Kelab Greenboc |
- Serah Tubuh Untuk Dapat Top-up
- Pergelutan Sewaktu OKU Buat Laporan: SPRM Nafi Pengawal Kakitangannya
- Kes Dirang: Ibu Dirang Akan Berpindah, Masih Terlihat Bayangan Dirang
- 'Jangan Sampai Adat Susahkan Urusan Kahwin'
- Kes Dirang: Bapa Bebas Reman Tetapi Diusir Ke Filipina, Penghantar SMS Dicekup
- Dewan Sri Mas Politeknik Sultan Abdul Halim Kedah Terbakar
- NFC Beli Kondo Mewah Di Kazakhstan: Hadiah Perkahwinan Untuk Anak PM?
- Salehuddin Temu Musa Hitam Bincang Halatuju Politik Negara
- Caj 6% Prabayar. Laporan BERNAMA Tidak Benar & Mengelirukan
- Kilang Diserang 15 Lelaki Bertopeng
- Pelaburan NFC Di Singapura Hangus, Rochester Mall Tamatkan Pajakan Sewa
Serah Tubuh Untuk Dapat Top-up Posted: 17 Mar 2012 12:20 AM PDT Kulim - Perbuatan tidak bermoral. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kegiatan seorang remaja perempuan yang sanggup menyerahkan tubuhnya hanya untuk mendapatkan tambah nilai prabayar (top-up). Illustrasi hiasan Sinar Harian difahamkan, modus operandi digunakannya adalah dengan cara berbaik dengan pekerja di stesen minyak yang bertugas hampir setiap malam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja yang berusia 17 tahun itu akan pergi ke kaunter berpura-pura untuk membeli barang sebaliknya menyelak pakaian dan membenarkan pekerja berkenaan meraba buah dadanya. "Dia juga sanggup melayan nafsu seks pekerja ini di bilik air yang terletak di belakang stesen. Namun, kegiatannya itu dapat dihidu pihak berkuasa," katanya. Menurutnya, dari siasatan dijalankan mendapati remaja itu tidak bersekolah atau bekerja dan sering dilihat berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak pada awal pagi. "Dia juga akan diberi gula-gula getah secara percuma selepas memberikan layanan seks. Kes ini terbongkar apabila pengusaha stesen minyak sering mengalami kerugian di antara RM400 hingga RM500 sebulan melalui mesin penambah nilai prabayar di stesen minyak setiap bulan," katanya. Ghuzlan berkata, polis boleh membuat siasatan terhadap perlakuan pecah amanah yang dilakukan pekerja itu kerana memberikan tambah nilai prabayar secara percuma kepada remaja terlibat sekiranya ada laporan polis dibuat. "Walaupun kesal melihat anak muda menjual maruah sebegitu rupa, namun disebabkan remaja terbabit bukan di bawah umur, perlakuan seks yang dilakukan dianggap sebagai suka sama suka. Melainkan remaja itu membuat laporan polis di mana petugas stesen minyak itu bertindak kasar atau cuba merogolnya, maka kes ini diklasifikasikan sebagai rogol," katanya. -SH |
Pergelutan Sewaktu OKU Buat Laporan: SPRM Nafi Pengawal Kakitangannya Posted: 16 Mar 2012 10:56 PM PDT Pengawal bukan kakitangan SPRM Merujuk kepada tajuk berita (Malaysiakini edisi Bahasa Malaysia - dilampirkan di bawah -GB) dan tajuk berita versi bahasa Inggeris yang sama, dukacita (kami) memaklumkan bahawa penulisan tuan "pergelutan di SPRM" seperti yang digambarkan adalah tidak berlaku. Untuk makluman tuan pejabat SPRM Kuching Sarawak adalah terletak di tingkat 12, Bangunan Sultan Iskandar. Bangunan ini juga menempatkan pelbagai jabatan lain. Kami berkongsi ruang lobi dan perkhidmatan lif yang sama. Kami juga ingin memaklumkan bahawa "pegawai keselamatan" yang dimaksudkan adalah bukan pegawai dan kakitangan SPRM. Sehubungan itu, pihak kami ingin menegaskan SPRM sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk berurusan dengan pihak kami (without fear or favour) terutama untuk mengemukakan maklumat atau aduan berkaitan sesuatu perlakuan rasuah. Adalah diharapkan berita ini dapat dijelaskan sebaiknya agar ianya boleh membantu meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap usaha bersama dalam kita mencegah perlakuan dan amalan rasuah. Penulis merupakan ketua unit komunikasi korporat SPRM. -mk Pergelutan di SPRM ketika pekebun OKU buat laporan |
Kes Dirang: Ibu Dirang Akan Berpindah, Masih Terlihat Bayangan Dirang Posted: 16 Mar 2012 08:40 PM PDT Ibu mangsa: Bayangan Dirang di mana-mana PASIR GUDANG – Keluarga mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, mungkin akan berpindah menetap bersama mertua di Sarawak selepas semua urusan selesai. Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, berkata, tiga hari sebelum anaknya yang mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang, hatinya memberontak ingin berpindah ke tempat lain, tetapi keadaan suami ketika itu masih belum bekerja menghalang niatnya itu. Menurutnya, sekiranya tidak jadi pulang ke Sarawak sekalipun, mereka sekeluarga tidak akan lagi menetap flat dan ingin mencari rumah teres yang difikirkan lebih selamat. "Ibu mertua suruh kami pulang menetap bersama mereka di Sarawak kerana bimbang dengan keselamatan kami di sini, tetapi kami masih belum memberi sebarang keputusan. "Kami nekad mahu berpindah dari kawasan ini, kerana bayangan Dirang sentiasa ada bersama. Ke mana sahaja pergi sama ada ke bilik air atau ke taman permainan, saya sering terbayangkan dia (Dirang) ada bersama ," katanya di sini, semalam. Roselyn berkata, suasana di rumahnya sunyi kerana tiada lagi bebelan dan rengekan manja daripada Dirang yang digelar 'becok' dalam kalangan keluarga. Menurutnya, tidurnya tidak pernah lena sejak kehilangan Dirang kerana setiap malam terasa seperti Dirang ada di sisi, malah seolah-olah terdengar bunyi anak manjanya itu menghisap jari. "Dirang memang menghisap jari kanan sebelum tidur. Mulutnya tidak pernah berhenti membebel dan menyanyi sambil menari setiap kali bangun tidur sehingga kami menggelarnya sebagai 'becok'. "Saya tidak sangka selepas adiknya, Ainul Syuhada Abdullah, 2 bulan hadir dalam hidup kami, dia (Dirang) pula pergi," katanya yang masih dalam keadaan trauma. Roselyn turut menggesa pihak polis supaya mempercepatkan siasatan kerana mahu pembunuh anaknya dikenakan hukuman yang setimpal. "Saya harap polis dapat mempercepatkan siasatan dan membawa pembunuh anak saya ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal. "Saya juga mohon pihak polis membebaskan bekas suami saya kerana saya yakin dia tidak terbabit dalam pembunuhan anak kandungnya sendiri," katanya. -SH Bapa tiri: Tunggu keadaan reda |
'Jangan Sampai Adat Susahkan Urusan Kahwin' Posted: 16 Mar 2012 06:31 PM PDT Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa berhutang." Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu. "Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'. "Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja. Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang. "Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini. Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan. "Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya. Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini. Katanya, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan juga negeri dalam persekutuan Malaysia yang sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain. "Kalau kita berkereta ke sempadan Terengganu di Bukit Yong, Pasir Puteh, kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana duit yang dibelanjakan kerajaan persekutuan bukannya milik 'mak bapak' mereka. "Sebab tu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan seperti royalti minyak yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesenpun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," katanya. -SH Ulasan GB GB amat bersetuju dengan teguran TG Nik Aziz. "Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut," Malah bukan sahaja "menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut" lebih teruk dari itu, pasangan boleh terjebak dengan perbuatan maksiat apabila gagal untuk menempuh lautan kesabaran apabila dilanda ombak percintaan dan gelora nafsu. Itu sebab mengapa Rasulullah pernah bersabda: Yassiru wa la tu 'assiru Bashiru wa la tu naffiru Permudahkan dan jangan dipersusahkan Gembirakan dan jangan menakutkan. Sahih Bukhari & Muslim |
Kes Dirang: Bapa Bebas Reman Tetapi Diusir Ke Filipina, Penghantar SMS Dicekup Posted: 16 Mar 2012 04:50 PM PDT Bapa Dirang Diusir Ke Negara Asal, Tidak Terlibat Kes Bunuh Anak JOHOR BARU: Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu didapati tidak terbabit dengan kes itu. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini. "Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP)dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat. Beliau sekali lagi menegaskan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan Dirang kini telahpun berada dalam tahanan polis dan tindakan pendakwaan akan dilakukan secepat mungkin. Katanya polis kini masih menunggu beberapa laporan daripada Jabatan Kimia untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada TPP untuk tindakan lanjut. Katanya tiga suspek berkenaan yang berumur lingkungan 30-an termasuk seorang wanita, yang kesemuanya penagih dadah juga akan dibawa ke mahkamah pada Sabtu untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman. Nurul Nadhirah ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu. Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. - BERNAMA Ibu Dirang Bimbang Bekas Suami Mungkin Dihantar Pulang Ke Filipina Bekas tentera ditahan ugut ibu Dirang melalui SMS ditahan |
Dewan Sri Mas Politeknik Sultan Abdul Halim Kedah Terbakar Posted: 16 Mar 2012 08:20 AM PDT Bomba Selamatkan Dewan Sri Mas, Polimas Daripada Musnah JITRA: Kepantasan dan kecekapan anggota Bomba dan Penyelamat Jitra berjaya menyelamatkan Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) bernilai jutaan ringgit daripada musnah dalam satu kebakaran, petang Jumaat. Gambar: KEADAAN pentas utama Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim, Alor Setar, yang musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas petang tadi. - Foto Shahrizal Md Noor Hanya kira-kira 10 peratus iaitu pentas utama dewan, siling, bumbung dan peralatan elektronik musnah dalam kejadian itu dipercayai akibat litar pintas kira-kira pukul 3.30 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata seramai 14 anggota dengan dua jentera bergegas ke Polimas sebaik menerima panggilan orang awam pada pukul 3.31 petang. Katanya pasukan itu, yang tiba dalam tempoh enam minit, mendapati api sedang marak dan asap hitam memenuhi ruang dewan berkeluasan 20x45 meter yang berkunci kerana cuti hujung minggu. "Mereka yang dibantu sebuah lori tangki air dari Balai Bomba Alor Setar dan enam jentera Bomba Sukarela berjaya memadam api dalam masa 12 minit," kata Hasbullah kepada pemberita semasa ditemui ditempat kejadian. Beliau berkata bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Polismas, P. Maniam berkata dewan berusia 25 tahun itu akan digunakan untuk majlis konvokesyen Polimas kali ke-26 September ini. - BERNAMA |
NFC Beli Kondo Mewah Di Kazakhstan: Hadiah Perkahwinan Untuk Anak PM? Posted: 16 Mar 2012 07:35 AM PDT Wang dan masa ialah dua perkara penting kepada PM Najib Razak jika beliau ingin kekalkan kedudukan nya sekarang, tetapi sumber kedua-duanya agak terhad. Pergerakan seharian nya telah di rangka untuk 12 bulan akan datang, yang kebanyakan nya telah direncanakan secara terperinci dan terancang. Tidak banyak ruang untuk perubahan kecuali keadaan bebetul memerlukan, kata kakitangan nya. Seterusnya persoalan wang. Dengan hanya RM23,000 sebulan pendapatan sebagai Perdana Menteri, tidak masuk akal bagaimana Najib dan isterinya Rosmah boleh menjalani gaya hidup mewah dan glamor yang di idamkan. Seluruh negara mengetahui kedua mereka mewah, dengan kritik menyebut kareer lampau Najib yang mewah di Kementerian Pertahanan sebagai sumber kemewahan mereka. Sehingga hari ini, Najib dibelenggu dakwaan beliau mengambil imbukan RM570 juta dari pembuat senjata Perancis, DCN kerana bersetuju membeli 2 buah kapalselam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, wang ini tidak boleh dibelanjakan oleh kedua nya sewenangnya. Walaupun jika mereka boleh berbuat demikian, mungkin mereka tidak mahu. Tamak haloba ialah satu sifat yang buruk, dan kebanyakan orang hanya akan membelanjakan wang orang lain, tapi tidak wang mereka sendiri. Pegawai/Kakitangan dan orang suruhan yang tidak sanggup lagi berkorban untuk tuan mereka Bagaimanapun, sebagai perdana menteri dengan kuasa yang ada ditangan dan ribuan pegawai yang patuh kepada arahannya, kehendak dan permintaannya beliau dan keluarganya dengan mudah dapat ditunaikan. Walaupun mereka tidak mahu dilihat melakukan perkara tersebut, mereka dengan mudah boleh memperdayakan pegawai-pegawia mereka untuk menandatangani bebragai dokumen. Ugutan hukuman atau 'cold storage' sentiasa ada. Satu dilemma untuk memuaskan hati majikan atau meletakkan reputasi dan integriti mereka dalam keadaan bahaya. Apalagi menanggung kesalahan dan tidak mensabitkan Najib dan Rosmah-walau apa terjadi. Tetapi itu stail yang lepas. Masa berubah dan pegawai lebih bijak dan berhati-hati kini. Mereka tidak rela lagi berkorban untuk majikan mereka, contoh terbaik yang dipelajari dari dua pengawal peribadi Najib yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, perempuan simpanan kepada Razak Baginda, teman baik PM. Tidak kira betapa berkuasanya PM, para pegawai lebih berhati-hati; mereka menyimpan dokumen-dokumen yang boleh mensabitkan sebagai 'insuran'. Dan mereka tidak ragu-ragu mendedahkan dokumen tersebut kepada orang ramai jika ada cubaan menjadikan mereka kambing hitam. Mereka sudah jemu dengan Najib dan Rosmah, ketua mereka yang banyak kerenah. Hal ini menjelaskan kenapa tiba-tiba banyak maklumat terperinci berkaitan salahguna kuasa dan wang oleh teraju NFC yang berjumlah RM250juta. NFC , sudah tentu di terajui oleh keluarga seorang Meneri UMNO Shahrizat Jalil, yang suaminya didakwa melakukan jenayah pecah amanah awal minggu ini. Satu lagi perkara yang menyokokng persepsi bahawa keluarga Najib juga menyalahguna kuasa ialah dimana mereka mencampur adukkan perkara peribadu dengan urusan rasmi. Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Najib telah menipu seluruh negara sejak dari beliau menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun mereka mempunyai banyak wang, tidak mustahil mereka lebih suka membelanjakan wang orangramai termasuk negara. Jadi,mereka patut dilabel sebagai murahan. Kejadian yang tepat pada masanya Pada 17 Mei,2011, pasangan pertama ini yang kononnya dalam lawatan rasmi ke New York dan Washington DC tetapi akhirnya menghadiri majlis graduasi anak mereka, Nooryana di Universiti Georgetown. Beberapa minggu kemudian pada awal Jun, Najib dan Rosmah dalam lawatan rasmi ke Kazkhstan. Najib juga mengetuai delegasi ke World Islamic Economic Forum (WIFE) yang berlangsung di Astana,i bu negara Kazakh. Satu kejutan kah bila Najib dituduh sengaja memilih supaya lawatan tersebut serentak seupaya beliau boleh menyelesaikan urusan peribadi seperti pertunangan anak perempuan nya dengan sebuah keluarga berpengaruh dari Kazakhstan? Lebih mengejutkan bila beliau melibatkan beberapa tetamu peribadi dalam rombongan rasmi nya untuk menghadiri majlis tersebut. Malahan, lawatan ke Kazakhstan mula menghantui Najib. Semasa WIFE, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pengarah NFC dengan daerah Jambly di Kazakhstan bertujuan pembiakan lembu untuk di expot ke Malaysia dan negara jiran. Sudah tentu Najib telah dinasihat kan oleh pegawai-pegawai nya merit MOU terebut, juga samada perjanjian tersebut dibenarkan antara NFC dan kerajaan Malaysia untuk melabur di Kazakhstan. Samada terdapat kepentinagn tersembunyi atau tidak, Najib secara melulu bersetuju dengan urusan tersebut. Hadiah perkahwinan condo RM1.7 juta? Pada September lepas, NFC membeli satu unit kondo mewah bernilai RM1.7 juta, kononnya untuk digunakan sebagai pejabat. Pembelian ini sekali dengan kondo di bangsar dan Singapore yang mana pengarah NFC dituduh dibeli secara rasuah sekarang menjadi perhatian lapuran polis, menurut lapuran berita terkini. Kenapa membeli kondo mewah untuk dijadikan pejabat? Pembiakan lembu bukannya satu pelaburan atau perbankan korporat dimana terdapat pelanggan jutawan yang perlu layanan istimewa, atau mungkin pengarah NFC anggap keluarga Najib demikian? Adakah kondo tersbeut dibeli untuk kemudahan anak perempuan Najib atau Rosamh atau ahli keluarga yang lain bila-bila mereka melawat Kazakhstan? Satu keputusan perniagaan yang baik untuk menjadikan kediaman mewah sebagai pejabat bila membuat pesanan bekalan lembu, makanan ternakan dan sebagainya akan mejadi aktiviti utama? Lagipun, lembu dan condo tidak sama. Adalah lebih elok,bijak dan murah membuka pejabat di bandar atau daerah perniagaan. Terdapat khabar bahawa NFC sering membantu beberapa ahli politik UMNO dengan mmebekalkan lembu2 utk upacara korban semasa hari raya haji, pada kadar harga lebih murah atau percuma. Jadi,membeli kondo untuk mengambil hati PM atau untuk kemudahan ahli keluarganya adalah tidak mustahil. Samada mereka ingin menjual kondo tersebut kepada keluarga Najib dengan diskaun, keluarga Shahrizat boleh menafikan semua dan mendakwa pembangkang membuat tuduhan liar, tapi mereka perlu menjelaskan kenapa keputusan tersebut dibuat dan adalah ia mengikut perautran pinjaman RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Terdapat spekulasi yang mengatakan condo tersebut ialah hadiah perkahwinan anak perempuan Najib. Jika benar, semakin banyak tembelang pecah bila ianya berkait dengan rasa tak puas hati orang ramai.Terdapat penyalahgunaan kuasa diperingkat tertinggi dan tamparan kepada orangramai yang merungut betapa sukarnya hidup kerana kenaikan harga barang dan sarahidup. Menyokong rasuah Bukan perkara tidak adil jika ada gesaan untuk pendedahan peuh kerana ini satu contoh budaya Gua tolong lu, lu tolong gua yang secara terang di promosi oleh Najib sendiri. Jadi ia perlu disiasat secara terperinci. Ini lah sebabnya Suruhanjaya Pilihanraya patut menghukum Najib bila beliau mula-mula memberi komen berkaitan. Tidak bertindak segera terhadap rasuah tapi mengatakan ia tidak salah, ianya cuma gembar gembur dari pembangkang yang membesarkan isu,menyolong perbuatannya dan perkembangan terus budaya kotor terebut. Ini antara sebab walaupun keputusan mendakwa suami Shahrizat,Salleh Simail dengan jenayah pecah amanah, tidak ramai yang percaya yang pemerintahan Najib akan dapat semula wang rakyat yang telah dibelanjakan.Untuk meredakan kemarahan orangramai, media UMNO bersungguh sungguh melapurkan isu lebih ramai pengarah NFC akan didakwa Bagi keluarga Shahrizat,ini satu pengajaran yang pahit. Kawan-kawan berpengaruh yang sering mereka bantu tidak dapat membantu mereka.Ini lah lumrah politik.Hanya yang kuat akan bertahan. Melihat dari rekod lampau Najib dan Shahrizat, dan kerajaan BN selama ini, peluang besar untuk keluarga Shahrizat terlepas dengan hanya hukuman ringan. Skandal bil jamuan makan malam Sementara itu,najib dan Rosmah juga perlu bertanggungjawab. Permulaan nya ialah beri penjelasan kepada dakwaan terbaru yang mereka melepaskan tanggungjawab melunaskan bil jamuan makan malam RM410,000 di Putrajaya kepada pembayar cukai. Ini bukan satu jenaka kerana rakyat perlu membayar RM1.1 juta bagi penerbangan rombongan Najib ke WIFE tahun lepas, yang didakwa termasuk tetamu peribadi untuk majlis pertunangan. Amat meragukan Najib dengan gaji sebulam RM22,826.65 mampu membelanja kan RM80,000 untuk majlis harijadi nya yang berlangsung pada bulan tersebut juga. Walaupu keluarga nya bersronok sepanjang 2011, rakyat Malaysia berhak bertanya bagaimana PM mereka yang menafikan salahguna kuasa dan berkeras menyatakan beliau menanggung sendiri kos kedua majlis- mampu berbuat demikian dengan jumlah gajinya. Tambahan lagi.ketika sambutan Hari Kebangsaan,Najib dan keluarga nya menyelinap keluar dan terbang ke Perth untuk percutian dan menggunakan jet persendirian kerajaan untuk mereka dan tetamu mereka. Bila terlalu banyak kejadian salahguna kuasa dn wang, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. -Malaysia Chronicle |
Salehuddin Temu Musa Hitam Bincang Halatuju Politik Negara Posted: 16 Mar 2012 06:16 AM PDT Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menghabiskan masa hampir satu jam bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dikediamannya di Bkt Tunku, Kuala Lumpur membincangkan beberapa isu semasa yang menjurus kepada halatuju politik negara khususnya berkaitan urus tadbir dan intergriti negara. Bagi Salahuddin Tun Musa adalah seorang negarawan yang masih punya peranan dalam berkongsi pengalaman luas beliau yang terlibat dalam dunia politik serta punya pegetahuan yang mendalam menilai pemikiran strategik terutama dalam meramal landskap politik negara selepas PRU ke 13. Yang menariknya kedua-dua kami adalah orang Johor walaupun dalam era yang berbeza yang masih punya nilai yang sama dalam melihat perkembangan politik Johor itu sendiri. Yang jelas kami bersetuju atas banyak perkara dalam melihat perkara-perkara yang berkepentingan rakyat dan negara. Perbezaan idealogi antara kami langsung tidak menggangu perbincangan kami yang serius sambil berbual santai terutama dalam isu wibawa dan intergriti kepimpinan masa depan negara. Sambil mengharapkan kami akan dapat berjumpa lagi di lain waktu, pertemuan hari ini sangat mesra dan penuh makna bagi saya sendiri menimba satu lagi pengalaman berharga sambil minum kopi bersama Tun Musa Hitam di Bukit Tunku. -email |
Caj 6% Prabayar. Laporan BERNAMA Tidak Benar & Mengelirukan Posted: 16 Mar 2012 05:32 AM PDT SKMM tidak arah laksana cukai perkhidmatan 6% Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) menjelaskan yang ia tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular mengarahkan mereka melaksanakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus ke atas pelanggan prabayar bermula 1 Julai. Menurut kenyataan SKMM melalui Bernama, Pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang agak marah dengan laporan tersebut berkata: "Laporan tersebut adalah spekulasi semata-mata dan tiada arahan telah dibuat mengenai isu ini." Mohamed Sharil berkata, perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna akan terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan. Katanya, Sebarang tindakan mengenainya akan mengambilkira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan. Sehubungan itu, pihak media dinasihatkan supaya memperbetulkan laporan tersebut dengan segera kerana ianya mengelirukan pengguna. Semalam, Bernama melaporkan dengan memetik HLIB Research sebagai berkata bahawa kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pelanggan prabayar. Firma penyelidikan itu dilaporkan berkata bahawa difahamkan SKMM mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai. Ia juga dilaporkan berkata bahawa selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang. -mk Ulasan GB Laporan caj 6% kad prabayar yang disiarkan semalam di blog GB ini adalah dipetik dari sumber BERNAMA. Dan laporan tersebut ternyata tidak benar. Tidakkah sepatutnya SKM mengfambil tindakan ek atas BERNAMA atau setidak-tidaknya memberi amaran kepada agensi berita nasional itu dari mengeluarkan laporan yang mengelirukan? |
Kilang Diserang 15 Lelaki Bertopeng Posted: 16 Mar 2012 04:43 AM PDT Georgetown: Sebanyak 16 kenderaan termasuk milik pegawai kanan sebuah kilang elektronik di Pusat Perindustrian Bayan Lepas, di sini dirosakkan oleh sekumpulan 15 lelaki bersenjatakan parang dan kayu yang menyerbu premis kilang itu semalam, mengakibatkan kerugian hampir RM3 juta. CERMIN kereta dan cermin lobi sebuah kilang elektronik di Pusat Perindustrian Bayan Lepas dipecahkan penyerang. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, beberapa kereta yang dinaiki lelaki berkenaan memasuki perkarangan kilang terbabit selepas mengugut pengawal keselamatan menggunakan parang sebelum merosakkan semua kenderaan yang diletakkan di perkarangan kilang. Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang sedang berbual dengan rakannya terkejut apabila beberapa kenderaan tiba-tiba meluru masuk ke perkarangan kilang. "Dalam sekelip mata saja, semua lelaki bersenjatakan parang dan kayu meluru ke arah kereta yang diletakkan di perkarangan kilang sebelum bertindak memecahkan semua cermin kenderaan, termasuk pintu lobi pejabat. "Tiada siapa yang berani menghalang tindakan kumpulan lelaki terbabit. Semua yang berada di situ hanya mampu melihat pelbagai jenis kenderaan yang mencecah nilai keseluruhan hampir RM3 juta dirosakkan," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, yang ditemui di lokasi kejadian, berkata pihaknya yang mendapat maklumat bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati semua kenderaan sudah dirosakkan. Katanya, dalam kejadian itu, suspek terdiri daripada 15 lelaki tempatan bersenjatakan parang dan tukul besi bertindak menyerang kilang elektronik terbabit. Bagaimanapun, beliau berkata, kesemua pekerja kilang itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana ketika kejadian mereka berada di dalam bangunan. "Suspek yang memakai topeng itu datang menaiki tiga kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan bertindak memecahkan sebahagian cermin bangunan dan merosakkan kenderaan pekerja, termasuk pengurus syarikat yang diletakkan di sekeliling bangunan. "Pemeriksaan ke seluruh kawasan bangunan itu tidak menemui sebarang objek tajam yang dipercayai digunakan suspek sebagai senjata utama," katanya. Fah Hin berkata, kesemua suspek berjaya melarikan diri selepas bertindak memecah sebahagian harta benda kilang dan pekerja. Katanya, polis akan menyiasat secara terperinci punca kejadian sama ada ia membabitkan individu, perniagaan, cemburu mahupun tukar milik dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. -BH 15 suspek menyerang, merusuh dikenal pasti |
Pelaburan NFC Di Singapura Hangus, Rochester Mall Tamatkan Pajakan Sewa Posted: 16 Mar 2012 03:33 AM PDT Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mendedahkan mengenai kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) untuk membayar sewa ruang kedai komersil – pasaraya yang dimiliki di Singapura, dan mahu keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanggungjawab di atas hal tersebut. Menurut Pua, Syarikat Farmhouse Supermarkets dengan menggunakan konsep 'supermarket' milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu didakwa gagal membayar sewa seperti yang dijanjikan. Merujuk akhbar Singapura hari ini melaporkan, pemilik Rochester Mall di Buona Vista telah menamatkan pajakan sewa oleh Farmhouse Supermarket ekoran syarikat dari Malaysia itu gagal mematuhi syarat tertentu yang dimeterai. Merujuk kepada laporan berkenaan, Pua turut mempersoalkan nilai pelaburan untuk menubuhkan pasaraya berkenaan. "Ikut maklumat daripada akhbar Singapura hari ini, Farmhouse tidak tunai syarat tertentu dan gagal membayar sewa yang dikenakan ke atas tempat itu dan perjanjian sewaan itu dibatalkan. "Sekarang tak dapat laksanakan supermarket ini. Maka saya mahu tanya berapa jumlah pelaburan yang hilang? Siapa nak tanggung pembiayaan? Adakah keluarga Shahrizat ataupun NFCorp? "NFCorp datang daripada pembayar cukai. Adakah NFCorp yang perlu tanggung kerugian pasaraya ini?," soal beliau. Syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd didakwa memiliki Pasaraya Mewah di Singapura dengan kadar sewaan sebanyak SGD900,000 atau RM2.2 juta sebulan. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan