Ahad, 4 Mac 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Sukaneka Pasti As Syifaa' Puchong.

Posted: 04 Mar 2012 05:24 AM PST



Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana limpah rahmat-Nya. Pasti As- Syifaa' Taman Puchong Utama, Puchong telah berjaya menganjurkan sukaneka Pasti di Padang Sekolah Men. Keb. Puchong Utama, Selangor.

Saya, bagi pihak Pengurus Pasti As Syifaa' merakamkan ucapan syabas kepada seluruh warga Pasti, khususnya guru2 dan ajk Pasti dan semua yang terlibat, samaada langsung atau tidak langsung sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada Perasmi En. Fadzli bin Kadir Pengerusi Pasti Kawasan Puchong dan Ketua Pas Cawangan Pchg Utama Ust. Omar Mohamed.

Kegiatan sukaneka atau riadhah sebagai aktiviti luar bilik darjah dapat mendidik murid-murid sekaligus mengembangkan bakat, psikomotor, emosi dan mentarbiyah mereka dengan keyakinan diri serta semangat berpasukan. Dan inilah juga sebagai sebahagian ibadah kita kepada Allah swt.

Akhirnya saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada para pemenang dalam sukaneka ini.

Saya juga berdoa agar program kita ini mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Sekian, terima kasih. 

Lagi gambar2 sukaneka Pasti As Syifaa' di sini




Mesti Lihat !!! Gambar Terkini Tok Guru Nik Aziz Bersama Ust Nasharuddin Mat Isa

Posted: 04 Mar 2012 04:08 AM PST





Sumber Gambar : Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

Gambar dirakam ketika keduanya hadir dalam majlis makan malam Pas Kawasan Bachok yang diadakan di Hotel Grand Riverview semalam.Korang fikir dan nilaikan sendiri maksud gambar2 diatas...Alhamdulillah....sumber

Jabatan Amal harum nama PAS di luar negara

Posted: 04 Mar 2012 04:07 AM PST


IPOH, 4 Mac: Jabatan Amal PAS kini boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila tugas sukarela mereka sering mendapat pujian pelbagai pihak.

Sambil melahirkan penghargaan kepada anggota jabatan itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, jasa dan pengorbanan anggota jabatan itu juga telah mengharumkan nama PAS khususnya di Perak berada di tahap ini pada hari ini.

"Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela.

"Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta, Ipoh hari ini.

Lebih dibanggakan kata Ustaz Abu Bakar, apabila khidmat Jabatan Amal bukan sahaja digunakan membantu masyarakat di negara itu, malah turut menyumbang tenaga dalam membantu mangsa bencana di luar negara.

"Malah ramai di antara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarabangsa," ujarnya lagi.

PAS, katanya sangat berbangga dengan Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana kini menjadi salah satu pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Biarpun bertugas tanpa dijanjikan apa-apa ganjaran kepada mereka, anggota Jabatan Amal katanya tidak pernah mengeluh malah sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau. -Hrkh

"SELESAIKAN ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN" - KU LI

Posted: 03 Mar 2012 09:53 PM PST

Walaupun ia hanya rakaman temubual dengan Tengku Razaligh Hamzah (Ku Li) yang dirakamkan oleh Astro Awani seminggu yang lalu... namun ianya baru saja disiarkan oleh saluran tersebut... dan semalam Datuk Seri Hj Najib (DSHN) ke Negeri Kelantan Darul Naim dan berjanji akan menyelesaikan masalah Rakyat Kelantan jika Umno/Bn diberi mandat memerintah.

Semasa lawatan Perdana Menteri DSHN ke Negeri Kelantan semalam... beliau telah meminta rakyat Kelantan memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13... ini bagi membolehkan BN menyelesaikan masalah yang konon nya dihadapi Rakyat Kelantan selama di bawah pemerintahan Pas sejak tahun 1990 lagi.

Menurut Pemimpin Veteran Umno Kelantan itu semasa temuramah di Awani... "Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan isu royalti petroleum yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Pimpinan Pas sebelum PRU13... isu tersebut yang kini didengar oleh mahkamah... adalah isu utama yang perlu diselesaikan jika BN mahu meningkatkan peluang mendapat mandat Rakyat Kelantan".

Tambah beliau lagi "Saya nak ingatkan kita tak boleh nak kata ini tuntutan Pas... bukan tuntutan Pas... kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana... kerana itu satu hal yang begitu terlekat di hati orang Kelantan dan Umno/BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan Rakyat Negeri Pantai Timur itu".

"Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita... jadi ini satu faktor yang besar... kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita...jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka... saya rasa kita tak laku... apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang... selalu dengan mereka... kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya... dan politik bermusim hanya menyebabkan hubungan rakyat dan pemimpin renggang".

Umno/Bn sebenarnya tiada niat hendak memberi royalti tersebut... ini kerana pemimpin umno tahu jikalau royalti diberi... Negeri Klantan akan maju dibawah Kepimpinan Pas... dan ini yang mereka tak mahu... kerana kalau Negeri Kelantan Maju ianya adalah mala petaka bagi Umno... ini disebabkan Umno hanya boleh hidup diatas kesusahan Orang Melayu... dimana Orang Melayu boleh diperbodohkan atas nama pembangunan dan perjuangan bangsa konon nya... pada hal nya Umno hanya menjaga kepentingan Pemimpin dan penyokong terpilih sahaja.

Tiada ulasan: