Sabtu, 17 Mac 2012

bumiperak

bumiperak


Presiden Pas dan pimpinan pusat jelajah Perak

Posted: 17 Mar 2012 09:41 AM PDT

Ipoh 17 Mac Program Jelajah Pemimpin PAS Pusat ke Negeri Perak juga sempena ulangtahun ke-4 tahun kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan Jamuan Rakyat di Taman Pinji Mewah, Ipoh. Ucaptama program adalah Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Pusat. Turut sama Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain-lain pemimpin PAS negeri Perak.

Dalam ucapannya, Tuan Guru Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali. Abdul Hadi memberikan alasan, penderaan kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi.

"Apabila PAS memerintah Kelantan, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan 'grant perkapita' kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan mendera PAS. Begitu juga apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu. Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya. Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku. Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Tiada ulasan: