Kelab Greenboc |
- Kes Dirang: Bekas Suami Pesan Suruh Jaga Hafis Dengan Baik
- Hiburan Islam: Iluvislam Anjurkan Konsert Rhythm Of the Soul: Di Bawah LangitMu
- Pelajar Tkn 5 Tawar Seks Untuk Gugurkan Janin
- Ini Dia, 3 Orang Suspek Dalam Kes Bunuh Dirang Yang Disambung Reman 7 Hari Lagi
- Ibu Hamil Benih Orang Lain, Bapa Jadikan Anak Tempat Lepaskan Dendam
- Datuk Bandar Di Itali Larang Penduduknya Meninggal Dunia
- Keseluruhan SPR Perlu Dibersihkan, Bukan Sekadar Daftar Pemilih
- UMNO Tak Sudah-sudah Ganggu Ceramah PAS, Terbaru Di Pekan Pahang
- Ferrari Terbakar Di Seremban, Pemandu Sempat Selamatkan Diri
- Gambar Lokasi Kawasan Perumahan Terbengkalai Dimana Mayat Dirang Ditemui
Kes Dirang: Bekas Suami Pesan Suruh Jaga Hafis Dengan Baik Posted: 18 Mar 2012 12:41 AM PDT Pasir Gudang - "Jaga Hafis baik-baik, jangan sesekali tinggalkan dia sendirian," demikianlah pesan Handry Yongot, 30-an, bapa kandung mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, kepada bekas isterinya agar menjaga anak lelaki mereka, Mohamad Hafis, 6, dengan baik. Menurut ibu Nurul Nadirah, Roselyn Alan, 25, amanat itu disampaikan sebanyak dua kali oleh Handry sewaktu kali terakhir dia bertemu bekas suaminya itu di Tanah Perkuburan Pekan Masai sewaktu upacara pengebumian Allahyarham Nurul Nadirah yang turut dikenali dengan nama manja, Dirang, Rabu lepas. "Handry juga pesan pada suami saya supaya bawa Hafis ke mana sahaja kami pergi kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali," katanya. Kata Roselyn, hubungan bekas suaminya dengan Hafis dan Dirang sangat rapat kerana sewaktu tinggal di Kuala Lumpur, dia kerap bertemu dengan anak-anaknya itu. "Jika benar Handry akan diusir pulang ke Filipina, saya merayu agar dia dan Hafis dapat ditemukan walaupun seketika agar mereka dapat mengubat kerinduan masing-masing," ujarnya. Dalam pada itu, Roselyn juga merayu pihak bertanggungjawab agar tidak mengusir bekas suaminya yang juga bapa kandung mangsa ke Filipina. Katanya, Handry yang mula dikenali sekitar tahun 1995 memang berasal dari Sabah dan mempunyai keluarga di sana. "Handry tidak mempunyai pengenalan diri kerana dibesarkan oleh keluarga ibu saudaranya selepas ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih bayi. "Saya rayu pihak bertanggungjawab agar tidak mengusirnya ke Filipina kerana bakal menimbulkan masalah kerana dia tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak mempunyai keluarga di sana. "Lagipun dia baru kehilangan anak kesayangannya, dan macam mana nanti dia hendak bertemu lagi dengan anak tunggalnya di sini sekiranya diusir ke Filipina," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Menurutnya, Handry memang dikenali sebagai suami dan bapa yang sabar dan penyayang, tetapi jodoh mereka tidak panjang apabila perkahwinan yang dibina sepanjang lima tahun berakhir dengan perceraian. "Masa mula-mula berjumpa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, dia (Handry) berpesan supaya sentiasa membawa Hafis ke mana sahaja dan tidak membiarkan anak lelakinya itu tinggal sendirian. "Hubungan kami masih baik sebagai kawan demi anak-anak. Saya rayu kasihanilah dia (Handry) agar tidak diusir ke Filipina kerana dia seorang yang baik," katanya. Sementara itu, suami Roselyn, Lima Medeng, 25, memberitahu, jika diberi peluang dia mahu bertugas di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) agar tidak perlu berpindah jauh ke Sarawak. "Saya ada cuba memohon untuk bekerja di LPJ sebelum ini, tetapi dimaklumkan rakan-rakan tiada kekosongan. "Jika ada rezeki saya dapat kerja di sini, kami sekeluarga tidak jadi pulang ke Sarawak untuk memulakan hidup baru. Bagaimanapun kami akan tetap berpindah dan tidak akan tinggal di flet ini agar tidak dihantui kenangan bersama Dirang," katanya. -SH |
Hiburan Islam: Iluvislam Anjurkan Konsert Rhythm Of the Soul: Di Bawah LangitMu Posted: 18 Mar 2012 12:01 AM PDT Konsert Rhythm Of the Soul: Di Bawah LangitMu Merupakan satu inisiatif yang cukup berbeza apabila iLuvIslam Radio bakal menganjurkan konsert yang bertajuk "Rhythm Of The Soul: Di Bawah Langit Mu", Satu langkah positif yang akan mencorakkan lagi perkembangan muzik Nasyid yang telah terpinggir sejak kebelakangan ini. Namun, ada kelainan yang ingin mereka tampilkan kali ini, tidak seperti konsert nasyid yang biasa diadakan di segenap pelusuk negara. Konsert ini bakal diadakan pada 20 dan 21 April 2011 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur. Mengambil konsep zikir sebagai tema konsert ini merupakan satu kelainan dan pertama kali diadakan di Malaysia Konsert ini bakal menampilkan penyanyi lagu dakwah terkenal Indonesia iaitu Opick, juga merupakan komposer lagu 'Dealova' nyanyian Once. Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ketika Cinta Memanggil' juga di nyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza ini bakal bergabung dengan beberapa figura besar yang bakal muncul sama. Menariknya, konsert ini mencipta satu kelainan apabila konsep zikir menjadi tema utama dalam persembahan kali ini. Lima figura besar tanah air yang terkenal dengan kemerduan album-album zikir mereka, Hafiz Hamidun, Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Amal, Hazamin Inteam dan Munif Hijjaz turut terlibat dalam persembahan selama dua malam ini. Menurut kenyataan yang diterbitkan di dalam laman web mereka (www.konsert-ros.com), Diantara objektif konsert tersebut ialah menggalakkan ummat Islam untuk setiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah. Menurut mereka lagi, Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan kita selalu diingat Tuhan kita walaupun berada di dalam sebuah konsert. Tiket konsert berharga RM89 dan RM149 boleh didapati di laman web mereka, www.konsert-ros.com atau dengan menghubungi talian 03-55232853 |
Pelajar Tkn 5 Tawar Seks Untuk Gugurkan Janin Posted: 17 Mar 2012 10:52 PM PDT Kulim - "Untuk mendapatkan pil mengugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal, " itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks untuk mendapatkan wang bagi mengugurkan kandungannya. Gambar fail. Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri. Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu. "Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400. "Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya, " katanya. Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil itu. Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan di bawah tiga bulan sahaja. Setelah memakan pil itu, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu. Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis. Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu. Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu. "Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya. "Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu," katanya. -SH |
Ini Dia, 3 Orang Suspek Dalam Kes Bunuh Dirang Yang Disambung Reman 7 Hari Lagi Posted: 17 Mar 2012 08:09 PM PDT Johor Bahru: Mahkamah Majistret, di sini, semalam meluluskan permohonan lanjutan reman seminggu lagi terhadap tiga suspek utama kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, sehingga 23 Mac ini. Gambar: SAMBUNG REMAN... tiga suspek utama kes pembunuhan Dirang di Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam. Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa melanjutkan tempoh tahanan reman itu bermula semalam bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit. Ketiga-tiga suspek, termasuk seorang wanita, berusia 30-an serta 40-an yang dikawal ketat anggota polis memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret menaiki kenderaan polis jam 9.45 pagi bagi mendapatkan perintah reman berkenaan. Perkarangan mahkamah dipenuhi wakil media daripada pelbagai organisasi yang menunggu kehadiran mereka. Mereka berjalan sambil menundukkan muka bagi mengelak wajah dirakam. Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, dia sekeluarga mengharapkan siasatan dan hukuman dapat dijatuhi terhadap penjenayah yang melakukan perbuatan kejam terhadap anaknya. "Dirang hanya anak kecil yang tak tahu apa-apa. Dia langsung tak bersalah. Perlakuan penjenayah terbabit sungguh tidak berperikemanusiaan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, lanjutan tahanan reman itu dibuat bagi membolehkan pihaknya mengumpul bahan bukti sebelum menyerahkan kertas pendakwaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. "Bapa kandung Dirang, warga negara Filipina yang ditahan sebelum ini, dijangka dihantar pulang ke negara asalnya, esok. "Saya bersama anggota polis yang lain komited dan berjanji akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memberi keadilan sepatutnya kepada Dirang sekeluarga," katanya. Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu. Kematiannya disahkan melalui ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan terhadap rangka manusia yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu, yang sepadan dengan DNA Roselyn. Ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan polis pada hari Dirang dilaporkan hilang, manakala bapa kandung kanak-kanak berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan pada 8 Mac lalu. Kelmarin, bapa kandung Dirang disahkan tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam itu. -HM Tiga suspek kes bunuh Dirang positif ambil dadah |
Ibu Hamil Benih Orang Lain, Bapa Jadikan Anak Tempat Lepaskan Dendam Posted: 17 Mar 2012 05:23 PM PDT Kuala Lumpur: Badan berbirat akibat dibelasah dengan tali pinggang manakala penampar dan sepak terajang menjadi 'makanan' harian seorang gadis sejak kecil, gara-gara dendam tidak berkesudahan lelaki dipanggil bapa. Seksaan diterima Arisya (bukan nama sebenar), 24, hanya disebabkan lelaki berkenaan tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa menjadi 'pak sanggup' dengan mengahwini ibunya selepas wanita itu hamil sebelum bernikah. Menurut Arisya, zaman kanak-kanaknya tidak seperti rakan sebaya lain yang sentiasa disaluti kasih sayang ibu bapa serta kegembiraan. Katanya, kehidupannya penuh kedukaan kerana didera 'bapanya' tanpa belas kasihan setiap kali melakukan kesilapan, biarpun tidak sebesar mana. Disebabkan sering menerima layanan buruk 'bapa sendiri', Arisya sering tertanya-tanya, apakah dosa dilakukannya sehingga diperlakukan sedemikian. Menginjak usia remaja, dia pernah terdengar pertengkaran besar di antara orang tuanya. Bapanya mengungkit yang dia terpaksa menjadi 'pak sanggup' kerana ibunya mengandung benih orang lain. Akibat dendam kesumat itu, bapanya sering menjadikan ibunya sebagai mangsa deraan apabila cuba menyebelahi Arisya. "Sebenarnya, ayah seorang yang panas baran terhadap emak, saya mahupun adik-adik. Namun saya paling teruk dibelasah walaupun kerana ingin bergurau, bergaduh kecil atau bermanja dengan adik-adik, seolah-olah melakukan kesalahan sangat besar. "Saya tak tahu mengapa ayah terlalu baran dengan saya. Penampar yang diberi bertahun-tahun membuatkan jiwa saya tertekan. "Terakhir ketika saya berusia 14 tahun apabila dibelasah dengan tali pinggang hingga menangis seharian akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. Kesan daripada situ, saya membuat keputusan lari daripada rumah tapi tidak tahu ke mana hendak dituju. "Ketika itu, yang terfikir ialah melarikan diri ke balai polis lalu membuat laporan saya didera ayah kandung. Polis kemudian membuat tangkapan dan ayah ditahan kerana kesalahan mendera berdasarkan laporan kesihatan oleh pihak hospital," katanya kepada Metro Ahad. Bagaimanapun, kesan psikologi terhadap Arisya sangat teruk kerana terpaksa melalui dugaan yang bukan sedikit apabila dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak dan berpisah dengan keluarga. "Ia pengalaman sukar yang terpaksa diharungi bagi remaja yang masih mentah seperti saya. Disebabkan laporan itu ayah dibuang kerja, menyebabkan kebenciannya terhadap saya makin meluap-luap. "Namun, saya mungkin selamat kerana berada di rumah perlindungan kanak-kanak tapi terfikir juga, apa akan jadi dengan emak dan adik lain sepanjang ketiadaan saya," kata anak sulung itu. Apabila ditempatkan di rumah perlindungan bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kedudukan tempat itu jauh daripada ibu kota dan di situlah bermula episod baru dalam hidup Arisya. Keindahan hidup diimpikan Arisya tidak seindah disangka walaupun dia diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ketika menuntut di IPTA, dia terpaut dengan rakan sekuliah dikenali sebagai Izzat (bukan nama sebenar) tetapi berlainan bidang pengajian dan hubungan mereka direstui kedua-dua keluarga. Sebaik tamat pengajian mereka, Izzat menghantar keluarganya untuk meminang dan keluarga Arisya menetapkan tempoh pertunangan dua tahun kerana masing-masing ingin mengukuhkan kerjaya. Sekali lagi Arisya diuji dengan peristiwa dahsyat apabila setahun selepas bertunang, Izzat meminta hubungan itu diputuskan tanpa sebab. Puas memikirkan kesilapan dilakukan dan mendesak tunangnya menjelaskan perkara sebenar, akhirnya Izzat membuat pengakuan dan perkara itu benar-benar melukakan hatinya. "Sebenarnya, emak Izzat yang meminta pertunangan diputuskan selepas dia mendapat tahu saya anak tidak sah taraf atau bahasa kasarnya, anak luar nikah. "Bayangkan, luluhnya hati saya saat itu sehingga membuatkan jiwa tertekan, sekali gus jatuh sakit beberapa bulan. Walaupun Izzat meminta saya supaya tabah, apalah ertinya sebab dia sendiri tidak memberi sebarang harapan untuk memujuk emaknya. "Akhirnya, saya terima hakikat yang Izzat sebenarnya 'anak emak' sebab apa saja keputusan ibunya diterima bulat-bulat, walaupun dia tidak mahu hubungan kami diputuskan," katanya. Lebih memilukan Arisya, bekas tunangnya berkahwin beberapa bulan selepas itu dengan gadis pilihan ibunya, tetapi sehingga kini lelaki itu masih menghubunginya. Katanya, Izzat menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku tetapi lelaki itu kini dianggapnya kawan biasa. Walaupun jauh di sudut hati, kasih sayang lelaki itu terhadapnya terlalu mendalam memandangkan Arisya cinta pertamanya, segala-galanya terpaksa dikorbankan kerana tidak sanggup memusnahkan rumah tangga Izzat yang dibina atas pilihan orang tuanya. Kini Arisya tinggal bersama rakan di sebuah kondominium dan semangatnya semakin kuat menempuh setiap ujian hidup serta berhasrat untuk lebih berjaya dalam bidang diceburi walaupun kini belum ada pengganti. >Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah |
Datuk Bandar Di Itali Larang Penduduknya Meninggal Dunia Posted: 17 Mar 2012 04:02 PM PDT Ada-ada saja peraturanyang dikeluarkan seorang Datuk Bandar di sebuah kota kecil di selatan Itali. Datuk Bandar tersebut mengeluarkan Perda melarang penduduknya untuk meninggal dunia. Peraturan itu dikeluarkannya kerana ruang pemakaman tidak cukup di daerah tersebut. Fava, nama Datuk Bandar tersebut. Datuk Bandar Falciano del Massico, daerah yang terletak 50km di utara Kota Naples. Seperti disiarkan Euro News, Fava menyatakan perintah itu dikeluarkan setelah wujudnya pertikaian dengan kota bersebelahan berkaitan dengan pemakaman bersama. "Dilarang bagi penduduk untuk melampaui batas-batas hidupnya duniawi, dan untuk pergi ke dunia akhirat," kata Datuk Bandar Giulio Cesare Fava. "Peraturan ini telah membawa kebahagiaan," kata Datuk Bandar awal minggu lalu. "Malangnya, dua penduduk tempatan tidak taat dengan peraturan ini." Sengketa tanah perkuburan itu bermula ketika del Massico menjadi kota otonomi pada 1964 dari kota tetangga Carinola. Saat mereka menggambar ulang sempadan mereka, pemakaman hanya berada di Carinola. Mereka yang meninggal di kedua-dua bandar dikuburkan di pemakaman tua sampai tidak ada ruang untuk kuburan baru. Malangnya, kedua-dua bandar tidak setuju pada penyelesaian tentang konsep 'kubur bersama'. "Ini adalah peraturan provokatif, tapi saya harus mengeluarkannya dalam rangka untuk meningkatkan kesedaran di antara pihak berkuasa yang bertanggung jawab," kata Datuk Bandar Fava. Sejak Falciano del Massico mendapatkan otonomi pada 1964, kata Fava, del Massico belum berjaya membina kuburan. Tapi dengan keluarnya peraturan tersebut jelas membuat penduduk del Massico menggaru kepala, tanda kebingungan. "Datuk Bandar meminta agar kami jangan segera mati, tapi bagaimana kita boleh taat?" bingung penduduk tempatan. -euronews |
Keseluruhan SPR Perlu Dibersihkan, Bukan Sekadar Daftar Pemilih Posted: 17 Mar 2012 08:57 AM PDT SPR jangan khianati amanah negara KUALA TERENGGANU, 16 Mac: Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini. Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya. "Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau merujuk kepada kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga sejumlah 31,294 pengundi yang didakwa dipindahkan tanpa kebenaran. Dalam semakan di laman web SPR, tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa telah ditukar tanpa pengetahuannya. Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor seperti pada PRU 2008 lalu. Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti. Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, urusan pilihan raya merupakan amanah terpenting negara kerana ia menentukan parti mana yang akan memerintah. Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya sewajarnya SPR tidak melakukan pecah amanah, kata beliau lagi. Menurutnya, Dewan Ulama PAS Pusat mahu memperingatkan semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak". Begitu juga peringatan Nabi saw kepada pengkhianat amanah seperti hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Hakim: "Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat itu pasti memiliiki bendera di hari Qiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada urusan awam". -HD Dr Rani: SPR kotor dan jijik Ulasan GB Bagi GB, kini bukan saja Daftar Pemilih perlu dibersihkan tetapi keseluruhan agensi SPR itu perlu dibersihkan. Ada saja penipuan demi penipuan terbongkar hasil kerja licik pengerusi dan timbalan pengerusi SPR disampign kenyataan-kenyataan mereka berdua yang tidak profesyenal malah sentiasa "senget" dan berpihak kepada BN. Sepertimana yang GB katakan sebelum ini Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat salahlaku SPR dan heret pengerusi dan timbalan pengerusinya ke muka pengadilan. Kes MB Selangor dipindahkan ke kawasan mengundi tiada siapa di dalam PR menyedarinya. Hanya setelah Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai yang kemudiannya di hebahkan oleh Malaysiaini. (Ada yang berspekulasi bahawa ia adalah kerja Ketua pemuda UMNO itu sendiri bersama SPR, wallahu 'alam.) Itu immaterial, Tetapi yang penting PR tidak menyedarinya samasekali sebelum ianya dibongkar oleh pihak lain. Pakatan Rakyat perlu pro-aktif. Parliament Special Committee sekalipun ada wakil PR di dalamnya namun GAGAL berfungsi sepertimana diharapkan. Asyik memberi masa dan ruang kepada SPR yang kemudiannya masa dan ruang yang berikan itu digunakan oleh SPR untuk merancang lebih banyak penipuan dan penyelewengan. Banyak kali YB-YB PR yang ada dalam PSC terjelepok masuk ke lubang biawak. Tak pandai-pandai. Hanya pandai mengadu macam di sini. Kalau kenyataan begitu, tak perlu PSC, blogger dah lama lakukannya. BERSIH juga sudah lembik, seperti yang GB katakan sebelum ini. Masih terhegeh-hegeh untuk membuat keputusan sedangkan pilihanraya sudah hampir benar di depan mata. PR pula masih lemah dari struktur organisasi dan arahannya sehingga tiada koordinasi untuk kesatuan tindakan. Macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Banyak bercakap dari bekerja. Sedangkan ahli-ahli sudah lama menunggu arahan sehingga semangat pun dah mula sejuk dan beku. Jika begini keadaannya, jangan sebut lagi mahu tawan Putrajaya pada PRU13 dalam ceramah-ceramah. Takut nanti ada ahli yang tak tahan mendengarnya lemparkan kasut ke muka penceramah macam Imam Hoslan lakukan kepada hakim mahkamah. Ada yang kata blogger hanya pandai bercakap, hanya pandai menulis, hanya pandai mengkritik. Cakap depan komputer memang senang katanya. Tetapi mereka lupa kemenangan Pakatan Rakyat selama ini, sumbangan bloggerlah yang paling penting. Media baru. Sekalipun jasa-jasa mereka akhirnya dilupakan. Mujur blogger-blogger PR tak berapa kisah mengenainya kerana mereka adalah "pemuda-pemuda" yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa memikirkan ganjaran atau penghargaan... (tetapi GB yakin Allah tetap kisah dan akan mengajar pemimpin PR supaya menghormati serta menghargai jasa blogger ini satu hari nanti) Apa jadi agaknya kalau dibiarkan saja penipuan SPR berjalan tanpa ada apa-apa tindakan sebelum pilihanraya ke 13 ini berlansung? klik untuk baca |
UMNO Tak Sudah-sudah Ganggu Ceramah PAS, Terbaru Di Pekan Pahang Posted: 17 Mar 2012 07:26 AM PDT Ceramah PAS di Pekan disambut gangguan dan provokasi PEKAN, 17 Mac: Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang. Gambar: Orang ramai yang memenuhi program ceramah PAS di Pekan Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini. Serentak dengan itu, PAS Pahang melahirkan rasa kesal, kecewa dan tidak puas hati yang tidak terhingga dengan kejadian gangguan ceramah di Sungai Miang di sini kelmarin yang melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Turut berceramah ialah bekas Adun (BN) Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri, bekas blogger Umno Aspan Alias dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf. Antara yang membuat kacau di majlis ceramah PAS Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad yang turut berada di pentas ceramah berkata, bukan sahaja ceramah Umno dibuat saat akhir dalam jarak tidak sampai 100 meter dari lokasi ceramah PAS, pembesar suara pula dihalakan dengan kuat walaupun ceramah mereka tidak ramai yang hadir. "Malah sekumpulan pemuda Umno yang diketuai timbalan ketua pemudanya sendiri memekik dan melolong macam orang gila dan disampuk hantu mengganggu ceramah Mat Sabu. "Lebih mengecewakan kami, pihak polis yang sepatutnya bertindak menjaga keamanan hanya melihat aksi provokasi melampau itu seolah-olah mahu melihat pergaduhan sesama Melayu pada malam itu," ujarnya kesal. Tambah Suhaimi, pihak keselamatan sepatutnya bertindak profesional dan mesti berani bertindak demi keamanan, bukan dilihat "takut" apabila berhadapan dengan samseng Umno. Serentak dengan itu, Suhaimi berkata PAS Pahang akan menghantar surat bantahan mengenai perangai Umno dan pasukan polis Pekan kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan dalam masa terdekat ini. Ceramah Umno yang kosong tetapi pembesar suara dipasang secara maksima "PAS Pahang juga memuji penyokong Pakatan Rakyat dan Unit Amal yang dilihat tenang berhadapan dengan provokasi itu dan mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku. "PAS beranggapan gangguan ini hasil daripada ketakutan Umno yang sarat dengan masalah dan rasuah sehingga amat takut apabila mahu dibuat pendedahan walaupun mereka sudah menguasai media cetak dan elektronik. "Jadi gangguan dan provokasi melampau ini berlaku kerana Umno Pekan dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa sebab kalau Umno cukup kuat di Pekan apa perlunya ceramah PAS diganggu," jelasnya. sementara itu seorang ahli PAS Pekan yang dikenali sebagai Rahim, berpendapat sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS Pahang bertemu dengan pemimpin Umno negeri ini bagi membincangkan supaya tidak akan terjadi lagi gangguan yang sedemikian rupa kerana boleh mendatangkan kesan yang amat negatif kepada demokrasi dan keharmonian penduduk setempat. Tambahnya, cukuplah Umno Melaka yang suka mengganggu ceramah PAS dan kejelekan itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini dengan berpolitik secara matang apatah lagi di kawasan Perdana Menteri. Bulan lalu ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar, Kuantan kecoh setelah diserbu oleh samseng Umno tempatan sehingga hampir mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Sebelum itu beberapa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang turut diganggu oleh penceramah Umno Umi Hafilda Ali. -HD Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan: yang dengki hati pasti binasa satu hari nanti. |
Ferrari Terbakar Di Seremban, Pemandu Sempat Selamatkan Diri Posted: 17 Mar 2012 05:26 AM PDT Seremban: Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini. Gambar: API marak membakar sebuah Ferrari di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan Mantin, Negeri Sembilan, pagi tadi. Pemandunya, seorang lelaki berusia lingkungan 50an, terselamat apabila segera memberhentikan kereta dan keluar sebaik menyedari ia terbakar. - Foto Dzulkeffli Mustapha Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan. Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar. Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.21 pagi. Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar, berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan. Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit. "Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. - BERNAMA |
Gambar Lokasi Kawasan Perumahan Terbengkalai Dimana Mayat Dirang Ditemui Posted: 17 Mar 2012 03:15 AM PDT Di sinilah mayat Nurul yang rentung ditemui TIGA hari berlalu sudah sejak Nurul Nadirah Abdullah atau panggilan manjanya 'Dirang', lima tahun, dikebumikan setelah dibunuh dan dibakar dengan begitu kejam. Namun kisah tragik kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu sebelum mayatnya ditemui rentung seminggu kemudian dalam sebuah lubang di kawasan perumahan terbengkalai (gambar) di Nusa Damai, Masai, Johor Bharu itu, mendapat perhatian ramai. Bahkan berita kematian Dirang telah menggemparkan rakyat Malaysia dan terus menerima simpati ramai. Mampukah keluarga Dirang terus tabah menghadapi dugaan berat itu dan membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka? -BHS 3 suspek disambung reman hingga 23 Mac |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan