labun KulupSakah... |
Orang politik berkelahi, nasib OKU ibarat tahi Posted: 15 Mar 2012 09:23 AM PDT Kerenah politik tanahair tidak pernah kering di Malaysia. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai isu di dada akhbar, televisyen mahu pun media portal online. Entah mengapa, sudah menjadi budaya agaknya segala masalah di Malaysia selalunya diselesaikan (baca: dicipta) oleh orang politik. Telagah dan polemik tidak sihat seakan sebati dan adakalanya keanak-anakan. Skandal seks, tuduh menuduh, fitnah dan adu domba sering menduduki carta teratas jika dibandingkan dengan perjuangan membela nasib rakyat terbanyak apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang cukup mencekik golongan marhaen. Berhujah bahawa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah ada sangatlah dangkal malah istilah "bantuan" itu sendiri adalah sangat hina. OKU adalah rakyat Malaysia yang berhak menikmati hasil mahsul negara ini SAMA dengan yang lain. Menyalurkan bantuan ke badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menaungi sebahagian jenis kecacatan juga tidak mencapai ke seluruh sasaran. Itu belum lagi masuk sistem pendidikan yang ternyata masih jauh ketinggalan walaupun kononnya Malaysia sebuah negara yang maju. Baca seterusnya di http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12836 |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan