Rabu, 28 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Anwar: Jenayah anak menteri dihapus

Posted: 28 Mar 2012 12:16 AM PDT

AMPANG 28 Mac: Sikap dwistandard yang diamalkan Umno BN bukan sahaja melibatkan pemimpinnya sahaja, tetapi turut melibatkan kaum keluarga mereka bagi menyelamatkan nama baik walaupun terpalit isu jenayah.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ceramahnya yang diadakan di Taman Kosas yang dihadiri 5,000 hadirin.

"Saya pergi Johor, kereta saya dipecahkan, Nurul Izzah pergi Felda, Pemuda Umno serang dia hampir tumbuk dia.Tapi syukur alhamdulillah saya tidak terkesan, saya tengok Nurul Izzah walaupun anaknya diugut bunuh, ada mesej kepada dia 'u berhenti sokong KEADILAN ayah kamu, kalau tidak, anak kamu hilang'. Lapor polis, sehingga kini masih siasatan.


"Maknanya lepas tiga enam bulan masih tiada jawapan, tapi kalau anak menteri punya kes, dua hari menteri kata tiada kes, semuanya selesai," katanya.

Terdahulu, dilaporkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, didakwa terlibat insiden menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara.

Ia bermula dengan pergaduhan kecil apabila Mohamad Nedim enggan memberi butiran dirinya sebelum memasuki kawasan kondominium itu, selepas diminta pengawal terbabit.

Bagaimanapun, keesokannya, akhbar arus perdana melaporkan polis mendapati pergaduhan hanya berlaku antara penyelia keselamatan dan pengawal peribadi Mohamad Nedim, tanpa melibatkan beliau sendiri.

"Ini dia cara Umno, kita sudah tahu apa yang boleh kita janjikan yang baik ibarat madu dan kita tahu apa racun yang ada dalam BN," katanya.

-Keadilandaily


Cina Bantai Cina..

Posted: 27 Mar 2012 11:36 PM PDT

Profesor madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini berkata tuntutan oleh kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong merupakan tindakan "biadab" kerana cuba menjadikan Malaysia seperti negara komunis China.

"Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat.

"Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun kerajaan akan beri sedikit, Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka," katanya dalam satu tulisan di akhbar Utusan Malaysia hari ini.


Ridhuan juga berkata, kumpulan "ultra kiasu" Dong Zong itu juga tidak ikhlas untuk membawa agenda kebangsaan dalam tuntutan mereka, tetapi hanya memfokuskan kepada agenda "Cina, Cina, Cina."

Katanya lagi, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengadakan "demonstrasi ultra kiasu."

Tambahnya, tindakan itu sepatutnya menyebabkan kumpulan itu ditahan bawah ISA tetapi kerajaan tidak bertindak seperti itu.

Keadaan itu berbeza dengan tindakan yang akan diambil kerajaan komunis China, yang menembak mati 800 orang dalam perhimpunan berdarah Tiananmen.

"Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut.

"Jika ada pun tindakan, ahanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa?

"Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita," katanya.

http://malaysiakini.com/news/193399


Anwar ulang iltizam Pakatan batalkan PTPTN

Posted: 27 Mar 2012 07:41 PM PDT

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang.

"Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti," kata Anwar.

Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.


"Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan," tegas Ketua Pembangkang itu lagi.


Beliau berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin di Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam.

Dalam ceramah sama, Anwar turut mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk menurunkan kadar tarif elektrik sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kelak.

"Dalam masa sebulan Pakatan memerintah, kita akan turunkan kadar tarif elektrik. Saya akan panggil tauke-tauke IPP dan minta mereka fikir cara untuk menurunkan kadar elektrik agar tidak membebankan rakyat.

"Pemimpin harus berani berhadapan dengan mereka. Jangan kita apabila nampak tauke kita takut, nampak Obama takut, nampak bini lagi takut," kata Anwar dan disambut ketawa hadirin di stadium.

Katanya lagi, usaha mendahulukan kebajikan rakyat ini sudah pun dibuktikan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri berjaya mengutip hutang-hutang dan aset-aset lama bernilai hampir RM500juta dan memulangkannya kembali kepada rakyat melalui program-program di bawah inisiatif Selangorku.

Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor selama dua hari itu menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak

Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.

Majlis pada malam itu dibuka dengan jenaka pentas oleh penulis dan aktivis terkenal Hishamuddin Rais. Turut memberi ucapan sebelum Anwar adalah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.-K/Daily


Populariti Anwar Terus Meningkat..

Posted: 27 Mar 2012 04:43 PM PDT

Ceramah Anwar Di Taman Kosas






Sumber dari Tulang Besi


Kerajaan Akui Projek NFC Gagal

Posted: 27 Mar 2012 07:41 AM PDT

K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.


"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

Dalam ucapannya, Noh tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek tersebut.

Beliau juga tidak menyebut sama ada kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga Shahrizat.

Masalah yang melibatkan NFC pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menunjukkan syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007.

Berikutan ini, PKR mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa pinjaman mudah RM250 juta didakwa telah disalahgunakan untuk beberapa pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri pemeliharaan lembu.

Ini termasuk pembelian beberapa unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan luar negara, meneroka industri restoran dan pasar raya serta sebidang tanah di Putrajaya.

Selepas berbulan-bulan menafikan sebarang salahlaku, Shahrizat mengumumkan pada 11 Mac bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator apabila tempohnya tamat pada 8 April.

Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas dua tuduhan pecah amanah jenayah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.


Sah Hasan Ali Ubahsuai Pejabat Paling Mahal Dan Tak Ikut Prosedur

Posted: 27 Mar 2012 06:41 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata bekas exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya, demikian lapor malaysiakini.

Perkara tersebut didedahkan di sidang DUN Selangor hari ini. Khalid berkata perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).


Pendedahan tersebut merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang semalam mendakwa Xavier dan Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka.

Pada hari yang sama Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.

Sebelum ini, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat.

FreeMalaysiaToday melaporkan MB Selangor, Abdul Khalid mendakwa Hasan Ali tidak menjalankan tatakelola kerja yang ditetapkan terutama membabitkan pelbagai kontrak prasarana dibawah tanggungjawab exco yang dipegang beliau.

Katanya, Hasan Ali didakwa campurtangan dalam pemilihan kontraktor bagi projek prasarana di Selangor.

"Kita terima laporan audit dan menunjukkan Hasan Ali campur tangan dengan cuba cadang dan tentukan siapa kontraktor yang sepatutnya dapat projek. Biasanya tiada konflik kepentingan peribadi dalam pemilihan nama kontraktor.

"Saya baru dapat satu beban…dengan beban ini saya dapat buktikan Hasan Ali tidak mengikut tatakelola yang ditetapkan," jelas beliau.

Dalam pada itu di dalam perkembangan berasingan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali enggan melayan cabaran bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali agar menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994.

Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan dakwaan Hasan sebagai fitnah bagi mengalih perhatian orang ramai mengenai persoalan yang dibangkitkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

"Ini adalah fitnah yang berulang sejak bertahun lalu. Jadi saya memilih untuk tidak menjawab tuduhan itu.

"Kenyataan saya berdasarkan audit, fakta dan angka, saya tak suruh beliau respon dalam keadaan sebegitu malah beliau cuba alihkan perhatian orang ramai serta tidak respon kepada soalan saya...tetapi beliau pilih untuk menyerang peribadi saya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai cabaran Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berhubung kemampuan Mohamed Azmin sebagai pegawai kerajaan biasa memiliki banyak wang bagi membeli sahambernilai berjuta-juta ringgit.

Dalam pada itu Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut melahirkan rasa terkejut dengan cabaran Hasan kerana mengambil pendirian menyerang peribadinya berdasarkan fakta-fakta fitnah.

"Saya terkejut sebab sebagai pemegang PhD beliau selalu mendakwa dirinya bijak dan berpengalaman luas...tapi saya terkejut sebab pemikirannya terlalu lemah dalam respon kepda perbahasan saya dalam DUN.

"Beliau mengambil pendirian yang mengecewakan. Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangakan Hasan Ali? Beliau tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu," katanya.

Pada persidangan DUN Selangor minggu lalu, Mohamed Azmin membangkitkan mengenai perbelanjaan berjumlah RM300,000 bagi mengubahsuai pejabat Hasan ketika menjadi exco Selangor dua tahun lalu.

http://greenboc.blogspot.com/2012/03/mb-selangor-kos-ubahsuai-pejabat-hasan.html


Jual Tapak Masjid - Guan Eng Perlu Jelaskan Kepada Rakyat P. Pinang

Posted: 27 Mar 2012 05:18 AM PDT

Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan segera berhubung dakwaan kerajaan negeri menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pemaju.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Guan Eng pada Jumaat lepas bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang jawapan.



"Salinan surat itu turut dihantar kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Malek tetapi hingga hari ini tiada sesiapapun daripada mereka menjawab surat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah berkenaan.

Tanah berkenaan kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Mohd Yussuff yang juga Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, pihaknya hanya mahukan jawapan dan penjelasan daripada kerajaan negeri bagi memastikan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya.

"Rakyat negeri ini nak tahu adakah dakwaan itu benar dan jika hanya tuduhan, mereka (kerajaan negeri) perlu tampil beri penjelasan," katanya. - BERNAMA


GST Akan Tetap Dilaksanakan Selepas PRU13

Posted: 27 Mar 2012 04:41 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.


Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.

Walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, Idris berkata beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

"Kamu kena tanya perdana menteri. Beliau menteri kewangan tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku sekarang. Seperti saya pernah sebutkan, ia memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya setahun (daripada tarikh diumumkan)," katanya.

"Tetapi saya percaya terdapat banyak sebab untuk negara kita melaksanakannya. Ini menunjukkan kenapa 143 negara sudah melaksanakan GST.


PRU 13 - Najib Sudah Adakan Majlis Makan Malam Perpisahan?

Posted: 27 Mar 2012 04:12 AM PDT

Malam tadi semua ahli Parlimen UBN telah berhimpun di Seri Perdana kediaman perdana menteri di Puterajaya bagi menghadiri majlis makan malam yang diadakan Najib Tun Razak.

Majlis makan malam, malam tadi dikira anih kerana jarang dilakukan Najib ketika parlimen sedang berlangsung. Ghalibnya perdana meteri (Najib) mengadakan majlis makan malam sebaik saja selesai pembentangan Bajet di parlimen.

Kerana melanggar kebiasaan itu, majlis makan malam adalah pelik dan di luar kebiasaan. Justeru itu ada yang menyangka majlis makan malama pelik itu menanda perlimen penggal ke 12 sudah hendak dibubarkan.


Apa lagi seorang ahli parlimen yang turut hadir pada majlis itu menjelaskan, menurut Najib majlis makan malan tadi bukan apa-apa kecuali sebagai majlis perpisahan sesama kita.

"Apakah malan ini ada meting,?" tanya ahli parlimen berkenaan kepada Najib.

"Tak ada ia cuma majlis makan untuk perpisahan sesama kita sahaja," begitulah balas Najib bergurau. Ahli majlis berkenaan pulang sebaik selesai makan.

Majlis malam tadi dihadiri oleh hampir seluruh MP UBN... hanya beberapa orang yang tidak ada hadir yang berada di luar negeri. Bagai mana pun bekas PM Abdullah Badawi tidak hadir.

Ada yang menyifatkan majlis makan malam adalah majlis makan malam terakhir dengan perdana menteri dan menunjukkan bahawa selepas tidak ada majlis makan bersama perdana menteri dengan wakil rakyat.

Mungkin ada kebenaran pendapat beberapa pihak bahawa pilihan raya umum sudah hampir benar. [wm.kl.8:24 pm 26/03/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/susupan-petang_26.html


Seks..? Melaka ..? Patut Le.. Hehehe...

Posted: 27 Mar 2012 02:40 AM PDT

Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah seks

Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.


Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira jam 6.30 petang, 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira jam 1.15 petang 13 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam.

- Bernama

BERITA BERKAITAN

YB Yang Ditahan Di Kelab Malam Pegang Jawatan Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka



Tiada ulasan: