Kelab Greenboc |
- Zahid Hamidi Gagal Tolak Saman Tumbuk Ahli Perniagaan
- Kadir Pelik Media UMNO Menyerangnya
- Apakah Negara Sudah Tidak Selamat?
- Amir Ditawarkan Kerja, Rumah & Kereta
- [Video] Sakmongkol Harap Najib Akan Jadi Ketua Pembangkang Selepas PRU
- Alasan SPR Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor Paling Tak Masuk Akal
- Buku NDI Tidak Bahaya, KDN Tak Perlu Pantau - Merdeka Center
- Masalah Parkir Semakin Kronik Di Putrajaya
- [PANAS] Kerajaan Benarkan Syarikat Telco Kenakan Caj 6% Untuk Prabayar Julai Ini!
Zahid Hamidi Gagal Tolak Saman Tumbuk Ahli Perniagaan Posted: 16 Mar 2012 01:00 AM PDT Menteri gagal tolak saman tumbuk ahli perniagaan Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu. Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos. Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali. Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006. Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan. APA DOSA AMIR BAZLI ABDULLAH? |
Kadir Pelik Media UMNO Menyerangnya Posted: 15 Mar 2012 09:31 PM PDT Kenapa media Umno serang saya - Kadir SERDANG, 15 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara. Menurutnya, pandangan yang diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malang katanya, media arus perdana yang dikuasai Umno telah memutar belit kenyataannya dan menyerangnya secara berterusan. "Saya tidak ada sebarang kekecewaan dalam hidup saya, lebih-lebih lagi sekarang ini, saya bahagia. "Pandangan saya ini sebagai orang lama dalam Umno. 56 tahun dari hidup saya, saya beri kepada Umno. Buat apa ahli Umno duk bedai (bedal) orang Umno (macam saya)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini. Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum. Dalam isu agenda Bumiputera pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah. Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, jika beliau mahukan jawatan mahupun projek, itu bukan sesuatu yang sukar kerana yakin pimpinan parti akan membantunya atas menghargai khidmatnya yang lama. "Saya tak pernah jumpa mereka nak mintak jawatan atau projek. "Kalau saya nak jawatan, di kemuncak karier saya sebagai menteri, saya berhenti buat apa, munasabah ke," soalnya. Nafi beli undi Dalam pada itu, bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi itu juga turut kesal kerana dituduh membeli undi dari pengundi di kawasan parlimennya di Kulim Bandar Baharu. Sambil menyifatkannya sebagai fitnah, beliau juga menafikan pernah mendakwa penduduk di parlimen itu perlu dibeli untuk mendapat undi. "Saya sensitif jika ini dikaitkan dengan kawasan parlimen yang saya wakili selama 30 tahun. Bukan sahaja ahli Umno malah seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia. "Kami di Kulim Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun pilihan raya umum," tegasnya bersungguh. -HD Abdul Kadir dakwa ada pihak putar belit kenyataan klik untuk baca |
Apakah Negara Sudah Tidak Selamat? Posted: 15 Mar 2012 09:05 PM PDT Ibu bapa cuai jaga keselamatan anak boleh didakwa KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai. Beliau berkata, sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan. "Saya sebenarnya bersetuju dengan gesaan dan pandangan yang diberikan oleh segelintir rakyat awam yang merasakan sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak-anak mereka. "Untuk itu, saya akan mengesyorkan cadangan ini kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendalami perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 semalam. Heng turut menggesa semua ibu bapa mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka. Beliau berkata tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka. - Bernama Ulasan GB Apa sudah jadi? Apakah negara sudah tidak selamat hanya selepas beberapa hari Menteri KDN mengisytiharkan Malaysia sebagai diantara "Malaysia negara paling selamat di Asia tenggara"? |
Amir Ditawarkan Kerja, Rumah & Kereta Posted: 15 Mar 2012 06:32 PM PDT Balas jasa ibu' KUALA SELANGOR: "Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya," kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu. Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya. Menurut Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya. "Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama. "Selain itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya," katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Jamhuri di sini yang diatur Harian Metro, semalam. Kisah Amir mendapat perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan. Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya. Persoalan mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa. Sehari kemudian, Harian Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf. Sementara itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik dan tidak mengabaikan ibunya. Menurutnya, selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan. "Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya," katanya. -hm Ulasan GB Seperti yang GB pernah ulas sebelum ini: Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan. Dan yang terakhir, kita dengar Amir telah pun ke JKM untuk mengambil dan membawa ibunya pulang. Kini dengan "kejantanan" Amir, beliau telah dikurniakan Allah sesuatu yang dia sendiri tidak terfikirkan. Sungguh benar firman Allah swt: إِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalannya. At-Taubah:120 Semuga hidup Amir diberkati Allah selepas ini, begitu juga dengan Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang sudi mengambil Amir bekerja dan menyediakan kemudahan serta tempat tinggal untuk mereka. Dan tak lupa para wartawan yang membuat pendedahan ini sehingga dapat menyelamatkan Amir dari menjadi derhaka dan nasib kedua beranak (amir dan ibunya) kini terbela. klik untuk baca |
[Video] Sakmongkol Harap Najib Akan Jadi Ketua Pembangkang Selepas PRU Posted: 15 Mar 2012 04:04 PM PDT Harap Najib jadi Ketua Pembangkang - Bekas Adun BN PEKAN, 15 Mac: Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam. Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP. Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya. Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu. Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya. "Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri. Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini. Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya. Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut. Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan. Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini. Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya. "Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah. "Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai. "Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya. Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis. "Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus. "Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu. Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah. "Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi. Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. -PahangDaily. |
Alasan SPR Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor Paling Tak Masuk Akal Posted: 15 Mar 2012 08:58 AM PDT SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya. Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara. Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat. Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai. "Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi. Kes yang sama di Hulu Selangor Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. "Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya. Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13. "Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan. "Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak. Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. -mk
Ulasan GB Lepas satu, satu, penipuan yang dilakukan SPR. Ini kerja amat tidak beretika. Mengubah sempadan kawasan pilihan raya tanpa sebarang makluman kepada rakyat. Ia hanya satu alasan SPR untuk menutup salahlaku dan kerja penipuan mereka. Amat jelas SPR bertindak secara tidak telus dan berusaha melakukan apa saja cara untuk mempastikan UMNO BN mendapat faedah daripada tindakannya itu. Dan yang terlibat di dalam perubahan ialah di negeri-negeri yang UMNO BN tewas pada pilihanraya 2008 iaitu Kelantan, Perak dan Selangor. Mengapa tidak di seluruh negara? GB sudah kata dahulu, Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk untuk menyiasat perbuatan salahlaku yang begitu ketara dilakukan oleh SPR. Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR perlu didakwa. Rupa-rupanya Jawatan Khas Pilihanraya yang ditubuhkan ditubuhkan oleh Kerajaan dahulu hanya helah supaya SPR dapat terus berperanan menlakukan penipuan. Anggota PR yang mengangotainya memang bangang, hanya memikirkan elaun, tetapi gagal untuk memainkan peranan mereka, apatah lagi kini seorang MB dari negeri PR tiba-tiba dipindahkan kawasan mengundinya. Satu tamparan hebat ke muka anggota-anggota EC dari Pakatan Rakyat. Hanya diperlembukan SPR. BERSIH pula sudah lembik. Atau kita tertanya-tanya masih wujudkah lagikah BERSIH itu? Atau ia sudah mati? Percayalah, jika pilihanraya diadakan tanpa integriti SPR dicabar dengan disiasat sepenuhnya salahlaku mereka dan daftar pemilih tidak dibersihkan, Pakatan Rakyat akan menggigit jari selepas PRU13. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah! Kepada YB-YB PR, jika masih lena, PRU12 itulah sekali kamu menjadi YB, selepas ini jangan mimpi! |
Buku NDI Tidak Bahaya, KDN Tak Perlu Pantau - Merdeka Center Posted: 15 Mar 2012 06:58 AM PDT Merdeka Center: Buku NDI 'bukan bahaya' SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya. "Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online. Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik. Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya. Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno. Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan 'kempen kebencian' terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan. Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia. Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya NDI itu. Katanya, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara. Ibrahim berkata, kandungan buku panduan NDI yang dimaksudkan boleh dimuat turun dari laman web pertubuhan bukan kerajaan itu. "Malah kita pun boleh mendapat pelbagai jenis buku panduan pilihan raya dari portal buku atas talian Amazon.com. "Kandungan buku panduan NDI lebih berstruktur, jadi ia akan diubah mengikut keadaan sesebuah negara, ada perkara yang sesuai untuk sesebuah negara seperti Amerika Syarikat, tidak sesuai di Malaysia, sebab sistem politik berbeza," katanya lagi. "Bagi saya ia tidak ada apa-apa keistimewaan pun," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau ada melihat buku panduan yang digunakan oleh PKR, Ibrahim berkata, "tidak." "Saya tidak pasti," katanya apabila ditanya sama ada kemungkinan PKR telah mengubah suai kandungannya berbanding kandungan asal. "Bagi saya buku panduan ini sesuatu yang biasa. Tidak perlu KDN pantau kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga, tidak ada yang perlu dirisaukan," kata beliau. -SH |
Masalah Parkir Semakin Kronik Di Putrajaya Posted: 15 Mar 2012 05:29 AM PDT Putrajaya, 15 MAC : Berlanjutan agak lama, sehingga kini masalah kekurangan parkir kereta di pangsapuri Presint 9 dan 11 di sini semakin kronik dan seakan tidak ada jalan penyelesaian. Kawasan ini merupakan penempatan terpadat yang didiami kakitangan awam di pusat pentadbiran negara yang serba canggih itu. Pembangunan pesat dan pembinaan pangsapuri yang semakin bertambah menyebabkan penambahan kenderaan yang menyumbang kepada kekurangan kawasan parkir. Kawasan perumahan yang mempunyai ruang parkir kereta yang terhad menyebabkan pemilik kenderaan meletakkan kereta di bahu jalan, walaupun sedar tindakan itu salah dan boleh menyebabkan masalah trafik. Menurut Ketua Cabang PKR Putrajaya, Onn Abu Bakar, masalah yang semakin kritikal ini terpaksa dihadapi penghuni yang rata-rata setiap isi rumahnya mempunyai lebih daripada sebuah kereta. "Penduduk di kawasan ini tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan kerana itu sahaja alternatif yang ada setakat ini. Saya benar-benar berharap supaya pihak pengurusan pangsapuri dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah tempat letak kereta bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya. Onn berkata, walaupun saman dikeluarkan setiap hari, namun keadaan sama tetap berlaku. Jelasnya, penduduk akan tetap meletakkan kenderaan di bahu jalan memandangkan tidak mempunyai pilihan lain. Sementara itu, Siti Munirah, 26, yang menetap di kawasan itu berkata, beliau benar-benar berharap supaya pihak pemaju boleh menyediakan kemudahan tempat letak kereta bagi mengelakkan mereka dari terus disaman. "Pihak pemaju mungkin boleh membina tempat letak kereta bertingkat bagi memastikan kenderaan dapat diletakkan di tempat yang selamat. Ini bagi mengelakkan penduduk daripada terus-terusan terpaksa membayar saman daripada Perbandaran Putrajaya," jelasnya. -selangorku |
[PANAS] Kerajaan Benarkan Syarikat Telco Kenakan Caj 6% Untuk Prabayar Julai Ini! Posted: 15 Mar 2012 04:18 AM PDT Kuala Lumpur: Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research. "Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai," kata firma penyelidikan itu. "Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang," katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi. Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus). Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan