Rabu, 28 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


Statistik terkini permohonan murtad

Posted: 27 Mar 2012 10:17 PM PDT

Dr Mujahid Yusof Rawa minta Perdana Menteri menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.

Demikian pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar itu bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan anggota Dewan Rakyat daripada PAS, hari ini.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana JAKIM memulakan dialog dengan NGO bukan Islam untuk menerangkan prinsip keadilan Islam, jika ya apakah hasilnya.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kesan kepada kemasukan pelancong dari luar dan dalam negeri hasil kerjasama Syarikat Penerbangan MAS dan AirAsia.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini pembinaan Hospital Shah Alam.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang kedudukan terkini projek NFC dan apakah penyelesaian terhadap skandal dalam NFC sehingga kini.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pelaksanaan program Koridor Utara dan manfaatnya kepada rakyat di kawasan terbabit.

Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maklumat di sebalik program 'divestment' atau penjualan pelaburan untuk pemilikan individu Melayu-Bumiputera, yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas syarikat-syarikat PNB dan Khazanah Nasional yang tidak 'core' dan cara untuk merealisasikannya serta contoh-contoh kejayaan yang telah pernah disaksikan.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Dasar Belia FELDA dapat diperkenalkan sebagai suatu proses transformasi daripada peneroka kepada generasi kedua FELDA memandangkan begitu ramai peneroka yang telah meninggal dunia.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.


Statistik tahun sebelum ini


INI statistik tahun-tahun sebelum yang di nyatakan, yang tak di nyatakan bersepah lagi, Jadi nak tanya hangpa yang beragama, celah mana Barisan Nasional dok menjaga akidah umat ISLAM...? YA!! Semua faktor diri sendiri kita jangan salahkan agama lain berdakwah untuk agama mereka! tapi celah mana dan apa gomen punya peranan? Kenapa sehingga hari ini tiada satu undang-undang di draftkan bagi menyelesaikan gejala ini!?   


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: