Sabtu, 3 Mac 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Salahuddin: Krisis Pas Kedah 'sudah diselesai'

Posted: 03 Mar 2012 02:41 PM PST

Oleh: Roslinda Hashim, Rosnani Saad & G MANIMARAN

[TERKINI 4.30 PAGI] ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang diadakan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini, berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi, telah mencapai satu penyelesaian yang diputuskan "secara sebulat suara", kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub awal pagi ini.

Menurut beliau, keputusan itu yang diterima semua pihak akan diumumkan dalam waktu terdekat, kemungkinan tengah hari ini, pada sidang media khas.

Bagi Pas, salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat, yang menerajui kerajaan negeri sejak Mac 2008, kontroversi terbaru ini adalah ujian paling besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sekitar jam 4 pagi tadi.

Wartawan yang menunggu sejak 8 malam tadi dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan hari ini. Lokasinya akan diberitahu kemudian.

Pertemuan lebih lima jam itu dibahagikan kepada dua iaitu pertemuan Salahuddin dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi fokus kontroversi, dan keduanya mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan kemelut kepimpinan Kedah ini, di ibu negara Khamis lalu.

Difahamkan pertemuan sesi pertama dipengerusikan oleh Salahuddin selama dua jam manakala mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula diketuai sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bermula 12 tengah malam dan berakhir sekitar 3 pagi tadi.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi ini, apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco pula berkata, biar Pas Pusat memberikan kenyataan terlebih dahulu.

Difahamkan kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi, masing-masing diberi masa sejam untuk mengemukakan hujah dalam pertemuan dengan Salahuddin.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri yang menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak dipanggil untuk memberi hujah.

Kedua-dua pertemuan ini, sebahagian daripada usaha Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan negeri, diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Dalam laporan awal Sinar Harian Online, disebutkan bahawa pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis, tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad. Banyak pihak meragui sama ada pertemuan misi damai akan membawa formula penyelesaian.

Dalam pada itu, antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal pada pertemuan kali ini di Seri Mentaloon ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Salahuddin serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz merupakan pemimpin dari Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pun begitu, Sinar Harian Online difahamkan hampir sebahagian besar ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah menghadiri pertemuan kali ini.

Pertemuan misi damai ini hanya bermula sekitar jam 10 malam tadi, lewat sejam berbanding maklumat yang diperoleh sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara Khamis lalu susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu lalu.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar untuk membuat liputan, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama Seri Mentaloon.

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pertemuan sejak 8 malam tadi juga melaporkan bahawa setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum.

4 Tuntutan Annuar Musa Sebelum Najib Datang Kelantan, Sikit Pun Najib Tidak Hirau!

Posted: 03 Mar 2012 10:15 AM PST

'Misi damai' Kedah di rumah MB masih sidang

Posted: 03 Mar 2012 09:09 AM PST


Oleh: Roslinda Hashim & Rosnani Saad

ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang disertai barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan parti peringkat negeri Kedah masih berlarutan berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Setakat ini, pertemuan itu sudah lebih dua jam berlangsung.

Bagaimanapun pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad malam ini.

Antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pertemuan malam ini dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang hanya tiba di kediaman Menteri Besar sekitar jam 9.45 malam.

Sinar Harian difahamkan perbincangan hanya bermula sekitar jam 10 malam, lewat sejam berbanding maklumat sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan malam ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara, malam kelmarin susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu ini.

Sementara pemimpin negeri yang kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar ialah Exco Abang Ghani Ahmad dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi semasa apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco juga kelihatan di kediaman rasmi Menteri Besar.

Bagaimanapun seorang lagi Exco yang turut menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak kelihatan setakat 9 malam tadi.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama. Maklumat awal mengatakan tidak akan ada sidang media apabila pertemuan khas malam ini selesai, dijangka akan berlarutan sehingga tengah malam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.

Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum.

Pas 'Parti Asyik Serabut', dakwa Najib

Posted: 03 Mar 2012 03:39 AM PST



BALING- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakberkata, Pas kini menjadi 'Parti Asyik Serabut' yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Katanya, beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat.

"Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi Timbalan Presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh. Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, sini hari ini.

Katanya, dalam isu Pas di Kedah di mana dua Exco tidak mahu dilantik semula,kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.

Beliau berkata PKR pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai "Parti Kalutdan Ribut".

"Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun takselesai... DAP pula 'Depa Ambil Peluang', dia cari peluang saja, kalau nak masadepan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Kita (BN) tak pernah lari daripada prinsip perjuangan kita... BN parti yang boleh diharapkan," katanya.

"Bagaimanapun saya lihat kini sudah ada perubahan termasuk di Kedah...angin kencang menjurus kepada perubahan. Insya-Allah kita akan buat perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya. - Bernama

Amaran Dan Ugutan Awal Dari Ku Li Kepada Umno

Posted: 03 Mar 2012 03:15 AM PST

Ku Li tetap tanding jikapun tidak dicalon

Oleh: Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.

Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.

Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini.

Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.

Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali.

"Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.

Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat.

"Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi.

Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.

Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih.

Selesai royalti sebelum PRU, Ku Li gesa BN

Posted: 03 Mar 2012 01:26 AM PST


WARTAWAN SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan isu royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri pimpinan Pas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam beberapa bulan ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin politik veteran kelahiran Kelantan ini berkata, perkara itu, yang kini didengar oleh mahkamah, adalah isu utama yang perlu diselesaikan jika BN mahu meningkatkan peluang mentadbir semula Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990. Kerajaan Negeri memfailkan kes tuntutan royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 30 Ogos 2010, sehari sebelum negara menyambut ulang tahun sambutan Hari Kemerdekaan.

"Saya nak ingatkan kita tak boleh nak kata ini tuntutan Pas, bukan tuntutan Pas kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan kerja satu hari ke Kelantan semalam, dan antara lain meminta rakyatnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13 bagi membolehkan perikatan itu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.

Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap Kelantan dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.

Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"BN Janji Ubah Landskap Politik Kelantan Ikut Paksi Islam", Kata Najib. Jom Tengok Paksi Islam Najib

Posted: 02 Mar 2012 11:04 PM PST

Paksi Islam?

Bini dok menari sakan atas pentas macam mana.

Paksi Islam?

Mungkin Alwi tak sempat bagitau kat Najib macam mana cara berpaksi pada Islam. Macam ni pemimpin yang ulil amri yang sepatutnya rakyat Kelantan pilih?

Paksi Islam?

Mungkin paksi ni yang akan di bawa masuk kedalam kelantan nanti. Nauzubillah.

Ayuh rakyat Kelantan, sama-sama pertahankan kerajaan Islam PAS.

Komen Terkini DS Anwar Ibrahim Berkaitan Isu Panggilan Iblis Oleh Nazri Aziz

Posted: 02 Mar 2012 09:02 PM PST

Ni sekadar peekongsian dari pihak kami.

Orang macam Nazri semua orang tahu dah perangai dia macam mana kan.

Sedap cakap kat orang iblis. Dia?

Misi 'Malam Damai' Pas Kedah-Pusat (Pendapat)

Posted: 02 Mar 2012 06:24 PM PST


MUHAMAD MAT YAKIM
3 Mac 2012

SHAH ALAM - Malam ini, kesemua Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat akan berkumpul di Alor Setar, Kedah untuk satu misi penting - mendamaikan dua puak yang bertelagah - yang konfliknya mencapai kemuncak dua minggu terakhir ini meskipun sekamnya dipercayai sudah membara dalam senyap sejak setahun dulu lagi.

Meskipun hanya tinggal beberapa jam, apa yang akan berlaku masih tidak dapat dijangka.

Pertemuan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Kedah diadakan susulan 'misi damai' Naib Presiden Salahuddin Ayub awal minggu ini dan satu mesyuarat pusat malam kelmarin.

Sama ada Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Dr Ismail Salleh akan tunduk kepada desakan supaya menerima tawaran menyambung khidmat sebagai Exco, terlalu sukar untuk meramalkannya.

Tambahan pula, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya kelmarin bersuara lantang mendesak Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya memecat kedua-dua timbalannya itu.

Kenyataan itu seperti mencurah minyak ke api dalam keadaan Pas Pusat sedang mencari jalan penyelesaian untuk suatu isu dalaman yang paling kronik dalam sejarah pentadbiran negeri, manakala Azizan sendiri pun tentunya mahu isu itu segera diselesaikan supaya imej diri dan pentadbirannya tidak terjejas lebih teruk.

Dalam pada itu, Phahrolrazi yang mengaku mendapat sokongan Dewan Ulama Pas Kedah pun tidak kurang menunjuk garang apabila pada 29 Februari lalu, memberi kata dua kepada timbalannya dalam kepimpinan Pas Kawasan Kuala Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah sama ada melepaskan semula jawatan Exco yang telah diangkat sumpah sehari sebelumnya, ataupun akan dipinggirkan di kawasan sendiri.

Ini termasuk sekatan kepada jentera pilihan raya Pas kawasan membantu Adun Anak Bukit itu pada pilihan raya akan datang.

Ini berikutan, Pas kawasan itu kata Phahrolrazi telah mencapai keputusan bahawa ketiga-tiga Adun dalam kawasan terbabit, dilarang sama sekali daripada menerima tawaran menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri.

Selain beliau sendiri dan Amiruddin, seorang lagi Adun dari kawasan itu ialah Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan).

Phahrolrazi seharusnya berasa tidak selesa apabila seorang demi seorang daripada empat lagi anggota Exco yang sebelum itu dikatakan bersetuju untuk menyertainya memboikot kepimpinan Azizan, telah bertindak meninggalkannya.

Yang tinggal terus menjadi regu Phahrolrazi hanya Dr Ismail.

Begitu pun, pada sidang media di rumahnya petang 28 Februari lalu, Dr Ismail tidak pula kelihatan melainkan Phahrolrazi hanya diapit oleh ahli Dewan Ulama Pas Kedah termasuk ketuanya, Syeikh Mohamad Abdullah.

Melihat pada kegarangan demi kegarangan tanpa sebarang nada mahu berlembut atau mengalah, ditambah pula dengan syarat yang diletakkan oleh Phahrolrazi untuk beliau merujuk semula dengan Azizan, harapan masih lagi samar untuk melihat kemelut ini segera ber penghujung.

Kata dua yang diberikannya kepada Amiruddin sudah cukup untuk menunjukkan betapa kritikalnya konflik ini sekali gus memperlihatkan kepada umum bahawa hasrat kepimpinan Pas Pusat sebagaimana yang disuarakan Salahuddin untuk isu ini diselesaikan dalam tempoh seminggu, boleh dianggap pesimis.

Azizan sendiri meskipun cuba menunjuk selamba dengan menghadiri program seperti biasa termasuk merasmikan lombong bijih besi di Gurun kelmarin, diketahui sudah 'letih' dengan kemelut ini sehingga difahamkan beliau ada memberitahu seorang wartawan, jika soal jawatan Menteri Besar yang jadi punca pertikaian, beliau sendiri hairan kerana mengikut senioriti dan apa juga ukuran kelayakan, Phahrolrazilah yang sudah tentu akan menggantikannya apabila beliau berundur nanti.

Namun, dilihat dari sudut mana pun, hubungan antara dua tokoh ini seperti sudah berpatah arang, berkerat rotan sifatnya.

Jika sekalipun Phahrolrazi berse tuju untuk terima semula jawatan Exco kerana akur pada arahan Pas Pusat malam ini, tidak ada jaminan bahawa keharmonian dan keselesaan hubungan akan segera menyerap dalam sanubari dua tokoh utama Pas Kedah itu, dan juga pentadbiran Kerajaan Negeri secara keseluruhan.

Sehubungan itu, apa yang diperlukan bukan sekadar pertemuan mahabbah sebagaimana yang mahu diadakan oleh Pas Pusat malam ini, sebaliknya para tok-tok guru terutama kepimpinan Dewan Ulama Pas Kedah perlu menzahirkan doa mustajab mereka, mengadakan solat hajat supaya gelora yang melanda parti dan kepimpinan negeri segera berlalu pergi.

Ini amat penting kerana jika pentadbiran Islam mahu dizahirkan, Kerajaan Kedah yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum lalu perlulah menjadi model yang sempurna bukan sekadar memacu slogan Kedah Sejahtera tetapi juga mengangkat martabat agama.

Dan untuk mengharapkan doa itu mustajab, tok guru sendiri perlu neutral, ikhlas membawa mereka yang bertelagah segera kembali berpegang pada tali ALLAH, jangan berpecah belah, apa lagi kedua-dua mereka adalah pemimpin utama negeri. Bukankah rosak pemimpin, rosaklah juga negeri?

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Berasak demi Ustaz Azhar Idrus

Posted: 02 Mar 2012 04:58 PM PST



Oleh: SAPINAH AB GHANI

KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan gelaran 'Ustaz Youtube' itu didatangkan khas sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012, semalam.

Ustaz yang begitu popular dalam kalangan remaja itu bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut mendorong semua golongan di negeri ini untuk bersama-sama berkongsi ilmu kerohanian yang disampaikan.

Seorang pelajar yang ditemui, Nurul Atiqah Mohd Zaki, 18, berkata, beliau begitu teruja untuk datang dan mendengar dengan lebih dekat ceramah disampaikan ustaz berasal dari Terengganu itu.

"Saya mula mengikuti ceramah disampaikan tahun lalu dan ia memang menepati kehendak jiwa remaja saya," katanya yang juga pelajar Maahad Amir Indera Petra, Beris Kubur Besar, Bachok.

Nurul Atiqah berkata, walaupun ceramah yang disampaikan dalam pendekatan bersahaja, tetapi inti pati yang dikongsikan memberi kesan dalam mendidik generasi muda hari ini.

Seorang lagi pelajar, Aqilah Hamid, 18, berkata, ini pengalaman pertama dia dan rakan-rakan mendengar ceramah disampaikan ustaz berkenaan secara langsung.

Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah disampaikan oleh penceramah diminati sehingga sanggup menumpang rakan-rakan demi memenuhi hasratnya itu.

"Sebelum ini saya hanya mengikuti ceramah disampaikan melalui Youtube setelah diperkenalkan rakan-rakan, dan kali ini sebaik mengetahui Ustaz Azhar akan berada di sini, kami memang tidak mahu ketinggalan," katanya.

Seorang lagi remaja, Wahiyul Amri Wahab, 21, berharap ustaz berkenaan terus dijemput untuk mengadakan ceramahnya pada masa akan datang.

Dia berkata, ini kerana ramai yang teruja untuk mendengar dan melihat dengan lebih dekat ustaz yang menjadi sebutan di seluruh negara itu.

"Ini kali ketiga saya berdepan secara langsung dengan Ustaz Azhar secara langsung, walaupun terpaksa datang dari Bachok, namun itu bukan halangan untuk saya kerana pernah sampai di Jerteh semata-mata untuk mengikuti ceramah disampaikan," katanya.

Isu Kedah: Phahrolrazi serah pada Pas Pusat

Posted: 02 Mar 2012 04:45 PM PST



Oleh: Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyerahkan nasibnya kepada Pas Pusat dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan diputuskan dalam mesyuarat parti yang akan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, termasuk semua anggota jawatankuasa kerja pusat, malam ini.

Menurutnya, selagi persetujuan belum dicapai, adalah tidak sesuai untuk beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya terhadap isu berbangkit, kerana mahu tahu terlebih dahulu keputusan Pas Pusat.

"Saya serah pada Pas Pusat dan kita tengok keputusan macam mana dulu. Selepas persetujuan dicapai atau keputusan telah diputuskan, saya akan respons terhadap isu ini," katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai persediaannya berdepan dengan jawatankuasa itu, Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah berkata, dia sudah bersedia dengan hujah-hujahnya untuk dibentangkan berdasarkan pendiriannya itu.

Saya kena bentang alasan saya atas tindakan yang saya ambil. Saya akan kemukakan hujah kenapa saya buat begitu. Biarlah masing-masing kemukakan hujah masing-masing, Pusat nilai dan buat keputusan," katanya.

Mengulas mengenai kata dua yang diberikan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah sama ada ianya ditarik balik ekoran campur tangan Pas Pusat, Phahrolrazi berkata, ianya adalah keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat pas kawasan itu, dan tidak boleh ditarik balik.

"Itu keputusan mesyuarat, jika Amiruddin tidak mahu bersama Pas Kuala Kedah, dia boleh jadi ahli pas kawasan lain sekiranya tetap mahu bersama Menteri Besar," katanya.

Berkaitan pendirian Amiruddin yang sekali lagi menyatakan hasrat tidak akan melepaskan jawatan Exco, Phahrolrazi enggan mengulas lanjut.

"Saya belum tengok surat jawapan beliau jadi tak wajar komen, tak tahu apa isi kandungan surat itu," katanya.

Tiada ulasan: