Isnin, 26 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Gambar2 18SX

Posted: 26 Mar 2012 07:42 AM PDT


Lagi gambar gambar DI SINI

Felda Global rugi RM27 juta pada 2010 - PAS

Posted: 26 Mar 2012 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pas mengemukakan bukti berhubung dakwaan pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, apa yang dibentangkan di Parlimen oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan masih tidak telus.

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi. Kami sudah kata yang kita ada dokumen mengenai kerugian yang dihadapi FGVH dan hari ini kita akan dedahkan salah satu daripadanya, yang FGVH mengalami kerugian yang banyak hasil pelaburan di luar negara," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut meminta Ahmad memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada RM4.5 bilion pada 2001 kepada RM1.2 bilion pada 2005.


Pas membuat pendedahan kerugian FGVH hasil laporan audit oleh Pricewaterhousecoopers mengenai laporan penyata kewangan Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) sehingga 31 Disember 2010.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan FGVNA mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu dikena pasti akibat anak-anak syarikat di Amerika Utara belum membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488 yang tertunggak lebih setahun.

"Felda melabur melebihi RM1 bilion dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya.

Menurutnya, susulan krisis yang dihadapi FGVNA tidak mengisytiharkan dividen dalam tahun 2009 dan 2010.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH sebanyak 80,000 unit saham biasa kelas B pada harga yang mahal iaitu RM1,567.50 sesaham.

"Pembelian saham itu melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM125,400,000. Persoalannya kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya 'market leader' dalam bidang ini?" soalnya.

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada juga amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.

Katanya, Pas mempunyai beberapa lagi bukti kerugian FGVH di luar negara termasuk di India dan Kalimantan, Indonesia.

Hina Guan Eng Ambiga : 5 didakwa

Posted: 26 Mar 2012 03:20 AM PDT

26 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".

Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 3.40 pagi 4 Februari lalu.


Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh. – Bernama

Kadir Sheikh Fadzir sertai Pakatan?

Posted: 26 Mar 2012 01:41 AM PDT

Abdul Kadir tidak sertai PR, kembali berpolitik melalui NGO
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menyatakan beliau akan kembali aktif semula dalam politik namun tidak menyatakan sama ada akan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Kadir sebaliknya berkata untuk jangka masa terdekat ini, beliau hanya akan menggunakan saluran badan bukan kerajaan (NGO) setelah mengumumkan keluar Umno awal minggu lalu.

"Saya isytiharkan hari ini saya berhenti dari bersara dan kembali aktif untuk membawa kembali perjuangan asal Umno yang di bawa pemimpin terdahulu.

"Keputusan yang berat dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setakat hari ini saya telah 56 tahun menjadi ahli Umno..


"Penghidupan saya abdikan kepada Umno, negara, dan perjuangannya," katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu, beliau melihat berlakunya korupsi dan pembaziran serta kronisme mega berlaku dalam Umno yang berbeza daripada perjuangan tokoh pengasas terdahulu Umno.

"Saya tidak ada masalah dengan Najib dan Muhyiddin, tapi keadaan sekarang menyimpang begitu jauh daripada niat murni pengasas negara dan Umno terdahulu.

"Selepas 56 tahun, rakyat makin renggang oleh sebab sentimen keagamaan dan perkauman.

Menurut bekas Menteri Penerangan ini lagi, kerajaan sekarang juga mengamalkan sekatan terhadap media arus perdana demi kepentingan mereka sahaja.

"Hampir 100 peratus media arus perdana dikongkong satu suara sahaja," tegasnya kesal dengan tindakan sedemikian.

Tambahnya lagi, beliau akan terus berjuang bersama-sama Amanah bagi mengembalikan perjuangan Umno lama yang menurutnya bersih, adil dan lebih menyayangi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Sekarang ini saya berjuang melalui Amanah, untuk kembalikan perjuangan Umno lama," katanya.

Abdul Khadir turut mendedahkan, beliau turut dipelawa untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) bagi meneruskan perjuangan politiknya.

"Ramai pemimpin dari Pakatan Rakyat, PAS, DAP, sahabat lama, kebetulan kawan-kawan saya dari dulu, ada berjumpa dalam pelbagai majlis, ramai yang pujuk, tetapi saya akan buat keputusan sendiri, bukan berdasarkan pujukan.

"Saya lebih berminat perjuangkan isu yang saya rasa tak kena, sebab itu kami tubuh Amanah," katanya lagi.

Beliau turut tidak menolak untuk menukar peranan Amanah daripada hanya sebagai NGO kepada sebuah parti politik.

"Ramai ahli Amanah bercadang untuk tukar Amanah jadi parti politik, tapi itu belum diputuskan.

Beliau juga mengharapkan pemimpin sekarang agar sedar dan melaksanakan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, dan mengubah perkara negatif yang wujud dalam parti agar rakyat mendapat manfaat.

"Kalau pemimpin sekarang ikhlas untuk berubah, mereka perlu laksanakan, saya tidak merujuk kepada sesiapa, saya hanya harapkan kerajaan fokus kepada benda yang perlu berubah, dan ubahlah, tak perlu cakap perkara yang sudah-sudah, kita bawa pembaharuan, benda-benda hodoh tu kita buanglah," katanya lagi. -  TMI

Tiada ulasan: