan Ladang Rakyat di Kelantan.

Mereka akan buat perubahan nanti. Tengok la, Islam menerajui perubahan.

Mereka juga sempat bagitau, i love u tok guru.

Syabas Presiden PAS. Soal Halal Haram PAS Tidak Gadai

Posted: 06 Mar 2012 04:02 AM PST

Hadi: 'Pas tidak ganjak dalam soal halal haram'

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu pengundi-pengundi Melayu Islam memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menggantikan Umno dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.

Sambil menegaskan bahawa Pas tidak berganjak dalam perkara halal dan haram serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain, Abdul Hadi berkata, partinya mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin.

"Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli Pas yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti.

"Pas pernah memecat Ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu-gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang ini berkata, apabila memerintah kerajaan negeri dan Pas memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum syarak.

Katanya, penganut-penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

"Umno pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli Umno yang mengerjakan maksiat kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya," kata beliau lagi.

"Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam Umno tidak mampu menjadi model Islam dan Umno gagal mendidik Melayu Islam menjadi contoh yang baik," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, Pas pernah bersama kerajaan campuran dengan Umno di awal tahun 70-an dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat Pas tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.
Kata Abdul Hadi lagi, Pas telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN.

"Contohnya Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong Umno Melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC.

"Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah," kata Abdul Hadi lagi.

Malah menurut beliau, Pas juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walaupun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.

Katanya lagi, dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada Umno memimpin negara dengan gagasan BN, yang banyak kelemahan dan penyelewengan serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Syabas Tok Guru Nik Aziz, Tidak Layan Soalan Provokasi Wartawan

Posted: 06 Mar 2012 01:05 AM PST

Biar Pas Pusat urus Kedah, kata Nik Aziz

KOTA BHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz NikMat menegaskan adalah tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbirankerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak.

"Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen," katanya.

Meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, Nik Aziztetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkankepada Pas Pusat untuk menangani soal tersebut.

Isu dalaman kerajaan Kedah memaksa PAS Pusat menubuhkan sebuah jawatankuasapemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar Datuk Seri AzizanAbdul Razak mentadbir negeri itu.

Ditanya mengenai kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku RazaleighHamzah yang tetap mahu bertanding di Parlimen itu walaupun bukan sebagai calonBarisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata tidakwajar untuk beliau menyentuh perkara itu.

"Saya tak boleh ganggu dia (Tengku Razaleigh). Pas juga tidak akan ganggu dia. Tunggulah pada hari penamaan calon nanti," katanya.

Dua hari lepas Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musangdilaporkan berkata beliau akan tetap bertanding di Parlimen Gua Musang sebagaicalon bebas jika BN tidak lagi mencalonkannya.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan "Ku Li", merupakan tokohyang dihormati dan beliau merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmatiaitu selama 43 tahun mulai 1969. – Bernama

Kedah: PAS rakam tahniah, rancang munajat perdana

Posted: 06 Mar 2012 01:01 AM PST


Harakahdaily

Selasa, 06 Mac 2012 15:47
KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS merakamkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penyelesaian isu Kedah dan merancang munajat perdana dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata, tahniah diucapkan kepada seluruh ahli PAS yang menerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah ini.

Tindakan kedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkan satu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti, tambah beliau.

"Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang bertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagi YB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS," kata Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bergegas balik dari Bosnia transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi.

"Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, dan menjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllah apa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masa depan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.

"Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di Stadium untuk kita bemunajat, dekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbah antara kita. Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akhbar," tambah beliau.

Dulu 'Cium' Tangan Ku Li Bila Nak Pilihanraya Kecil, Sekarang Mahu Lawan Ku Li?

Posted: 05 Mar 2012 10:28 PM PST


Pemimpin Gua Musang desak Ku Li berundur

Enam belas pemimpin akar umbi Umno di kawasan Parlimen Gua Musang mendesak ahli parlimen mereka Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ketua bahagian di situ supaya berundur secara terhormat dan tidak mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Berita Harian dan Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa desakan itu dibuat pada mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Umno Bandar Lama Ab Wahab Yunus dan dihadiri oleh tiga ketua bahagian, enam ketua cawangan dan wakil-wakil dari Kesedar serta Felda.

Ab Wahab mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak lagi mempunyai pengaruh, sama ada di peringkat pusat tetapi juga di bahagian itu, dan bahawa bekas Menteri Kewangan itu seolah-olah telah hilang pendirian beliau mengenai Umno dan BN.

"Kita rasa kecewa dengan sikap kepemimpinan Tengku Razaleigh yang sejak kebelakangan ini bersuara tidak sehaluan dengan pucuk kepemimpinan parti seolah-olah sebelah kakinya sudah berada dalam pembangkang," katanya dipetik Berita Harian.

Sinar pula memetiknya berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

"Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

"Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia," katanya dipetik akhbar itu.

Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Gua Musang, Ab Aziz Mohamad pula berkata ramai ahli parti dalam bahagian itu tidak sanggup lagi merestui Tengku Razaeligh sebagai pemimpin kerana banyak karenah serta mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Menurut Sinar lagi, Ab Aziz berkata pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

"Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa," katanya.

Terkini! Fitnah Terkini Memburukkan Kerajaan Negeri Kelantan. Tolong Sebarkan!

Posted: 05 Mar 2012 07:00 PM PST

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/64842_10150584573882592_358919387591_9585801_625376100_n.jpg

Cubaan jahat untuk memburukkan Kerajaan Negeri Kelantan sedang giat dilakukan di maya mahupun di media perdana.

MB kecewa dasar Islam diejek

Posted: 05 Mar 2012 04:30 PM PST


Oleh: NORHASRAM MOHAMAD

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mengejek dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan Pas di negeri ini.

Beliau berkata, perbuatan itu memalukan kerana seluruh rakyat termasuk bukan Islam melihat bagaimana orang Melayu Islam menghina agama sendiri.

"Kenapa orang Melayu Islam datang ke sini (Kelantan) nak ejek dasar Islam? Saya malu kerana orang bukan Islam melihat perkara ini," katanya ketika menyertai sesi penggulungan perbahasan titah Sultan Kelantan di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, dasar Membangun Bersama Islam dengan menumpukan kepada ubudiyah, masuliyah dan itqan jelas bersumberkan al- Quran.

"Kita ambil semua itu daripada al-Quran bukan daripada mana-mana ideologi di dunia yang boleh diejek sesuka hati, kalau tolak al-Quran, tak jumpa jalan.

"Kita didik rakyat supaya apa sahaja yang kita lakukan mesti dengan taqwa kepada ALLAH SWT," katanya yang juga Adun Chempaka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz meminta pelancong terutamanya dari luar negara agar menghormati tata susila ketika berkunjung ke negeri itu dengan tidak memakai pakaian yang menjolok mata.

"Ini tugas pihak berkuasa mengenai pelancongan agar memastikan suasana melancong di negeri ini berbeza berbanding negeri lain.

"Kalau di tempat mereka seperti di Eropah nak pakai apa pun tidak mengapa tetapi bila ke Kelantan ia sedikit berbeza dan mesti bersopan, berada di tempat awam mesti berbeza dengan di bilik air, mana bolah nak pakai pakaian sama," katanya.

Tiada ulasan: