DUNIACACAMARBA |
- Cuba Fikir, Logikkah Kabin Ini Berharga RM75 Ribu?
- [Tragis&Sadis] Ibu Rakam Anak DIROGOL Teman Lelaki
- Ku Li Diminta Berundur Kerana Kritik dan Keluar Kenyataan Bertentangan dengan UMNO
- Respons Tan Sri Kadir kepada Zahrain: "Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal."
- Jika Dakwaan Benar, SIapa TIBAI RM500 Juta Duit Yayasan Selangor Semasa Pentadbiran BN
- Pengawal Berahi, Perkosa Pelajar Kolej di dalam Tandas
- [Kemas Kini] Fitnah TIDAK Masuk AKAL: Lantik Ambiga Sebagai Tim. Presiden PAS
| Cuba Fikir, Logikkah Kabin Ini Berharga RM75 Ribu? Posted: 06 Mar 2012 07:00 AM PST
Anda baca dahulu berita di bawah ini: Kerajaan Sedia Kabin Sebagai Pusat Kawalan SRS [Bernama] KUANTAN: Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyediakan 90 kabin berfungsi sebagai pusat kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk kemudahan peronda di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata, daripada jumlah itu, Pahang merupakan negeri penerima terbanyak iaitu 29 kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu. "Ini diikuti Kelantan, Kedah dan Johor. Kabin hasil sentuhan pihak Universiti Teknologi Mara itu boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita di sini. Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela peringkat Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, malam Isnin. Beliau berkata, sebanyak RM16 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menyediakan kemudahan pusat kawalan itu di seluruh negara. Azman Amin berkata, kemudahan itu amat perlu bagi memastikan 130,000 perondaberdaftar daripada 2,998 SRS seluruh negara dapat menjalankan tanggungjawab membantu mengurangkan kadar jenayah negara. "Saya perhatikan di kawasan-kawasan Rukun Tetangga yang buat SRS ini, kadar jenayahnya dapat dikurangkan," katanya. Beliau berkata, jabatan itu mensasarkan 500 SRS dapat dibuka setiap tahun dengan tahun lepas sahaja sebanyak 600 SRS telah didaftarkan. Sehingga Januari lepas sebanyak 5,692 kawasan Rukun Tetangga diwujudkan di negara ini dengan hanya kira-kira 500 yang mempunyai bangunan sendiri manakala 2,988 daripada kawasan Rukun Tetangga itu telah menubuhkan SRS.
Gunakan logik akal, adakah kabin di atas berharga RM75 ribu? Blog PDO mendakwa harga kabin tersebut sekitar RM10 - RM15 ribu. Jumlah yang mana dapat diterima oleh logik akal anda? RM75 ribu atau RM15 ribu? Dakwaan PDO boleh anda baca di bawah ini:
P/s: Jika benar harga kabin itu sekitar RM10-RM15 ribu, siapa yang tibai duit lebihnya???? | ||||||
| [Tragis&Sadis] Ibu Rakam Anak DIROGOL Teman Lelaki Posted: 06 Mar 2012 06:01 AM PST
[SH] Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu. Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu. Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44. Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010. Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama. Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan. "Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya. Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh. "Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya. Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya. Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu. P/s: Lahanat! | ||||||
| Ku Li Diminta Berundur Kerana Kritik dan Keluar Kenyataan Bertentangan dengan UMNO Posted: 06 Mar 2012 12:56 AM PST Sila berundur secara terhormat [SH] GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disifatkan `barah' dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat. Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun Umno Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam. Majlis perjumpaan yang dipengerusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda. Kebanyakan mereka menyuarakan sudah sampai masanya bagi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit. Perjumpaan diadakan bagi memperbetulkan kenyataan pemimpin itu yang disiarkan dalam kebanyakan media berhubung langkahnya untuk bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan BN pada PRU13 nanti. Ab Wahab berkata, Tengku Razaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN. Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran. "Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar. "Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia," katanya. Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno. Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan. "Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa," katanya. Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya. "Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama," katanya. Berkaitan: Ku Li tetap tanding jikapun tidak dicalon [SH] SHAH ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang. "Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini. Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat. Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan. Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu. Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini. Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini. Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali. "Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno. Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat. "Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi. Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat. Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih. Pakatan sedia benar Ku Li bertanding atas tiketnya [MK] Pakatan Rakyat sedia berunding dengan ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah jika beliau berhasrat bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dipegangnya atas tiket Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub. Salahuddin mengulas kenyataan Razaleigh baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen yang dipegangnya sejak pilihan raya umum 1969 meskipun tidak dicalonkan oleh Umno. "Sama ada Pakatan terima atau tidak, ia tidak Ku Li bertanding di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak boleh putuskan. Perkara ini perlu persetujuan semua (parti yang bergabung dalam Pakatan, iaitu PAS, PKR dan DAP). "Saya percaya sekiranya beliau menyatakan hasrat itu, kita (Pkatan) sedia berbincang," katanya dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini, sambil menambah bahawa bekas menteri kewangan itu masih relevan dalam landskap politik semasa. Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, baru-baru ini memberitahu media bahawa hanya rakyat dapat membuat keputusan berhubung kerjaya politik beliau. Sebelum ini, ada ura-ura bahawa putera Kelantan itu tidak akan dicalonkan semula kerana beliau didakwa sebagai lantang membidas BN, khususnya Umno. Bagaimanapun akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia dalam satu laporan pada bulan lalu melaporkan Pengerusi BN Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Ku Li antara 16 muka lama yang akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang. P/s: Mengkritik UMNO, walaupun benar adalah suatu dosa besar! | ||||||
| Posted: 05 Mar 2012 11:20 PM PST [HD] KUALA LUMPUR, 6 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang. Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi. "Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia. "Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila, " katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3 yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah. Zahrain mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan. Dalam ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno. Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah. "Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal. "Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya. Tak perlu cabar Mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada masih menyokong BN atau sudah menyokong pembangkang, Abdul Kadir berkata beliau tidak mahu layan. Menyifatkan cabaran itu hanya datang dari 'budak hingusan', beliau berkata melayan cabaran itu hanya membuang masa beliau. "Saya pegang jawatan dalam Umno 56 tahun. Siapa diorang nak cabar saya, dia baru dua hari masuk politik dah nak cabar saya," tegasnya yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Desakan itu dipercayai ekoran kenyataannya kepada beberapa media alternatif baru-baru ini yang disifatkan menghentam Umno BN. Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya. Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah. Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan. | ||||||
| Jika Dakwaan Benar, SIapa TIBAI RM500 Juta Duit Yayasan Selangor Semasa Pentadbiran BN Posted: 05 Mar 2012 10:25 PM PST [MK] Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN. "Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini. "Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta." Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai. Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan. P/s: Isu "kehilangan" duit di Yayasan Selangor sering dibangkitkan oleh blog pro-UMNO dan blog-blog ini menuduh pentadbiran PR yang bertanhjggungjawab terhadap kehilangan tersebut. Jadi, pihak Yayasan Selangor dan kerajaan negeri perlu menyediakan laporan lengkap untuk mengesan ketirisan tersebut dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. | ||||||
| Pengawal Berahi, Perkosa Pelajar Kolej di dalam Tandas Posted: 05 Mar 2012 07:04 PM PST [HM] KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan yang kemaruk seks hilang pertimbangan apabila sanggup mencekik, memukul sebelum merogol seorang penuntut kolej dalam tandas sebuah pangsapuri di Batu 6 1/2, Jalan Puchong, di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 22 tahun bersama keluarganya ke pangsapuri berkenaan selepas abangnya berhasrat membelinya. Menurut sumber, beberapa minit kemudian, mangsa memberitahu kakak iparnya mahu ke tandas tanpa menyedari gerak-gerinya diperhatikan pengawal keselamatan terbabit. "Pengawal yang gagal mengawal nafsunya meminta mangsa melakukan seks," katanya. Mangsa enggan dan dia yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal apabila tangannya dipegang sebelum dicekik menyebabkan mangsa sukar bernafas. "Pengawal yang melihat mangsa mula lemah dan hampir pitam bertindak menarik seluar mangsa sebelum merogolnya," katanya. Menurutnya, ibu mangsa pelik hampir setengah jam anak gadisnya dalam tandas memanggil nama anaknya itu berulang kali apabila menyedari pintu tandas dikunci daripada dalam. Sumber berkata, pengawal itu cuba melawan melepaskan diri dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu datang membantu dan menangkapnya sebelum dibawa ke Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan penahanan lelaki terbabit yang direman 14 hari. P/s: Lahanat! | ||||||
| [Kemas Kini] Fitnah TIDAK Masuk AKAL: Lantik Ambiga Sebagai Tim. Presiden PAS Posted: 05 Mar 2012 05:00 PM PST Kenyataan dalam paparan skrin di atas boleh jadi benar-benar keluar dari mulut Hasan Basri, boleh jadi tambahan dan rekaan penulis blog di atas. Kalau difikirkan logik pun, memang tidak masuk akal. Biarpun begitu, PAS perlu mengambil perhatian ucapan Hasan Ali dan sekutunya serta penulisan di blog kerana fakta yang tidak benar mungkin akan mempengaruhi orang yang tidak terdedah pada maklumat di internet dan sebagainya. Mereka perlu bertindak kerana penipuan/penyelewengan fakta jika diungkap/ditulis berulang kali, sedikit banyak akan mempengaruhi orang ramai yang tidak berusaha mencari maklumat alternatif. Kemas Kini:
Persoalan itu, walau bagaimanapun, disahkan melalui laporan MK yang menyatakan bahawa bekas Ketua Penerangan PAS Selangor itu mengeluarkan kenyataan bahawa: "Mereka mahu Ustazah Ambiga (Sreenevasan) sebagai timbalan presiden. Adakah mereka begitu kebulur pada undi bukan Islam? ... Mereka akan memeluk Ambiga seolah-olah dia adalah seorang pejuang Islam." P/s: Lupa dosa pahala demi kepentingan politik dan tembolok! |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan