Sabtu, 3 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Jurutera Mengaku Langgan Pelacur Berusia 12 Tahun, Dalam Keadaan Haid

Posted: 03 Mar 2012 07:48 AM PST

Sekadar hiasan.
Oriental Daily melaporkan seorang jurutera di Hong Kong mengaku bersalah kerana mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak berusia 12 tahun.

Cheng Chi Chung, 29, mendapatkan perkhidmatan seks daripada laman sesawang pelacuran ketika isterinya ke luar negara kerana urusan perniagaan. Dia dilaporkan meminta dua orang remaja dihantar ke rumahnya 29 Ogos tahun lepas.

Seorang daripada gadis yang telah dihantar oleh bapa ayam hanya berusia 12 tahun lapan bulan. Kanak-kanak itu hanya dikenal sebagai X oleh mahkamah apabila kes itu dibicarakan.

Walaupun mengetahui umur kanak-kanak itu dan keadaannya yang sedang haid, Cheng tetap mengadakan hubungan seks dengannya tanpa sebarang perlindungan. Dia kemudiannya memberi kanak-kanak itu HK$1 500 (RM581).

Cheng mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak berusia di bawah 13 pada hari Jumaat. Mahkamah juga telah menetapkan 16 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman. -DCM


P/s: Kalau nafsu sudah menguasai diri, manusia hilang pertimbangan diri. Bayangkan budak berusia 12 tahun yang dalam keadaan haid pun sanggup diratah....!!!!



Lelaki SAMAN Google Kerana Rakam Imejnya Sedang Kencing di depan Rumah

Posted: 03 Mar 2012 07:24 AM PST


Berita AFP melaporkan seorang lelaki  menyaman Google berhubung dengan gambar yang disiarkan oleh aplikasi Street Viewnya yang menunjukkan lelaki itu sedang  kencing di depan rumahnya.

Lelaki itu percaya gambar itu menyebabkan dia menjadi bahan ketawa di kampungnya, di kawasan pendalaman barat laut Perancis.

Lelaki berusia kira-kira 50 tahun itu dan tinggal di wilayah Maine-et-Loire meminta Google membuang gambar berkenaan. Penduduk tempatan mengecam gambar itu adalah dirinya meskipun wajahnya dikaburkan.

Dia juga menuntut bayaran ganti rugi berjumlah 10,000 euro (RM40,000).

"Setiap orang ada hak terhadap satu tahap kerahsiaan," kata peguamnya, Jean-Noel Bouillard.

Gambar itu dirakam kereta berkamera Google pada November 2010. -DCM


Hasan Ali Dakwa Pemecatanya Punca PAS Bakal Kalah Teruk ...FUH!!!!

Posted: 03 Mar 2012 03:00 AM PST


[MK] Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

hasan ali, jati president pc at his house, klKatanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.

Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.

Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

NONEDi Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.

Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.




P/s: Tolonglah cermin muka Hasan Ali. Kalau bercakap, belajarlah bercakap dengan merendah diri dan kurangkan retorik aka kelentong dan putar alam.

Katanya 15 ribu orang yang hadir programnya di Pendang, 8000 orang pula menghadiri ceramahnya di Kota Bharu. Mengapa dia tidak menceritakan sambutan masyarakat di Selangor, misalnya di Kuala Selangor baru-baru ini? Ceramahnya di Saujana Utama yang sepatutnya bermula pukul 9.00 malam dimulakan agak lewat, khabarnya selepas pukul 10 lebih.  TV3 yang membuat liputan di tapak ceramah pun hanya memfokuskan kamera ke arah beberapa kerat penonton. Stesen TV itu tidak berani menyiarkan paparan dari jarak jauh yang boleh menunjukkan keseluruhan penduduk yang menghadiri ceramah tersebut.

Saya yang berada di tapak ceramah dari 9.15 hingga 9.40 sempat merakam beberapa keping gambar di sini. Harus diingat kawasan tapak ceramah yang tidak mendapat sambutan ini ialah kawasan DUN MB Selangor dan merupakan kubu kuat PAS dan PKR. Hal ini dibuktikan berdasarkan sambutan yang luar biasa terhadap program PAS atau PR yang pernah diadakan di sini. Misalnya, ceramah Nizar di sini. Jika benar pemecatan Hasan Ali memberikan impak kepada PAS, sudah tentu melaut ahli PAS atau penyokong PR menghadiri ceramahnya di Saujana Utama. Usahkan sokongan penduduk, ceramahnya pun lewat diadakan. Adakah kerana sambutan yang terlalu hambar? Seperkara lagi, Saujana Utama ialah kawasan majoriti Melayu dan Hasan Ali merupakan bekas exco di negeri ini. Jika benar Hasan Ali mendakwa dirinya mendapat sokongan luar biasa masyarakat, sepatutnya sokongan itu bermula di SELANGOR!



Isu Sokongan Bersyarat kepada Israel: PKR Tolak Laporan TV3

Posted: 03 Mar 2012 02:00 AM PST

 
[AP] SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak laporan media bahawa pimpinan Hamas tidak menerima pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Israel boleh diiktiraf tetapi dengan syarat tertentu.

Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution berkata Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mashael sendiri menerima penjelasan itu dalam pertemuan dengan Anwar di Doha, Qatar kira-kira tiga minggu lalu.

Media arus perdana hari ini memetik TV3 sebagai melaporkan bahawa Timbalan Khaled, Mousa Abu Marzook menolak pendirian Anwar itu kerana Hamas tidak sama sekali akan mengiktiraf rejim Zionis Israel.

Mousa dilaporkan memberitahu TV3 bahawa kewujudan negara Israel mengganggu sistem pengurusan, serta menggugat kesucian Masjid Al-Aqsa.
 
Saifuddin tidak mahu mengulas kenyataan Mousa.

Bagaimanapun beliau menegaskan Anwar mengadakan perbicangan dengan Khaled selaku pemimpin tertinggi Hamas dan membayangkan Mousa tidak hadir pada pertemuan itu.

"Pandangan yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar adalah berasaskan perbincangan yang dibuat oleh beliau, Yusof Al-Qaradawi, Khaled Masheal di Doha, Qatar tiga minggu lepas. Maknanya, kenyataan itu disampaikan terus oleh Khaled Masheal kepada dia (Anwar)," kata Saifuddin.

Tegas beliau, dalam pertemuan dengan Khaled, Anwar tidak pernah mengiktiraf Israel tanpa sebarang pra syarat.

Antara pra syarat itu adalah bumi Palestin harus dibebaskan daripada cengkaman rejim Zionis itu.

"Datuk Seri Anwar pun tidak mengiktiraf Israel, Hamas tak pernah iktiraf Israel. Pengiktirafan itu hanya datang bersyarat (iaitu) jika sekiranya Israel mengiktiraf Palestin, pulangkan Baitulmaqdis, kembalikan pelarian Palestin, hentikan penerokaan tanah...itu yang disebut oleh Anwar.

"Jadi bila Hamas kata dia tidak mengiktiraf Israel tidak ada bezanya dengan pendirian Datuk Seri Anwar,"tegasnya.
 
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty turut mengesahkan pertemuan antara Anwar dan Khaled turut dihadiri tokoh ulama terkemuka, Profesor Dr Sheikh Yusuf Al-Qardawi.

"Kita berpegang kepada apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar selepas berjumpa dengan Khaled Masheal dihadapan Yusof Al-Qaradawi," kata Manuty.

"Khaled Masheal menyatakan sebaik sahaja Anwar menggunakan perkataan 'contingent'(bersyarat) dalam isu Israel-Palestin, maka mereka telah berpuas hati dan mempunyai kenyakinan kepada Anwar," katanya.

Manuty berkata wawancara Anwar dengan Wall Street Journal bulan lalu tidak menjejaskan hubungan beliau dengan Hamas.
 
"Saya masih yakin bahawa Anwar Ibrahim itu mempunyai hubungan intim dengan pimpinan gerakan Hamas dan gerakan Islam serta mereka saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.
 
Anwar mendedahkan hasil perjumpaannya dengan Khaled selepas menjelaskan pendiriannya kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat minggu lalu.

Nik Aziz berkata Pas menolak pendirian Anwar itu kerana Israel adalah sebuah negara haram dan tidak boleh diiktiraf dalam apa keadaan sekali pun. 
 
 

Abang Tiri Lacurkan Adik Berusia 15 Tahun

Posted: 02 Mar 2012 11:00 PM PST


[HM] KOTA KINABALU: Abang tiri durjana. Itu gelaran paling sesuai kepada seorang lelaki apabila tergamak menjadi bapa ayam memperdagangkan tubuh adiknya berusia 15 tahun sebagai pelacur bagi melayan pelanggan kemaruk seks di sebuah hotel murah di Kampung Air, di sini.

Kegiatan lelaki dan gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), terbongkar apabila sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat, Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, menyerbu hotel terbabit, jam 2 pagi, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra, berkata sebaik pintu bilik dibuka, polis mendapati pelajar terbabit sedang melayan seorang pelanggan.

Beliau berkata, susulan penahanan gadis itu, polis memberkas seorang lelaki berusia 22 tahun di kawasan berhampiran dipercayai menjadi bapa ayam.

"Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan abang tiri kepada pelajar itu," katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam. 


Chandra berkata, siasatan lanjut turut mendapati gadis terbabit pernah ditahan dua kali atas kesalahan yang sama pada pertengahan tahun lalu dan terakhir Selasa lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati gadis itu melakukan kegiatan pelacuran di sekitar bandar raya sejak setahun lalu.

"Pelajar itu menjual tubuh semata-mata untuk mencari pendapatan sampingan disebabkan desakan hidup.

Siasatan mendapati pelajar itu menetap bersama ibunya yang berpisah dengan bapanya, selain menjadikan kegiatan pelacuran bagi mendapatkan wang dengan mudah."

 

Gelek BERAHI Kantoi

Posted: 02 Mar 2012 10:00 PM PST


[HM] KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.

Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam. 

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.

Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.

Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.

"Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

"Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit," katanya selepas operasi terbabit.

Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga.

Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya," katanya.



Awas, 5 Wanita Paling Dikehendaki Polis!

Posted: 02 Mar 2012 08:47 PM PST


[HM] IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.

Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel 'ratu putar alam' ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.

Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.


Tindakan Pindah Sisa Loji Lynas BUKTI Kilang Memproses Nadir Bumi Beri RISIKO kepada Manusia!

Posted: 02 Mar 2012 08:04 PM PST



P/s: Tolong klik label "loji pemprosesan nadir bumi" di atas kiriman ini.

Tiada ulasan: