Selasa, 27 Mac 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pelaburan FELFA Global Ventures Di Luarnegara Rugi

Posted: 27 Mar 2012 12:27 AM PDT

Kuala Lumpur, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 milion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya. -HD



Kadir Tak Tolak Kemungkinan Sertai PR: Kalau Depa "Tabuh Kuat Sangat..."

Posted: 26 Mar 2012 11:21 PM PDT

SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir

SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.

"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.

"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.

Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.

Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.

Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.

Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.

Aktif politik semula

Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.

Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.

"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.

Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.

"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.

"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la",
katanya sambil tersenyum. -HD



Ulasan GB

Benarlah seperti tajuk entri GB terdahulu, Kadir menyatakan beliau keluar UMNO kerana menyahut cabaran oleh Setiausaha Agung UMNO sendiri.

Dan jika berpegang kepada prinsipnya yang "mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat", maka sewajarnya Kadir menyertai Pakatan Rakyat kerana itulah perjuangan PR selama ini - membenteras gejala rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO BN.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Perlis Pula Dihentam Ribut Taufan, 117 Rumah Rosak

Posted: 26 Mar 2012 09:30 PM PDT

Rasa bagai hendak kiamat'

ARAU - Sepasang suami isteri hanya mampu berpelukan sesama sendiri sambil membacakan dua kalimah syahadah setelah merasakan 'dunia bagai hendak kiamat' sewaktu kejadian ribut taufan yang merosakkan sebahagian besar rumah mereka di Kampung Titi Long Boh, Tambun Tulang di sini lewat petang kelmarin.

Peniaga, Che Haton Rejab, 58, berkata, dia yang tinggal berdua bersama suami, Mat Udin Shafie, 60, ketika kejadian berlaku pada mulanya bertindak keluar dari rumah setelah menyedari beberapa keping bumbung rumah diterbangkan angin ribut sehingga menyebabkan hujan membasahi keseluruhan ruang tamu rumah.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin buruk apabila beberapa batang pokok di rumah bersebelahan tumbang sehingga menyebabkan mereka suami isteri kembali memasuki rumah untuk mencari tempat berteduh.

"Saya masih tidak lupa angin bergulung umpama puting beliung yang amat menakutkan menerbangkan keseluruhan bumbung rumah kami selain merosakkan bahagian tandas rumah.

"Ketika itu, kami rasa dunia hampir kiamat dan hanya berpelukan di bucu rumah sambil mengucap dua kalimah syahadah hingga kejadian berakhir kira-kira sejam kemudian," katanya di rumahnya, di Kampung Titi Long Boh, Tambun Tulang semalam.

Beliau menceritakan pengalaman ngerinya itu ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Rus'sele Eizan pagi semalam.

Che Haton berkata, hampir semua kelengkapan rumahnya termasuk peralatan elektronik, perabot dan kelengkapan berniaga rosak terkena air hujan manakala hampir 90 peratus bumbung rumahnya sudah tercabut.

Menurutnya, pihaknya kini berada dalam dilema disebabkan tidak tahu di mana hendak mencari tempat berlindung memandangkan anak mereka tinggal jauh.

"Saya tidak tahu hendak minta tolong dengan siapa sebab kos untuk membaiki semula rumah saya amat tinggi disebabkan hampir keseluruhan bahagian rumah termasuk bahagian tandas rosak teruk akibat dilanda ribut.

"Kejadian ini sudah kali kedua berlaku di rumah kami dalam setahun dan saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil rakyat untuk membantu meringankan beban kami," katanya.

Sementara itu, Rus'sele ketika ditemui menjelaskan Pas Perlis akan menyediakan bantuan kelengkapan membaiki bumbung rumah itu dengan segera bagi meringankan penderitaan dialami Che Haton sekeluarga.

"Saya juga mohon JKM segera menyalurkan bantuan kecemasan kepada keluarga Che Haton bagi membolehkan mereka mempunyai tempat berteduh sementara selain mempercepatkan proses membaiki rumah," katanya. -SH


117 rumah rosak dilanda ribut dalam 10 minit

KANGAR - Sebanyak 117 buah rumah di lima kawasan di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang berlaku selama 10 minit bermula pukul 4.15 petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Esa berkata kejadian membabitkan kawasan Indera Kayangan, Sena, Kayang, Tambun Tulang dan Guar Sanji.

Jumlah kerugian masih disiasat oleh kira-kira 40 warga kerja JKM Perlis dan bantuan akan diberi sebaik sahaja bancian selesai, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata kawasan paling teruk terjejas ialah Indera Kayangan yang menyaksikan 28 rumah masing-masing di Kampung Bakau dan Taman Hijrah rosak teruk terutama pada bahagian bumbung.

Turut mengalami kerosakan ialah gerai dan premis perniagaan terutama sekitar bandar Kangar serta bumbung beberapa premis kerajaan di Jalan Penjara di sini, selain pokok besar yang tumbang, katanya.
- Bernama


[Bergambar] 11 Murid Cedera, Bas Sekolah Tembung Bas Persiaran

Posted: 26 Mar 2012 08:00 PM PDT

Jitra - Seramai 11 orang murid dan seorang guru Sekolah Rendah Al-Azhar di Gelong di sini cedera setelah bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas persiaran di Km 16.8 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Alor Setar petang tadi.

Ketika kejadian pukul 4 petang itu, bas yang membawa 40 orang murid sedang dalam perjalanan untuk menghantar mereka pulang selepas sesi persekolahan tamat kira-kira 3 petang.

Mohammad Aisar Hamzah, 11, berkata ketika kejadian, pemandu bas yang juga guru sekolah mereka sedang membelok masuk ke lebuh raya berkenaan dari simpang Kampung Wang Perah.

"Selepas berlanggar saya terkedu bila nampak ada orang tercampak keluar dari bas dan saya nampak kepala dia berdarah," katanya di tempat kejadian.

Antara mangsa yang cedera ialah Zihni Ilman Zairi, 9, yang patah kaki kiri dan murid Tahun Satu, Afif Shahmi Abdul Salam, 7, yang cedera di kepala dan badan akibat tercampak keluar dari bas.

Murid yang cedera termasuk guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan, manakala 44 penumpang bas persiaran tersebut termasuk pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.06 petang dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 4.17 petang bersama sembilan anggota.

"Ketika bomba sampai, tujuh pelajar yang cedera telah dibawa ke hospital, manakala penumpang dan pemandu bas persiaran tidak dilaporkan mengalami kecederaan," katanya. – Bernama

foto ehsan NST






Anak Guna Porsche: Patutlah Nazri Takut Isytihar Harta Sebelum Ini

Posted: 26 Mar 2012 07:00 PM PDT

Nazri diminta dedah sumber dana beli Porsche

Menteri di Perdana Menteri Jabatan Nazri Abdul Aziz digesa mendedahkan sumber dana untuk pembelian sebuah kereta Porsche dan sebuah kenderaan MPV mewah yang digunakan oleh anaknya dan pegawal peribadi anaknya semasa didakwa berlaku insiden seorang pegawal keselamatan dipukul malam Selasa lalu.

Dalam hal ini, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata ia juga menjadi tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengotakan janjinya untuk pembaharuan dan kerajaan yang bersih.

"Ini boleh dilakukan dengan mengarahkan Nazri membuat pengisytiharan penuh asetnya," tambah Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata tindakan tergesa-gesa polis untuk membersihkan anak Nazri - Mohamad Nedim - daripada sebarang salah laku - seperti yang dilaporkan beberapa akhbar Sabtu lalu - hanya menimbulkan lebih banyak kecurigaan dan keraguan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di kondominium mewah itu pada malam 20 Mac.

"Adakah polis cuba melindungi reputasi Umno dan kerajaan?" soalnya sambil menambah bahawa rakyat berhak meminta satu siasatan menyeluruh dan saksama dijalankan terhadap kejadian tersebut.

Katanya, kenyataan OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul "Wan Abdul Bari's statement is Khalid tidak konsisten dengan laporan-laporan awal bahawa anak Nazri dan pengawal peribadinya yang memukul pengawal keselamatan tersebut.

"Juga telah dilaporkan bahawa terdapat rakaman CCTV keseluruhan kejadian tersebut. Apakah yang didedahkan dalam pita CCTV tersebut?" soalnya.

Surendran juga mendakwa ia telah menjadi amalan standard bagi pihak polis tergesa-gesa mempertahankan pemimpin BN atau saudara mara mereka yang disyaki melakukan jenayah. -mk

Bukan Wajib Bagi Menteri Kabinet, Ahli Keluarga Isytihar Aset Kepada SPRM - Nazri

PUTRAJAYA: Menteri-menteri Kabinet dan ahli-ahli keluarga mereka tidak seharusnya tertakluk kepada syarat-syarat ketat seperti mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Anggota-anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka tidak wajib untuk mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM. Kita hanya perlu melakukannya (pengisytiharan) kepada Pedana Menteri," katanya di sini, Khamis.

"Tugas SPRM hanya melakukan siasatan sekiranya terdapat sebarang penyelewengan… itu sahaja," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menerima baik cadangan SPRM itu.

"Kami tidak mempunyai masalah terhadap perkara itu. Semua anggota Kabinet perlu mengisytiharkan aset mereka kepada Perdana Menteri dan kami menyokong sepenuhnya cadangan daripada SPRM," katanya kepada pemberita pada mesyuarat bulanan kementerian itu, Khamis.

SPRM pada Rabu berkata, salinan fail pengisytiharan aset anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka serta ahli keluarga yang lain perlu diserahkan kepada Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, suruhanjaya itu mengemukakan cadangan tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat pada 12 Disember lalu dan dilihat menerima idea berkenaan.

"Kami mencadangkan supaya satu salinan pengisytiharan aset semua anggota pentadbiran persekutuan perlu diberikan kepada suruhanjaya. Kami (seterusnya) mencadangkan isteri-isteri mereka dan ahli keluarga yang lain dikehendaki untuk memaklumkan aset mereka melalui akuan berkanun dan rekod disimpan oleh SPRM," tambahnya lagi
. -mstar (19/01/12)


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 Exco Tolak Fitnah Hassan Ali

Posted: 26 Mar 2012 05:05 PM PDT

Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan

SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.

"Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai," kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.

Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.

"Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.

"Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan," katanya. -SH

'Kos pejabat Xavier, Halimah lebih besar'

PETALING JAYA – Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa keseluruhan kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya adalah lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco lain seperti Dr. Xavier Jayakumar dan Dr. Halimah Ali.

Hasan menjelaskan perkara itu yang merupakan salah satu daripada tiga dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendedahkan Hasan terlibat menyalahgunakan dana dan kedudukan ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor Jumaat lalu.

Hasan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan itu amat sederhana daripada segi kualiti bahan dan mutu kerja dilaksanakan.

Beliau menegaskan kerja-kerja pengubahsuaian itu bukan hanya melibatkan ruang pejabatnya tetapi juga termasuk bagi 19 orang termasuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel).

"Saya ingin jemput Yang Berhormat Bukit Antarabangsa membuat sedikit penyiasatan untuk membuat perbandingan antara pengubahsuaian pejabat saya dengan kerja-kerja pengubahsuaian mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri termasuk anak syarikat dan badan berkanun dalam tempoh yang sama.

"Mengikut maklumat saya perolehi, kerja-kerja pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco lain seperti Xaxier dan Halimah," katanya pada sidang media di rumahnya di sini.

Menurutnya, beliau boleh memaafkan kealpaan Azmin kerana menimbulkan semula isu tersebut tetapi sukar baginya untuk memaafkan Azmin kerana didakwa mempunyai niat buruk tersembunyi menimbulkannya semula.

Katanya, tindakan Azmin mempersoalkan kredibilitinya di sidang Dun itu dilihat sebagai secara langsung mempertikaikan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
-petikan SH


Hasan says other excos spent more

KUALA LUMPUR: Former Selangor executive council member Hasan Ali claimed today that other executive councillors spent more than he did in response to accusation that his office's renovation cost was exorbitant.

The sacked PAS leader said the RM850,000 spent on his office was still lower than the refurbishment costs of Dr Xavier Jeyakumar and Dr Halimah Ali's respective offices and questioned the motive behind the scrutiny on him.

Last Friday, PKR deputy president Azmin Ali accused Hasan of spending RM300,000 to renovate his office, and RM550,000 for a Selangor Malay Customs and Heritage Corp (Padat) conference when the latter was chairman of the state body.

Azmin, the Bukit Antarabangsa assemblyman, also claimed Hasan did not conduct open tenders for road maintenance contracts when he was the Infrastructure and Public Amenities executive council chairman.

Hasan said Azmin, who also had been accused of financial misappropriation in the past, had no right to question his credibility.

"The cost to renovate my office, which was to fit 19 staff, was still low compared to Xavier and Halimah," the former Selangor PAS chief told a press conference at his house here.

"Azmin has no locus standi to question my credibility as he has yet to explain all the accusation of financial irregularities thrown against him."

Hasan was sacked from the party on Jan 8 and subsequently removed from his executive council post for his belligerence and continuous attacks on the Pakatan Rakyat state administration.

He claimed the state policies were betraying Islam, the Malays and the royalty and put the blame on Pakatan chief and Selangor economic adviser, Anwar Ibrahim, saying his liberal policies were influencing the Selangor government's directions.

PAS had him removed after he went against party instructions and called for supporters to avoid a rally held on the day Anwar's sodomy trial verdict was handed down.

Plot to oust Khalid

Hasan has since gone on a nationwide campaign "in the name of Islam and Malay unity" through his NGO, Jati, which has become his platform to criticise the Selangor government's supposed "anti-Islam" policies.

Azmin's attack on him was believed to be in response to Hasan's campaign but the latter said the criticism was only hurting Khalid Ibrahim's credibility as the Menteri Besar.

"What he is doing is only attacking the credibility of the Pakatan government," Hasan said, pointing out that renovation cost of his office was approved by the state government.

He accused Azmin of attempting to "kill two birds with one stone" when questioning the cost, saying the criticism was not only meant for him but was an attack on Khalid as well.

"It is understood that he [Azmin] had long tried to oust Khalid," he said. Azmin had denied the allegation although it is widely known that he and Khalid have had conflicts in the past.

Hasan urged Khalid to probe into the expenses of all executive councillors and other state companies, naming state financial officer Arif Abdul Rahman as an example of the lack of transparency in Khalid's governance.

Arif was said to have been given RM250,000 annually by state-owned firms like Kumpulan Darul Ehsan, Worldwide Holdings and PKNS since 2008 for overseas holidays and receives a monthly salary of up to RM100,000 for "being a silent director" on these companies.

Bad faith

In an immediate reaction, Jeyakumar said Hasan's allegation was done in bad faith.

"I can take all of you (reporters) to my room. The only renovation I did was to change the carpet and build two smaller meeting rooms. I will reveal the figure tomorrow. Hasan's allegation is a lie."

"I think the actual cost (of renovation to his office) was less than RM100,000. I remember because we are very particular about costs…we also want to keep the costs low,"
he told reporters at the Selangor state assembly.

He said the renovation works were done soon after Pakatan Rakyat took over the administration of the state following the 2008 general election.

Meanwhile Halimah also refuted Hasan's allegation, saying that she had never shifted office since 2008.

"My office is just by the side of the state finance officer's office. From then to now, I have not done any renovation to my office,"
she added. -FMT


Ulasan GB

Apa jenis punya manusia ni sehingga terpaksa memfitnah orang.

Benar pemerhatian yang GB katakan dulu, dia akan semakin hanyut dan semakin sesat ...

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Pelik, Keluarga Dirang Terus Diancam, Cubaan Samun & Dikejar Orang Tidak Dikenali

Posted: 26 Mar 2012 08:36 AM PDT

Keluarga Dirang diganggu

PASIR GUDANG – Keluarga mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang mendakwa berasa terancam sejak kematian kanak-kanak itu.

Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, kehidupan mereka sekeluarga tidak tenteram berikutan beberapa insiden seperti cubaan samun dan dikejar individu tidak dikenali.

"Sejak dua hari lalu, rumah yang kami diami cuba dipecah masuk kira-kira jam 1 pagi. Ketika itu, kami semua sedang lena tidur, namun adik ipar terdengar bunyi penjenayah cuba memecah masuk melalui bumbung.

"Pada mulanya, kami sangka ia bunyi burung yang berjalan di siling, tetapi penjenayah itu cuba pecahkan siling menyebabkan ibu bertindak mengambil batang besi lalu mengetuk pintu dengan kuat, menyebabkan penjenayah itu melarikan diri," katanya selepas menerima kunjungan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan isterinya, Bibi Zakiah Meraslam di rumah mereka di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini, semalam.

Roselyn memberitahu, ia merupakan kejadian pertama cubaan pecah rumah dialaminya sejak hampir setahun setengah mereka sekeluarga menetap di situ.

Jelasnya, atas dasar keselamatan, mereka sekeluarga telah berpindah ke blok lain di situ.

"Kami bukan tidak mahu pindah tempat lain, tapi berasa selesa di sini kerana terdapat ramai saudara-mara yang tinggal di flet ini," katanya.

Ibu tiga anak ini juga mendakwa, adik bongsu lelakinya, Mohd Hakim Alan, 14, dikejar tiga individu tidak dikenali dalam tiga kejadian berasingan.

Roselyn percaya kejadian yang berlaku ada kena mengena dengan kes kematian Dirang.

Sementara itu, menceritakan detik-detik cemas dialaminya, Mohd Hakim berkata, kejadian pertama dia dikejar ialah ketika hendak ke kafe siber berdekatan rumah.

"Ketika itu lebih kurang jam 1 tengah hari, saya hendak ke kafe siber, kemudian ada lelaki cuba mendekati sambil memanggil saya dekat dengannya. Dia kemudian bertanya saya anak siapa.

"Tidak mengendahkan lelaki itu, saya kemudian bertindak melarikan diri lalu dikejar," katanya.

Mohd Hakim berkata, insiden yang sama turut berlaku selang beberapa hari lalu dan mendakwa lelaki itu menaiki kereta Kancil berwarna merah sentiasa mengekorinya.

Roselyn berkata, dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku kerana khuatir akan keselamatan mereka sekeluarga. -SH


Keluarga diancam

SERI ALAM: Belum hilang rasa sedih selepas pemergian Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang pada 1 Mac lalu, keluarga kanak-kanak itu mendakwa terancam berikutan beberapa insiden dilalui keluarga berkenaan dengan terbaru cubaan memecah masuk rumah mereka di Flat Seri Delima, Bandar Baru Seri Alam.

Dalam kejadian jam 1 pagi kelmarin, keluarga Dirang yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi bising dari siling.

Bunyi aneh yang pada mulanya disangka burung menyebabkan mereka tidak mengendahkannya, bagaimanapun mula berasa pelik apabila ia semakin kuat seperti seseorang sedang mengorek lubang pada siling berkenaan.

Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, kejadian itu disedari adik iparnya sebelum semua ahli keluarga dikejutkan daripada tidur.

"Kami meminta bantuan jiran untuk mengesan punca bunyi terbabit. Kerana risau, kami menendang dinding dan tiang rumah. Bunyi aneh itu kemudian hilang selepas jiran memenuhi depan rumah. -hm


LIMA MEDANG, menunjukkan siling rumah kosong yang dipercayai digunakan individu yang tidak dikenali untuk memecah masuk ke rumahnya melalui siling di flet Seri Delima Bandar Seri Alam, Johor Bahru.



Ulasan GB

Mengapa GB kata pelik?

Sebab orang yang dikatakan membunuh Dirang sudah direman malah hari ini sudah didakwa di mahkamah.

Kemudian, orang yang mana pula mengancam, meracau, mengejar malah cuba menyamun keluarga Dirang?

Ada beberapa perkara yang timbulkan persoalan sebelum ini misalnya SMS dikatakan dihantar oleh budak umur 11 tahun yang nampaknya di luar logika akal.

Yang mana fakta, yang mana auta?

Ya Allah, dedahkanlah kebenaran itu kebenaran...

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Kisah 30 Kambing Tak Takut Air, Terperangkap Di Beting

Posted: 26 Mar 2012 07:32 AM PDT

Kuantan - Tanggapan bahawa kambing takutkan air mungkin tidak lagi sesuai digunakan kerana kira-kira 30 ekor kambing dipercayai milik penduduk Kampung Tanjung Selangor, Pekan, dilihat selesa turun bermain air di beting pasir berhampiran Kuala Kampung Cherok Paloh, dekat sini, semalam.

Kejadian yang dianggap pelik itu disaksikan sebuah keluarga dari Kuantan yang kebetulan singgah berehat di tepi pantai berkenaan.

Bagaimanapun keasyikan mereka menyaksikan gelagat kambing itu bertukar cemas apabila semua haiwan terbabit terperangkap di beting pasir berikutan air pasang.

Moha Hazrul Hisham, 27, dari Bukit Setongkol, di sini, berkata, dia bersama 10 ahli keluarganya singgah di pantai itu kira-kira jam 9 pagi untuk berehat selepas penat mengayuh basikal dari Kuantan ke Kampung Cheruk Paloh.

Menurutnya, mereka ternampak kumpulan kambing itu datang dari Tanjung Selangor sebelum melintasi air cetek di beting pasir dan berjalan ke kawasan yang agak jauh ke tengah.

"Kami sedari air mula pasang dan ternampak haiwan terbabit mula berkumpul di satu kawasan dikelilingi air laut yang semakin dalam serta berarus agak deras.

"Kami mula panik kerana bimbang kambing-kambing itu akan lemas, namun beberapa nelayan yang melintasi kawasan itu bersama bot masing-masing tidak mengendahkan kejadian yang berlaku," katanya.

Moha berkata, atas dasar kemanusiaan, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan kambing berkenaan memandangkan keadaan air semakin dalam.

Tiga anggota JPAM Pekan, Mohd Indra Iskandar Ramli, 21, Nor Faizal Mohamad, 27, dan Abdul Syukur Ismail, 30, tiba di lokasi kira-kira jam 10 pagi sebelum cuba mendekati kawasan kambing yang terperangkap menggunakan sebuah bot.

Kehadiran tiga anggota penyelamat itu seolah-olah tidak disenangi kumpulan kambing terbabit apabila semuanya cuba melarikan diri dengan berenang melintasi air yang agak deras untuk ke tebing arah Tanjung Selangor.

Kejadian disaksikan dengan penuh debaran keluarga terbabit kerana mereka tidak yakin haiwan itu mampu melepasi arus deras sejauh kira-kira 50 meter ke tebing.

Bagaimanapun, debaran mereka berakhir apabila kambing-kambing itu berjaya sampai ke tebing dalam keadaan selamat, tetapi seekor anak kambing tersasar dibawa arus, namun sempat diselamatkan tiga anggota JPAM itu.

Bagi Mohd Indra, pengalaman menyelamat haiwan bukan kali pertama baginya, namun kes kambing terperangkap dan nyaris lemas dalam air laut tidak pernah dilalui selama dia berkhidmat dalam pasukan sukarela itu.

Menurutnya, mereka tetap memberikan respons terhadap semua aduan orang ramai walaupun kes kecemasan itu melibatkan haiwan.

"Bagi kami haiwan juga makhluk bernyawa dan perlu diselamatkan jika berlaku kecemasan atau bencana, jus­teru kami nekad untuk menyelamatkan kambing-kambing itu daripada lemas dihanyutkan arus," katanya kepada Sinar Harian. -SH

30 kambing 'main air' terperangkap di beting

KUANTAN: Kambing tidak lagi takutkan air. Mungkin itu sesuai menggambarkan tindakan sekumpulan 30 haiwan peliharaan yang turun bermain air di beting pasir dekat kuala Kampung Cherok Paloh, Pekan, pagi semalam.

Namun, gelagat kumpulan kambing itu yang cuba 'berjinak' dengan air membawa padah apabila mereka terperangkap di beting pasir berkenaan selepas air laut tiba-tiba pasang.

Bagaimanapun, kumpulan kambing itu selamat sampai ke tebing selepas mengharungi air walaupun seekor tersasar dibawa arus, namun diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bergegas ke tempat kejadian. Kejadian kambing bermain air yang dianggap pelik itu disaksikan sebuah keluarga dari Bukit Setongkol, di sini, yang singgah berehat di pantai berkenaan jam 9 pagi semalam.

Saksi kejadian, Moha Hazrul Hisham, 27, berkata ketika tiba di pantai berkenaan bersama 10 ahli keluarganya yang mengayuh basikal dari bandar ini ke Cherok Paloh, dia melihat kumpulan kambing itu datang dari arah Tanjung Selangor, Pekan, melintasi air cetek sebelum menuju beting pasir terletak 50 meter dari pantai.

Katanya, tiba-tiba air mula pasang dan mereka yang melihat kejadian itu cemas kerana air laut sudah mengelilingi beting pasir itu tempat kumpulan kambing itu berada.

"Melihatkan air laut semakin dalam dan arus deras saya bimbang kambing itu lemas menyebabkan saya menghubungi JPAM," katanya.

Katanya, kumpulan kambing itu selamat ke pantai walaupun seekor daripadanya pada mulanya hanyut dibawa arus dan sempat diselamatkan anggota JPAM dengan sebuah bot.
-hm.



Wajah Buruh Yang Didakwa Pembunuh Dirang Dihadapkan Ke Mahkamah

Posted: 26 Mar 2012 06:21 AM PDT

Johor Bahru: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini.

Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira jam 8.40 malam, 2 Mac lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan.

Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Vinodharan. - BERNAMA

Rumah Mawi Pula Kena Rompak, Ahli Keluarga Diikat & Diacu Parang Dileher

Posted: 26 Mar 2012 05:31 AM PDT

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

Gambar: PENYANYI Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani menceritakan pengalaman beliau dan ahli keluarganya diikat dan diacu parang ketika rumahnya di Bangi Golf Resort, dipecah masuk perompak, awal pagi tadi. - Foto Afendi Mohamed

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.

Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000. -BH


Rumah Mawi kena rompak

BANGI – "Jangan bising.. duit, emas". Hanya itu yang diungkapkan empat perompak yang memecah masuk kediaman penyanyi terkenal negara Asmawi Ani, 30, atau lebih dikenali Mawi, di Bangi Golf Resort dekat sini kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mawi ketika kejadian baru sahaja menghabiskan lawatan kerja bersama media di Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi sebelum menghabiskan masa melayan anaknya, Cahaya Malaika sebelum masing-masing tidur sekitar jam 3 pagi.

Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya, Nora'Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.

"Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.

"Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya, isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di dalam bilik utama ketika itu,"
katanya.

Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.
-SH



Ulasan GB

Baru pagi tadi blog GB mengutarakan kes rumah YB kena rompak di Tg.Malim dengan modus operandi yang serupa.

Masihkah menteri KDN boleh mendabik dada menyatakan negara kita paling selamat?



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[Video] Remaja Upahan Umno Dicekup Cuba Sabotaj Program Pakatan Rakyat

Posted: 26 Mar 2012 02:58 AM PDT

Kuala Selangor 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival "Terima Kasih Rakyat" semalam didakwa didalangi Umno-BN.

Bertempat di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis 'Anwar Yahudi' dan 'Anwar sokong Israel' ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Kumpulan yang terdiri daripada enam orang itu juga bertindak menyerang kereta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja beredar untuk ke program lain selepas memberi ceramah di majlis itu.

Karnival itu diadakan sempena ulangtahun ke empat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak mengejar kumpulan terbabit yang menaiki tiga buah motorsikal.

Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan orang ramai menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang remaja itu dari dipukul manakala lima remaja lain berjaya melarikan diri.

Keadaan itu bagaimanapun kembali tenang sepenuhnya selepas remaja itu ditahan oleh polis.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kumpulan terbabit.

Katanya, seperti biasa Umno-BN akan menghantar samseng upahan untuk menganggu setiap majlis Pakatan Rakyat. -selangorku


Tiada ulasan: