Selasa, 6 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ini Kerja Orang Nyanyuk ....

Posted: 06 Mar 2012 04:00 AM PST



Ha! ha! bikin gempar lagi menggegarkan. Ini yang buat geng gerombolan membuak-buak marah bila baca head line berita atas tu. Hanya terdapat dalam blog Al-Husseyn.

Gerombolan kata Al-Husseyn sudah nyanyok! Ha! ha! beginilah cara orang nyanyuk buat kerja bikin geng gerombolan marah berkecamuk!

Walau apa pun, marilah kita ucapkan terima kasih kerana buat pertama kalinya Utusan Meloya memberi pujian kepada PAS kerana mendedahkan surat Mahathir ini :

Klik untuk besar

Dalam surat diatas ini, pengkhianat bangsa,raja-raja Melayu dan Islam ini menyatakan antara lain :

1. Bahawa , atas nama Umno , telah menagih simpati minta bantuan Israel untuk mendapatkan dana bagi menghadapi pilihanraya di Malaysia.

2. Dana tersebut bertujuan untuk menghadapi pilihanraya menentang PAS - dalam kata-kata asalnya : for the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia. Maksudnya, bagi tujuan mempertahan keganasan (kumpulan) Islam Sejati di Malaysia.

3. Telah menawarkan penggunaan pengkalan tentera bagi kegunaan askar Amerika, sekutu Israel sebagai balasan.

4. Telah menawarkan bagi mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Pendirian PM Najib dan Mahathir bersama gerombolan Umno terhadap negara haram Israel itu adalah tetap sama. Kalau sudah tahu betapa bobroknya sikap pengkhianatan mereka ini, yang melalak siang malam ke hulu ke hilir mendabik dada konon memperjuangkan Ummat Melayu, ropa-ropanya, mereka ini adalah ayam yang berkokok berderai-derai, tapi ekor bergelomang dengan taik!

Korang nak sokong Umno/BN lagi ker? Ayam macam ini patut kita sembeleh saja menjelang PRU-13 nanti. Kita kenduri besar untuk rakyat semua yang mahukan pembaharuan!
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah : 286)

Rosmah Derma S$60,000 setiap bulan kepada Badan Amal Kebajikan

Posted: 05 Mar 2012 10:00 PM PST

Tentu tiada siapa yang akan percaya berita yang mengatakan bahawa wanita yang boros berbelanja mewah untuk dirinya sendiri ini sanggup memberi derma walau pun sekadar 60sen dalam hayatnya kepada mana-mana badan amal kebajikan tempatan.

Tentu dia akan beri kaunseling kepada penganjur badan amal kebajikan supaya menabung sejak di bangku sekolah lagi.

"Tiru macam saya!Barulah boleh beli gelang, cincin permata, beg tangan dan spenda harga juta-juta.Bukan juta-juta Rupiah bung! Singapore Dollah ler brother ..." Mungkin begitu bisikan nurani Rosmah kalau ada sesiapa yang cuba mendesak beliau menghulurkan derma. Ha!ha!ha!

Senarai terkini 20 Jutawan Malaysia - klik untuk besar

Sebelum kita baca berita seterusnya dibawah ini, jom kita tanya Rosmah, juga kepada orang-orang Melayu yang kaya raya dalam senarai diatas tu sanggupkah mereka lakukan kebajikan yang sedemikian rupa?

Mahu tanya pada Raja Gopal? Tentu dia tidak ada waktu walau sejenak pun untuk mendengar rintihan pilu kehidupan Pak Badul, Ah Seng atau Linggam. Mereka ini semua kepadanya adalah pariah semata-mata.

Kita harap dan doakan Rosmah, juga para milliana akan berubah dan akan memberi bantuan kepada rumah-rumah anak yatim yang bersepah dalam negara sendiri.

Penderma misteri beri
derma $60,000 sebulan

Setiap bulan, dengan lancar, seseorang akan memasukan $60,000 dalam nota ribu dolar ke dalam kotak derma Institusi Perubatan Thong Chai, Singapura .

Badan Kebajikan tersebut yang menyediakan perkhidmatan perubatan percuma kepada golongan miskin, percaya penderma misteri itu telah memberikan lebih daripada $2 juta dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

'Kita tidak tahu siapakah penderma tersebut. Tetapi kami rasa ia adalah orang yang sama kerana dia memberi jumlah yang sama setiap bulan, dan wang datang berupa nota ribu dolar," kata Pengerusi Thong Chai, Lim Guan Eng Lee.

Kakitangan badan amal itu pertama kali melihat sumbangan besar kira-kira tiga tahun lalu, apabila ketulan tebal notal ribu dolar muncul di dalam kotak derma di premis Jalan Chin Swee.

sumber
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah : 286)

Tiada ulasan: