Blog-list Malaysia |
- Hanya Kerana Satu SMS Adun BN Sanggup Ponteng Sidang Dewan
- Hasan Ali Dalang Penyebaran SMS Speaker Dun Selangor
- Nak Fitnahpun Agak-Agak La Hasan Ooi..
- Kos Pejabat - 2 Exco Nafi Fitnah Hasan Jati
- SAMM Dedahkan Hubungan Dagang Israel Di Parlimen Hari Ini
- Dua beradik ditumbuk, ditangkap semasa ceramah Umno
- Beruk Umno Ganggu Ceramah Pakatan Berjaya Ditangkap
- Hasan Jati Jawab Azmin Ali
- YB Yang Ditahan Di Kelab Malam Pegang Jawatan Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka
- Lim Guan Eng Memang Tak Guna..
- RM1.07 Trilion Wang Rakyat Dilarikan Secara Haram Keluar Negara
Hanya Kerana Satu SMS Adun BN Sanggup Ponteng Sidang Dewan Posted: 27 Mar 2012 12:27 AM PDT ADUN BN hari ini bertindak keluar dewan gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim yang tersalah menghantar pesanan BlackBerry kepada bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali. Wakil rakyat BN, yang mendapat maklumat itu, tidak berpuas hati dengan pesanan Teng yang menggesa barisan exco mempromosikan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat dalam sesi penggulungan dan menganggapnya berat sebelah. Isu itu disentuh oleh Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) yang menuntut penjelasan daripada speaker. Mereka menuntut speaker memohan maaf kepada DUN kerana mendakwa tindakan itu sama sekali tidak adil. Teng bagaimanapun enggan melakukannya sebaliknya meminta Mohd Isa memfailkan usul terhadapnya jika tidak bersetuju dengan keputusan itu. Sebagai tanda bantahan, tujuh daripada sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan. http://malaysiakini.com/news/193271 |
Hasan Ali Dalang Penyebaran SMS Speaker Dun Selangor Posted: 26 Mar 2012 11:13 PM PDT Sms dalaman terlepas: Speaker syak Hasan Ali SHAH ALAM, 27 Mac: Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengesyaki Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali telah menyebar sistem pesanan ringkas (Sms) yang dihantar olehnya kepada Adun Barisan Nasional. Menurut Teng, semalam beliau telah menghantar sms menggunakan senarai 'broadcast' telefon Blackberrynya kepada seluruh Exco Kerajaan Negeri yang mana dalam senarai tersebut masih terdapat nama bekas exco itu. Sms yang dihantar oleh Teng kepada semua exco yang berbunyi "This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacon is doing now." Tetapi sms tersebut telah disebarkan kepada adun Barisan Nasional dengan memberitahu Speaker bersikap berat sebelah dan mahu ia dijadikan isu untuk mereka keluar meninggalkan dewan negeri. "Saya akui kesilapan kerana tidak mengeluarkan nama bekas exco itu sehinggakan sms yang saya hantar kepada seluruh exco turut diterima olehnya (Hasan) dan saya rasa beliau bertindak menyebar sms tersebut kepada Adun Barisan Nasional. "Tujuan saya tidak mengeluarkan nama beliau adalah kerana menganggap beliau adalah rakan baik tetapi tindakan sebaliknya diambil oleh beliau sehinggakan sms tersebut telah dimanipulasi oleh Adun Barisan Nasional hari ini," jelasnya sewaktu sidang media di Dewan Negeri Selangor. Tambahnya lagi, jika pihak pembangkang merasakan ia satu kesalahan serta tidak mempercayainya untuk bertindak adil sebagai Speaker, Adun Barisan Nasional boleh mengemukakan usul di Dewan Negeri di bawah peraturan yang telah ditetapkan. "Saya sanggup duduk di bawah tempat Sungai Pinang dan berbahas jika pembangkang Barisan Nasional mengemukakan usul atas ketidak percayaan mereka kepada tugas saya sebagai Speaker serta merasakan saya bersikap berat sebelah dalam mengendalikan tugas saya sebagai Speaker. "Ingin saya jelaskan di sini dalam tugas yang diberikan ini saya sentiasa bersikap adil dan jika ada mana-mana pihak kerajaan atau exco yang dilihat tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan saya akan tegur begitu juga jika Barisan Nasional membuat satu yang baik saya akan puji, jadi tidak timbul langsung bersikap berat sebelah," sambungnya lagi. Teng turut menyatakan, Adun Barisan Nasional sepatutnya mengambil langkah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh dewan jika ada perkara yang menimbulkan keraguan terutamanya berkaitan isu sms yang ditimbulkan oleh Adun Batangkali, Mohd Isa Abu Kasim. Malah menurut Teng lagi, tindakan Adun Barisan Nasional mengadakan sidang media adalah hanya kerana tidak mahu mengikuti perbahasan di dalam dewan yang sedang berlangsung. "Mereka hanya mementingkan perkara yang remeh dan lebih rela keluar dari dewan yang sedang berbahas tentang dasar-dasar kerajaan, sedangkan perkara tersebut boleh dibawa mengikut peraturan yang telah ada. "Saya ingin mengulangi melalui penyebaran sms ini jelas membuktikan hubungan yang akrab antara Hasan dengan adun-adun Barisan Nasional," kata beliau lagi. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9126-sms-dalaman-terlepas-speaker-syak-hasan-ali?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter |
Nak Fitnahpun Agak-Agak La Hasan Ooi.. Posted: 26 Mar 2012 08:20 PM PDT Halimah Ali: "Saya Merempat, Tumpang Pejabat Orang" SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan Adun Gombak Setia, Dato Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini. Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. "Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan," kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata. "Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya. "Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali," katanya lagi. Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat. "Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah 'partion', itu sahaja. "Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak? "Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000. "Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja," ujar beliau. Adun Bulit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco. |
Kos Pejabat - 2 Exco Nafi Fitnah Hasan Jati Posted: 26 Mar 2012 06:28 PM PDT SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000. Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya. "Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai," kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini. Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau. Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu. "Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil. "Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan," katanya. -SH |
SAMM Dedahkan Hubungan Dagang Israel Di Parlimen Hari Ini Posted: 26 Mar 2012 03:33 PM PDT Kenyataan Terbuka 24 Mac 2011 SAMM KE PERLIMEN DEDAH BUTIRAN DAGANG MALAYSIA BANTU ISRAEL Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri kerana telah dua kali membawa isu yang dibawa oleh SAMM iaitu membongkarkan hubungan dagang Malaysia membantu Israel ke arah mendesak regim ini segera menghentikanya. Teck Hwa telah bekerjasama dengan SAMM dengan membawa bahan - bahan yang disediakan oleh SAMM ke Parlimen Malaysia. 7 November lepas Teck Hwa telah bangun beberapa kali kerana kegagalan Menteri berkaitan untuk memberi respon mengenai peranan Malaysia selaku negara ke 15 dunia yang bersungguh - sungguh membantu ekeonomi Israel sebagai rakan dagang. Pada persidangan lepas Menteri hanya berselindung disebalik perdagangan berlaku atas kehendak syarikat asing yang melabur dalam negara. 21 Mac lepas di Parlimen Malaysia Teck Hwa sekali lagi membawa isu berkaitan Israel yang dibangkitkan SAMM iaitu hubungan dagang melibatkan sawit Malaysia. Cuma kali ini sedikit kontroversi apabila berlaku kekeliruan antara Felda dan Felcra. Serentak dengan itu juga berlaku penafian oleh Menteri yang terbabit. Sehubungan dengan itu SAMM akan tampil ke bangunan Parlimen Malaysia bersama YB Er Teck Hwa dan beberapa ahli parlimen lain akan membuat sidang media di lobi berkenaan perkara ini pada 26 Mac sekitar jam 12.00 tengahari. SAMM akan memperlihatkan dokumen - dokumen asal mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel dan membuktikan betapa hipokritnya regim dalam isu memerangi Israel ini. Sebarang pertanyaan mengenai sidang media tersebut sila hubungi 0176849693 (Anuar, Penyelaras SAMM) che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia. |
Dua beradik ditumbuk, ditangkap semasa ceramah Umno Posted: 26 Mar 2012 08:34 AM PDT TANAH MERAH 26 Mac: Dua beradik yang ditumbuk Pemuda Umno kini ditahan reman tujuh hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah. Bercakap kepada Keadilan Daily, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kejadian malang menimpa Ahmad Amin Deraman, 47 dan Talmizi Deraman, 30an itu berpunca apabila mereka melontarkan kata-kata sinis semasa ceramah anjuran Umno Tanah Merah dan Kemahang 11 Mac lalu. "Talmizi melaungkan perkataan pembohong, menipu rakyat, cukup-cukup bohong, tiba-tiba Pemuda Umno datang menumbuk beliau, tetapi dibantu abangnya. "Tidak puas hati dengan serangan itu, mereka menggunakan polis supaya menangkap Talmizi menyebabkan kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 455 iaitu melakukan pencerobohan dan Seksyen 148 mendatangkan pergaduhan gempar," katanya. Amran berkata, tindakan dwistandard polis membendung kekacauan itu sepatutnya berlaku apabila menangani perbuatan samseng upahan Umno ketika menganggu ceramah Pakatan Rakyat. "Saya kesal apa yang berlaku, sedangkan ceramah Pakatan yang diganggu sehingga mendatangkan kecederaan dan kerosakan tidak diambil serius oleh polis. "Kalau betul polis menjalankan tanggungjawab dengan telus, mereka mesti tangkap pemuda-pemuda upahan Umno seperti yang dibuat polis Kelantan," katanya. Tambah beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-dua beradik itu turut akan dilibatkan insiden membakar bendera Umno di Tanah Merah baru-baru ini. "Sebelum ini, saya sendiri berjumpa Ketua Polis Daerah Tanah Merah yang mengatakan kes dua beradik itu boleh dibebaskan dengan jaminan polis. "Tapi ada maklumat mengatakan Pemuda Umno berjumpa pihak atasan supaya dua beradik itu ditahan lebih lama bagi menunjukkan bahawa jika kamu kacau ceramah Umno, ini padahnya," katanya. Terdahulu, beberapa siri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut diganggu samseng upahan Umno antaranya di Sembrong, Johor dan Melaka. Namun, sehingga kini polis masih tidak melakukan penangkapan, sedangkan insiden itu mendatangkan kecederaan kepada penyokong Pakatan. - Keadilan Daily (Oleh Norutul Ilham) |
Beruk Umno Ganggu Ceramah Pakatan Berjaya Ditangkap Posted: 26 Mar 2012 07:41 AM PDT KUALA SELANGOR 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival "Terima Kasih Rakyat" semalam didakwa didalangi Umno-BN. Bertempat di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis 'Anwar Yahudi' dan 'Anwar sokong Israel' ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Kumpulan yang terdiri daripada enam orang itu juga bertindak menyerang kereta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja beredar untuk ke program lain selepas memberi ceramah di majlis itu.Karnival itu diadakan sempena ulangtahun ke empat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak mengejar kumpulan terbabit yang menaiki tiga buah motorsikal. Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan orang ramai menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang remaja itu dari dipukul manakala lima remaja lain berjaya melarikan diri. Keadaan itu bagaimanapun kembali tenang sepenuhnya selepas remaja itu ditahan oleh polis.Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kumpulan terbabit. Katanya, seperti biasa Umno-BN akan menghantar samseng upahan untuk menganggu setiap majlis Pakatan Rakyat.TVS |
Posted: 26 Mar 2012 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Mac - Adun Gombak Setia, Dato' Dr Hasan Ali hari ini menjawab mengenai isu kos ubahsuai pejabat yang melibatkan kos RM300 ribu. Hal berkenaan dibangkitkan oleh Adun Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali beberapa hari lepas. Hasan Ali yang juga Bekas Exco Kerajaan Negeri menegaskan, ruang pejabat yang dimaksudkan telah mengalami pengubahsuaian untuk menampung pegawai dan kakitangan pejabat beliau sebagai Exco, termasuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) keseluruhannya berjumlah 19 orang. Tambahnya lagi, lantikan kontraktor yang diberi kerja dan jumlah kos yang terlibat telah dilulus oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor dan dipantau oleh Unit Pengurusan Bangunan SUK. Sehubungan dengan itu, Hasan Ali mendesak pula YB Bukit Antarabangsa itu untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan beberapa perkara yang sehingga kini belum dijawab dan antaranya, "Dari mana sumber kewangan YB Bukit Antarabangsa dan isteri untuk membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 sehingga 1994. Sedangkan ketika itu saya difahamkan YB menerima gaji lebih kurang RM2,000.00 sebulan sahaja." - Hasan Ali |
YB Yang Ditahan Di Kelab Malam Pegang Jawatan Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka Posted: 26 Mar 2012 05:09 AM PDT YB yang di tangkap sebagai pelanggan KELAB MALAM 1Malaysia ialah seorang YB dari BN iaitu Adun RIM dalam parlimen Jasin, Biodata beliau akan kami sertakan, dan kami yakin anda jugak agak terkejut dengan pertemuan-pertemuan baru ini.. Tahukah anda YB ini juga saekor TIMBALAN PENGERUSI HAL EHWAL ISLAM MELAKA.. Inikah pemimpin yang di ketengahkan oleh PM NAJIB dan KM MELAKA? kahkahkah Antara Jawatan yang di sandang sekor nih ialah, 1: Pengerusi Belia 4B cawangan Kemendor 2: Pengerusi Bola Sepak Liga Perdana Melaka 3: Nazir PLKN Negeri Melaka 4: JAWATAN KUASA PERHUBUNGAN NEGERI MELAKA 5: KETUA PERGERAKA PEMUDA UMNO BAH JASIN 6: KETUA PEMUDA CAWANGAN KEMENDOR Jawapannya DI SINI |
Lim Guan Eng Memang Tak Guna.. Posted: 26 Mar 2012 04:58 AM PDT |
RM1.07 Trilion Wang Rakyat Dilarikan Secara Haram Keluar Negara Posted: 26 Mar 2012 01:26 AM PDT AHLI PARLIMEN SELAYANG, William Leong mempertikaikan sama ada ada di kalangan pemimpin Umno-BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu. Katanya, berdasarkan pendedahan Bank Negara, pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut. "Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa. "Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini. "Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini," katanya. William berkata, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut. "Amat membimbangkan apabila Malaysia diisytihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram. "Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara di mata antarabangsa. "Secara tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan," kata beliau kepada TV Selangor. Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama di negara ini tidak ditangani oleh kerajaan Umno-BN. "Mengapa isu ini tidak ada pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudah 10 tahun negara. http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19890 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan