Blog-list Malaysia |
- GEMPAR - ANIQ EZRA ANAK ROZITA CHE WAN HILANG?
- DAP dan Pakatan perlu gandakan usaha untuk menang PRU13
- Dilema Najib Untuk Hadapi PRU13
- MP Pasir Salak Mempunyai Perangai Sehodoh Muka..
- SPR Sebuah Badan Yang Amat Kotor Dan Menjijikkan
- Mampukah Umno Tawan Lapan Kerusi Parlimen Kelantan
- Noh Omar Tak Tidur Malam Dengan Berita Ini..
- Suami Shahrizat Bakal Ditelanjang Lagi...
- Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa
- PM: Jangan gadai masa depan sokong BN
- Potong Jari Laa Kalau Hasan Jati Berani...
GEMPAR - ANIQ EZRA ANAK ROZITA CHE WAN HILANG? Posted: 18 Mar 2012 12:53 AM PDT Kehilangan Aniq Ezra yang merupakan anak lelaki kepada selebriti jelita tanahair, Rozita Che Wan, menggemparkan sekejap laman sosial Twitter semalam namun berjaya reda apabila dia dikatakan telah 'dijumpai' semula hari ini. Berita kehilangan Aniq yang dikatakan baru bersekolah di tingkatan dua itu tersebut tersebar secara meluas di kalangan pengguna laman Twitter semalam dan dikatakan khabar tersebut bermula dari beberapa kenalan pelakon tersebut. Kebimbangan jelas dilihat di kalangan para peminat artis jelita itu apabila ada di antara mereka yang menawarkan diri untuk mencari Aniq dan berpesan agar menyerahkan anak lelaki Rozita ke balai polis berhampiran sekiranya ditemui. "Rozita Che Wan is looking for her son, Aniq Ezra. Please this news if anybody sees him anywhere. Form 2 very small and wearing light blue," kata ReenaMuhamad yang dipercayai mengenali artis itu secara peribadi. "Anak aku missing please tolong carikan…dont worry rozita che wan i will find him," kata al pancho selamba. "Aniq Ezra (Rozita Che Wan's son) is missing. If you see him anywhere, please bring him to the nearest police station. Please," rayu natasha afifi pula. Bagaimanapun, seorang pemilik akaun Twitter hari ini telah memaklumkan bahawa Aniq sebenarnya tidak hilang sebagaimana yang didakwa dan telah pulang ke rumah hari ini. Menurut ceritanya, Aniq merajuk terhadap ibunya dan dipercayai tanpa pengetahuan Rozita, anaknya itu telah melarikan diri ke rumah rakannya. sumber: mynewshub.my |
DAP dan Pakatan perlu gandakan usaha untuk menang PRU13 Posted: 17 Mar 2012 11:34 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 MAC: DAP menyeru agar semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, usaha itu penting untuk mengekalkan kedudukan Pakatan sebagai kerajaan negeri yang ada sekarang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, selain mengharapkan mandat rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya. "Isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. "Kunjungan para pemimpin BN ke setiap pelusuk negara untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalah gunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya. "Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka," katanya dalam perutusan ulang tahun ke-46 DAP hari ini. Menurutnya, beliau sendiri bersama pemimpin-pemimpin PR seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila menghadiri acara-acara awam. Malah, katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh penyokong BN di Pahang yang bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal. "Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah. "Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan. Walau pun "mangsa" wanita itu telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa ia adalah palsu dan tidak pernah sesekali pun berjumpa dengan saya atau anak saya, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis terhadap Umno-Online dan blogger-blogger UMNO yang menyebarkan pembohongan ini," tambah beliau. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu – iaitu Duit, Media, Jentera Kerajaan dan Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR (4M: Money, Media, Machinery of Government, Menacing PR Leaders). Malah, ujarnya, UMNO-BN juga memainkan taktir kotor menggunakan Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (4R: Race, Religion, Royalty, Rigging The Election Commission) yang bakal disemarakkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang. Justeru, menurut beliau, para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik 4M dan 4R ciptaan BN itu supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti. "Walau pun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu. "Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-oleh ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan kad pengenalan kepada mereka," katanya. Menurutnya, keengganan kerajaan BN menubuhkan Suruhanjaya Driraja untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan serta peralihan pengundi secara senyap kepada kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, membuktikan taktik kotor yang sedang digunakan. – Roketkini.com |
Dilema Najib Untuk Hadapi PRU13 Posted: 17 Mar 2012 09:38 PM PDT Najib persiapkan diri untuk PRU-13 Perdana Menteri sudah bersedia, tetapi mahkamah belum lagi. Kes-kes memalukan dijadualkan hanya bermula selepas Jun, iaitu selepas pilihan raya umum ke-13 diramal diadakan. Apa persamaan kontroversi berkenaan? Diumumkan pada hujung minggu lalu bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, terpaksa melepaskan jawatannya berikutan apa yang kini dikenali sebagai 'skandal lembu' dan akan berundur pada 8 April apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir. Pada 13 Mac, hari suami, Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna wang pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin cuba membawa usul di Dewan Rakyat bagi membahaskan kemelut itu tetapi dimaklumkan oleh speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa perkara itu kini di mahkamah dan adalah sub judice - jika dibincangkan. Ini bermakna pembangkan kehilangan modal berkempenyang mantap. Pada hujung minggu yang sama, Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan pengerusinya Datuk Zarinah Anwar, akan meletakkan jawatan pada akhir bulan ini berikutan konflik kepentingan peribadi memababitkan suaminya dalam urusan niaga saham. Hujah bagi rayuan dua anggota polis yang disabitkan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang sepatutnya didengar pada 10 Februari tetapi kemudiannya ditangguhkan sehingga 9 Mac, kini sekali lagi ditangguhkan sehingga 27 dan 28 Ogos. Pada 9 Januari, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat, tetapi pada 25 Januari pihak pendakwaan mengumumkan bahawa mereka akan membuat rayuan. Perbicaraan rayuan keputusan tidak-bersalah itu dijangka berlarutan dan mengambil masa yang lama. Terdapat pelbagai kontroversi lain, termasuk perbicaraan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di mana kerajaan kerugian sebanyak RM12.45 bilion. Kes pendakwaan terhadap Ling selesai beberapa bulan lalu tetapi hanya baru-baru ini diumumkan bahawa beliau mesti membela diri. Tidak pasti bila beliau akan dipanggil untuk berbuat demikian. Apakah kes-kes berkenaan mempunyai persamaan seumpama ini ditunda ke hadapan, soal beberapa pemerhati di Kuala Lumpur. "Mereka akan cuba menolak segala-gala kes selepas bulan Jun atau Julai yang menjadikan kita semakin yakin pilihan raya umum akan diadakan bulan Jun," kata seorang ahli perniagaan. http://malaysiakini.com/news/192389 |
MP Pasir Salak Mempunyai Perangai Sehodoh Muka.. Posted: 17 Mar 2012 06:06 PM PDT |
SPR Sebuah Badan Yang Amat Kotor Dan Menjijikkan Posted: 17 Mar 2012 05:41 PM PDT SHAH ALAM : Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar kawasan mengundi tanpa pengetahuan pengundi berkenaan merupakan satu tindakan yang jijik dan kotor yang bertentangan dengan nilai, etika dan prinsip demokrasi. Demikian ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman ketika dihubungi untuk mengulas isu terkini tindakan SPR menukar alamat kawasan mengundi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Lembah Pantai di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Inilah salah satu yang kita perjuangkan dalam Kempen Bersih. Seharusnya juga SPR ini berada di bawah Parlimen supaya kita boleh pantau apa saja tindakannya. "Tetapi sayangnya di Malaysia, SPR berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana memaksa mereka untuk akur akan kehendak pimpinan-pimpinan Barisan Nasional," ulas Dr. Rani yang merupakan Adun Meru. Selain itu, Dr. Rani turut menyatakan isu terbaru yang melibatkan Abdul Khalid ini juga membuktikan segala kata-kata pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini terhadap kredibiliti SPR ada benarnya. "Ternyata SPR itu tidak bebas daripada telunjuk Kerajaan Pusat dan ini membolehkan mereka untuk melakukan apa sahaja sesuka hati mereka tanpa tertakluk kepada undang-undang. "Ini juga menunjukkan bahawa mereka terdesak hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kemenangan secara tidak bermoral dalam Pilihanraya yang akan datang ini," kata Dr. Rani sambil menambah permainan SPR ini pernah diamalkan di Kelantan pada tahun 1999 yang hampir menumbangkan Kerajaan PAS. Sehubungan itu, Dr. Rani menyeru rakan Pakatan Rakyat untuk menumpukan juga perhatian terhadap isu sebegini selain mempergiatkan ceramah-ceramah umum bagi menghadapi Pilihanraya Umum 13 nanti. "Kita khuatir perkara yang sama akan berulang kembali seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga suatu masa dulu yang jatuh dengan kehadiran lebih 70,000 pengundi luar, |
Mampukah Umno Tawan Lapan Kerusi Parlimen Kelantan Posted: 17 Mar 2012 08:31 AM PDT Telah menjadi pengetahun umum Umno Kelantan mensasarkan lapan kerusi parlimen termasuk yang dimiliki sekarang ini dalam pilihan raya umum akan datang. Kerusi-kerusi yang menjadi sasaran Umno dan tumpuan kerja sedang diperkuatkan, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Ketereh dan Bachok. Dua kerusi lagi yang dimiliki sekarang Gua Musang dan Jeli. Umno seakan sudah yakin kerusi Gua Musang dan Jeli berada dalam tangan mereka. Ketokohan penyadang kerusi Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) menjadi modal tunai dan keyakinan itu kepada Umno. Namun kerusi Gua Musang bagaimana pun masih di persimpangan dan menjadi teka teki. Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah dinafikan untuk bertanding atas tikit BN, lebih 100 peratus kerusi Gua Musang tidak akan menjadi milik Umno lagi. Ada usaha oleh pemimpin budak-budak di Gua Musang yang tidak mahu Tengku Razaleigh bertanding atas tikit Umno dan mahu anak raja itu nyah dari parti Melayu yang dikaguminya itu. Sekiranya pemimpin Umno Kuala Lumpur terikut-ikut dengan angin tohor dan politik 'anak kucing lembek tengkuk' dengan desakan budak-budak itu ia bakal memberi naas dan mimpi buruk buat Umno Kelantan. Mungkin untuk pertama kalinya Umno akan kehilangan kerusi teras dan keramat mereka di Gua Musang. Catatan: sejak kerusi parlimen itu wujud (dulunya atas nama Hulu Kelantan) ia tidak pernah dirasai oleh Pas atau mana-mana parti kecuali Umno. Berbeza dengan Jeli yang kini disandang oleh Mustapa Mohamed, dengan gerak kerja, penambahan pengundi mendadak di Jeli khususnya dari kalangan tentera, Mustapa dijangka dengan senang akan memenangi kerusi berkenaan. Pun begitu Mustapa tentu tidak dapat duduk diam sehingga selesai hari mengundi kerana beliau pernah tewas di Jeli pada tahun 1999, dikalah oleh Apandi Mohamad. Air yang tenang jangan mudah disangka tiada buaya. Mustapa tidak pernah melupai ini dan kekalahannya kepada Apandi itulah menyebabkan beliau terus menjadikan Jeli sebagai kampung halaman dan bandar metropoliton utamanya berbanding kampung asal Bachok. Kenapa tidak, walaupun dia menginap dan tidur di Bukit Tunku, Kuala Lumpur - rumah kediaman rasmi, tetapi hati dan jiwanya tetap di Jeli. Atas kertas sehingga hari ini Jeli menjadi kerusi denak bagi Umno seperti Pengkalan Chepa, dan Kubang Kerian yang menjadi kerusi denak buat Pas. Menurut nisbah (modal) hari ini 2 : 1. Dua untuk Pas dan satu untuk BN. Dan sekiranya kedua-dua kerusi ini Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian juga akan dirampas Umno, ini bermakna seluruh kerusi parlimen dan state di Kelantan akan jatuh ke tangan Umno. Boleh jadi Umno akan menyapu bersih kesemua kerusi parlimen dan state mengulangi peristiwa 1990 yang dicatat Pas - Semangat 46. Tetapi ia sangat mustahil. Bagaimana pun kelebihan tetap kepada Pas, di mana Pas mempunyai peluang 55 peratus berbanding Umno di kerusi; Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai serta Pasir Puteh. Yang menjadi masalah kepada Pas yang bergabung dengan Pakatan Rakyat ialah kedudukan tiga buah kerusi dimiliki PKR, Tanah Merah, Ketereh dan Machang. Peluang PKR untuk mengekalkan kerusi-kerusi ini pada masa ini di bawah 49 peratus. Ketiga-tiga kerusi inilah yang menjadi tumpuan utama Umno. Umno sangat berharap sekiranya mereka dapat merampas kerusi PKR ini jikapun gagal memerintah Kelantan ia sudah satu kejayaan kubra, kerana kerusi itu akan dapat menimbus beberapa kerusi yang bakal hilang di Johor, Pahang, Negeri Sembilan serta Sarawak. Sebenarnya Umno lebih obses untuk merampas tiga kerusi berkenaan disamping mengekalkan dua kerusi yang sedia ada daripada merampas Kelantan. Hakikatnya Umno memerlukan enam hingga lapan daripada 14 kerusi parlimen dan Umno lebih rela melepas Kelantan kepada Pas daripada kehilangan kerajaan Persekutuan. Apakah asas menyebabkan Umno yakin akan berjaya mengambil alih tiga kerusi milik PKR itu? Ada beberapa faktor dalaman dan luar yang membantu Umno. Antaranya ialah organisasi PKR itu sendiri lemah. Selama ini pun jentera pilihan raya Pas yang membantu PKR. Tanpa Pas PKR tidak dapat berbuat apa-apa. Pas Kawan Rapat (PKR). Selain itu ketandusan PKR mempunyai ramai pemimpin menjadi penyebabnya. PKR Kelantan hidup seolah 'bawang dalam leka' di mana ia berakar tetapi akar tidak sampai ke bumi. Ditambah pula dengan kelemahan keseluruhan PKR itu sendiri termasuk di peringkat nasional. Tidak ada plan atau startegi khas yang diilhamkan oleh PKR pusat bagaimana untuk PKR Kelantan menyuburkan diri. Dalam kata lain PKR Kuala Lumpur tidak berbuat apa-apa untuk menambah hebat PKR Kelantan. Pas pula hanya membantu dalam menggerakkan jentera pilihan raya atau memberi jentera mereka membantu calon PKR semasa pilihan raya. Bantuan secara menyeluruh di luar pilihan raya termasuk sama-sama berikhtiar untuk mempertahankan Kelantan dengan cara memberi keyakinan dan peluang berpatisipasi dalam jentera pilihan raya kepada PKR tidak begitu kelihatan dan serius. Padahal dalam kawasan di mana ada kerusi ditandingi PKR, Pas sepatutnya bersepakat membentuk jentera bersama. Sayang sikap nafsu nafsi (individualistik) masih berlaku dalam hal ini. Selalu kendengaran alasan diberikan PKR tidak ada ahli dan tidak banyak cawangan. Soalnya macam mana parti itu untuk mendapat ahli kalau tiada bantu dan diajak kerjasama. Lainlah kalau pemimpin PKR seperti Dr Wan Suhaimi Wan Daud di Pasir Mas yang aktif memugarkan PKR siang malam tanpa mempedulikan apa orang kata dan mengharap pujian. Faktor-faktor lain ialah tokoh yang akan dikemukakan oleh PKR dalam pilihan raya akan datang menjadi faktor kenapa Umno berharap sangat akan merampas tiga kerusi parlimen itu. Di parlimen Machang khabarnya Saifuddin Nasution Ismail tidak lagi akan bertanding di situ. Beliau akan dihantar pulang ke Kedah untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru kemudian memimpin PKR Kedah. Peninggalan Saifuddin satu kekosongan buat PKR. Umno sudah menghitung kekosongan ini akan memberi peluang kepadanya. PKR tiada calon berkelayakan dan berpengaruh di Machang mengganti tempat Saifuddin. Keadaan inilah menyebabkan Umno optimis mereka akan dapat merampas kerusi Machang. Demikian juga di Tanah Merah, kedudukan ahli parlimen, Amran Abdul Ghani dikatakan kurang bertenaga dan tidak berkeupayaan untuk mengekalkan kerusi Tanah Merah. Kekurangan pengalaman dan sebagai orang politik baru menyebabkan Amran kurang berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berpengaruh dan bervisi di Tanah Merah. Keadaan ini menyulitkan lagi apabila ada perebutan sesama sendiri. Tidak semua ahli PKR Tanah Merah berada di belakang Amran. PKR di Tanah Merah berpecah lebih dari dua firkah. Dalam pada itu ada pula unsur-usnur cuba mengkhianti kedudukan Amran bila mana ada usaha untuk menyingkirkan Amran dan diganti dengan muka baru (sebenarnya muka lama dah tidak laku lagi) tertentu. Gerak kerja memburuk Amran supaya ia tidak dipilih menjadi calon sedang dilaksanakan penuh tektikal. Satu laporan mengenai pencapaian beliau katanya sudah berada di tangan penasihat parti. Amran dirumuskan sebagai calon yang berpotensi untuk kalah. Tidak menjadi masalah kalau Amran hendak ditukar atau dirihatkan tetapi lakulah dengan penuh berhikmah dan tidak mengemukakan laporan yang diambil di warung kopi sebelah kiri landasan kereta api sahaja. Dibimbangkan calon yang berminat hendak kerusi Tanah Merah itu akan mengalami kekalahan lebih besar dari Amran kalau dia diberi peluang tanpa membuat persiapan rapi dan persefahaman dengan Amran. Iya, Amran mungkin kecil dan dianggap mentah, tetapi si mentah inilah yang sanggup menggadaikan diri untuk menjaga maruah PKR dalam pilhan raya 2008 dulu. Kalau diharapkan kepada orang dewasa, tokoh perniagaan hebat awal-awal lagi menolak kerana kurang yakin dia akan menang. Sesuatu budi dan pengorbanan besar Amran yang tidak diketahui ramai ialah apabila beliau menolak tawaran jutaan ringgit agar meninggalkan PKR. Ini adalah pengorbanan besar Amran. Kalau beliau terpesil dengan wang ringgit sudah tentu dia akan menyeberang pengkalan. Demikian halnya kerusi Ketereh. Kedudukan Abdul Aziz Kadir (foto) kini tidak seselesa tahun 2008. Setelah tiga tahun lebih jadi wakil rakyat, rakyat sudah dapat melihat Aziz luar dan dalam. Orang sudah mengenali senyum dan tawanya. Sejauh mana keupayaan Aziz sudah dapat dinilai oleh rakyat. Sekiranya Aziz tidak mengambil tindakan segera membaiki beberapa kecacatan kecil yang ada, kerusi Ketereh dalam bahaya. Aziz walaupun dia adalah Pengerusi PKR Kelantan tetapi pembawaannya tidak lebih sebagai ahli jawatan kuasa surau sahaja. Tidak agresif. Nasib Aziz bergantung kepada keadaan. Sekiraknya Umno terus meletakkan Annuar Musa untuk berhadapan dengan Aziz, kerusi itu masih selamat. Tetapi apakah Mustapa Mohamed akan teruja dengan pencapaian Annuar dalam bolasepak untuk dijadikan sandaran Umno di Ketereh? Kalau jawabnya ia, insyaAllah Aziz masih mampu berdepan dengan bekas menteri yang pernah disiasat SPRM itu. Dalam konteks Annuar di Ketereh rakyat tidak melihat kejayaan duniawi beliau tetapi rakyat lebih melihat dosa peribadi dan syaksiah pengerusi KADA itu sendiri. Dari sudut ini walaupun Aziz tidak sepengalaman Annuar pernah menjadi menteri tetapi tidak banyak membantu Kelantan, tetapi Aziz mendahului Annuar dari soal keperibadian dan syaksiah ini. Peribadi Aziz jauh lebih baik dari peribadi Annuar Musa. Aziz tidak pernah dilibatkan dengan apa-apa skadal dan siasatan pihak berkuasa. Tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita termasuk isteri orang. Kalau bertanding untuk mendapatkan peribadi yang baik Aziz akan menang. Soal besarnya kini, apakah persoalan yang disebut tadi dapat diatasi oleh PKR di ketiga-tiga kerusi itu tadi? Kalau PKR gagal; gagal meletakkan calon sama hebat dengan Saifuddin di Machang, gagal meletakkan calon lebih baik dari Amran di Tanah Merah, dan Aziz kalau gagal memperbaiki kelemahan kecil yang ada dalam masa tersisa, ini bermakna apa diidam-idamkan BN untuk merampas ketiga-tiga kerusi itu akan menjadi kenyataan. Adapun kerusi-kerusi lain peluangnya seperti dinyatakan di atas tadi. Tetapi Pas juga tidak perlu beriba tangan kerana di antara kerusi yang dimiliki sekarang ada yang boleh bertukar tangan kepada BN kalau percaturan dan calon diturunkan tidak selayaknya. Kerusi-kerusi Pas dalam bahaya ialah, Bachok, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pasir Puteh merah tinta MSO |
Noh Omar Tak Tidur Malam Dengan Berita Ini.. Posted: 17 Mar 2012 05:05 AM PDT |
Suami Shahrizat Bakal Ditelanjang Lagi... Posted: 17 Mar 2012 04:57 AM PDT Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFCorp), tetap merupakan pecah amanah, meskipun ia dikatakan dibeli sebagai pejabat operasi. Rafizi berkata, sekiranya benar dakwaan itu, ia masih menyimpang dengan matlamat asal penubuhan NFCorp dan perjanjian pinjaman mudah RM250 juta antara syarikat itu dan kerajaan. "Mereka (NFCorp) patut menumpukan pada ladang mereka di Malaysia dan memenuhi sasaran yang ditetapkan, iaitu menyediakan 276,000 ekor lembu setahun. "Jadi, mereka tiada sebab untuk membuka ladang di luar negara, apabila sasaran asal mereka gagal dicapai," jelas Rafizi kepada Keadilandaily. Beliau merujuk laporan laman The Malaysian Insider, berhubung siasatan polis jenayah komersial berkenaan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh NFCorp. Pembelian dibuat pada September tahun lepas, selepas memorandum persefahaman (MoU) ditandandatangani untuk mendirikan ladang lembu di daerah Jambyl, Kazakhstan. Apartment itu dikatakan akan dijadikan pejabat operasi mereka. NFCorp dimiliki oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan tiga anak mereka. Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu oleh keluarga Shahrizat. Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta mewah. Semalam, Rafizi mendedahkan pembelian lapan unit lot kedai di KL Eco City, Bangsar oleh NFCorp dengan menyalahgunakan dana awam itu, bagi mendapatkan pembiayaan bank. "Jika dilihat pada trend mereka, wang rakyat RM250 juta digunakan sewenangnya untuk membeli hartanah sebagai pelaburan peribadi mereka, seperti di Bangsar dan Singapura," kata Rafizi. Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau sedang dalam proses mengumpul maklumat dan dokumen secukupnya tentang aktiviti NFCorp di Kazakhstan, sebelum mendedahkannya kepada rakyat. "Sebelum ini pun, sebarang pendedahan kita sentiasa diiringi dengan gambar dan dokumen sebagai bukti sokongan, supaya rakyat tidak mengatakan kami membuat tuduhan kosong", ujarnya lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28003 |
Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa Posted: 17 Mar 2012 02:32 AM PDT Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu. Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan 'Zuriat Kita Tanggungjawab Kita' anjuran Kelantan Trade Centre (KTC) dan Buraqoil, di Kota Bharu, kelmarin. Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini. Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya. Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu. "KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari," ujarnya. |
PM: Jangan gadai masa depan sokong BN Posted: 17 Mar 2012 01:28 AM PDT Tajuk Sebenar - PM: Jangan gadai masa depan sokong pembangkang Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama ini kerajaan BN dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara. Perdana Menteri berkata BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan. "Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri," katanya ketika berucap pada program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas hari ini. Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke Perak berkata kerajaan juga telah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat. "Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat," katanya. Menyentuh mengenai pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat, Najib berkata kerajaan hanya memulangkan kepada rakyat hasil negara. "Adakah itu menjadi kita sebagai kerajaan tidak bertanggungjawab? Tentunya jika kita kembalikan hasil negara kepada rakyat, ianya bermakna kerajaan mendahulukan rakyat. Seperti mana yang saya janjikan selama ini (dimana) selama tiga tahun gagasan tersebut (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan) kita praktikkan," katanya. Najib berkata oleh itu, jika pembangkang menuduh kerajaan BN tidak bertanggungjawab, tuduhan itu tidak benar. Sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab adalah kerajaan yang menghabiskan wang negara, dan pada masa menambah hutang negara semata-mata untuk meraih sokongan rakyat, katanya. "Sudah nak dekat pilihan raya, kita baru nak beri bantuan semata-mata nak dapatkan undi tanpa uruskan ekonomi negara dengan baik. Itu namanya kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak fikir masa depan negara," katanya. - Bernama |
Potong Jari Laa Kalau Hasan Jati Berani... Posted: 17 Mar 2012 01:24 AM PDT SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengundang bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk berdebat mengenai tuntutan ilmu dan amanah dipertanggungjawabkan. Menurutnya, undangan tersebut, antara lain, akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan Hasan terhadapnya, termasuk sebagai parasit dalam parti. "Jika beliau berwibawa, boleh tampil berkongsi pentas bersama saya, sama ada dalam bentuk wacana atau debat. "Saya yakin beliau akan menyambut undangan saya memandangkan beliau bekas ahli dan faham isu ini. "Saya berpendapat Sinar Harian mampu menganjurkan sesi tersebut dengan jayanya dalam rangka membudayakan politik berpengetahuan dan politik bersih serta murni," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dr Dzulkefly turut menafikan dakwaan Hasan bahawa beliau adalah parasit dalam Pas. "Saya terkejut dengan tuduhannya itu. Hasan berhak menubuhkan apa sahaja pertubuhan, tetapi akhir-akhir ini banyak tuduhan, antaranya, saya bertanggungjawab mengubah perkataan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. "Perkara itu sebenarnya diusulkan Hasan dan muktamar meluluskan gagasan Negara Islam. Hasan juga ada menyertai siri perbahasan sewaktu dalam Jawatankuasa Pas Pusat serta merumuskan Dokumen Negara Berkebajikan," katanya. Beliau mendakwa, Hasan memutar-belitkan kenyataannya mengenai pelantikan seorang bukan Islam sebagai pimpinan kanan parti setelah Pas menubuhkan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas, sama seperti dilakukan Parti Ikhwan Muslimin di Mesir yang melantik seorang Kristian Koptik sebagai presiden parti. -sinarharian- |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan