SMS
KUALA LUMPUR - SKMM menjelaskan yang ia tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular mengarahkan mereka melaksanakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus ke atas pelanggan prabayar bermula 1 Julai. 

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang agak marah dengan laporan tersebut berkata, "laporan tersebut adalah spekulasi semata-mata dan tiada arahan telah dibuat mengenai isu ini.

Sharil memberitahu perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna akan terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan. 

Sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan, kata beliau.

Katanya, pihak media dinasihatkan supaya memperbetulkan laporan tersebut dengan segera kerana ia mengelirukan pengguna. - Bernama