Blog-list Malaysia |
- Apabila Puan Hakim hulurkan sekotak tisu untuk Hishamuddin Rais...
- Mereka Yang Sudah Tidak Diperlukan Umno Lagi Menjelang PRU13
- Najib Tak Yakin Noh Omar Dapat Rampas Selangor
- Mokhzani Merompak Petronas
- Teruk Sangat Ke Kualiti Air Kelantan? Kerajaan Negeri Tak Boleh Buat Sesuatu Ke??
- Dosa Sejengkal Hukuman Sedepa
- Khairy, Hero Yang Bertukar Penjilat
Apabila Puan Hakim hulurkan sekotak tisu untuk Hishamuddin Rais... Posted: 17 Mar 2012 12:13 AM PDT Mengikuti perbicaraan kes saman lima orang bekas Tahanan ISA melawan Ketua Polis Negara Norian Mai, Menteri Hal Ehwal dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia mengimbau kenangan 11 tahun yang lalu. Bezanya ketika itu ialah kami turun naik ke Mahkamah berhari-hari tanpa jemu bagi membela nasib mereka yang telah ditahan tanpa dibicarakan. Mereka di dalam tahanan polis selama 60 hari dan kemudiannya dihantar ke Kamunting selama dua tahun. Tahanan di bawah akta zalim ISA menghapuskan semua hak yang ada pada seseorang manusia bebas. Kami di luar berjuang tanpa jemu untuk membebaskan mereka dengan menggunakan segala ruang yang ada. "REFORMASI! REFORMASI! UNDUR MAHATHIR UNDUR!" menjadi kalimah keramat ketika itu. Rakyat berani bangun melawan, mendedahkan kezaliman. Mereka ditangkap sebelum tarikh keramat 14 April yang dikenali sebagai "BLACK 14" bagi mengenang tarikh di mana Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar Ibrahim. Satu perhimpunan besar-besaran telah dirancang untuk diadakan di perkarangan pejabat SUHAKAM di Kuala Lumpur. Sehari selepas tangkapan media menyiarkan di muka hadapan tajuk mereka ditangkap di bawah ISA dengan niat untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan dengan memiliki senjata, bom, molotov cocktail. Juga menggunakan khidmat guru-guru silat. Gambar kesemua mereka yang ditangkap juga turut dipaparkan di muka hadapan sebagai individu-individu yang mahu menggulingkan kerajaan dengan kekerasan. "Memiliki senjata, bom, pelancar roket dengan tujuan menggulingkan kerajaan dan mengancam keselamatan negara." Kenyataan Ketua Polis Negara, Norian Mai ketika itu. Dengan tuduhan itu mereka semua telah ditangkap dan dipisahkan secara zalim dari ahli keluarga. Selama dua bulan mereka ditahan di Pusat Tahanan Reman Polis mereka telah disiksa dan dizalimi. Disogok dengan soalan-soalan yang tiada kena mengena langsung dengan tangkapan dan tuduhan ke atas mereka. Kami mendengar pengalaman perit mereka melalui keluarga ketika ditahan dan kemudiannya melalui penceritaan sendiri ketika dibebaskan. Siapa yang berniat jahat dalam penangkapan mereka dan apakah tuduhan dan fitnah yang dikenakan ke atas mereka terjawab kini dalam kes saman yang sedang berlangsung bermula pada 27 Februari 2012 hingga 15 Mac 2012. Tarikh yang ditetapkan oleh Puan Hakim Lau Bee Lan, yang diharap mendengarkan kes ini dengan adil dan saksama. Bekas tahanan ISA yang terlibat dalam tindakan saman di Mahkamah ini ialah Saari Sungib, Tian Chua (gambar kanan), Hishamuddin Rais, Dr Badrulamin Bahron dan Pak Din, Badaruddin Ismail. Sebagai seorang yang mengikuti perjalanan tangkapan ini sejak hari pertama tangkapan pada tarikh 10 April 2001 sehingga saat mereka dibebaskan pada 2 Jun 2003, saya berusaha untuk tidak melepaskan peluang hadir ke mahkamah mendengar perbicaraan ini. Saya telah melihat bagaimana keluarga mereka menderita setelah dipisahkan secara zalim bila polis dan SB secara kejam dan kasar menahan mereka di rumah atau di pejabat. Bukan seorang dua polis yang hadir, bukan sebuah atau dua buah kenderaan polis yang datang mengepung tetapi di dalam jumlah yang banyak dan ramai dengan niat tidak lain untuk menimbulkan rasa takut di kalangan tetangga dan ahli keluarga. Seolah mereka penjenayah besar! Selama dua bulan di tahanan reman polis mereka tidak dibenarkan langsung bertemu peguam pilihan mereka. Pertemuan keluarga juga sukar, mereka hanya dapat berjumpa sekali atau dua kali sahaja sepanjang penahanan. Itupun di bawah kawalan polis dan polis cawangan khas. Mereka tidak bebas, mereka tidak bebas bersuara dan menceritakan apa yang mereka lalui. Mereka di arah berlakon agar menunjukkan mereka "OK" di dalam tahanan polis dan keluarga tidak perlu risau dan keluarga tidak perlu berkempen kerana hanya akan membuatkan mereka ditahan dengan lebih lama lagi. Apabila berada di dalam kamar Mahkamah Tinggi Sivil 5, Mahkamah Jalan Duta di hadapan Hakim Lau Bee Lan yang mendengar kes tersebut, saya merasa puas apabila setiap perlakuan zalim dan tidak berperikemanusiaan pihak polis dan Cawangan Khas khususnya didedahkan di dalam Mahkamah di hadapan Hakim. "Diletakkan di dalam sel yang sempit, tiada ruang udara, tiada lubang cahaya, tiada tempat membuang air, hanya diberikan botol untuk membuang air, tidak tahu masa, tidak tahu siang dan malam." Ini antara kisah mereka. Disoal siasat berjam-jam setiap hari bukannya dengan tujuan mencari bukti terhadap pertuduhan ke atas mereka sebaliknya ianya menjadi ruang untuk menaburkan fitnah kotor ke atas pimpinan pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim, malah ke atas isterinya Wan Azizah dan puteri mereka Nurul Izzah. "SB suka membebel-bebel, berulang-ulang, paling sakit hati ialah SB mengatakan Anwar Ibrahim memiliki lebih dari 30 orang wanita." Sebahagian dari pendedahan oleh Saari Sungib (gambar kiri) tentang soal siasat SB. Sebenarnya sebagai seorang manusia saya tidak sanggup mencatatkan di sini soalan-soalan yang didakwa sebagai soal siasat ke atas tahanan ISA yang terbabit. Ianya sungguh tidak bertamaddun dan zalim. Tuduhan ke atas mereka ialah memiliki bom dan mahu menggulingkan kerajaan tetapi soalan yang dihamburkan ke atas mereka ialah tentang seks, fitnah seks ke atas Anwar Ibrahim khususnya tentang kebodohan pimpinan pembangkang contohnya "Syed Hussin Ali adalah seorang yang bodoh dan akan kekal bodoh." Saya kira antara yang paling teruk dihina ialah Hishamuddin Rais apabila beliau dituduh sebagai seorang yang suka makan ular dan babi dan banyak lagi yang tidak mungkin sanggup saya menulisnya. Kita tunggu kelahiran bukunya jika ada. Hati saya sakit bilamana pihak Pendakwaraya cuba mengatakan bahawa sebenarnya tahanan ISA ini tidak trauma dan disakiti sedangkan mereka terus menerus mengalami mimpi-mimpi ngeri hingga kini apabila mengingati kembali peristiwa tangkapan ISA. Ini diceritakan sendiri oleh isteri Saari Sungib, Puan Aliza Jaffar. Malahan masakan Hishamuddin Rais (gambar kiri) yang terkenal dengan "Stand-up Comedy" tidak dapat menahan perasaan dan menangis sebak apabila dipinta oleh peguambela menceritakan perasaannya tentang penahanan yang tidak sah itu. Beliau mengambil masa yang lama untuk berkata dan Puan Hakim sendiri menghulurkan sekotak tisu untuk diserahkan kepada beliau. Ini adalah situasi yang amat memilukan. Bukan mereka pinta layanan istimewa tetapi mereka bukan banduan dan tidak pernah dibuktikan kesalahan mereka. Dari keterangan saksi-saksi polis cawangan Khas yang terlibat menangkap, mereka mengaku tidak menjumpai apa-apa bukti tentang bom atau senjata malah surat-menyurat yang mengaitkan dengan pertuduhan. Namun polis-polis cawangan Khas ini jugalah yang menandatangani persetujuan agar mereka terus ditahan setelah tamat tempoh 48 jam yang didakwa terlalu singkat untuk mengumpulkan bukti. Padahal hingga kini tiada bukti yang pernah dijumpai. Mereka terpaksa merengkuk dan dizalimi selama 60 hari oleh pihak Polis Di Raja Malaysia dan disambung lagi dipisahkan dari ahli keluarga selama dua tahun setelah kononnya Menteri Dalam Negeri ketika itu berpuashati dengan soal-siasat polis. Ini berlaku hanya kerana mereka berani melawan United Malays National Organisation - UMNO dan bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara. Maka betullah ungkapan dari lirik lagu rakyat: "Rakyat Berani perompak akan lari... Rakyat sekolah tidak akan dikalah...rakyat bersatu tidak akan ditipu". Kita mesti harus berani melawan. Berani mendedahkan kezaliman sebagaimana beraninya lima orang bekas tahanan ISA ini mendedahkan kezaliman pemimpin dan kejahatan mereka yang bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat dan negara. Salut untuk semua pejuang yang berani! *Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA. Dipetik dari - http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12840 |
Mereka Yang Sudah Tidak Diperlukan Umno Lagi Menjelang PRU13 Posted: 16 Mar 2012 11:10 PM PDT Zahid Hamidi, Jamil Khir, Awang Adek Bakal Di Gugurkan Agensi berita perniagaan dalam talian, Bloomberg mendapat maklumat terbaru sumber yang rapat dengan Putrajaya bahawa Najib Altantuya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada akhir Mei sebelum pilihanraya umum bakal diadakan pada 3 Jun 2012. Tarikh tersebut cuma sehari selepas Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung setiap Sabtu minggu pertama dalam bulan Jun setiap tahun. Bloomberg juga mendapat maklumat dewan awam dan dewan serbaguna di seluruh negara telah dibekukan permohonan dari mana-mana pihak bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan pusat penjumlahan undi. Najib Altantuya dijangka akan mengumpulkan seramai 4,000 pemimpin akar umbi Wanita Umno-APCO pada 26 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menjelaskan serta menyejukkan hati mereka susulan dari tempoh penggal sebagai Senator Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil tidak disambung dalam kerajaan sebagai menteri. Spekulasi terus tersebar dengan Putrajaya dijangka akan membuat keputusan beberapa lagi menteri kabinet yang terpalit dengan skandal seperti Zahid Hamidi dan Jamil Khir Baharom akan dijadikan sebagai kambing hitam bagi "membersihkan" Umno-APCO bagi melonjakkan popularitinya menjelang pilihanraya dalam tempoh kurang dari tiga bulan. Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Bagan Datoh telah mula berasa bakal diketepikan susulan kegagalannya mencabar keputusan mahkamah siang tadi manakala Jamil Khir pula dengan skandal penyalahgunaan wang zakat sehingga RM3 juta bagi membantu kempennya di parlimen Baling dan juga bersekongkol dengan Ketua Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali menggunakan dana zakat bagi menghalang tuntutan qazaf yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Dikhabarkan juga, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin juga akan digugurkan dari bertanding bagi kerusi parlimen Bachok dan akan digantikan dengan salah seorang pegawai khas Najib Altantuya bagi membolehkan Umno-APCO Kelantan mencabar kedudukan Kerajaan PAS Kelantan. Bagi Sabah dan Sarawak pula, lebih separuh daripada penyandang jawatan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada muka baru termasuklah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin. Dipetik Dari ~jalanpulang |
Najib Tak Yakin Noh Omar Dapat Rampas Selangor Posted: 16 Mar 2012 06:29 AM PDT PETALING JAYA: Program berterusan Perdana Menteri dan timbalannya di Selangor tidak mampu untuk BN merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata Pakatan Rakyat. Menurut mereka, dengan perkembangan terbaru politik negara ditambah dengan skandal pemimpin BN, rakyat tetap menyokong kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Salah satu skandal terbesar terbaru membabitkan BN ialah keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyalahguna pinjaman NFC berjumlah RM250 juta. Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo pernah meramalkan peluang BN merampas semula Selangor cuma 50-50. Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Selangor hujung minggu ini dengan memfokus Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong bagi program mesra rakyat. Beliau telah melawat Shah Alam awal minggu ini. Ketua Penerangan PKR Kelana Jaya, Halimey Abu Bakar berkata, Najib masih tidak yakin BN menawan Selangor menyebabkan beliau terpaksa turun setiap minggu. Najib tidak yakin Noh Katanya, Najib juga tidak yakin dengan kepimpinan Umno negeri termasuk Datuk Seri Noh Omar. "Kalau Najib yakin kekuatan BN di Selangor sudah tentu beliau tidak turun setiap minggu. Jika BN kuat dia biarkan saja kepada Noh," kata beliau. Rosli Daim dari Selayang pula memberitahu, orang datang ke program Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin semuanya orang Umno atau BN. Katanya, kalau begitu kekuatan BN tidak bertambah kerana mereka yang datang memang penyokong yang sama juga. "Mereka datang kerana ada jamuan makan. Mungkin juga dapat wang," katanya lagi. |
Posted: 16 Mar 2012 04:53 AM PDT Felda dan Petronas adalah aset yang telah membawa keuntungan besar kepada Malaysia. Tetapi kini kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi mangsa Pemimpin Umno/Bn untuk menambahkan lagi harta haram mereka. Jika kedua-dua syarikat ini terus dicuri hasilnya, saya percaya Malaysia akan duduk sama rendah dengan negara-negara yang miskin lagi kedana. Pada 3 mac yang lalu, Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebanyak RM 23 billion wang Petronas telah dibolot oleh syarikat kroni Umno/Bn. Tidak hairanlah jika adik Najib Razak dan anak Mahathir, Mokhzani diumumkan sebagai antara terkaya di Malaysia. Memang benarlah kata DSAI ketika di Batu Cave baru-baru ini yang menyamakan Malaysia dengan India. Jiak kita lihat di India, rakyatnya kita lihat hidup dalam kedaifan, tetapi pemimpinnya mempunyai harta melimpah ruah. Ini juga berlaku di Malaysia. Ini anda harus sedar. Terbaru, Petronas telah membuat transaksi wang sebanyak RM 23 billion kepada tiga buah syarikat kroni, salah satunya dimiliki oleh Dato Mokhzani anak kepada Mahathir. Sepatutnya wang ini perlu digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara bukan mengenyangkan kroni-kroni BN. Sepatutnya RM 23 billion ini selalu dibelanja untuk cari gali minyak di sudan, tetapi selepas pemecatan Tan Sri Hasan Merican, dan diganti oleh orang yang dipilih sendir oleh Najib Razak, wang ini telah dibawa balik dan diberi kepada pemakan-pemakan duit haram ini. Antara syarikat yang diberi duit haram ini ialah syarikat KENCANA iaitu syarikat kepada Dato Mokhzani. Satu lagi ketirisan yang berlaku dalam Petronas ialah jika kita lihat dalam laporan kewangan 31 Mac 2010 telah yang menunjukkan 85.6% keuntungan PETRONAS atau RM 57.6 Billion diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Jumlah ini membuktikan bahawa kerajaan langsung melanggar sasaran Rancangan Malaysia ke-Sepuluh iaitu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat minyak terkemuka dunia itu. Mustahil sasaran itu akan dicapai melihat kepada tahap kebergantungan kepada PETRONAS seperti kini. Umno/Bn penipu. Saya percaya bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini. Apa lagi yang anda harus tunggu lagi. Bukanlah ini cara rakyat yang sayangkan negara jika hanya mampu lihat dan tidak membuat sebarang tindakan. Jika benar-benar sayang akan negara, ayuh bangkit dan menunjukkan solidariti kepada negara kita yang tercinta. Rakyat malaysia, marilah kita boikot Umno/Bn yang telah lama mengeksploitasi harta-harta kerajaan. Pilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Baru Malaysia. INI HARUS JELAS http://mulut-kecoh.blogspot.com/2012/03/mokhzani-merompak-petronas.html |
Teruk Sangat Ke Kualiti Air Kelantan? Kerajaan Negeri Tak Boleh Buat Sesuatu Ke?? Posted: 16 Mar 2012 04:36 AM PDT Perhimpunan aman desak k'jaan K'tan selesai isu air Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menganjurkan perhimpunan aman di Pasir Pekan dekat Tumpat hari ini untuk mendesak kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan isu air di negeri itu. Presiden MTRK Azmi Ali berkata ia berikutan kegagalan kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan dalam memorandum yang dihantar ke Pejabat Menteri Besar beberapa bulan lalu. Beliau berkata pihaknya akan terus mengadakan roadshow di seluruh negeri ini bagi menyatakan pendirian MTRK dalam membela nasib rakyat Kelantan yang masih menghadapi masalah bekalan air bersih sejak kerajaan negeri mengambil alih teraju pentadbiran negeri 22 tahun lepas. "Kita juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Selasa untuk meminta kerajaan menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam pemberian pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri melalui program bekalan air bersih," katanya kepada pemberita di perhimpunan itu. Menurutnya, kira-kira 40 peratus rakyat Kelantan masih belum menikmati kemudahan air bersih malah masih menggunakan sumber air sungai, perigi dan telaga tiub. Azmi berkata kerajaan negeri diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikan isu itu dan jika gagal berbuat demikian, satu lagi perhimpunan melibatkan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan akan diadakan. - Bernama |
Posted: 16 Mar 2012 02:51 AM PDT Ketika Imam Hoslan membaling selipar ke arah panel hakim, maka hal itu boleh kita sebut sebagai maklumbalas yang terzahir ekoran luapan kemarahan beliau terhadap hukuman ke atasnya. Dia tidak pernah merancang hendak melakukan sedemikian. Perilaku sebegitu tentu terjadi secara tiba-tiba dek kemarahannya itu. Juga, hal sedemikian boleh juga disebut sebagai ilham Allah ke atas dirinya untuk menyentuh batin nurani dan sanubari manusia agar terfikir sesuatu - adakah mahkamah sekular hari ini layak dimuliakan rakyat? Ya, Imam Hoslan boleh jadi bersalah atau bermasalah atas masalah apa sahaja. Tapi isunya di sini adalah beliau telah dijatuhkan hukuman melebihi had yang sepatutnya beliau terima. Atau, dalam lain kata - dosa sejengkal, hukuman sedepa. Menurut laporan akhbar, Hoslan didapati telah membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin selepas jawatankuasa panel tersebut menolak permohonannya untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebelum ini telah berjaya di dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi untuk memperolehi perintah pengusiran yang dikenakan ke atas Hoslan di mana beliau sebelum ini telah mengambil suatu keputusan - enggan keluar dari kuarters yang didiaminya di premis masjid. Di Indonesia, ada suatu kes yang agak masyhur dan hangat diperkatakan berhubung Hakim Marzuki. Kes itu melibatkan seorang wanita yang mencuri ubi kayu untuk memberi makan kepada cucu-cucunya. Hakim akhirnya memutuskan untuk tetap menjatuhkan hukuman ke atas nenek tua itu. Sebelumnya hakim membuka topinya lalu meminta maaf terhadap pesalah itu kerana hukuman terpaksa dilepaskannya juga menurut adat kebiasaan dalam penghakiman. "Saya tidak dapat membuat pengecualian hukum. Hukum tetap hukum, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda 1 juta rupiah dan jika anda tidak mampu bayar, maka anda harus masuk penjara..." Nenek tua itu mengalah. Apalah daya kudratnya untuk melawan segala peraturan hukum. Hatinya turut karam, remuk redam dan tenggelam dalam diam. Tapi Hakim Marzuki belum habis kata-katanya di situ. Dia membuka topinya, lalu membuka dompetnya dan kemudian memasukkan wang sejumlah 1 juta rupiah ke dalam topinya. Lalu, dengan tidak semena-mena, Hakim Marzuki berkata kepada para sekalian yang hadir di situ. "Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada tiap orang yang hadir di ruang sidang ini sebesar 50 ribu rupiah, sebab menetap di kota ini yang membiarkan seseorang kelaparan sampai harus mencuri untuk memberi makan cucunya..." Sehingga palu diketuk dan ketika hakim meninggalkan sidang penghakiman itu, nenek tua itu pergi dengan wang sejumlah 3.5 juta rupiah termasuk wang sebanyak 50 ribu rupiah yang perlu dibayar kepada pihak pengurusan syarikat tempat dia bekerja yang sudah malu kerana menuntut pengadilan. Walaupun kisah ini dikatakan terlucut daripada akhbar, namun gambarnya berserakan di internet. Kisah mengenai hakim yang adil amat menarik sebagai pengajaran agar hakim-hakim kita dapat menimbang rasa dengan menegak hati mulia ke dalam dirinya. Setelah kewarasan menjengah tiba, maka Imam Hoslan Hussin khabarnya meminta maaf atas keterlanjurannya itu. Tetapi, hakim tetap enggan menerima permohonan maaf itu. Hukuman tetap diteruskan ke atas seorang lelaki miskin yang tidak berdaya apa-apa. Imam Hoslan manusia biasa. Dia tidak dapat mengelak daripada apa-apa juga kesalahan yang beliau lakukannya. Rakyat tahu dia bersalah. Tetapi beban kesalahannya itu di'adili' dengan neraca salah - dosa sejengkal dibalas sedepa hukuman - penjara! Jika hakim tidak berpuas hati, tambahan pula mereka Muslim (sewajarnya berhukum menurut aturan perundangan Islam), maka hukuman qisas itu boleh dikenakan seperti melempar kembali kasut ke arah Imam Hoslan Hussin. Ternyata, hukuman semacam itu tidak dijalankan. Syahadan, di negara ini, ada tiga kuasa - Parlimen, Kerajaan dan Kehakiman. Rakyat sudah dibiasakan turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi melawan dasar kerajaan yang tidak memihak kepada cita-cita rakyat. Demonstrasi terjadi apabila rakyat sedang mencuci dosa kekotoran kerajaan. Tapi, apabila kehakiman tercemar dan hukuman berat tetap dijatuhkan juga atas nama menghina mahkamah, maka rakyat revolusioner perlu membuat pilihan sekarang, adakah mereka perlu berdemonstrasi atau pun tidak ke atas kezaliman para hakim yang menjatuhkan hukuman tidak adil ke atas Imam Hoslan Hussin ini? Oleh BOESTAMAM SARI |
Khairy, Hero Yang Bertukar Penjilat Posted: 16 Mar 2012 01:38 AM PDT SATU ketika dulu, dizaman kanak-kanak kita selalu didendangkan dengan lagu 10 budak hitam. Setiap seorang budak hitam dengan kisah masing-masing yang menyebabkan seorang demi seorang hilang, dipenghujung itu tinggallah seorang. Percaya atau tidak, lagu rakyat yang popular itu akhirnya menjadi kenyataan di abad ke 21 ini. Di zaman Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, golongan budak hitam ini begitu bermaharajalela. Mereka ditempatkan di satu tingkat khas di bangunan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya iaitu di tingkat 4. Secara tidak rasmi, inilah pasukan penasihat sebenar Tun Abdullah yang membawa kepada kehilangan majoriti 2/3 BN pada 2008 dan 4 negeri (tambahan kepada Kelantan) ditangan Pakatan Rakyat. Dari ramai-ramai budak hitam yang mendiami Tingkat 4 satu ketika dahulu, kini hanya satu yang masih menonjol iaitu Khairy Jamaludin, itupun kerana dia sempat memaut jawatan Ketua Pemuda UMNO, tinggal beberapa hari sebelum bapa mertuanya melepaskan jawatan kepada Najib Razak. Yang lain, antaranya anak Rahim dan Naina Merican mencungap untuk survive dalam politik dengan menyelit disana sini di antara persekitaran politik yang kelam kabut untuk meneruskan hayat politik masing-masing. Anak Rahim umpamanya, mengorbankan nyawa seorang wartawan di Somalia untuk mengekalkan populariti dan Kelab Putera 1Malaysianya. Khairy sedar, dia adalah persona non grata dalam UMNO melihat dari kegagalannya dilantik sebarang jawatan dalam kabinet Najib dibanding rakan sejawatan lain dari sayap Puteri dan Wanita. Semua ini adalah lanjutan dari keterlangsungannya menggunakan kedudukan Tun Abdullah untuk mendaki tangga kepimpinan UMNO dengan cepat, meninggalkan para veteran yang lebih layak, jauh tertinggal di belakang. Maka itu Khairy perlu mencuba sesuatu yang ada 'WOW factor' untuk melonjakkan namanya dalam politik UMNO di era pentadbiran Najib ini atau dia juga akhirnya akan menjadi sesuatu yang cuma layak dikenang. Biadapnya pula, dalam usaha itu, dia menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai subjek percubaan, mengambil kesempatan dari bermulanya persidangan Dewan Rakyat penggal pertama tahun ini dengan kecaman bertubi-tubi berhubung kenyataan Anwar untuk melindungi keselamatan Israel. Tindakan Khairy di Parlimen pada Selasa diakui ramai sebagai tindakan biadap dan tidak beretika, datang dari seorang yang kononnya terpelajar. Nasib baik sahaja perbuatan itu dilakukannya di dalam Parlimen, dimana dia dilindungi imuniti dewan, kalau tidak penulis pasti tidak cukup tanah Khairy dikejar para peguam Anwar untuk menyampaikan saman. Awal-awal dulu penulis cukup kagum dengan Khairy kerana dialah orangnya yang bersusah payah menghantarkan pasport antarabangsa Anwar ke rumah beliau di Damansara untuk membolehkannya terbang ke Munich mendapatkan rawatan tulang belakang. Tapi benarlah kata orang, kuasa mengubah segala-galanya. Pengunduran Abdullah, ibarat hilang tempat bergantung, maka itu Khairy berpaling kepada taktik biasa untuk orang semalang nasibnya, mengampu dan menjilat pemimpin yang sedang berkuasa. Kita tidak kisahlah kalau dia nak menjilat, tapi kenapa membabitkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar? http://suarapakatanrakyat.com/2012/03/khairy-hero-yang-bertukar-penjilat/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan