Jumaat, 16 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pindah Pengundi - SPR Langgar Undang-Undang

Posted: 16 Mar 2012 12:55 AM PDT

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata tindakan memindahkan kawasan mengundi tanpa permohonan pengundi adalah menyalahi undang-undang.

Beliau merujuk kepada pendedahan portal Malaysiakini berita tentang pemindahan kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai tanpa pengetahuan Khalid.

Menurutnya, keputusan mesyuarat PSC di Pulau Pinang baru-baru ini sendiri menetapkan pemindahan kawasan mengundi tanpa permohonan dari pengundi sendiri adalah menyalahi undang-undang.


"Pengarah SPR, Wan Ahmad perlu beri jawapan munasabah berkenaan isu ini, kalau tidak, lebih baik beliau letak jawatan," kata Fuziah dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi ini.

"Kita menjangkakan beliau akan memberi alasan sempadan daerah mengundi diselaraskan dengan sempadan pentadbiran, seperti diberikan kepada Jawatankuasa Pembaikan Pilihanraya (PSC) sebelum ini.

"Tidak pernah wujud peraturan sempadan daerah mengundi dan sempadan pentadbiran perlu sama. Ini tidak dapat menjustifikasikan perbuatan SPR," kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Menurut Akta Pilihanraya 1958, Urusan Belah Bahagi Daerah Mengundi membenarkan SPR untuk memindah kawasan mengundi dengan syarat ia tidak melampaui sempadan pilihanraya DUN dan Parlimen.

"Jelas SPR membiarkan mereka diperkuda Umno BN dalam membantu mereka dalam pilihanraya akan datang," kata Fuziah lagi.

Sebelum ini juga, KEADILAN mendedahkan lebih 100,000 nama dikeluarkan dari daftar pengundi penuh, manakala 6000 nama dimasukkan, tanpa sebarang makluman kepada pengundi.

Sidang media ini turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Lee Hoy Sian.

Lee berkata, beliau dimaklumkan penduduk kawasan beliau bahawa borang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diterima, menunjukkan kawasan mengundi mereka dipindah ke Parlimen Kelana Jaya dan Dun Seri Setia.

"Menteri Kewangan pasti mendapat maklumat itu dari SPR. Namun, apabila kita periksa sendiri di laman web SPR, kawasan mengundi masih lagi kekal di Petaling Jaya Selatan.

"Mereka bimbang sekiranya dengan menerima wang RM500 BR1M, kawasan mengundi mereka akan dipindah," jelas Lee sambil mengagihkan salinan surat itu kepada pihak media.


Mat Zain sedia beri keterangan terhadap salahlaku Gani Patail & Musa Hasan

Posted: 15 Mar 2012 09:07 PM PDT

Tekanan semakin meningkat terhadap perdana menteri supaya menubuhkansebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ini ekoran seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan jika tribunal itu ditubuhkan.

Katanya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal tersebut, sambil menambah bahawa perdana menteri boleh
dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika terus menyembunyikan salahlaku jenayah seseorang (yang telahpun berada dalam pengetahuannya).


Bukti yang dirujuk oleh Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat I manakala Gani mengetuai pihak pendakwaan. Mat Zain merupakan pegawai penyiasat insiden mata lebam itu.

Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk menyiasat Gani dan Musa.

http://malaysiakini.com/news/192210


Taktik kotor Umno tidak menjadi

Posted: 15 Mar 2012 06:35 PM PDT

UMNO-BN merasakan sudah hilang segala taring mereka apabila Selangor, negeri termaju di Malaysia kini diperintah Pakatan Rakyat, sedangkan di Selangor terdapat KLIA, ada Pelabuhan Klang dan ada macam-macam lagi, termasuk Lapangan Terbang Sultan Salahuddin di Subang yang cukup terkenal.

Itulah sebabnya, kehilangan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, tidak begitu memalukan bagi Umno-BN, jika dibandingkan dengan kekalahan Umno-BN di Selangor.

Hari ini, mereka perkenalkan "Jelajah Selamatkan Selangor" yang mahu mereka gambarkan bahawa Selangor akan menjadi teruk dan miskin jika tidak diselamatkan. Padahal, mereka tahu Selangor sebenarnya lebih selamat di bawah Pakatan daripada di bawah Umno-BN selama ini. Bukan sedikit kawasan bukit-bukau yang mereka tarah hingga menyebabkan beberapa tempat di Selangor, termasuk TTDI Jaya, banjir.


Mereka menggunakan khidmat seorang bekas Exco yang dipecat daripada PAS untuk mencaci kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas mentadbir negeri secara telus. Mereka bawa cerita kononnya PAS kini menjadi kuda tunggangan dan ada parasit di dalam parti itu.

Bekas Exco itu menafikan dia digunakan oleh Umno-BN.

Namun, setiap perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya, memastikan undi tidak diberikan kepada mereka yang melawan Umno-BN. Maknanya, dia sendiri memberitahu dia bekerja untuk siapa dan parti mana.

Sebenarnya rakyat Selangor tidak tergugat dengan ugutan, tunjuk perasaan dari beberapa orang yang mendakwa mereka mewakili NGO dan Perkasa, namun Umno-BN masih gagal menarik sokongan rakyat di atas pagar supaya bersama-sama mereka menentang kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diberi peluang bersuara mengatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Sepatutnya, Daim yang juga bekas Bendahari Umno seronok jikalau Anwar gagal dan mengapa perlu dia risau dengan kegagalan Anwar tersebut. Orang Umno, seperti Daim seharusnya berbangga dengan kegagalan mereka daripada Pakatan Rakyat kerana dengan itu, Umno-BN akan merasakan mereka adalah lebih baik dari Pakatan Rakyat.

Untuk apa timbul kerisauan pada bekas Bendahari Umno ini? Ada cerita kepala babi di pintu masjid. Rakyat tenang mendengar berita ini kerana mereka sudah cukup matang ke atas setiap provokasi. Mereka tahu, tersilap langkah, mereka akan masuk perangkap Umno-BN.

Mereka gunakan blogger yang lari dari tanahair bercakap isu pasir. Blogger itu melarikan diri kerana ada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Tetapi kini, blogger ini sudah menjadi orang penting kepada Umno-BN.

Sebenarnya, isu pasir, rakyat sudah tahu siapa yang sudah kenyang sebelum Pakatan memerintah. Rakyat bukan bodoh dan bukan boleh diperbodohkan lagi.

Mereka tahu siapa yang kayaraya dengan hasil pasir selama ini. Mereka juga tahu, orangorang tertentu sahaja yang dapat hasil pasir ini.

Begitu juga dengan projek angkut sampah, pembersihan dan billboard. Selama ini, mereka jadikan ini sumber pendapatan bagi memperkuatkan parti dan ketua-ketua Umno bahagian. Mereka tidak pernah ambil tahu bahawa, masih ada rakyat hidup di dalam timbunan sampah dan tidur di bawah jambatan.

Mereka mainkan isu murtad. Kononnya di zaman pemerintahan Pakatan, ramai yang murtad. Tapi, dalam masa yang sama, mereka tidak mahu mendedahkan di zaman mereka memerintah berapa ramai yang sudah murtad.

Bila ada cerita khalwat, mereka akan bersorak gembira kononnya yang melakukan kes seumpama ini adalah mereka daripada kalangan Pakatan tetapi, dalam masa yang sama, mereka lupa untuk menceritakan kisah ketua bahagian yang didakwa mengamalkan rasuah ketika menjadi Ahli Majlis PBT di beberapa kawasan.

Umno di Selangor tidak pernah mahu belajar, beberapa orang pemimpin besar mereka jatuh dalam keadaan terhina.

Ada yang kena tangkap kerana bawa terlalu banyak wang.

Ada yang dikatakan mempunyai anak tak sah taraf.

Ada juga kerana "isu projek mewah" dan paling dahsyat, ada yang pernah dikaitkan dengan dakwaan rasuah walaupun akhirnya mendapat pengampunan.

Khabarnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah menegur kepimpinan bahagian-bahagian di Selangor supaya jangan terlalu bergantung kepada populariti Perdana Menteri. Masing-masig perlu turun ke bawah, mengenali masalah yang dihadapi oleh rakyat di bawah.

Sebenarnya Umno-BN Selangor terasa kehilangan pemimpin. Hari ini mereka tidak pasti siapakah bakal mengepalai jentera BN di peringkat negeri kerana bekas MB terdahulu semuanya sudah terkulai layu.

Bagi Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, mungkin beliau mempunyai calonnya sendiri untuk dicadangkan sebagai MB Selangor tetapi kehendak rakyat Selangor mungkin juga berbeza dengan kehendak Najib.

Jika ini berlaku, Najib akan dikecewakan lagi sekali oleh rakyat Selangor. Mereka rela makan pasir daripada dibohongi dengan cerita khalwat, edaran foto separuh bogel dan isu pertukaran potfolio Agama Islam kepada Menteri Besar Selangor, gagal menarik sokongan rakyat.

Najib kecewa. Muhyiddin juga kecewa. Najib tahu Umno bahagian-bahagian di Selangor masih bergolak. Muhyiddin juga tahu semua ini.

Malahan, apa yang dikatakan oleh Muhyiddin kepada kepimpinan Umno di Selangor baru-baru ini, tepat iaitu "jangan hanya bergantung kepada pengaruh Najib".

Maklumlah, Najib kini adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno. Maka, rata-rata mereka yang berjawatan dalam Umno dan BN di Selangor menyifatkan mereka tidak perlu bekerja keras kerana pengaruh Najib sebenarnya sudah mampu menarik sokongan rakyat. Itu yang mereka fikirkan.

Kali ini, mereka akan hampa sekali lagi kerana rakyat tidak akan terpedaya dengan pelbagai slogan, melainkan mereka mahu pelaksanaan. Janji dari BN sudah tidak berkesan lagi. Era ini adalah era perlaksanaan.

Mereka tidak peduli provokasi. Mereka sudah jemu dengan pelbagai karenah.

Mereka nampak, bila ada projek yang berkaitan dengan perumahan rakyat, mesti terbengkalai di Selangor.

Bila bercakap soal geran kepada penduduk yang sudah meneroka kawasan-kawasan tertentu, mereka simpan hingga 20 tahun.

Semua ini, termasuk di Kampung Bendahara, Sungai Tua, kini sudah diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Bukit Botak juga sudah selesai pembinaan sedangkan dalam era pemerintahan BN, penduduk di situ dibiarkan hidup dalam kawasan setinggan dengan serba kekurangan. Lihat sahaja apa sudah jadi dengan "kawasan transit" yang terletak di sekitar Bukit Botak, dibina di zaman BN memerintah, kini menjadi kawasan tertinggal yang cukup mengganggu penduduk sekitar kawasan tersebut.

Cukuplah! Rakyat kini sudah menikmati subsidi terus dari kerajaan negeri dengan pemotongan RM10 bil air setiap bulan. Terima kasih Pakatan Rakyat.

http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19705


Kangkung UUM Kecewa Pas Kedah Gagal Ditumbangkan..

Posted: 15 Mar 2012 05:05 PM PDT

ALOR SETAR: Ketua Kluster Politik, KeseIamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, penubuhan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS untuk memantau kerajaan negeri Kedah tidak akan berjaya.

Beliau menganggap penubuhan Jawatankuasa Pemandu itu hanyalah sebagai komestik dan mekanisme parti tetapi tidak ada sebarang kuasa.Kata beliau, sebab utama ialah Jawatankuasa Pemandu tidak mempunyai akses maklumat dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.

Katanya, bagaimana Jawatankuasa Pemandu boleh bertindak jika tidak mendapat maklumat mengenai mesyuarat exco.


"Nak nasihat apa kalau semua mereka orang luar yang tidak tahu menahu mengenai negeri Kedah? Mereka tidak tahu mengenai budaya orang Kedah."Orang Kedah yang lebih tahu mengenai negeri mereka sendiri. Tentunya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan lebih tahu mengenai hal negeri Kedah.

"Adakah ahli Jawatankuasa Pemandu itu boleh memberi nasihat yang lebih baik daripada penasihat-penasihat Azizan yang sedia ada?

"Azizan ada penasihat undang-undang negeri, barisan exco, pegawai tanah. Mereka semua lebih tahu dari Jawatankuasa Pemandu itu," kata Dr Mohamed Mustafa.Puaskan pihak tertentu

Beliau menambah, PAS menubuhkan Pemandu semata-mata untuk memuaskan pihak tertentu yang terbabit dalam krisis kepimpinan di Kedah.

Katanya, ada kemungkinan Menteri Besar Kedah tidak mengendahkan Pemandu kerana kehadirannya tidak ada dalam perlembagaan kerajaan negeri."Dalam perlembagaan yang ada Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna Pemandu tidak diperlukan," tambah beliau.

Pemandu diketuai bekas Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, manakala ahli lain ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali; Datuk Mahfodz Mohamad dan Datuk Kamaruddin Jaafar.

Pemandu bertujuan memberi nasihat kepada Azizan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri Menteri Besar dan Exco.Jawatankuasa itu diwujudkan ekoran tercetus krisis dalaman antara Menteri Besar dengan dua Exco – Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh – yang menolak dilantik semula.


Tindakan SPR Paling Jahat Dan Tidak Bertanggungjawab

Posted: 15 Mar 2012 04:27 PM PDT


Pemindahan tempat mengundi MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya ke Lembah Pantai mengesahkan kerja jahat dan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan amanah dan amanah rakyat.

Perpindahan nama Khalid tanpa pengetahuan itu adalah perbuatan paling jahat dan tidak bertanggungjawab. Tindakan itu membenarkan dakwaan Bersih dan pembangkang selama ini yang SPR adalah komponen ke 14 atau 15 Barisan Nasional.


Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf akan membuat seribu dalih termasuk soal teknikal berhubung perpindahan nama Khlid itu. Adalah dipercaya perpindahan haram itu untuk sebotaj PKR dan sekaligus menghalang Khlid bertanding di mana-mana kerusi di Selangor.

Niat lebih busuk dari itu ialah untuk menafikan hak Khalid dilantik menjadi MB Selangor sekiranya PKR menguasai Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Kejadian seperti itu bukan baru dan hanya berlaku ke atas Khalid Ibrahim tetapi menimpa ramai lagi pengundi. Saya dan isteri juga ada pengalaman tersendiri di dalam hal ini. Pada tahun 1993 nama saya dipindah ke kawasan lain tetapi nasib baik saya sempat membuat bantahan. Manakala dalam tahun 1999 nama isteri saya dihantar ke lokasi lain menyebabkan dia terpaksa mengundi jauh dari kawasan asal kami.

Perpindahan saya dan isteri di luar pengetahuan kami dan seingat kami tidak pernah memohon untuk membuat perpindahan ke mana-mana kawasan. Adalah dipercayai kerja pindah memindah secara haram ini dilakukan oleh egen Umno kerana pada masa itu ada pegawai dari ibu pejabat Umno berdekatan kediaman kami datang ke rumah meminta no kad pengenalan atas alasan untuk bancian penduduk.

SPR tidak boleh lari dari tanggungjawab ini dan wajar menerima cacian dan sumpah seranah dari rakyat terutamanya mereka yang terlibat dengan pertukaran itu. Mungkin borang permohonan tukar kawasan mengundi dikemukakan, tetapi SPR seharusnya terlebih dahulu kena mengesahkan apakah ia palsu atau benar.

Mungkin setiap kesalahan seperti ini hukuman sewajarnya perlu dikenakan ke atas pegawai terlibat kerana ia membabitkan hak asasi seseorang dan kerja jahat biadap ini satu pencerobohan hak asasi dan sekaligus merudumkan integriti kepada badan bebas itu.

Sehubungan ini para pemimpin perlu mengemaskini nama masing-masing dalam pendaftaran bagi memastikan nama tidak dilempar ke kawasan lain oleh SPR. Tektik menukar kawasan mengundi ini adalah tektik terbaru SPR dalam membantu UBN bagi menghalang pemimpin bertanding di kawasan asal.

- http://www.msomelayu.blogspot.com/


Jom Tengok Pengakuan Dari Paling Manusia Paling Bodoh Di Malaysia

Posted: 15 Mar 2012 06:00 AM PDT


SPR Buat Lawak Lagi Menjelang PRU-13

Posted: 15 Mar 2012 05:24 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar,
langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.


Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di

kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya.


Tiada ulasan: