Kelab Greenboc |
- Remaja 15 Tahun Upah Seks Untuk Tutup Mulut
- Masih Ada Lagi Adat Jahiliah "Berjoget" Di Majlis Perkahwinan
- Pekerja Majlis Agama Islam Minta Habuan Rasuah & Seks
- [Bergambar] Makmal Sekolah Dinaiki Air, Pelajar Terpaksa Belajar Dalam Banjir
- [Bergambar & Video] Guru Parah, Murid Cedera Disimbah Asid
- [Bergambar] Kisah Budak Perempuan Dipenuhi Bulu Seluruh Badan
- MB Selangor: Kos Ubahsuai Pejabat Hasan Ali Paling Tinggi & Tak Ikut Prosidur Yang Betul
- Setelah Di"boo", Nak Tutup Malu, Timbalan Menteri Cuba Menipu
- Hasil Pasir Selangor Naik Dari RM12.5 juta Kepada RM32.5 juta Semasa PR Memerintah
Remaja 15 Tahun Upah Seks Untuk Tutup Mulut Posted: 28 Mar 2012 12:42 AM PDT Temerloh – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah 'tutup mulut'. Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera. Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya. Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut. Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut. Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian. Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur. Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam. Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu. Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan. -SH |
Masih Ada Lagi Adat Jahiliah "Berjoget" Di Majlis Perkahwinan Posted: 27 Mar 2012 11:03 PM PDT Parit: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan. Gambar: TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi. Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai 'perempuan joget' bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. Majlis yang mendapat jolokan 'disko desa' itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu. Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari. Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. -hm Ulasan GB calling, calling, mufti perak... |
Pekerja Majlis Agama Islam Minta Habuan Rasuah & Seks Posted: 27 Mar 2012 09:01 PM PDT Ayer keroh - Seorang bekas kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta wang rasuah dan habuan seks dari seorang wanita, dua tahun lalu. Zullias Rasid Manan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Sazali Omar. Bagi pertuduhan pertama, Zullias seorang bekas kakitangan Maim berjawatan Pekerja Rendah Am, didakwa dengan niat telah memperoleh satu suapan daripada seorang wanita, Siti Aishah Mohd Yusoff, sebanyak RM1,500 sebagai upah melakukan satu perkara bertentangan dengan prinsip kerjanya. Suapan itu didakwa adalah sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes tangkapan kesalahan di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan tempat letak motosikal di belakang Dataran Pahlawan, kira-kira jam 6.30 petang pada 10 Januari 2010. Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa meminta rasuah dalam bentuk perkhidmatan seks daripada wanita sama di sebuah bilik hotel di Ujong Pasir pada 13 Februari 2010. Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili dua Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor, mencadangkan supaya ikat jamin RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan. Bagaimanapun, setelah meneliti kes berkenaan, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan sementara menantikan tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 27 April depan. -SH |
[Bergambar] Makmal Sekolah Dinaiki Air, Pelajar Terpaksa Belajar Dalam Banjir Posted: 27 Mar 2012 06:56 PM PDT Pelabuhan Klang -- Beberapa pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah di sini terpaksa belajar dalam banjir apabila makmal sekolah itu dinaiki air akibat banjir kilat kira-kira pukul 9.00 pagi tadi. Foto Osman Adnan Pengetua sekolah berkenaan Rahmah Arsad berkata banjir kilat itu berpunca dari hujan lebat yang turun tanpa henti kira-kira sejam serta dipercayai akibat masalah longkang tersumbat ekoran dipenuhi sampah sarap. Beliau berkata kejadian banjir itu bukan yang pertama dan sering berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjangan. "Saya masih ingat ketika memulakan tugas pada November lepas, saya juga 'disambut' dengan kejadian banjir kilat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Rahmah berkata perbincangan juga sering diadakan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari semasa ke semasa namun masalah sama tetap berulang. Beliau berkata setiap kali banjir, sekolah terpaksa menanggung kerugian beribu ringgit bagi menggantikan peralatan kelas seperti kerusi dan meja yang rosak kerana ditenggelami air. -- Bernama Sekolah kena banjir sejak 1963 |
[Bergambar & Video] Guru Parah, Murid Cedera Disimbah Asid Posted: 27 Mar 2012 05:28 PM PDT Balik rumah tubuh berasap RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam. Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas. "Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman. "Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi. Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit. "Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya. "Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya. Katanya, bapanya, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap. "Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula tetapi Nur Aqilah hanya menjerit dan menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah. "Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital," katanya. Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar. "Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa," katanya. Osman yang bekerja sebagai tukang mesin rumput berharap pihak berkuasa lebih kerap meronda di kawasan kejadian dan dua lelaki terbabit segera ditangkap kerana bimbang jenayah sama berulang. "Penjenayah terbabit memang tidak berhati perut, sudahlah meragut kemudian simbah asid pula," katanya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek. Menurutnya, pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di HS manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang guru wanita, S Rani, 47, cedera di muka, leher, tangan dan dada serta masih dirawat di hospital sama. Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana ketika kejadian hari masih gelap dan ia berlaku dengan pantas. Malah, suspek tidak menaiki kenderaan sebaliknya melarikan diri ke lorong berhampiran. -hm |
[Bergambar] Kisah Budak Perempuan Dipenuhi Bulu Seluruh Badan Posted: 27 Mar 2012 03:21 PM PDT Bachok: Hampir seluruh tubuh budak perempuan berusia empat tahun ini dipenuhi bulu tebal hingga mukanya berjambang. Malah, suaranya garau. Itulah kelainan Nurul Afida Batrisya Razi, dari Kampung Canggong, dekat Bachok, Kelantan, daripada kanak-kanak lain. Namun, dia menjalani kehidupan sama seperti rakan seusianya, termasuk memasuki prasekolah di Taski Al-Yakubiah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Ibunya, Cik Asliza Omar, 37 tahun, berkata walaupun keadaan Nurul Afida luar biasa dan sering menarik perhatian, beliau tidak malu dan tidak menghalang anaknya itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal. 'Ketika dilahirkan, beratnya hanya dua kilogram dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bulu lebat. Bagaimanapun, saya bersyukur dia sihat. 'Kekurangannya ketika ini ialah masalah lambat bercakap,' kata beliau ketika ditemui kelmarin. Menurut Cik Asliza, beliau dan suaminya, Encik Razi Mohd Nor, seorang nelayan, telah merujuk keadaan Nurul Afida kepada doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, tetapi belum menemui jawapan, walaupun sampel darah kanak-kanak itu sudah diambil. Cik Asliza berkata beberapa minggu sebelum kelahiran Nurul Afida, beliau terlihat lembaga berbulu ketika di pantai. 'Saya ingatkan kambing, tetapi rupa-rupanya lembaga aneh. Selepas melihatnya, lembaga itu hilang,' katanya. Menurut Cik Asliza, keanehan Nurul Afida itu mendorong ramai pengamal ubat tradisional tampil untuk membantu, tetapi beliau enggan kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. -hm Tubuh dipenuhi bulu |
MB Selangor: Kos Ubahsuai Pejabat Hasan Ali Paling Tinggi & Tak Ikut Prosidur Yang Betul Posted: 27 Mar 2012 08:03 AM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata bekas exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya, demikian lapor malaysiakini. Perkara tersebut didedahkan di sidang DUN Selangor hari ini. Khalid berkata perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000). Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000). Pendedahan tersebut merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang semalam mendakwa Xavier dan Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka. Pada hari yang sama Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai. Sebelum ini, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat. FreeMalaysiaToday melaporkan MB Selangor, Abdul Khalid mendakwa Hasan Ali tidak menjalankan tatakelola kerja yang ditetapkan terutama membabitkan pelbagai kontrak prasarana dibawah tanggungjawab exco yang dipegang beliau. Katanya, Hasan Ali didakwa campurtangan dalam pemilihan kontraktor bagi projek prasarana di Selangor. "Kita terima laporan audit dan menunjukkan Hasan Ali campur tangan dengan cuba cadang dan tentukan siapa kontraktor yang sepatutnya dapat projek. Biasanya tiada konflik kepentingan peribadi dalam pemilihan nama kontraktor. "Saya baru dapat satu beban…dengan beban ini saya dapat buktikan Hasan Ali tidak mengikut tatakelola yang ditetapkan," jelas beliau. Dalam pada itu di dalam perkembangan berasingan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali enggan melayan cabaran bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali agar menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994. Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan dakwaan Hasan sebagai fitnah bagi mengalih perhatian orang ramai mengenai persoalan yang dibangkitkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini. "Ini adalah fitnah yang berulang sejak bertahun lalu. Jadi saya memilih untuk tidak menjawab tuduhan itu. "Kenyataan saya berdasarkan audit, fakta dan angka, saya tak suruh beliau respon dalam keadaan sebegitu malah beliau cuba alihkan perhatian orang ramai serta tidak respon kepada soalan saya...tetapi beliau pilih untuk menyerang peribadi saya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa. Beliau mengulas mengenai cabaran Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berhubung kemampuan Mohamed Azmin sebagai pegawai kerajaan biasa memiliki banyak wang bagi membeli sahambernilai berjuta-juta ringgit. Dalam pada itu Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut melahirkan rasa terkejut dengan cabaran Hasan kerana mengambil pendirian menyerang peribadinya berdasarkan fakta-fakta fitnah. "Saya terkejut sebab sebagai pemegang PhD beliau selalu mendakwa dirinya bijak dan berpengalaman luas...tapi saya terkejut sebab pemikirannya terlalu lemah dalam respon kepda perbahasan saya dalam DUN. "Beliau mengambil pendirian yang mengecewakan. Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangakan Hasan Ali? Beliau tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu," katanya. Pada persidangan DUN Selangor minggu lalu, Mohamed Azmin membangkitkan mengenai perbelanjaan berjumlah RM300,000 bagi mengubahsuai pejabat Hasan ketika menjadi exco Selangor dua tahun lalu. Hasan Ali rendahkan martabatnya klik untuk baca |
Setelah Di"boo", Nak Tutup Malu, Timbalan Menteri Cuba Menipu Posted: 27 Mar 2012 04:40 AM PDT Wee tak diserang, kata polis & penganjur Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan penganjur perhimpunan berhubung isu pendidikan Cina menafikan terdapat pihak yang diserang, bertentangan sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. Tun Hisan berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu, lapor beberapa harian berbahasa Cina. "Tidak, beliau tidak diserang...," beliau dipetik sebagai berkata kepada China Press sambil menambah polis tidak akan menyiasat kes itu sekiranya tiada laporan dibuat. Ketibaan luar jangka Wee dalam perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zon sebelum ini mengundang kekecohan. Wee dalam sidang media selepas beredar dari situ mendakwa lelaki pertengahan tahun yang memakai kemeja-T cuba menumbuknya. -mk Wee Ka Siong dakwa nyaris ditumbuk |
Hasil Pasir Selangor Naik Dari RM12.5 juta Kepada RM32.5 juta Semasa PR Memerintah Posted: 27 Mar 2012 01:56 AM PDT Gagal diurus dengan baik sewaktu era Umno-BN, kini hampir semua berjaya ditangani dengan baik oleh Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) sehingga keuntungan perlombongan pasir meningkat sejak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat(Pakatan). Bukti ketelusan itu, royalti yang diterima kerajaan negeri meningkat kepada RM32.5 juta untuk tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011 berbanding hanya RM12.51 juta dari tahun 2005 – 2007 dibawah Umno-BN. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini bagi majlis menandatangani kontrak di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor yang terpilih bagi melombong pasir di Selangor. "Dulu pengurusan pasir tidak diurus dengan baik kerana pegawai kerajaan tidak mempunyai kepakaran dalam melombong pasir. "Semasa Umno-BN memerintah, ramai yang melombong pasir tetapi tidak ikut peraturan, ada lesen atau tidak ada lesen tiada beza kerana mereka sesuka hati melombong pasir tanpa had," ujar Menteri Besar . Tambahnya, Pejabat Daerah tiada pemantauan yang rapi tentang pengeluaran pasir yang dilakukan sebelum ini. Peningkatan hasil pasir secara mendadak ini adalah disebabkan oleh urus tadbir perlombongan pasir dilakukan dengan adil dan berhemah serta sentiasa mendapat pemantauan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selain itu, KSSB dengan usahasama Transparency International (TI-Malaysia) sedang melaksanakan Sistem Integrity Pact (IP) ataupun dikenali sebagai Pakatan Integriti (IP) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2012. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Wan Halim Wan Ismail berkata, kontraktor-kontraktor yang dilantik mestilah mematuhi segala syarat – syarat yang ditetapkan oleh KSSB seperti tidak boleh meminta dan menerima rasuah, menyalahguna jawatan atau kedudukan dan lain-lain lagi. Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor, Datuk Jaafar Maahad. -selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan