Sabtu, 3 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PANAS!!! Polis keluarkan gambar 29 Samseng UMNO yang membuat kacau

Posted: 03 Mar 2012 07:24 AM PST

PASPB



Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu.

Ia termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet.

Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi.

Sambil menyeru mereka tampil tanpa prejudis, Gan berkata, pada masa ini mereka adalah saksi, bukan suspek atau berdepan dengan sebarang tuduhan.

Polis serius menyiasat laporan yang telah dibuat, mendakwa keganasan semasa perhimpunan tersebut, yang mengakibatkan kecederaan terhadap dua wartawan.

Ahad lepas, wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (kanan) dan Lee Hong Chun didakwa diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh penyokong pro-Lynas sewaktu perhimpunan Himpunan Hijau di Esplanade.

Kertas siasatan akan disiapkan untuk Peguam Negara paling lewat Isnin ini, katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah sebuah pasukan petugas akan meneliti butiran berhubung kekecohan tersebut.

Diketuai Timbalan Ketua CID Pulau Pinang, ACP Naser Salleh, tugas utamanya adalah menyediakan kertas siasatan untuk dihantar kepada Peguam Negara.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan, yang juga melibatkan "perhimpunan haram" di pihak penganjur.

Laporan yang dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya, disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada ugutan jenayah.

Setakat ini, tujuh laporan mengenai keganasan semasa perhimpunan tersebut diterima, termasuk laporan oleh Lim, dan 20 kenyataan saksi telah dirakamkan.

Mengenai kes Lim sahaja, kata Gan, 13 kenyataan saksi telah dirakamkan.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/03/wantedsamseng-taik-lembu-mana-mau-lari.html

WAHAI UMNO!!! Nak menipu pun biar la nampak logik dek akal

Posted: 03 Mar 2012 07:17 AM PST

PASPB



Sayang sungguh PAS Jeli kat Najib nih.. siap buat banner lagi tuh.. Betapa tulus mulusnya hati penyokong PAS Jeli sanggup buat banner semat-mata nak ucap terima kasih kepada Najib.

Yang paling terharu siap dengan logo 1 Malaysia semata-mata sebab bagi RM500. Walhal sepatutnya Najib kenalah bagi RM1,000 atau RM1,500 sebab Kelantan negeri termiskin. Sekelis pandang banner nih memang jaggal, janggal sebab bukan PAS yang buat tapi Umno.

Yang paling bangang Umno nih, banner PAS tak pernah buat patern macam nih.. Tu lah pasal kalau nak menipu, kenalah belajar menipu.. Belajar dari Najib tuh..Addin

Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?

Posted: 03 Mar 2012 07:10 AM PST

Staff Berita Semasa

pasaraya shahrizat Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?


Tempoh hari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK) dah cadang Peguam Negara untuk mendakwa kelompok individu yang terlibat dengan pecah amanah dalam projek mega fidlot kebangsaan ini didakwa. Tetapi seperti biasa pihak NFC melenting….Kami tak pasti beberapa lama lagi rakyat perlu "menonton skandal NFC ini"…..

Di sini, kami sertakan di mana anda boleh semak perjanjian rasmi NFC ini yang ditandatangani oleh NFC pengerusi Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran, yang juga pengarah NFC dan dua pegawai Kementerian Kewangan yang mewakili kerajaan Malaysia, pada Dis 6, 2007. Gambarnya pernah kami keluarkan dahulu. Semak gambarnya di sini.

Perjanjian NFC VS Kerajaan

Kandungan lengkap perjanjian bagi pinjaman oleh kerajaan kepada pihak NFC (Sumber : Malaysiakini)

  • Kalau anda semak semula kandungan perjanjian NFC tersebut yang berjumlah 35 muka surat itu, tiada sekelumit ayat pun menyatakan pinjaman diberikan kepada Negara Fidlot Corporation (NFC) boleh digunakan untuk pembelian hartanah mewah. Jika benar ada melakukannya, bermakna sesiapa yang mengambil wang rakyat ini tidak amanah!! Okay, itu yang pertama.
skandal fidlot nfc Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
  • Keduanya, pada fasal 3 di bawah tajuk "Tujuan", NFC hanya boleh menggunakan dana rakyat ini untuk tujuan membiayai Projek Fidlot Kebangsaan sahaja seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Perjanjian ini.
perjanjian nfc Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
  • Dan dalam perjanjian bagi fasal 18.1 di bawah tajuk "perjanjian-perjanjian khusus", terang-terang menyatakan sekali lagi dalam bahasa mudahnya tidak boleh guna dana rakyat ini sesuka hati melainkan untuk tujuan projek lembu fidlot ini selagi NFC tidak membayar balik pinjaman tersebut. Ada bayar?
pasaraya mewah Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
  • Yang menarik NFC hanya perlu membayar balik selepas 3 tahun tempoh penangguhan pembayaran berakhir. Tetapi sehingga sekarang sudah dah nak masuk bulan Mac 2012, pihak NFC masih belum membayarnya lagi. Pembayaran yang pertama diperolehi NFC adalah pada Januari 2008.
  • Pada fasal 11 pula, penalti hanya melibatkan jika NFC lambat membayar balik. Itupun dengan caj 2.0% setahun. Sama seperti kadar faedah yang diterima NFC untuk pinjaman keseluruhan projek fidlot kebangsaan ini.

Untung jadi orang kenamaan di Malaysia. Kalau negara lain, orang kenamaaan yang terlibat dalam kes-kes seperti seperti ini dah "terjun lombong". Tapi kami pun tidak mahu mereka berbuat begitu, cuma kami nak sekarang ini :

Itupun sudah cukup bernasib baik mereka diberikan peluang menjalankan projek ini walaupun mereka-mereka ini tiada pengalaman langsung dalam bidang ini, kalau rakyat biasa jangan bermimpi untuk diberikan peluang sebegini rupa. Peluang sudah diberikan, tetapi apa dah jadi sekarang ini?

"Lain yang disuruh lain, pula yang berjaya"

Kalau skandal NFC ini begitu lemah & sudah terang diketahui rakyat Malaysia masih kelihatan "lemah" untuk diselesaikan, apa persepsi rakyat terhadap skandal-skandal lain pula?

Sekali lagi, dokumen 35 muka surat menyatakan dengan jelas pinjaman RM250 juta kerajaan pada kadar faedah tahunan dua peratus adalah semata-mata untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan Pusat.

Dakwaan Pembelian Pasaraya Mewah di Singapura Guna Dana NFC? (oleh : Rafizi Ramli)

Dakwaan terbaru menambah satu lagi koleksi melibatkan skandal NFC sebelum ini :

  1. 2 unit kondominium One Menerong (RM13,800,000) - Dakwaan pada asalnya dikatakan hanya sekitar RM9.8 juta tetapi pihak NFC Malaysia mengakui membeli 2 unit mencecah RM13.8 juta
  2. Mercedes Benz CLS 350 CGI (RM534,622)
  3. 2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya (RM3,363,507)
  4. 1 unit kondominium Orchard Scotts (RM9,900,000)
  5. 2 unit kondominium Marina Bay Suites (RM34,562,784)
  6. Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan? (Skandal Terkini)

pasaraya farmhouse singapor Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?

(Sumber gambar : Ong Ong & Rafizi Ramli )

1) Syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd memiliki Pasaraya Mewah di Singapura dengan sewa SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan. Yang mana saham syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd terdiri daripada keluarga menteri, Dato' Shahrizat Jalil iaitu :

  • Dato' Seri Salleh Ismail S$666,667 (Suami)
  • Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667 (anak)
  • Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667 (anak)
sewa pasaraya mewah Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
(Lagi Dokumen lengkap di sini)

2) Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited

3) Farhmouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernama Star Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University.

4) Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap

5) Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35.

6) Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

P/S : Harap pihak NFC dapat jawab dakwaan yang terbaru ini.

Warkah Biru buat Tun Dr. Mahathir

Posted: 03 Mar 2012 07:08 AM PST

Nasrudin Hassan Tantawi,


Kembalilah kepangkal Jalan.

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf atas kehadhiran warkah terbuka ini jika ia menganggu keselesaan Ybhg Tun Dr Mahathir. Saya utuskan warkah ini, bukan sahaja bermaksud untuk tatapan Ybhg Tun tetapi juga untuk pengetahuan umum bagi menjernih kekeliruan dan kecelaruan fikir masyarakat awam mengenai hukum hudud.

1. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 baru - baru ini adalah suatu kenyataan yang cukup mengelirukan dan berpotensi memesong pemikiran orang ramai khasnya ummat Islam terhadap kesucian dan ketulenan agama Islam.

2. Cara Tun Dr. Mahathir memahami Hukum hudud khasnya dan Islam amnya adalah suatu yang sangat asing [gharib] dari disiplin ilmu Islam malah apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam konvensyen tersebut bahawa Hukum Hudud adalah ciptaan ahli Feqah dan ianya tidak terdapat di dalam Al Quran adalah merupakan fitnah yang sangat dahsyat terhadap Kalaamullah Al Quranul Karim.

3. Hudud ialah kategori kesalahan dan hukumannya telah ditentukan oleh Allah swt dalam Al Quran dan RasulNya saw di dalam hadis baginda. Ianya merupakan hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubah suai ataupun dipinda. Malah hukumannya tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun bagi pihak Allah swt. Sebagaimana hukum ini telah ditetapkan oleh Allah swt, demikian juga kita telah diperintah oleh Allah swt untuk melaksanakannya. Firman Allah swt :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al Maaidah : 49

4. Kesalahan hudud yang wajib dijatuhkan hukuman khusus telah jelas disebut oleh Allah swt dengan lafaz yang sorih [nyata] di dalam Al Quran dan juga Hadis Nabi saw. Bagaimana Tun Dr. Mahathir begitu yakin dan konfiden mengatakan ia adalah ciptaan ahli feqah dan tidak terdapat di dalam Al Quran.

a] Kesalahan Zina iaitu persetubuhan suka sama suka tanpa nikah yang sah. Hukumannya disebut dalam surah an Nuur ayat 2.

b] Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Hukumannya disebut dalam surah An Nuur ayat 4.

c] Kesalahan Minum arak atau minuman yang memabukkan. Hukumannya disebut dalam hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajhah.

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إليَّ

d] Kesalahan Mencuri. Hukumannya disebut dalam surah al Maaidah ayat 38.

e] Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas rha.

من بدَّل دينه فاقتلوه

f] Kesalahan Merompak. Hukumannya disebutkan dalam surah al Maaidah ayat 33 dan 34

g] Kesalahan Bughah atau memberontak kepada Ulil Amri yang adil dan serta menjalankan hukum Allah swt yang berdalilkan Al Quran dan Sunnah. Hukumannya disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9.
[ kategori ini ~ bughah ~ menjadi khilaf dikalangan ulama' , samaada ia termasuk dalam kesalahan hudud atau tidak ]

5. Jika kita melafazkannya dengan sedar dan bertujuan menafikan bahawa hukuman hudud ini bukan dari al Quran sedang nyata ianya termaktub di dalam al Quranul Kareem, maka ucapan itu boleh membatalkan aqidah. و العياذ بالله نعوذ عياذا بالله

6. Mendustakan ayat - ayat Allah swt pula berlagak angkuh kononnya hukum yang Allah cipta tidak adil sangat besar risikonya sehingga kelak mereka yang mendustakannya dinafikan hak dan peluang menduduki syurga Allah swt. Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al A'araf : Ayat 41

7. Saya melihat Ybhg Tun Dr. Mahathir juga sangat keliru bagaimana mahu memahami kedudukan hukuman hudud di dalam Islam. Apabila Ybhg Tun menegas bahawa untuk melakukan sesuatu mesti rujuk kepada Al Quran, tetapi dalam masa yang sama, Ybhg Tun menganggap hukum hudud tidak ada di dalam al Quran. Jika benar tindakan dan ucapan dirujuk kepada al Quran, Ybhg Tun pasti menemui hukum hudud termaktub di dalam al Quranul Karim.

8. Secara rendah diri saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir perlu mendalami pengajian ilmu Islam melalui bimbingan alim ulama' yang mendalam ilmu mereka dalam perkara ini. Saya dapat lihat dengan jelas bahawa Tun benar - benar keliru terhadap hukum Allah swt ini lalu Tun mempunyai pra sangka yang buruk terhadapnya.

9. Sebagai contoh menganggap hukum hudud tidak adil hanya kerana hukum hudud tidak dikenakan ke atas non muslim lalu Ybhg Tun membuat perbandingan yang dangkal bahawa muslim mencuri dipotong tangan lalu kudung sedang non muslim mencuri hanya dipenjara dan tangannya tidak kudung. Jika saya menjawab dengan perbandingan serupa bahawa muslim wajib solat, puasa, zakat dan haji sedang non muslim tidak diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan semua itu, apakah Tun akan berkata bahawa Islam juga tidak adil ? Allah juga tidak adil ? Cara Tun berfikir kini sangat jauh tersasar.

10. Pengecualian non muslim dari perlaksanaan hukuman hudud adalah suatu pengecualian yang bersumberkan wahyu sebagaimana Firman Allah swt :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Surah al Maaidah : ayat 42

11. Menilai hukum hudud dan kesannya ke atas ummah tidak boleh dinilai hanya melalui aqal semata - mata, tetapi selaku seorang yang mengaku muslim, Ybhg Tun mesti melihatnya dengan kaca mata Islam dan Iman. Ertinya Tun mesti menilai sehingga tembus ke ruang akhirat. Jangan hanya menilai hukum hudud dalam dinding sempadan dunia semata - mata.

12. Akhirnya saya sekali lagi menasihati diri saya sendiri pula dengan rasa rendah hati menasihati Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hukuman hudud adalah ketetapan Allah swt. Kalaupun kita tidak mampu melaksanakannya, janganlah kita menafikannya apatah lagi mempersendakannya dengan fitnah kononnya hukum hudud adalah cipta ahli feqah.

13. Ybhg Tun, marilah kita baca beberapa penegasan Allah swt di dalam Al Quran agar kita insaf dan patuh pada perintah Allah swt. Pertama, bacalah dengan bahasa Arab kerana al Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain kecuali dengan bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Faham atau tidak, al Quran mesti baca dalam bahasa arab. Adapun terjemahannya bolehlah dibaca dengan apa jua bahasa yang kita faham dan selesa.

a] Firman Allah swt dari Surah an Nisaa' ayat 13.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

b] Firman Allah swt dari surah an Nisaa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

14. Semoga Ybhg Tun diberikan keafiatan dan punya masa terluang untuk membaca warkah ini dengan tenang. Beri masa pada diri untuk berfikir tanpa sebarang prejudis terhadap hukum Allah swt. Jua tidak didorong rasa dendam kepada PAS lalu menolak syariat yang diperjuangkan oleh PAS. Menganggap hudud itu adalah hudud PAS.

15. Saya harap Ybhg Tun dapat mengkajinya sendiri, dengan membuka helaian al Quran lalu membaca dan mentadabburnya dengan cermat. Jika Ybhg Tun tidak jelas memahaminya, boleh dirujuk kepada alim ulama' yang mukhlisin. Bukan merujuk kepada penasihat 25 % yang hanya merosakkan masa depan Ybhg Tun.

16. Salam hormat dari saya. Insyaallah, kiranya diizinkan oleh Allah swt. saya bersama rakan - rakan exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin benar bertemu dengan Ybhg Tun untuk bermuzakarah mengenai hukum Allah swt yang suci lagi adil ini. Harap Ybhg Tun juga berlapang dada dan sedia bertemu dengan pihak kami. Insyaallah, kami akan memilih masa yang sesuai dan munasabah untuk menghantar surat rasmi kepada pihak Ybhg Tun untuk tujuan tersebut.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Gelombang Hijau akan benam Gelombang Biru

Posted: 03 Mar 2012 07:03 AM PST

Harakahdaily,



KUALA LUMPUR:
"Insya Allah rakyat Terengganu akan pastikan gelombang biru akan dibenamkan oleh Gelombang Hijau di dalam PRU13 akan datang," tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Terengganu, semalam bahawa Terengganu akan menjadi 'negeri biru'.

Katanya, rakyat Terengganu sudah mual dengan gelagat kepimpinan Umno yang gagal urus tadbir negeri yang memililiki emas hitam.

"Semuanya gara-gara tidak amanah dan diskriminasi pimpinan Umno menyebabkan rakyat Terengganu masih miskin di tahap kedua selepas negeri Sabah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, janji manifesto BN pada tahun 2004 untuk memberi peluang 25,000 pekerjaan masih tidak tertunai lagi.

Beliau berkata, apabila PAS menawarkan 17,000 pekerjaan di dalam manifesto di dalam PRU akan datang, maka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjanjikan peluang pekerjaan sebanyak 80 ribu.

Baginya, rakyat ketawa melihat gelagat pembohongan pemimpin Umno dengan janji yang tidak tertunai.

Jelasnya, rakyat negeri itu tidak boleh menerima sikap sambil lewa pemimpin Umno yang gagal mengurus tadbir sehingga berlaku kerugian seperti runtuhnya Stadium Sultan Mizan RM292 juta, kos hendak membaiki pula RM25 juta.

Begitu juga, ujarnya dengan kerosakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud bernilai RM123 juta, kolam renang di Batu Buruk berharga RM18 juta untuk Sukma 2008 rosak setelah setahun digunakan, bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kemaman berharga RM2.1 juta runtuh, perhentian bas di Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta juga runtuh walaupun baru 80% siap.

Umno mula buka bilik gerakan pilihan raya

Posted: 03 Mar 2012 06:44 AM PST

Harakahdaily,

(Ketua Umno Cawangan BTP, Syed Ahmad Firdaus di depan bilik gerakan pilihan raya yang dibukannya)

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke 13 sudah dekat benar apabila melihat parti yang memerintah mula membuka bilik-bilik gerakan mereka.

Ini mula dapat dilihat di Selangor, negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Terengganu, negeri yang cuab dipertahankan BN.

Ada yang berkata, pilihan raya ke 13 akan diadakan secepatnya April ini selepas Parlimen dibubarkan pertengahan bulan ini.

(Markas pilihan raya Umno Peti Undi Kedai Buluh, Marang, Terengganu)

Di Rawang, Umno cawangan Bandar Tasik Puteri mula membuka bilik gerakan mereka di kawasan taman perumahan itu.

Ketua Umno cawangan itu, Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui di hadapan bilik gerakan yang sedang dipersiapkannya itu berkata, ia dibuat atas arahan Presiden Umno.

"Datuk Seri Najib kan dah kata kena membuat persiapan untuk pilihan raya umum. Ini yang kami buat ni," kata Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui didepan bilik gerakan itu.

Dalam nada berseloroh, Syed Ahmad juga berkata, "Sediakan payung sebelum hujankan."

Di Marang Terengganu, Umno juga kelihatan sudah mempersiapkan markas dan bilik gerakan mereka.

Di kampung Kedai Buluh, Bukit Payong, Umno cawangan di situ sudah membuka markas peti undi mereka di situ.

Kegagalan sistem pengangkutan awam, BN asyik beri alasan

Posted: 03 Mar 2012 06:40 AM PST

Vikor Wong, Malaysia Chronicle


Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan BN yang juga telah memerintah negara kita lebih daripada 50 tahun, dengan dakwaan kononnya mereka ini ini penuh dan punyai pengalaman yang luas dalam menguruskan kerajaan, namun sistem dan kemudahan pengangkutan awam di negara kita ini masih di dalam keadaan yang memeritkan sehingga ke hari ini.

Sehinggalah ke hari ini, rakyat jelata masih mengeluh pada setiap hari mengenai pelbagai masalah dan karenah sewaktu berada di atas jalanraya ataupun semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari rumah ke pejabat dan dari pejabat ke rumah.

Kegagalan kerajaan BN untuk menangani masalah tersebut yang semakin berleluasa saban hari jelas terpapar pada muka setiap rakyat yang menggunakan jalanraya dan kemudahan pengangkutan awam untuk berurusan. Oleh itu para pemimpin BN perlu bertanggungjawab penuh ke atas kegagalan tersebut.

Yang kita sering perhatikan adalah di hampir kesemua projek mega dan pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN dipaparkan papan tanda yang besar dengan perkataan "Satu Lagi Projek Oleh Kerajaan Barisan Nasional" bagi mengingatkan rakyat akan "jasa" BN itu pada setiap hari.

Selain daripada itu, risalah-risalah dan panduan pelancongan negara juga sering memaparkan destinasi yang bewarna-warni, bangunan-bangunan bercakar langit, struktur-struktur yang canggih, perkhidmatan monorail yang berteknologi tinggi, keindahan dan keunikan lapangan terbang antarabangsa KLIA serta lain-lain daya tarikan yang dapat menarik perhatian pelancong asing untuk ke negara kita. Ya, memang menarik apabila diperhatikan kesemua risalah pelancongan tersebut dari mata kaca kita.

Akan tetapi, apabila kesemua bentuk pembangunan, projek dan tarikan ini dibina dengan menggunakan sumber-sumber daripada tanah rakyat dan wang-wang yang telah diperoleh juga daripada rakyat telah mengakibatkan lebih daripada 10 juta rakyat, bahkan juga lebih daripada 10 ribu murid-murid sekolah dan warga emas terperangkap di tengah-tengah perjalanan mereka hampir pada setiap hari sewaktu dalam perjalanan mereka dari rumah ke pejabat, dari rumah ke sekolah dan sebaliknya, apakah penjelasan kerajaan BN terhadap semua masalah tersebut.

Kenapa wang ringgit yang diambil daripada hasil titik peluh rakyat oleh kerajaan BN ini untuk tujuan pembangunan dan perlaksanaan projek perlu dibalas pula penderitaan yang sebegini? Ini tidak berbaloi sama sekali kerana apa nilai yang rakyat bayar perlulah dibalas dengan nilai perkhidmatan yang cekap dan efisien, kalau pun sekurang-kurangnya ia memuaskan hati rakyat.

Sebaliknya ia tidak terjadi!

Apakah menteri-menteri kita buat?

Apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh menteri-menteri yang berkenaan bagi menangani masalah dan karenah sedemikian? Kenapalah menteri-menteri negara kita ini langsung tidak punyai kebolehan untuk menawar atau memberikan kepada rakyat jelata suatu sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan efisien.

Sudah lebih 50 tahun BN memerintah, ditambahkan dengan ratusan projek pembangunan yang menyeluruh di negara ini, namum ianya tidak menampakkan sebarang penyelesaian yang lebih berkesan terhadap masalah sistem dan kemudahan pengangkutan awam yang kian memeritkan.

Janji demi janji ditaburkan, bila tiada tindakan, diberikan pula alasan kononnya kajian sedang dijalankan dan diminta masa sehingga beberapa tahun untuk suatu penyelesaian diputuskan. Masalahnya, ramai kroni-kroni BN yang diberikan kontrok untuk menguruskan kesemua projek-projek mega dan pembangunan dan juga menguruskan sistem serta kemudahan pengangkutan awam. Jadi, apakah kesudahannya?

Adakah para pemimpin BN ini benar-benar peka akan penderitaan rakyat yang telah sekian lama terperangkap di dalam kesesakan lalulintas yang begitu buruk sekali pada setiap hari, dari pagi hinggalah malam. Kesesakan ini bukanlah suatu fenomena yang biasa tetapi telah bertukar menjadi sesuatu yang amat tragik sekali, di mana kesesakan tersebut sentiasa mencecah di antara 5 hingga 10 kilometer.

Beranikah para pemimpin BN dan mentri-menteri kabinet mencuba pengalaman sebegini di tengah-tengah kotaraya?

Kenderaan kian bertambah

Dengan kesesakan lalulintas dan masalah sistem serta kemudahan pengangkutan awam yang sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang penyelesaian, ianya diburukan lagi dengan penambahan jumlah kenderaan di permukaan jalan ini. Ianya dikatakan sedang berlaku hampir setiap hari.

Jika ditinjau pada setiap isi rumah pada hari ini, kita boleh dapati hampir setiap ahli keluarga mempunyai kenderaan mereka sendiri, malah ada sebuah keluarga boleh memiliki antara 4 hingga 6 buah kenderaan. Bolehkah kita salahkan mereka ini kerana tidak atau enggan menggunakan kemudahan pengangkutan awam?

Selain itu, tempat letak kereta di komuter KTM akan dipenuhi kenderaan seawal 5 pagi pada setiap hari. Kos dan bayaran tempat letak kereta pula semakin meningkat. Dan adakah kerajaan BN serta menteri-menterinya tahu apakah yang sedang berlaku?

Dapatkah para menteri kerajaan BN ini memahami bahawa keadaan kesesakan lalulintas ditambah pula dengan kenaikan kos tempat letak kereta dan juga pembaziran produktiviti rakyat jelata terhadap keadaan sebegini. Adakah para pemimpin BN ini sedar bahawa murid-murid sekolah akan berada di atas jalanraya seawal 5 pagi pada setiap hari.

Adakah para penggubal dasar BN ini menyedari bahawa jutaan rakyat di negara ini akan hanya dapat sampai kembali ke rumah mereka selepas jam 8 malam di mana waktu pejabat sebenarnya tamat pada jam 5 petang setiap hari? Adakah para penggubal dasar BN ini menyedari apakah yang mengakibatkan penambahan jmlah kenderaan di atas jalan pada setiap hari?

Dan jawapan yang lazim diberikan oleh para pemimpin BN ini adalah kerajaan senantiasa mengkaji langkah-langkah baru yang lebih berkesan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam.

Yang lebih buruk lagi, ada menteri-menteri dan pemimpin BN yang menjawab "tidak ada negara di dunia ini yang tidak menghadapi masalah kesesakan lalulintas". Maknanya mereka ini langsung tidak berminat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Para pemimpin BN sekalian, usah beri sebarang alasan lagi. Kalau tidak mampu, mengakulah kamu semua tidak mampu lagi, kalau gagal, mengakuilah kegagalan kamu dan usah berbohong dan berikan macam-macam alasan ataupun berdolak-dalih mengenai masalah tersebut.

Kita ambil contoh di kotaraya Bangkok di Thailand dan Taipei di Taiwan, walaupun ianya adalah merupakan antara dua metropolitan yang paling sibuk, namum masalah kesesakan lalulintas di dua negara tersebut adalah pada tahap yang paling minima. Ini adalah kerana sistem dan kemudahan pengangkutan awam di negara tersebut adalah sangat efisien. Selain daripada itu, jalan-jalanraya, lebuhraya dan terowong banyak dibina dan dibangunkan di dua kotaraya tersebut bagi memudahkan rakyat Thailand dan Taiwan untuk berurusan dan menjalankan tanggungjawab harian mereka.

Konspirasi untuk pastikan Proton terus hidup

Oleh kerana masalah tersebut langsung tidak menampakkan sebarang penyelesaian, rakyat mula mensyaki yang keadaan tersebut adalah merupakan suatu konspirasi kerajaan BN untuk memastikan pengeluar kereta nasional, Proton yang asyik mengalami kerugian, akan terus dapat menguasai pasaran tempatan.

Ini adlaah hakikat! Apabila kesesakan lalulintas semakin buruk, ditambah pula dengan keadaan kemudahan pengangkutan awam yang tidak efisien, rakyat akan memilih untuk memiliki kenderaan sendiri sebagai suatu jalan penyelesaian. Dan oleh kerana kos sesebuah kenderaan import dan berkualiti adalah lebih mahal, rakyat pula akan terpaksa memilih jenama kenderaan yang lebih murah, kurang bermutu dan berpatutan seperti Proton.

Bolehkah kita menyeru rakyat agar tidak membuat andaian sedemikian? Sudah tentunya tidak, oleh kerana keadaan dan masalah tersebut sudah pun terpapar di muka setiap rakyat. Jadi, haruskah rakyat disalahkan pula kerana inginkan sebuah kenderaan sendiri?

Apakah maknanya pembangunan, projek-projek mega dan pembinaan struktur-struktur yang begitu canggih sekali serta membanggakan negara, sedangkan rakyat jelata tidak dapat menikmati sebarang manfaat tersebut. Apakah maknanya segala pembangunan tersebut, sekiranya projek-projek tersebut tidak dapat membawa apa-apa keselesaan kepada rakyat, bahkan menambah lagi penderitaan dan penyiksaan psikologi terhadap rakyat jelata.

Apakah yang perlu dibanggakan dengan laungan "Malaysia Boleh" sedangkan rakyat masih terus menderita pada setiap hari dan tidak mempunyai masa yang berkualiti dan mencukupi untuk dinikmati bersama keluarga? Ya, "Malaysia Boleh", kroni- kroni BN akan terus bertambah kaya! Malaysia Chronicle

Penghujung jalan buat Khairy dan Badawi: Satu lagi bahagian akan kecundang

Posted: 03 Mar 2012 06:34 AM PST

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle



Rakyat Malaysia kenal Permodalan Nasional Bhd (PNB), penjana wang yang menjadi pemegang saham di dalam kebanyakkan syarikat dan firma pengurusan aset, namun tidak diketahui jika ramai yang tahu akan kewujudan syarikat berkaitan kerajaan yang seakannya iaitu, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebuah entiti yang diamanahkan untuk membangunkan usahawan bumiputra dari segi potensi dalam perniagaan.

Diketuai oleh pengerusi yang berusia lapan puluhan, Mohd Abu Bakar Mohd Noor telah memegang jawatan itu sejak 1998, dan kini, PUNB bakal diserahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diuruskan.

Sudah semestinya ini merupakan jawatan yang paling memalukan bagi ketua sayap pemuda yang juga dikenali sebagai Pemudah.Semua ketua bahagian telah diberikan sekurang-kurangnya jawatan timbalan menteri. Walaupun dia merupakan graduan Oxford, tiada harapan baginya kerana dia telah terlalu banyak menyakitkan hati ramai orang dalam UMNO dan ianya sudah tidak boleh dimaafkan lagi.

Pengakhiran yang pelik buat KJ dan Badawi

Ahli UMNO yang lurus mengatakan ini adalah sebagai tanda terima kasih Najib kepada Khairy kerana tidak mendatangkan masalah kepada pentadbirannya. Walau dari sudut mana pun anda ingin melihatnya, inilah penanda bagi tamatnya kerjaya politik Khairy dalam UMNO kerana ternyata dia bukanlah termasuk dalam senarai 'calon boleh menang' Najib.

Khairy masih boleh menolak tawaran jawatan PUNB, yang mengikut kata orang dalaman, adalah tawaran terakhir dari Najib- tidak akan ada lagi tawaran selepas ini.Ini pilihan terakhir buat Khairy.Tidak ada gunanya Najib memberikan dia mahupun bapa mertuanya kerusi kerana takut akan menjadi risiko besar buat Najib. Mereka mempunyai bahagian-bahagian masing-masing yang perlu dijaga.

Inilah sebabnya kem Badawi dikatakan menekan Najib untuk memberi Badawi kawasan Kepala Batas untuk diwakili dan mengekalkan Nor Mohamed Yakcop di Tasik Gelugor.

Tapi, Nor Mohd sudah banyak terlibat dengan dakwaan korupsi yang dengan serta merta tidak memungkinkan spekulasi bahawa kem Badawi cuba memberi tekanan kepada Najib. Jika Nor Mohamad, menteri ekonomi dan bekas ketua perdagangan yang telah kehilangan berbilion ringgit di dalam dagangan wang asing tambahan pula pembatu politiknya yang ditangkap bersama 2 juta dalam bentuk tunai, masih boleh diterima sebagai 'calon boleh menang', Najib akan dikutuk hebat oleh panglima Umno yang lain kerana mencalonkan semula orang yang tidak berguna dan bukan mereka.

Bagi si kaki tidur Badawi, jika dia belum tersedar lagi dari lenanya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia tidak kisah sama ada berada dalam arena politik atau tidak. Bagi kebanyakkan orang Malaysia, dia telah ada peluang untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik tetapi tidak melakukannya kerana dia tunduk pada tekanan untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Najib.

Khairy dalam percubaan untuk menyelamatkan maruahnya, tidak mahu dilabel sebagai orang yang dibuang seperti yang lain. Dia mungkin juga akan mengisytiharkan dirinya sanggup berkorban demi UMNO dan orang Melayu kerana tanpa mahukan akan apa-apa sebagai pulangan. Sudah semestinya menjadi pengerusi dengan gaji yang akan diterima itu bagaikan kacang sahaja bagi Khairy. Lelaki 30-an yang bercita-cita tinggi ini mahukan sesuatu yang lebih lagi- seperti jawatan menteri penuh dalam kabinet UMNO-BN. Itu pun jika UMNO-BN menang.

Tiada kuasa

Adakah Khairy akan berjuang untuk mendapatkannya? Dia dilaporkan sebagai mampu untuk merebut jawatan itu namun, dia sudah banyak menyinggung perasaan mereka yang berada di dalam UMNO dan ini tidak mungkin dapat membantunya. Pencabar Khairy seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dengan mudah boleh menggandakan apa yang dia mampu tawarkan.

Ia nampak seperti Khairy dengan egonya serta wang berjuta-juta terperangkap begitu sahaja tanpa ada jalan keluar. Cara terbaik ataupun alternatif lain baginya adalah untuk meninggalkan Umno dan menyertai pakatan pembangkang. Malangnya, walaupun dia seorang yang masih bertenaga dan mempunyai rupa yang tidak kurang elok juga, dia masih begitu pengecut untuk meninggalkan Umno.

Sama ada Khairy akan menerima jawatan PUNB, yang sebenarnya adalah tamparan hebat baginya, dan juga bapa mertuanya, berkemungkinan besar, dia akan terus bersama UMNO, menjadi kurang menonjol dan mengikut sahaja arahan.

Khairy tidak mampu untuk bergabung dengan Kumpulan Amanah pimpinan Tengku Razaleigh untuk portfolio politik kerana, nampaknya Khairy tidak akan mampu untuk mempertahankan jawatan ketua pemudanya dalam pemilihan yang dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Lagipun, kenapa sayap Pemuda perlu dipimpin oleh ketua yang tidak hebat dan tidak pula disukai ramai. Dalam erti kata lain, kurang pengaruh?

Tawaran PUNB sebenarnya tamparan hebat

Akhir sekali, lihatlah PUNB. Untuk mengaburi mata, PUNB masih mempunyai RM400 juta pada dalam simpanannya, peruntukan yang agak banyak bagi sebuah syarikat. Selain daripada pengerusi, terdapat juga naib presiden dan pengarahnya Salleh Sulong, bekas bos Proton, Mohamed Haniffah bin SM Mydin, Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan Dr Rafiah Salim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang tidak banyak menyumbangkepada UM.

Bayangkan, UMNO mengamanahkan RM400 juta kepada kumpulan yang kurang meyakinkan. Jika menolak, rugilah Khairy. Dan jika laporan berita tentang Khairy menerima kerusi PUNB adalah benar, 'hidangan utamanya pasti akan mengubah cara pengurusan dana PUNB setakat ini.

Jadi, apakah status RM400 juta itu sekarang? Berapa banyak yang masih tinggal dan tidakkah PUNB memerlukan bailout dari yang lain? Pada hakikatnya, PUNB adalah salah satu daripada institusi yang bersenjatakan dana besar yang ditubuhkan oleh UMNO untuk membantu orang Melayu, namun orang Melayu masih tinggal dalam keadaan yang belum boleh dibanggakan.

Sebenarnya, UMNO tidak berminat untuk memperbaiki kehidupan orang Melayu kerana UMNO mahu orang Melayu sentiasa

bergantung kepada mereka, tetapi apa pula cerita RM400 juta itu?

Sudah pasti jika PUNB begitu berjaya, ia akan dijadikan contoh klasik kejayaan UMNO. Pemimpin UMNO dan panglima mereka semua akan berjuang untuk mendapat nama bagi penubuhan PUNB. Tetapi tidak nampak pula begitu.

Ia akan ditinggalkan kepada mereka yang kurang disukai seperti Khairy, untuk dijadikan mangsa jika apa-apa berlaku di PUNB. Dan Khairy perlu ingat dia tidak akan mendapat manfaat daripada pelantikannya di sana kerana ada kemungkinan sebahagian besar daripada dana yang ada telah digunakan. Tugasan utamanya mungkin ialah sebagai ketua pemungut hutang! Ya, masalah dan tugas utama di PUNB adalah bagaimana untuk memastikan bahawa ia mendapat balik pinjaman yang telah diberikan kepada peminjam "berisiko tinggi" dalam perniagaan, termasuk pinjaman pelajar.

Ketua pemungut hutang! Sesungguhnya ini cukup jauh dari impian Khairy yang mahu menjadi PM sebelum mencapai usia 40 tahun. Walau bagaimanapun, seperti kata pemerhati bola sepak, bola itu bulat dan apa pun boleh berlaku. Jadi untuk KJ yang gila bola, sekurang-kurangnya ini akan memberi anda sedikit harapan walaupun kecil tapi cukuplah buat masa sekarang.Malaysia Chronicle

Amalkan politik Islam bukan injak lawan untuk menang, kata Mufti Selangor

Posted: 03 Mar 2012 06:26 AM PST



KUALA LUMPUR — Menyokong gesaan agar gejala keganasan politik dihentikan, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menegaskan insiden itu boleh diatasi sekiranya parti politik ikhlas dalam perjuangan selain berpegang kepada prinsip Islam.

Kelmarin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala keganasan politik menambah insiden itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip "negara barakah".

Menurut Presiden ABIM Amidi Abd Manan, prinsip negara barakah mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral.

Jelas Tamyes, politik jika diamalkan dengan tertib dan teratur segala insiden tidak baik termasuk keganasan politik tidak akan berlaku.

Beliau menambah walaupun ada yang beranggapan politik bukan sesuatu yang sihat namun ia turut diamalkan Islam.

"Gejala keganasan politik tidak sepatutnya berlaku, politik perkara yang baik jika dilakukan dengan tertib dan teratur... Walaupun ada yang beranggapan politik itu kotor tapi politik itu perlu dan ia diamalkan dalam Islam.

"Sebab itu politik perlu dilakukan secara berdisiplin, maknanya istilah keganasan politik adalah penipuan dalam politik seperti rasuah dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tamyes berkata semua parti politik di Malaysia sepatutnya mengamalkan prinsip politik yang sihat selain menjaga kebajikan rakyat.

"Itu (keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang sihat...menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politk ini menuju ke kerehdaan dan keberkatan Allah.

"Kita mahukan negara yang baik dan menjaga kebajikan rakyat. Masing-masing bercita-cita untuk kemukakan sesuatu yang terbaik ke arah kebajikan rakyat yang boleh memberikan mereka bahagia, harmoni dan tidak ketegangan," katanya.

Sebaliknya jelas beliau, semakin banyak insiden keganasan politik berlaku sejak kebelakangan ini yang boleh memberikan tanggapan negatif masyarakat luar.

"Politik digalakkan, kalau nak kata semua pandangan orang ini sama susah, dalam sebuah keluarga ibu dengan bapa pun ada berbeza pendapat. Masing-masing berbeza pandangan.

"Kalau politik untuk membangunkan negara ia mesti dilakukan dengan lebih harmoni, bukan menginjak-injak lawan dan akhirnya jadi orang yang dikecam...berpegang kepada prinsip Islam, amalkan politik secara harmoni dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian," katanya.

Gangguan dan provokasi kerap berlaku semasa program ceramah diadakan terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Terbaru ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu.

Jumlah kematian akibat denggi membimbangkan

Posted: 03 Mar 2012 06:23 AM PST

MALAYSIA KINI

Jumlah kematian akibat demam denggi bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila mencatatkan 15 kematian berbanding lapan kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata daripada jumlah kematian itu, tiga daripadanya adalah kanak-kanak.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905"Situasi denggi di negara kita tidak begitu baik, kes-kes telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu lebih dua kali ganda (sepanjang Januari dan Februari tahun ini) berbanding tempoh sama tahun lepas" katanya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Penyelamat Nyawa 2012 di Sekolah Menengah Vakasional Kajang hari ini.

Katanya jumlah kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga awal Mac tahun ini juga menunjukkan peningkatan 14 peratus di mana sejumlah 4,453 kes dilaporkan berbanding 3,915 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi mengelakkan kes denggi terus meningkat, Dr Hasan berkata masyarakat perlu memastikan kebersihan di rumah dan kawasan perumahan mereka serta menjalankan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Jika setiap ahli masyarakat melakukan aktiviti seperti ini, maka lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan," katanya. Bernama

Thangam, kisah kejayaan peneroka bukan Melayu

Posted: 03 Mar 2012 06:17 AM PST

Sekilas pandang, tidak ramai yang akan menyangka R Thangam, 50, yang berpakaian segak, lengkap dengan tali leher dan lengan panjang yang berkafling adalah seorang peneroka Felda.

Anak pekerja estet dari Rembau itu, adalah bukti cerita kejayaan Felda.

NONEMenceritakan pengalamannya di "rumah percutian" mewah miliknya di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Thangam, berkata bapanya antara sebilangan kecil masyarakat bukan Melayu yang dipilih untuk menyertai skim rancangan tanah untuk keluarga bagi miskin di Felda Sendayan pada tahun 1962.

"Saya dilahirkan dalam keluarga Felda. Ini sesuatu yang perit pada mulanya. Tiada kemudahan elektrik, tiada (bekalan) air.

"Malah, kami terpaksa menanam padi sendiri untuk makan, dan (ketika itu) ada belalang yang begitu banyak. Belalang itu hanya hilang seorang imam menunaikan solat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Tidak seperti kebanyakan penempatan Felda yang lain, Felda Sendayan mencerminkan masyarakat majmuk negara ini. Rumah Cina, Melayu dan India boleh dilihat berselang-seli satu sama lain dan jiran-jiran masyarakat majmuk itu sering kelihatan berbual mesra di antara satu sama lain di kedai runcit.

Peneroka yang pernah menjadi penoreh getah, tetapi kini sudah bersara itu menganggarkan bahawa orang Melayu sekurang-kurangnya 75 peratus daripada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda di negara ini adalah masyarakat Melayu. Ini diikuti dengan kira-kira 10 peratus penduduk India dan selebihnya kaum Cina dan kaum-kaum minoriti lain.

Masuk universiti

"Bagaimanapun tidak ada lagi peneroka bukan Melayu diterima memasuki skim Felda, bermula akhir 1980-an," katanya.

azlanBagi Thangam, keputusan bapanya menyertai skim ini berjaya mengubah masa depan keluarganya.

Bermula dari keluarga yang miskin, Thangam kini berbangga dengan kejayaan mereka sehingga mampu menyekolahkan anak-anaknya ke peringkat universiti. Seorang daripada mereka kini adalah seorang doktor manakala seorang lagi adalah juruterbang. Anak gadis bongsunya pula, menjalani alam persekolahan yang cukup berbeza seperti yang dialaminya.

Beliau meninggalkan penempatan itu selepas zaman persekolahannya pada usia 18 tahun dan menyertai angkatan tentera. Namun, Thangam pulang semula pada usia 29 tahun untuk menoreh getah di atas tanah bapanya. Tetapi kebakaran pada rumah jirannya mengubah segalanya.

Rumah jiran terbakar

"Rumah jiran kami, keluarga Melayu, terbakar. Bayi mereka ditinggalkan di dalam rumah. Isteri saya merayu agar saya tidak masuk, tetapi saya ... pergi dan berjaya membawa bayi itu keluar. Belakang saya terbakar dengan teruk," kata Thangam.

isa samad interview 150509Sebagai menghargai jasanya, Menteri Besar Negri Sembilan, ketika itu Tan Sri Isa Samad (kiri) menawarkan kepadanya sebuah rumah kos rendah tetapi beliau menolaknya kerana tidak mahu dilihat sebagai mencari habuan bagi bantuan yang dihulurkan.

Bagaimanapun, hubungan yang baik dengan Isa ternyata berguna. Tidak lama selepas itu, seorang jiran lain menawarkan untuk menjual tanah miliknya kepada Thangam dan beliau berjaya mendapatkan bantuan menteri besar berkenaan bagi meluluskan pembelian berkenaan.

Dengan tanah itu, beliau berjaya membuat simpanan dengan melaburkan sebahagian besar wangnya dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Koperasi Angkatan Tentera.

Hubungannya dengan Isa bagaimanapun bertukar menjadi tegang apabila pada tahun 1996, beberapa peneroka Sendayan, termasuk Thangam, memeterai perjanjian untuk menjual tanah mereka kepada kerajaan negeri.

"Kami tebang pokok-pokok getah dan berikan kerajaan, geran (tanah) kami, tetapi kami hanya terima 10 peratus daripada harga jualan yang dijanjikan," katanya.

NONESelepas kira-kira satu dekad berdolak-dalih, akhirnya kebanyakan peneroka akur dan terpaksa menerima "pakej" yang ditawarkan oleh menteri besar baru, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan, tengah) - walaupun mereka rugi.

Mengikut pakej ini, kerajaan membayar harga jualan pada RM3 sekaki persegi seperti yang ditetapkan pada tahun 1996 untuk 10 ekar tanah, tetapi peneroka diwajibkan "membeli balik" dua ekar tanah pada harga RM4 sekaki persegi serta rumah teres berharga RM240,000 di Bandar Seri Sendayan.

"Kami terpaksa bayar untuk dapatkan rumah itu. Ia bukan diberikan percuma kepada kami," katanya.

Ramli: SPRM guna watak 'curiga' bagi perangkap saya

Posted: 03 Mar 2012 06:15 AM PST

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mendedahkan lebih banyak pengalamannya berhubung cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang didakwa menggunakan seorang penjenayah bagi memerangkap dan mengenakan tuduhan terhadap dirinya.

ramli yusuff asset declare case 120310 02Pada mesej sempena hari jadinya Rabu lalu, bekas pegawai kanan Bukit Aman itu berkata SPRM menggunakan kenyataan daripada seorang watak yang mencurigakan ketika lelaki itu masih dalam tahanan mengikut Ordinan Darurat, sebagai asas untuk membuat tuduhan terhadapnya.

"Bayangkan, SPRM bergantung kepada dakwaan oleh watak yang mencurigakan itu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan kemudiannya ditukar kepada kediaman terhad, dan akhirnya dibebaskan selepas memperolehi kerjasamanya bagi memerangkap saya dengan membuat dakwaan bahawa pada 1999 saya diberi wang rasuah melalui seorang pegawai.

"Semua dakwaan ini datang dari sumber yang terbabit dalam jenayah terancang, termasuk pinjaman wang haram (ah long), loteri haram, pelacuran dan pengedaran dadah di Johor.

"Nota keterangan di (prosiding) mahkamah menunjukkan dengan jelas bahawa semua tuduhan-tuduhan ini adalah palsu semata-mata," katanya.

Malah, kata Ramli, SPRM, tidak berani mengemukakan lelaki itu di mahkamah sebagai saksi untuk membuktikan kenyataan berkenaan.

Namun, katanya, beliau didakwa hanya berdasarkan keterangan penjenayah berkenaan yang menurut SPRM bahawa terdapat asas untuk mewajarkan suatu notis untuk mengisytiharkan aset.

ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 talk"Tiada apa-apa jua boleh menjadi lebih dashyat daripada apa yang dilakukan kepada saya," katanya.

Khamis lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Ramli menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan SPRM cuba memerangkapnya serta orang-orangnya.

Universiti Amerika pula beri anugerah pada Rosmah

Posted: 03 Mar 2012 06:14 AM PST

Stevens Institute of Technology, universiti perdana pendidikan campuran swasta yang menumpukan pada penyelidikan dan keusahawanan dan komited dalam menerokai bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan menganugerahkan anugerah tertinggi universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri Malaysia, pada Jumaat.

Presiden universiti itu, Dr Nariman Farvardin, menyampaikan anugerah "Distinguished Service Medal" kepada Rosmah sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkhidmatan awam khususnya dalam usaha memperkasakan wanita dan kesaksamaan gender dan peranan penting dimainkan beliau dalam mengusahakan pendidikan awal di kalangan rakyat Malaysia.

Rosmah juga memainkan peranan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti Children's Hope, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Yayasan Jantung, dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Program Pendidikan Awal dan Penjagaan Kanak-kanak (ECEC), yang telah menubuhkan lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia, di samping sering mengutarakan mengenai perlunya memulihara warisan semulajadi negara untuk generasi akan datang, katanya pada majlis yang berlangsung di universiti itu di Hoboken, di New Jersey.

Dr Farvardin berkata universiti itu hanya menganugerahkan anugerah itu kepada mereka yang telah berjaya memberikan impak besar terhadap kebajikan masyarakat.

Rosmah, yang berada di universiti itu untuk menghadiri majlis beramah mesra dengan lebih 200 pelajar Malaysia, dalam ucapannya berkata anugerah itu amat bermakna kerana Stevens amat terkenal dengan kecemerlangannya dalam program-program penyelidikan pendidikan dan pengkomersilan.

Stevens diiktiraf sebagai sebuah daripada universiti Amerika yang amat berjaya dalam mengetengahkan teknologi di pasaran, katanya.

Rosmah berkata universiti itu kini menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk berkongsi kepakarannya dalam menjana kekayaan daripada inovasi penyelidikan menerusi keusahawanan.

"Banyak universiti di Malaysia telah mencontohi langkah Stevens dalam melancarkan syarikat permulaan sebagai satu cara perpindahan teknologi dan ia kini aktif mengendalikan keusahawanan secara online dengan pelajar tahun pertama UKM," katanya.

Rosmah berkata universiti-universiti perlu memainkan peranan sebagai peneraju dalam membangunkan sistem inovatif untuk membina modal insan secara holistik, meliputi pemerolehan pengetahuan, terutama dalam sains dan teknologi, nilai dan kemahiran termasuk kebolehan keusahawanan.

Pada majlis itu, 30 bakat muda Permata Seni - tarian, koir dan muzik - membuat persembahan bertenaga dan berwarna-warni yang mendapat sambutan menggalakkan daripada tetamu.- Bernama

Video murtad: Tunggu lagi dua minggu, kata Hasan

Posted: 03 Mar 2012 06:11 AM PST

Jika bulan lalu bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali berkata video membuktikan berlakunya usaha memurtadkan umat Islam di negara ini akan didedahkan beberapa hari lagi, namun hari ini beliau berkata video berkenaan dijangka dapat disiarkan dua minggu lagi.

hasan ali, jati president pc at his house, klBeliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.

"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.

Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

NONEKatanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

Mana boleh diam!

Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.

Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.

azlanBercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.

"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.

Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:

"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Selar Menteri Besar

Mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Hasan berkata terdapat kira-kira 50 kes dalam perhatiannya sekarang.

NONEBeliau juga menyelar menteri besar Selangor kerana menuduhnya menimbulkan kegelisahan dalam masyarakar dengan dakwaan itu.

"Sepatutnya sebagai MB dan sekarang memegang portfolio hal ehwal Islam, saya menganggap sekiranya terdapat riak-riak tentang kerja-kerja memurtadkan patut dipandang serius, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak-pihak lain," katanya.

Hasan juga mendakwa kenyataan menteri besar bertentangan dengan titah Sultan Selangor yang mahu usaha berterusan bagi membanteras kerja-kerja memurtadkan seperi dalam kes Gereja Methodist di Petaling Jaya.

Berhubung isu pelantikan exco Kedah, Hasan berkata beliau yakin Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dapat menyelesaikannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat cukup maklumat tentang perkara sebenar.

Himpunan Hijau 3.0 jika sisa tidak dibawa keluar

Posted: 03 Mar 2012 06:06 AM PST


MALAYSIA KINI

Desakan menuntut supaya bahan sisa radioaktif dari kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan semakin lantang apabila pelbagai pihak, termasuk NGO dan parti politik mahu ia di bawa keluar dari negara ini.

"Jika tuntutan ini tidak diharaukan, kita tidak menolak Himpunan Hijau 3.0 dianjurkan," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefli Mohd Omar yang dipetik Harakahdaily.

NONESemalam, selepas desakan orang ramai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa sisa buangan kilang itu akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Katanya, tindakan itu bertujuan untuk menghilangkan kerisauan penduduk tempatan walaupun pihak kerajaan yakin ia selamat. Namun lokasi itu tidak dinyatakan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam komennya mencadangkan kepada Najib agar mengumumkan saja tempat baru sisa itu adalah di kawasan parlimennya iaitu Pekan.

Hujah Najib, kononnya sisa ini tidak bahaya tetapi keputusan kerajaan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi juga ditolak oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

NONEPresiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan medianya berkata berdasarkan apa yang berlaku kepada kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, yang beroperasi sekitar tahun 1980-an, perlu dijadikan iktibar.

Katanya, kerajaan terpaksa membuang semua tanah seluruh tapak kilang dan kawasan sekitarnya di Bukit Merah dan disimpan dalam tong dan seterusnya dimasukkan ke dalam sebuah bukit di Perak.

"Membenarkan Lynas membuang sisa kilang ini di Malaysia adalah satu subsidi besar buat syarikat Australia itu.

"Jangkaan pendapatan yang mungkin diperolehi dari kilang ini adalah sebanyak RM30 juta untuk lima tahun.

"Namun, kesan kepada ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, masyarakat sekitar, tanah, air, lautan dan generasi akan datang dijangka berjumlah sehingga RM150 juta," kata SM Mohamad.

Selain itu, katanya timbul kebimbangan sampai berapa lama bahan radioaktif dalam takungan berkenaan akan selamat dan tidak bocor atau tercemar akibat perubahan cuaca dan jenis tanah di kawasan itu.

NONE"Sedangkan, separuh hayat kepada bahan radioaktif yang dihasilkan dari thorium itu akan berumur ribuan tahun kalau tidak jutaan tahun pun."

Australia sebelum ini dilaporkan telah membuat keputusan tidak akan menerima sisa yang diproses dari kilangnya di Gebeng untuk dibawa pulang ke negara itu semula.

MB yakin pertahan Selangor dengan majoriti dua pertiga

Posted: 03 Mar 2012 05:58 AM PST

Lee Way Loon


Meskipun pilihan raya negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan pilihan raya umum, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja mengekalkan kuasa tetapi juga menambakan jumlah kerusi mereka

NONE"Bancian yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu temu bual denganbeberapa media pilihan.

Menurut Abdul Khalid, (kanan) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.

"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,

"Tetapi kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik, terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah," katanya.

Menurut Abdul Khalid, Pakatan Selangor "cukup yakin" mampu mengekalkan 30 kerusi, "mudah" untuk mendapatkan enam kerusi dan "kemungkinan besar" merampas 10 lagi.

NONEAntara satu kerusi yang Pakatan "kemungkinan besar" rampas itu, katanya adalah Kuala Kubu Baru, yang kini dipegang oleh setiausaha jawatankuasa MCA Selangor Wong Koon Mun.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak mahu meneruskan perbincangan mengenai kerusi-kerusi yang mungkin dirampas oleh Pakatan itu dan secara berseloroh berkata "ia akan memberikan orang tertentu serangan jantung."

Pakatan kini menguasai 35 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor , selepas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berpaling tadah daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009.

Gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 3 lagi kerusi, menjadikan jumlah mereka 38 bagi mendapatkan majoriti dua pertiga untuk memberi mereka kuasa untuk meminda perlembagaan negeri.

Selangor, menjadi fokus atau tumpuan pemerhati politik sejak pilihan raya umum 2008 apabila BN dikatakan banyak membelanjakan wang dan menggerakan pelbagai jenteranya bagi merampas semula negeri terkaya di negara itu.

NONEMengenai jumlah hadirin dan penyokong yang didakwa semakin hari semakin ramai pada majlis dan aktiviti anjuran BN, Abdul Khalid, berkata tidak perlu dirisaukan kerana kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama setiap kali diangkut dengan bas dari tempat lain.

"Kami juga lakukan beberapa kaji selidik terhadap orang ramai yang menghadiri majlis PM dan fungsi TPM, dan mendapati hadirin itu kebanyakan mereka adalah orang yang sama," katanya sambil tergelak.

NFC: Lembu, kondo dan sekarang pasaraya! Apa pendapat rakyat Singapura? H

Posted: 03 Mar 2012 01:37 AM PST

Mustapha Ong



Dalam dunia siber dan media sosial, kita banyak disediakan ruang untuk membaca dan mengulas berita. Cuma sama ada kita menulis dan mengulas dengan bijak dan menggunakan akal dalam memberi komen tentang sesuatu berita yang sensasi, menjadikan kita berbeza antara satu sama lain.

Terdapat juga pengguna ruang elektronik yang walau ianya percuma, ulasannya masih dianggap sia-sia belaka. Sesiapa yang sering memberi komen bersifat 'spam' untuk artikel yang tidak disukai memang nampak seperti orang yang tidak berpelajaran dan anda tahu siapa anda. Malah, orang sperti ini juga banyak ditemui diruangan komen Malaysia Chronicle.

Di kutuk dengan melampau oleh media , apa motif mereka?

Bebalik kepada isu utama yang merupakan tajuk muka hadapan Malay Mail yang berbunyi, S'PORE SUPERMART 'INVESTMENT' POSER, etc, etc. Kita boleh membaca komen marah yang berat sebelah dan pembentangan isu itu, secara keseluruhannya mengecam dakwaan baru ke atas NFC yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin muda PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Ini ditambah pula dengan DAP dan PAS yang seperti menabur garam di atas luka.

Seperti biasa, Pengarah NFC, menegaskan bahawa 'perniagaan sampingan' mereka bukan merupakan penyalahgunaan tetapi selaras dengan terma dan syarat-syarat pinjaman RM250 juta yang diberikan untuk projek lembu '. Bagi mereka, pembangkang hanya cemburu lalu memangil mereka "lembu dan kondominium" sehingga mereka kini dituduh mengambil kesempatan menguasai "pasar raya dan perniagaan restoran"di Singapura. Pasti rakyat Singapura yang kiasu sedang mentertawakan kita!

Saya tertanya-tanya adakah benar semua spekulasi ini daripada ahli-ahli pembangkang kita yang bijak. Jika ia apakah tindakan selepas itu? Bukan rakyat sahaja yang perlu tahu malah kerajaan juga perlu untuk mendapatkan kepastian jika berita itu benar atau tidak kerana ia melibatkan salah guna dana kerajaan yang banyak.

Apakah langkah seterusnya? Adakah kita memerlukan satu "Arahan Khas" mengenai isu ini, seperti yang dipopularkan oleh Pak Cik Lim Kit Siang? Adakah permintaan Pakatan Rakyat untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan untuk menyiasat perkara itu, dan akhirnya hanya Suruhanjaya yang tidak mempunyai fokus atau tindakan sahaja yang akan ditubuhkan!

Begitu banyak masalah ditambah pula dengan senario ekonomi global. Tetapi mampukah kita hanya menutup kedua-dua mata dan tidak berbuat apa-apa? Adakah Perdana Menteri Najib Razak tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap NFC dan Shahrizat serta keluarga?

Bukan semua itu adalah konspirasi, dan bukan semua kes ditunda dengan sengaja

Say tidak berniat jahat kepada keluarga Shahrizat kerana saya tidak ada kepentingan dalam hal ini. Saya hanyalah seorang blogger biasa yang mengulas laporan yang saya dapati menarik. Bagi saya, ia mesti disiasat atau dibuktikan sama ada betul atau tidak.

Pada usia 69 tahun, saya juga seperti Tan Sri Yuen, bekas ketua Bahagian Khas. Kita sudah jemu dengan politik negatif dan apa yang telah berlaku di negara ini semenjak Anwar Ibrahim dilucutkan dari jawatannya pada tahun 1998. Sama ada anda berpendapat yang dia bersalah atau tidak, peristiwa itu telah meninggalkan kesan pada rakyat yang tidak bersalah dengan memecah-belahkan negara.

Bagi saya, biarkan polis melengapkan siasatan mereka terlebih dahulu dan saya menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk menyelidikinya juga. Kemudian, barulah Peguam Negara boleh menggunakan undang-undang yang berkaitan untuk mendakwa pengarah-pengarah NFC atau memutuskan tiada kes terhadap mereka.

Kadang-kala, saya terfikir juga adakah jabatan Peguam Negara kekurangan pakar yang berpengalaman yang berintegriti serta teliti? Pastinya ada banyak kes jenayah yang menggunung untuk diputuskan, termasuk yang dikemukakan oleh pembangkang.

Contohnya, bolehkah anda mengira berapa banyaknya kes Anwar sahaja yang telah dibawa kepada mereka, dan adakah kes-kes ini boleh diterima kerana ianya benar atau semata-mata berniat jahat. Maaf saudara Anwar, saya membuktikan hujah berkenaan dilema Gani Patail. Bukan kes merupakan konspirasi dan tidak semua kes itu sengaja ditundakan.

Kes seperti Shahrizat ini adalah besar jadi rakyat Malaysia tentu tahu bahawa PM juga mahu ia diselesaikan secepat mungkin dan tidak membiarkan menjadi lebih teruk seperti apa yang berlaku sekarang. Ini menyebabkan integriti kita menjadi bualan negara-negara jiran terutamanya di seberang tambak Johor.

Saya ingin tahu apabila The Farmhouse Supermarket telah dibuka di Rochester Mall, adakah orang Singapura yang akan berbelanja disana berfikir apabila mereka berbaris untuk membayar, "Oh, inilah yang dimiliki oleh keluarga menteri lembu dan kondo. Saya dengar mereka amat mewah dan telah membawa wang yang banyak untuk dibelanjakan disini."

Demi rakyat Malaysia, saya harap ini tidak berlaku.

Datuk Mustapha Ong adalah seorang comentar yang aktif, pesara diplomatik dan penyokong Umno. Beliau turut menulis artikel untuk Malaysia Chronicle

Israel : PKR Tolak Laporan TV3

Posted: 03 Mar 2012 01:22 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak laporan media bahawa pimpinan Hamas tidak menerima pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Israel boleh diiktiraf tetapi dengan syarat tertentu.

Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution berkata Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mashael sendiri menerima penjelasan itu dalam pertemuan dengan Anwar di Doha, Qatar kira-kira tiga minggu lalu.

Media arus perdana hari ini memetik TV3 sebagai melaporkan bahawa Timbalan Khaled, Mousa Abu Marzook menolak pendirian Anwar itu kerana Hamas tidak sama sekali akan mengiktiraf rejim Zionis Israel.

Mousa dilaporkan memberitahu TV3 bahawa kewujudan negara Israel mengganggu sistem pengurusan, serta menggugat kesucian Masjid Al-Aqsa.
Saifuddin tidak mahu mengulas kenyataan Mousa.

Bagaimanapun beliau menegaskan Anwar mengadakan perbicangan dengan Khaled selaku pemimpin tertinggi Hamas dan membayangkan Mousa tidak hadir pada pertemuan itu.

"Pandangan yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar adalah berasaskan perbincangan yang dibuat oleh beliau, Yusof Al-Qaradawi, Khaled Masheal di Doha, Qatar tiga minggu lepas. Maknanya, kenyataan itu disampaikan terus oleh Khaled Masheal kepada dia (Anwar)," kata Saifuddin.

Tegas beliau, dalam pertemuan dengan Khaled, Anwar tidak pernah mengiktiraf Israel tanpa sebarang pra syarat.

Antara pra syarat itu adalah bumi Palestin harus dibebaskan daripada cengkaman rejim Zionis itu.

"Datuk Seri Anwar pun tidak mengiktiraf Israel, Hamas tak pernah iktiraf Israel. Pengiktirafan itu hanya datang bersyarat (iaitu) jika sekiranya Israel mengiktiraf Palestin, pulangkan Baitulmaqdis, kembalikan pelarian Palestin, hentikan penerokaan tanah...itu yang disebut oleh Anwar.

"Jadi bila Hamas kata dia tidak mengiktiraf Israel tidak ada bezanya dengan pendirian Datuk Seri Anwar,"tegasnya.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty turut mengesahkan pertemuan antara Anwar dan Khaled turut dihadiri tokoh ulama terkemuka, Profesor Dr Sheikh Yusuf Al-Qardawi.

"Kita berpegang kepada apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar selepas berjumpa dengan Khaled Masheal dihadapan Yusof Al-Qaradawi," kata Manuty.

"Khaled Masheal menyatakan sebaik sahaja Anwar menggunakan perkataan 'contingent'(bersyarat) dalam isu Israel-Palestin, maka mereka telah berpuas hati dan mempunyai kenyakinan kepada Anwar," katanya.

Manuty berkata wawancara Anwar dengan Wall Street Journal bulan lalu tidak menjejaskan hubungan beliau dengan Hamas.
"Saya masih yakin bahawa Anwar Ibrahim itu mempunyai hubungan intim dengan pimpinan gerakan Hamas dan gerakan Islam serta mereka saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.
Anwar mendedahkan hasil perjumpaannya dengan Khaled selepas menjelaskan pendiriannya kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat minggu lalu.

Nik Aziz berkata Pas menolak pendirian Anwar itu kerana Israel adalah sebuah negara haram dan tidak boleh diiktiraf dalam apa keadaan sekali pun.

Abdul Rahman Kekal Ahli Parlimen Sabak Bernam

Posted: 03 Mar 2012 01:20 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KOTA BHARU : Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kelmarin atas tuduhan rasuah empat tahun lepas akan hilang jawatan yang disandangnya dalam Umno.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Abdul Rahman bagaimanapun masih kekal sebagai Ahli Parlimen kerana kes itu masih dalam proses rayuan.

"Seperti mana kita tahu ada kes yang mana Mahkamah Rayuan telah membebaskan (tertuduh)...jadi kita tak boleh andaikan apa yang akan berlaku nanti.

"Jadi setakat ini (Abdul Rahman) masih kekal sebagai Ahli Parlimen sampai pilihan raya, selepas itu kita lihatlah bagaimana," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Najib ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama profesional Kelantan sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini.

Abdul Rahman merupakan Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.

Kelmarin, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 setelah memutuskan Abdul Rahman didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun jika Abdul Rahman gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sehingga rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Zamil "Silakan" Zaid Untuk Saman

Posted: 03 Mar 2012 01:19 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Zamil Ibrahim yang terbabit dalam kemelut Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) tidak gusar dengan sebarang hasrat Datuk Zaid Ibrahim menyaman beliau ekoran mengambil alih tampuk pimpinan parti setahun jagung itu.
Zaid memecat Zamil sebagai Pengerusi Kita di Kedah bulan lalu setelah Zamil dan pimpinan negeri lain menolak kepimpinan Zaid kerana mencadangkan supaya Kita dibubarkan kerana ketandusan ahli dan wang.
Zamil dan penyokongnya bermesyuarat di Kota Bharu di mana beliau dipilih untuk memimpin KITA, mengambil alih daripada Zaid.
Zamil berkata beliau menyerahkan segala butiran mengenai mesyuarat di Kota Bharu itu kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membuat sebarang keputusan mengenai kesahihan mesyuarat itu.
"Sebenarnya kita telah menyerahkan segala laporan apa yang berlaku sehingga terlantiknya saya di Kota Bharu. Kita menghantar laporan kepada pihak ROS untuk mengesahkan apa yang berlaku di sana, itu yang kita hantar laporan...agar pihak RoS dapat menimbang serta menyiasat apa yang berlaku.

"Zaid nak ambil tindakan apa pun saya tak kisah sebab saya hadir di RoS kelmarin hanya untuk menghantar laporan...laporan terperinci yang melibatkan beberapa kepimpinan dan penyokong KITA," katanya kepada AntaraPos.com.
Zaid berkata beliau masih presiden Kita dan menegaskan Zamil sudah dipecat dan tidak berhak untuk menyertai sebarang mesyuarat KITA.
Zamil berkata tidak timbul soal beliau mendakwa dirinya sebagai presiden Kita sebagaimana yang dicadangkan oleh Zaid.
"Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya kepada teman-teman yang memberi amanah kepada saya sebagai Ketua Parti pada 25 Febuari lalu. Saya bukan mendakwa saya sekarang ketua parti dan untuk mengesahkan serta mengiakan laporan ini saya telah membawa perkara itu ke RoS. Kalau saya mendakwa diri saya buat apa saya hadir ke RoS untuk menghantar laporan," tambahnya.
Zaid dan Zamil bertikam lidah sejak beberapa bulan lalu dan permusuhan mereka memuncak apabila Zaid mempersoalkan tindakan Zamil dan pemimpin lain parti itu yang sering menyerang kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat.
Zamil berkata KITA tidak terikat dengan kepentingan parti politik lain dan harus berani mengkritik walaupun pemimpin parti pembangkang. Beliau menuduh Zaid sebagai cuba mencantas usaha KITA untuk meletakkan calon pada PRU akan datang demi memberi kelebihan kepada Pakatan.

Kemelut Exco Kedah: Phahrolrazi Serah Pada Pas Pusat

Posted: 03 Mar 2012 01:14 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


ALOR SETAR: Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyerahkan nasibnya kepada Pas Pusat dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan diputuskan dalam mesyuarat parti yang akan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, termasuk semua anggota jawatankuasa kerja pusat, malam ini.

Menurutnya, selagi persetujuan belum dicapai, adalah tidak sesuai untuk beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya terhadap isu berbangkit, kerana mahu tahu terlebih dahulu keputusan Pas Pusat.

"Saya serah pada Pas Pusat dan kita tengok keputusan macam mana dulu. Selepas persetujuan dicapai atau keputusan telah diputuskan, saya akan respons terhadap isu ini," katanya ketika dihubungi.

Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah berkata, beliau sudah bersedia untuk berdepan dengan jawatankuasa itu, malah telah menyediakan hujah-hujah untuk dibentangkan berdasarkan pendiriannya.

"Saya kena bentang alasan saya atas tindakan yang saya ambil. Saya akan kemukakan hujah kenapa saya buat begitu. Biarlah masing-masing kemukakan hujah masing-masing, Pusat nilai dan buat keputusan," katanya.

Mengulas lanjut berhubung kata dua yang diberikan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah sama ada ianya ditarik balik ekoran campur tangan Pas Pusat, Phahrolrazi berkata, ianya adalah keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat pas kawasan itu, dan tidak boleh ditarik balik.

"Itu keputusan mesyuarat, jika Amiruddin tidak mahu bersama Pas Kuala Kedah, dia boleh jadi ahli pas kawasan lain sekiranya tetap mahu bersama Menteri Besar," katanya.

Berkaitan pendirian Amiruddin yang sekali lagi menyatakan hasrat tidak akan melepaskan jawatan Exco, Phahrolrazi enggan mengulas lanjut.

"Saya belum tengok surat jawapan beliau jadi tak wajar komen, tak tahu apa isi kandungan surat itu," katanya.

PPIM Dakwa Wujud Amalan Riba Di UIAM

Posted: 03 Mar 2012 01:12 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengamalkan riba dan menindas peniaga universiti itu apabila mengenakan kadar caj tambahan sebanyak dua peratus sebulan bagi tunggakan sewa premis mereka.

Pengerusi Majlis Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata tindakan universiti itu dilihat bukan sahaja bermotifkan keuntungan semata-mata, malah dianggap tidak membantu meningkatkan pendapatan peniaga Melayu dan memberi bebanan kepada mereka.
Menurutnya, UIAM yang terkenal sebagai sebuah institusi pengajian berkonsepkan Islamik seharusnya mencerminkan prinsip perniagaan yang dituntut agama.
"PPIM menerima aduan bahawa kontrak perjanjian perniagaan dikeluarkan pengurusan universiti berkenaan sejak mula lagi didakwa berat sebelah dan tidak adil kepada peniaga dalam aspek tertentu termasuk mengenai kadar caj tambahan sewa.
"Di dalam kontrak perjanjian menggariskan, hanya peniaga dikenakan caj tambahan sewa ini yang kononnya digelar 'caj pentadbiran' yang mana membebankan peniaga," katanya lapor Sinar Harian.
Katanya, lebih mengejutkan apabila ia tidak termaktub dalam perjanjian terbabit bahawa peniaga juga boleh mengenakan caj sama sekiranya universiti itu berhutang atau lambat menjelaskan bayaran tempahan makanan.
"Kami menerima aduan daripada seorang peniaga di mana, UIAM menerusi penuntutnya ada menempah perkhidmatan makanan di dalam anggaran RM27,000 beberapa bulan lalu namun sehingga kini masih gagal menjelaskan baki hutang sebanyak RM16,600, Tiada caj tambahan dikenakan di atas kelewatan pembayaran berkenaan.
"Lebih mengecewakan kandungan kontrak ini turut diketahui, dipersetujui serta diluluskan seorang pegawai atasan universiti dan tindakannya dilihat tidak prihatin dalam membantu menggalakkan usaha peniaga Melayu," katanya.
Menurut kontrak, jika peniaga gagal membayar sewa dalam tempoh tertentu, pihak universiti akan bertindak menyita barangan perniagaan.
Katanya, perkara tui tidak terkandung dalam kontrak perjanjian.
"Buat masa ini, PPIM sedang membuat siasatan terperinci mengenai perkara ini dan sudah beberapa kali cuba mengadakan perbincangan mengenai isu itu bersama pihak pengurusan universiti yang bertanggungjawab dalam penyediaan kontrak dan pegawai atasan berkenaan bagaimanapun mereka enggan bekerjasama.
"Di dalam Islam, prinsip utama sesuatu perniagaan adalah tiada unsur tekanan, tiada keuntungan melampau, tiada keuntungan melalui manipulasi, tiada kezaliman dan perlu membantu mereka yang susah, tertindas atau berhutang," katanya.
"Kami minta pihak universiti segera memberikan kerjasama bagi menyelesaikan konflik berkenaan dan menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya memandang serius perkara ini dengan mengambil tindakan sewajarnya demi kesucian agama serta membela nasib peniaga Melayu," katanya.

Hasan Timbang Saman Mahfuz Omar

Posted: 03 Mar 2012 01:10 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


PETALING JAYA : Datuk Dr Hasan Ali sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar kerana mendakwa beliau dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan siri ceramah bagi menarik undi untuk Barisan Nasional (BN).

"Tuduhan ini berniat jahat, berunsur fitnah dan satu percubaan untuk memburukkan imej saya di mata rakyat serta mencemar kredibiliti saya sebagai ahli politik dan peneraju badan NGO, Jati," kata Bekas Pesuruhjaya Pas itu pada sidang akhbar di rumahnya sebentar tadi.

"Saya telah pun menyerahkan perkara ini kepada barisan peguam saya untuk mengambil tindakan munasabah," kata beliau dan menambah bahawa kenyataan rasmi mengenainya akan dibuat kemudian.

Semalam, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa sebuah unit perang saraf dalam KBS menyediakan peruntukan RM30 juta untuk membiayai ceramah Hasan yang bertujuan menarik sokongan generasi muda untuk BN.

Dakwaan itu dinafikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek yang menganggap Mahfuz hilang akal sehingga membuat tuduhan sebegitu.

Hasan hari ini senada dengan Shabery bahawa Mahfuz dijadikan kuda tunggangan oleh Pas untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kemelut kepimpinan parti itu di Kedah.

Kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak di pulau oleh dua anggota EXCO kanan parti itu dan memaksa pimpinan pusat parti mengatur mesyuarat tergempar malam ini di Alor Star dalam usaha mengatasi kemelut berkenaan.

"Tujuan Mahfuz (buat tuduhan) kerana khuatir dengan program jelajah saya yang berjaya mengumpulkan kehadiran ribuan penonton (dan) berkaitan pergolakan yang berlaku di Kedah. Mahfuz merupakan kuda tunggangan Pas untuk mengalihkan isu yang melanda Pas Kedah."

Setelah dipecat oleh Pas pada Januari lalu, Hasan kini memimpin pergerakan bukan kerajaan bernama Jalur Tiga (JATI) untuk mempertahankan akidah umat Islam, mempertahankan institusi Raja dan hak orang Melayu.

Hasan menyifatkan Mahfuz sebagai "parasit" dalam parti. Beliau turut menyelar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang sebelum ini menuduh beliau menerima wang daripada Syabas atau Puncak Niaga.

"Aktiviti saya tiada kaitan dengan pihak yang didakwa oleh Khalid Samad. Jika mereka ada bukti, sila kemukakan. Ini adalah badan-badan bukan kerajaan jadi apa masalah dia? Dari segi undang-undang, sekarang ini kita tak lakukan apa-apa (kesalahan). Ada orang mahu menyumbang kerana mahu memartabatkan Islam," jelas beliau.

Hasan menjelaskan siri ceramahnya di seluruh negara dibiayai menerusi sumbangan orang awam dan dari "poket saya sendiri."

Pada sidang media itu, beliau juga membidas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr Zulkefly Ahmad kerana mencadangkan parti itu terbuka kepada saranan melantik calon bukan Islam sebagai Timbalan Presiden parti.

"Dr Dzulkefly begitu mendabik dada dengan mengatakan Pas bersedia sedangkan dia hanya ahli biasa. Saya pun kalau dalam Pas tidak mampu untuk buat kenyataan sedemikian," tambah beliau.

Ku Li : Saya Akan Pertahankan Kerusi Gua Musang

Posted: 03 Mar 2012 01:09 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, adalah antara tokoh veteran yang masih berkhidmat dan mempunyai impak dalam politik Kelantan.

Bahagian Gua Musang adalah kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat.

"Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi.

Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.

Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih.

Gani Tidak Harus Berdiam

Posted: 03 Mar 2012 01:01 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KOMENTAR : Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail adalah peguam tertinggi dalam perkhidmatan awam dan memegang kuasa mutlak menentukan sama ada seseorang dihadapkan ke mahkamah atau dibebaskan.

Jelas beliau, bukannya polis yang menentukan siapa harus dibicarakan dan siapa patut dilepaskan.

Amanah dan beban yang dipikul oleh Gani amat berat. Keputusan-keputusan beliau sentiasa diteropong oleh pelbagai pihak, tidak kira polis, parti pembangkang atau pemimpin politik lain.

Selain badan kehakiman, Pejabat Peguam Negara menjadi penentu dan pengukur tahap kewibawaan sistem keadilan di negara ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Gani menjadi sasaran pembangkang yang sering menuduhnya berat sebelah dan berniat jahat.

Tuduhan itu boleh diketepikan atas alasan pembangkang sendiri mencari modal politik dan keputusan Gani sering sesuai untuk memenuhi agenda pembangkang.

Namun apabila tuduhan seperti mala fide, berniat jahat, pemalsuan bukti dibuat oleh seorang pegawai kanan polis yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang, Gani dan kerajaan sendiri tidak boleh berdiam diri.

Gani seharusnya bertindak mempertahankan diri menerusi proses undang-undang daripada tuduhan-tuduhan serius yang dilemparkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf.

Beliau mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfitnah beliau dan pegawai-pegawainya dan mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat tuduhan palsu terhadap mereka.

Ramli memilih majlis sambutan hari jadinya awal minggu ini untuk membuat tuduhan itu.

Lebih menarik lagi ialah beliau membuat pengakuan itu di hadapan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri Aseh Che Mat dan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Chong Kah Kiat.

Khalid dan hadirin yang lain pada majlis itu mengenali Ramli secara dekat, dan walaupun Ramli dicantas dan diaibkan dengan beberapa perbicaraan yang menurut beliau didalangi oleh Gani, mereka tetap menghadiri majlis itu.

Apapun tuduhan yang dibuat oleh Ramli cukup serius. Antara lain tuduhan itu berkisar kepada siasatan terhadap seorang penjenayah dan hubung-kait penjenayah itu dengan pimpinan tertinggi PDRM ketika itu dan Gani sendiri.

"Pendedahan" yang dibuat oleh Ramli bukanlah baru dalam erti kata sebenar. Beberapa kenyataan bersumpah mengenai siasatan itu oleh pegawai-pegawai beliau sudah pun wujud dalam Internet sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun "keberanian" Ramli tampil pada majlis hari jadinya untuk menuduh Gani sebagai melakukan jenayah sudah tentu mencemar Pejabat Peguam Negara, jika tidak ada tindak balas daripada Gani.

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah. Mungkin itu pegangan yang diambil oleh Ramli. Mungkin itu juga yang harus menjadi pertimbangan utama Gani yang diamanah mempertahankan kewibawaan Pejabat Peguam Negara.

Tiada ulasan: