Ahad, 4 Mac 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Liga Super: Kelantan tumpas Negeri Sembilan 2-1

Posted: 04 Mar 2012 07:23 AM PST


KELANTAN menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, malam ini.

Kelantan yang bermula garang di hadapan penyokong sendiri tidak perlu menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil rembatan
kencang ketua pasukan Mohd Badri Radzi.

Gol pembuka semangat itu menyaksikan pasukan The Red Warriors terus mengasak namun beberapa percubaan tidak membuahkan hasil.

Negeri Sembilan kemudian menyamakan kedudukan apabila tandukan Shakir Ali pada minit ke-53 menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Hasrat pasukan pelawat itu untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagaimanapun tidak kesampaian apabila S. Chanturu menjaringkan gol kemenangan
Kelantan pada minit terakhir perlawanan. - Bernama

Noh Omar, Kalau Bodoh Baik Dok Diam! Buat Malu Jer!

Posted: 04 Mar 2012 05:42 AM PST

Khalid arah PKPS bekal Noh Omar laporan

Oleh: RISWANDI RAZAK

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menyerahkan laporan kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang telah diaudit kepada Datuk Seri Noh Omar dalam masa terdekat bagi menjawab pertikaian mengenai simpanan tunai syarikat berkenaan yang meningkat kepada RM114 juta tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu tidak memahami konsep perakaunan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri kerana konsep tersebut diambil daripada cara syarikat swasta menguruskan kewangan secara efisien.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sememangnya melakukan proses penjualan tanah PKPS di Sarawak seperti didakwa Noh, namun pihaknya telah mengasingkan keuntungan penjualan dan operasi.

"Laporan kewangan PKPS telah diaudit oleh golongan profesional, oleh yang demikian, Pengurus Besar PKPS diarah untuk menghantar laporan audit kepada Noh Omar, untuk membuat analisa cara Kerajaan Negeri menguruskan kewangan.

"Berkemungkinan Noh baru belajar tentang perakaunan, tetapi pengalaman saya dalam bidang ini lebih 25 tahun, namun beliau boleh menganalisis laporan ini, terutamanya bagaimana Kerajaan Negeri boleh mendapat keuntungan," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan bagi sesi 2013/2013, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan diajukan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bagaimana PKPS boleh mendapat keuntungan yang tinggi dalam tempoh tiga tahun.

Abdul Khalid berkata, pada peringkat awal, Kerajaan Negeri sememangnya tidak mahu meneruskan proses penjualan tanah tersebut kerana harga yang ditetapkan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) terlalu murah.

Menurutnya, semua pihak perlu mengetahui fakta sebenar dalam isu ini termasuk harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan membandingkan pengurusan di antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.

"Kita ingin lindungi proses penjualan tersebut, kerana harga yang ditetapkan sangat murah sebelum PR menguasai Selangor, tanah tersebut sepatutnya tidak dijual, fakta ini sangat penting.

Kelmarin, Noh turut mencabar Kerajaan Negeri untuk menyaman beliau sekiranya mendapati pendedahannya mengenai jumlah simpanan tunai PKPS adalah tidak benar.

Sebelum ini, beliau mendakwa simpanan tunai yang meningkat berbanding RM8.3 juta pada 2008 itu, diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika BN mentadbir Negeri Selangor, sebelum ini.

Menurutnya, peningkatan keuntungan PKPS itu bukan disebabkan oleh kecekapan pengurusan kerajaan PR, sebaliknya hasil pentadbiran Kerajaan Negeri, terdahulu.

Noh berkata, tanah tersebut dijual pada harga RM97 juta dan pembelinya telah memberi deposit sebanyak RM5 juta kepada Kerajaan Negeri sebelum 2008 manakala bakinya RM92 juta lagi diterima pada penghujung 2010 iaitu ketika PR mentadbir Kerajaan Negeri.

Tiada Sebab Kami Nak Ganggu Pentadbiran Azizan- TG Awang Lanai, Baling

Posted: 04 Mar 2012 02:35 AM PST

Isu Exco PAS Kedah, Ini Kenyataan Terkini Ketua Pemuda PAS Pusat

Posted: 03 Mar 2012 08:50 PM PST

Beliau turut serta dalam mesyuarat semalam.

Alhamdulillah, semua sudah selesai.

Kita sama-sama berdoa dan tunggu kenyataan rasmi dari pihak rasmi PAS.

Isu Pas Kedah: Phahrolrazi, Ismail kekal Exco?

Posted: 03 Mar 2012 08:42 PM PST



Oleh: G MANIMARAN

Tarikh: March 4, 2012

SHAH ALAM - Perbincangan misi damai lebih lima jam di kediaman rasmi Menteri Besar di Alor Setar, yang berakhir awal pagi tadi, dipercayai telah mencari formula menjernihkan kemelut kepimpinan Pas Kedah - pastinya buat sementara waktu ini - dengan dua pemimpin parti yang sebelum ini menolak tawaran pelantikan semula sebagai Exco, akan kekal dengan jawatan mereka dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.

Sinar Harian Online difahamkan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh, yang menjadi fokus kontroversi kepimpinan Pas Kedah, sudah bersedia untuk menerima formula penyelesaian yang diusahakan oleh Pas Pusat dan kekal sebagai Exco.

Tempoh kedudukan mereka sebagai Exco sebenarnya hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Kedua-dua Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing turut memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Pada minggu lalu, hanya lapan orang mengangkat sumpah sementara kedua-dua mereka dilaporkan telah menolak tawaran pelantikan semula sebagai Exco atas alasan berhadapan dengan persekitaran kerja yang kritikal dan tidak boleh duduk dalam pasukan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Azizan.

"Ia satu keputusan yang baik dicapai, kesemua mereka khususnya dua Exco yang terbabit telah menunjukkan persetujuan untuk bekerja sebagai satu pasukan... akan bersama dalam satu pasukan menghadapi pilihan raya umum, ini keputusan bersama dicapai," kata sumber kepimpinan Pas Pusat kepada Sinar Harian Online.

Ketika ditanya sama ada perkembangan itu bermakna kedua-dua Phahrolrazi dan Ismail akan kekal dalam barisan Exco Kerajaan Negeri, sumber itu hanya menjawab: "Itu saya tidak boleh mengulas."

"Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah memang wujud perbezaan pandangan, mereka berada di gelanggang yang berbeza, tetapi bukan bertindak sebagai pembangkang.

"Itu sangat jelas. Dan, mereka sekarang setuju kembali bertindak sebagai satu pasukan, khusus bagi menghadapi pilihan raya umum dan mengekalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.

Pengumuman rasmi mengenai hasil akhir pertemuan lima jam ini belum diketahui.

Bagaimanapun Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang diberikan tanggungjawab sebagai 'duta khas' mencari jalan penyelesaian berkata, pihaknya akan memanggil sidang media dalam waktu terdekat, kemungkinan hari ini.

"Ada beberapa perkembangan baru sedang diteliti. Kami akan memaklumkan bila sudah bersedia untuk mengadakan sidang media," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kedua-dua Azizan dan Phahrolrazi, masing-masing diberi masa sejam untuk mengemukakan hujah dalam pertemuan dengan Salahuddin malam tadi.

Pertemuan khas misi damai yang diadakan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Alor Setar, berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi.

Bagi Pas, salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat, yang menerajui kerajaan negeri sejak Mac 2008, kontroversi terbaru ini adalah ujian paling besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang," kata beliau.

Pertemuan lebih lima jam itu dibahagikan kepada dua iaitu pertemuan Salahuddin dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi fokus kontroversi, dan keduanya mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan kemelut kepimpinan Kedah ini, di ibu negara Khamis lalu.

Difahamkan pertemuan sesi pertama dipengerusikan oleh Salahuddin selama dua jam manakala mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula diketuai sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bermula 12 tengah malam dan berakhir sekitar 3 pagi tadi.

Keperluan mengadakan pertemuan ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara Khamis lalu susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu lalu.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, buat pertama kali, Azizan dan Phahrolrazi dipertemukan oleh Pas Pusat yang campur tangan untuk menyelesaikan kemelut itu dengan mendengar penjelasan mereka di Seri Mentaloon.

"Mereka memberi kerjasama cukup harmoni dan profesional. Saya yakin jawatankuasa kerja Pas Pusat yang dipengerusikan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat mencari penyelesaian terbaik kepada masalah ini.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan mereka. Keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan mereka mesti akur," kata Salahuddin kepada pemberita selepas pendengaran itu selesai kira-kira tengah malam tadi.

Sedikit Maklumat Terkini Berkaitan Mesyuarat Susulan Pemimpin PAS Di Kedah Malam Tadi

Posted: 03 Mar 2012 03:43 PM PST

Teruskan follow blog dan "like" facebook kami untuk maklumat selanjutnya.

Terima kasih semua :)

Allahuklakhbar!

Tiada ulasan: