Ahad, 4 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Waspada - Ada Lembu Mengamuk Nak Serang Negeri Pakatan Habis-Habisan

Posted: 04 Mar 2012 02:00 PM PST



GEORGETOWN: "Kita akan menyerang habis-habisan, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang," kata Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurutnya, semua anggota Wanita BN seluruh negara, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kini dalam 'mood' menyerang bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta merampas kembali pentadbiran di beberapa negeri terbabit.

"Kita bukan dalam 'mood' mempertahankan diri seperti sebelum ini dan tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN pada pilihan raya akan datang, buat apa kita nak bertahan lagi di negeri yang ditadbir mereka.

"Baru tiga tahun perintah, dah macam-mcam mereka cakap... sebab itu kita kena menyerang kalau hendak masuk ke medan perang (pilihan raya)," katanya selepas merasmikan Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Pulau Pinang, di sini, semalam. Hadir sama pada program itu adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Ng Siew Lai.

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno berkata, hasil pemerhatiannya menerusi program seumpama itu yang diadakan di seluruh negara, kecuali Terengganu, setakat ini menunjukkan semangat ahli Wanita BN adalah luar biasa.

"Mereka tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN, semua ahli Wanita BN adalah jeneral untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Komander pada medan perang (pilihan raya).

"Mereka bakal memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pengundi dan jentera pilihan raya, ini akan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata, keprihatinan Perdana Menteri terhadap pelbagai isu wanita mengukuhkan lagi sokongan terhadap BN dan momentumnya bakal berterusan sehingga ke pilihan raya.

"Sebab kenapa BN boleh bertahan adalah kerana ia mengambil berat terhadap isu membabitkan wanita dan menghargainya," katanya. -hm


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PRU-13: Giliran Najib 'dihukum', kata Saifuddin

Posted: 04 Mar 2012 02:00 PM PST



Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf atas kesilapan lalu BN tidak membawa sebarang makna melainkan ia disusuli dengan langkah-langkah pembetulan.

NONEMenurut beliau, antara keutamaan Najib kini ia menyelesaikan gejala rasuah dan salah urus dana awam, seperti yang melanda projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Sama ada memohon maaf atau tidak, kata Saifuddin, hukuman sedia menanti pemimpin BN dan sekiranya rakyat memutuskan bahawa Pakatan Rakyat berkuasa, mereka akan bertindak ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan menyalahgunakan kuasa.

"Kita akan heret mereka satu per satu untuk dibicarakan di mahkamah jika kita mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya akan datang," katanya pada ceramah di Sungai Petani, malam semalam.

Saifuddin mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, semalam yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008.

NONEPermohonan maaf secara terbuka itu adalah yang kedua dalam tempoh enam hari berhubung kepincangan pentadbiran BN, khususnya Umno sehingga membawa kepada kekalahan mereka di Selangor dan Kedah.

Kali pertama, Najib mengakui kesilapan BN dan Umno itu adalah pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Mengulas permohonan maaf itu, Saifuddin berkata, walaupun pengundi di Selangor, Kedah dan tiga lagi negeri lain telah "menghukum" BN pada tahun 2008, namun pilihan raya umum akan datang adalah peluang untuk menghukum Najib pula.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaIni, kerana menurut Saifuddin, Najib selepas mengambil-alih pentadbiran Putrajaya daripada Tun Abdullah Badawi yang digulingkan oleh Umno pada tahun 2009, tidak mengambil sebarang tindakan bagi memperbetulkan segala kepincangan BN.

"Kita masih belum menghukum Najib. Kita akan berbuat demikian pada pilihan raya umum akan datang ini," katanya, seambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.-MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

NAJIB SERABUT

Posted: 04 Mar 2012 04:00 AM PST



Hahaha... Parti 'Asyik Serabut' kata dia.

Eh.. eh.. Sedapnyer mulut. Mulut longkang!!

PAS.... 'Parti Asyik Serabut' , ek??
PKR....'Parti Kalut dan Ribut', ek??
DAP.... 'Depa Ambil Peluang', ek??

Ketiga-tiga parti ini, kononnyer menyusahkan rakyat, ek?

Weh... nak tanya, selama 54 tahun, siapa yang memerintah Malaysia?

PAS, PKR dan DAP, ek??

Pentadbiran negara pincang, negara hilang intergriti, negara hilang respek dan jadi bahan ketawa dunia, ekonomi negara merudum, pelaburan luar merosot, rasuah bermaharajalela, penyelewengan wang rakyat berleluasa, pembaziran duit rakyat, ketirisan dalam perbelanjaan negara dahsyat ya Rabbi..... semuanyer berlaku pada masa siapa memerintah, ek??

Rakyat marhaen dizalimi dan hidup menderita akibat kesempitan hidup.... gara-gara kebangangan siapa memerintah, ek??

Transformasi negara daripada sebuah negara demokrasi kepada negara kukubesi @negara mafia.....pemerintah mana punya angkara, ek??

Now.. cakap, siapa yang menyusahkan rakyat?? Gabungan Pakatan Rakyat atau UMNO@BN??

Kalau nak citer, banyak lagi dosa UMNO@BN pada rakyat Malaysia. Tak payah buang masa sebab rakyat dah sedia maklum. Malangnya, masih ada yang berotak kontot yang buat-buat tak reti. Ini.... species bangang. Bangang yang diternak!!

So... takyah buat lawak bodoh dan usah cakap macam orang BODOH ler. Kamu boleh ridicule parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan label-label bodoh tersebut tapi kamu tidak dapat menghilangkan kesan buruk serta 'taik-taik' yang kamu tinggalkan selama 54 tahun UMNO@BN memerintah negara.

Kamu boleh buat puak-puak kamu ketawa dengan label-label tersebut tetapi apakah itu boleh buat kamu kelihatan hebat??

Sorry to say ler.... kamu nampak macam seorang pelawak bodoh yang desperate untuk mengalihkan isu dan menutup dosa-dosa komer pada rakyat dan negara ini selama 54 tahun UMNO@BN memerintah. Hahahaha... sebab tu kamu beriya-iya minta maaf dan mengemis mintak nyawa daripada rakyat yang kamu sussahkan selama ini. Dah cukup nyawa rakyat bagi weh.... but YOU.... FAILED!!

Unlike, PAS, PKR dan DAP... baru lebih sepenggal jer mereka memerintah di 4 buah negeri di Malaysia tapi hasil pentadbiran mereka.... diakui cemerlang. Satu track record yang singkat tetapi amat membanggakan. Mereka BERJAYA dengan CEMERLANG!! Insyaallah.. kalau Putrajaya mereka pegang, yabedabedo ler Malaysia!!

Kalau sikit-sikit ada masalah dalam parti-parti Pakatan Rakyat, itu lumrah ler. Lidah dan gigi lagikan tergigit. Bahtera mana yang tak dipukul ombak. Rumahtangga mana yang tak der masalah. Namun alhmadulillah.... Pakatan Rakyat masih kukuh dan mantap beb!! Itu yang buta fikiran dan jiwa Najib Razak kacau dab bilau.

Eleh.... serabut orang depa nampak tapi kelam kelibut depa, macam ler rakyat tak tahu. Hahahaha.... desperados yang control macho!! Yang sebenarnya susah akibat popularnya Pakatan Rakyat dalam kalangan rakyat ialah Najib Razak and the gang. Mereka..... takut mampuus!!

Oleh itu, gelarler dan labeller PAS/PKR/DAP dengan apa label atau gelaran sekali pun, mampuih pi la. Tak berkudis pun. Yang pentingnya rakyat tahu bahawa UMNO@BN-lah parti yang menyusahkan rakyat dan mengharu-birukan negara, dulu... kini dan kalau rakyat terus beri mandat untuk mereka memerintah... alamat selamanyerlah, negara dan rakyat akan terus-terusan susah

Hahahaha... sebab tu rakyat kena ubah. Ubah sebelum parah. UMNO@BN, parti timbang karat yang dah obsolete... tak relevan lagi. Ubah dan jangan biarkan rakyat dan negara susah.

[sumber]

motherof3mohd



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

IBU PAKSA ANAK BERUMUR 13 TAHUN JADI PELACUR

Posted: 04 Mar 2012 12:11 AM PST



Seorang gadis 12 tahun dipaksa ibunya untuk melayani lebih dari 100 lelaki. Kejahatan ini terbongkar dan si ibu serta pasangannya di penjarakan.

Seperti diberitakan Sydney Morning Herald, kelmarin, di persidangan terungkap, Wanita asal Tasmania, Australia itu bekerja sama dengan pasangannya, Garry John Devine (51) meempah sebuah bilik hotel di Hobart untuk digunakan oleh anaknya dalam melayani lelaki.

Wanita itu juga menyediakan kondom untuk digunakannya. Bilika tersebut digunakan selama dua malam. Devine bertugas mengawal anak perempuannya itu dan bertugas mengetuk pintu bilik memberitahu pelanggan bahawa waktu mereka telah habis.

Pelacuran itu kemudian dilteruskan di kediaman Devine.Kejadian ini terus berlangsung selama sebulan. Dikatakan anak perempuan itu telah berhubungan seks dengan lebih dari 100 lelaki selama sebulan tersebut.

Ibunya akan mengenakan biayaran tambahan 50 dolar Australia bagi lelaki yang tidak mahu memakai kondom. Akibatnya, anak malang tersebut mengalami beberapa penyakit kelamin. Atas perbuatannya, wanita berumur 41 tahun tersebut dia penjara 10 tahun oleh pengadilan Australia.



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: ALASAN

Posted: 03 Mar 2012 05:00 PM PST


Ganbar Hiasan


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!"

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!"



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: