Isnin, 12 Mac 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


IPD Kota Setar Kecoh, Lelaki Panjat Bumbung Cuba Terjun

Posted: 12 Mar 2012 12:31 AM PDT

Alor Setar - Suasana di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini kecoh seketika petang semalam apabila seorang lelaki memanjat bumbung IPD setingggi empat tingkat itu dan cuba terjun. Gambar ehsan: NST

Bagaimanapun, tindakan bijak Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berjaya memujuk lelaki berusia 26 tahun itu daripada meneruskan hasratnya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini awal pagi ini, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian bermula pukul 5 petang apabila seorang lelaki dilihat berada di atas bumbung bangunan berkenaan.

Katanya lelaki yang berasal dari Kluang, Johor tersebut turut mengambil beberapa tong gas yang sebelum itu diguna kontraktor penyelenggara, yang mana tiga dicampak ke bawah dan satu ke bahagian tengah bumbung.

"Lelaki itu masuk ke IPD kira-kira 3.30 petang bersama seorang perempuan kerana mahu membuat laporan tetapi dia tak tahu laporan apa hendak dibuat. Kata nak buat laporan IC (kad pengenalan) hilang tetapi IC ada di tangan ini. Ini menunjukkan fikiran dia tak tenang," katanya.

Beliau berkata Adzaman mengambil masa hampir tiga jam untuk memujuk lelaki yang bekerja sebagai kelindan lori itu dan pada masa yang sama agensi lain bersedia di bawah untuk sebarang kemungkinan.

"Selepas itu, kita terus bawa dia ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan. Dia ada minum minyak pelincir yang kita takuti boleh menyebabkan sesak nafas dan kematian. Kita juga minta pihak hospital buat saringan mentalnya," katanya menambah lelaki itu sudah berumahtangga dan ada seorang anak.

Ahmad berkata pihak polis masih belum dapat mengambil kenyataan daripada lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

"Saya bangga dengan usaha OCPD yang berjaya menyelamatkan satu nyawa.

Kemahiran seperti ini perlu ada pada setiap anggota polis," katanya.

Sementara itu, Adzaman yang turut hadir pada sidang media tersebut, berkata sewaktu cuba memujuk lelaki berkenaan, beliau banyak memberi penekanan kepada hal-hal keagamaan.

"Saya tanya kepada dia apa masalah dia, sama ada masalah keluarga atau dadah tetapi dia kata bukan. Dia masih waras cuma ada masalah. Dia ada beberapa kali acah nak terjun. Difahamkan dia datang ke sini kerana hendak mulakan kehidupan baru di sini," katanya.- Bernama

Ketua Polis Kota Setar ACP Adzaman Mohd berjaya memujuk seorang atendan lori berumur 26 tahun terjun dari IPD Kota Setar Police District Headquarters hari ini. -- Foto oleh Lim Poh Chin


Akhirnya Amir Mahu Bawa Ibunya Pulang

Posted: 11 Mar 2012 11:50 PM PDT

Lelaki yang tinggalkan ibunya di hotel bajet mohon bawa ibu pulang

KUALA LUMPUR: Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang mendakwa terpaksa meninggalkan ibunya yang uzur di sebuah hotel bajet di Kampung Baru 3 Mac lalu dijangka dipertemukan dengan wanita itu dalam masa terdekat, sekali gus merungkai segala masalah yang timbul.

Setakat ini, segala proses berkaitan termasuk mendapat perintah mahkamah bagi membawa keluar bekas guru al-Quran itu sedang disusun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dan mereka akan berbincang mengenai perancangan susulan yang akan diambil.

Pegawai Bahagian Unit Warga Tua dan Keluarga JKM, Junaidah Jahid, berkata pihaknya menerima permohonan daripada Amir untuk membawa ibunya keluar dari Pusat Sehenti jabatan itu di Sungai Buloh Jumaat lalu, namun ia perlu ditangguhkan seketika sementara menantikan perintah mahkamah.

Katanya, mengikut prosedur biasa, JKM mengambil kira keperluan untuk mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum menyerahkan Faridah Maulud, 66, semula kepada anaknya selain perlu menjalankan siasatan penuh bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

"Amir sendiri ada berhubung dengan JKM dan menyatakan hasratnya itu, namun hasratnya itu hanya dapat dipenuhi selepas mendapat kebenaran mahkamah kerana dengan perintah itu juga ibunya ditempatkan di bawah jagaan JKM sejak Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi, semalam. -hm

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Pengarah NFC Bakal Didakwa Hari Ini

Posted: 11 Mar 2012 09:41 PM PDT

Pengarah kanan NFC dijangka didakwa hari ini

Seorang pengarah kanan National Feedlot Corporation NFC dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut sumber, antara pertuduhan yang akan dikenakan membabitkan sejumlah wang yang besar, dan kes itu sedang didaftarkan di pejabat pendaftaran mahkamah jenayah.

NFC terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan membangunkan projek ternakan lembu di negara ini dengan sasarannya memastikan bekalan daging dalam negara adalah mencukupi .

Pakatan Rakyat mendakwa, antara lain, bahawa dana itu digunakan sebagai membeli hartanah termasuk kondominium mewah di Bangsar, tanah di Putrajaya dan juga beberapa hartanah di Singapura.

Pengarah yang terbabit dalam skandal itu adalah ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ini termasuk pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Ketua Wanita Umno itu. Selain itu, beberapa anak mereka juga menduduki lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 8 April, sehari sebelum tamat perlantikannya sebagai anggota Dewan Negara berakhir. -mk

NFC's Mohamed Salleh to be charged today?

KUALA LUMPUR: It is learnt that the police will be preferring several charges against several top officials from the National Feetlot Corporation (NFCorp) today.

The individuals are expected to be arrested first and then brought to court to face charges.

According to a deputy public prosecutor, NFCorps' CEO Mohamed Salleh Ismail would be among those charged today.

Journalists have started gathering at the Jalan Duta Court Complex since early morning to wait for the matter to be brought before the court.

National Feetlot Centre (NFC) project, aimed at helping the country reduce beef import, has been embroiled in a controversy since opposition PKR blew the lid on the RM250 million contract scandal late last year.

NFC is managed by National Feedlot Corporation, a company run by Shahrizat Abdul Jalil's husband Mohamed Salleh and children.

Shahrizat yesterday announced that she will step down as the Women, Family and Community Development Minister when her term as a Senator ends on April 8.

The police have been investigating the NFCorp directors for cheating and possible crimina breach of trust.
-FMT


All-England: Chong Wei Tarik Diri Mengadu Sakit Bahu, Lin Dan Juara

Posted: 11 Mar 2012 08:50 PM PDT

Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Seluruh England buat kali ketiga berturut-turut apabila beliau memutuskan untuk menarik diri ketika permainan masuk set kedua, awal pagi ini (waktu Malaysia).

Gambar: LIN Dan (kiri) memegang trofi kejuaraan Kejohanan All England 2012 selepas menang ke atas Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan akhir di Indoor Arena, Birmingham, awal pagi ini. Chong Wei terpaksa menarik diri berikutan kecederaan serius di bahu kanannya. - Foto Reuters

Chong Wei mengambil keputusan memberi laluan mudah kepada Lin Dan dari China disebabkan masalah kecederaan di bahagian bahu.

Pada set pertama, Chong Wei kalah 19-21 dan ketinggalan 2-6 ketika mengambil keputusan menarik dari meneruskan persaingan.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak ketika ramai meletakkan harapan beliau boleh memburu gelaran hatrik kejuaraan Seluruh England di Birmingham.

Pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan adalah yang terakhir dalam jadual perlawanan akhir Kejohanan Seluruh England kali ini.

Tahun lalu, Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya itu untuk mempertahankan kejuaraan.

Ketika itu dia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan 21-17, 21-17.

Laporan Bernama pula menyebut, penonton yang berada di National Indoor Arena itu nyata tidak putus-putus memberi sokongan padu dan sorakan semangat kepada pemain negara itu sehingga Chong Wei terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya.

"Saya rasa kami bermain baik dan dia (Chong Wei) juga bermain baik.

"Tetapi dia tidak mahu kecederannya menjejaskannya kerana saya tahu dia mahu bermain dan kami akan bertemu lagi di Sukan Olimpik," kata Lin Dan ketika ditemubual selepas perlawanan itu.

Lin Dan juga pernah menjuarai kejohanan All England sebanyak lima kali pada tahun 2004, 2006, 2007, 2009 dan terbaru tahun ini.

Beregu Korea Selatan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae terpaksa mengharungi pertarungan selama 66 minit sebelum berjaya menundukkan lawan mereka, pasangan nombor satu dunia dari China, Cai Yun/Fu Haifeng.

Dalam pertarungan sengit yang berlarutan hingga ke set penentuan lewat malam ini, Jung/Lee dipaksa bekerja keras sebelum dinobatkan juara All England apabila menewaskan Cai/Fu 23-21, 21-9 dan 21-14.

Dalam saingan perseorangan wanita pula, Li Xuerui dari China turut menjuarai kejohanan berprestij itu selepas menewaskan rakan sepasukannya Wang Yihan 21-13
dan 21-19.

Kategori beregu campuran pula menjadi milik pasangan dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir selepas menundukkan lawan mereka dari Denmark, Laybourn
Thomas/Kamilla Rytter Juhl, 21-17 dan 21-19.

China turut menggungguli acara beregu wanita apabila Tian Qing/Zhao Yunlei dari China dengan mudah mengenepikan rakan sepasukannya Wang Xiaoli/Yu Yang 21-17 dan 21-12.

[Video] Kontroversi Video Bogel Pelakon, Bukan Superimpose Kata Blogger

Posted: 11 Mar 2012 05:47 PM PDT

Sumpah, bukan saya'

KUALA LUMPUR: "Saya sanggup bersumpah yang semua gambar dan video itu bukan saya. Apa yang dibuat RotiKaya.com adalah fitnah yang meninggalkan kesan negatif kepada nama saya," kata Melia Aimelia mengulas mengenai isu video lucah miliknya yang dimuat naik oleh blog hiburan itu.

Pelakon muda itu ketika dihubungi semalam menegaskan dirinya dianiaya hingga membuatkannya tertekan. Klip video lucah berdurasi 10 saat itu dikatakan miliknya dan diserahkan kepada RotiKaya.com oleh seorang pelakon.

Menurut Melia, tindakan pihak RotiKaya.com menyiarkan gambar tersebut dan terus menuduh dirinya adalah tidak profesional.

"Mengapa terus menjatuh hukum sedangkan mereka kawan saya yang boleh menghubungi saya terlebih dulu. Saya sangat kecewa dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera," katanya.

Melia sudahpun membuat laporan di Balai Polis Sentul kerana menyifatkan dirinya difitnah.

Melia yang berada di Terengganu hanya optimis ketika mengulas dan menganggap perkara ini sebagai asam garam menjadi anak seni. -hm

'Kami ada bukti'

KUALA LUMPUR: "Kami tidak pernah melakukan 'superimpose' atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih," kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.

Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

"Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.






Gambar yang dikatakan menimbulkan kontroversi itu


Lakonan Hebat Najib - Shahrizat

Posted: 11 Mar 2012 04:41 PM PDT

Keputusan Shahrizat Undur Diri Tepat Dan Betul - Najib

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

"Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, Ahad.

Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur pada Ahad mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, Perdana Menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.

"Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan," katanya.

Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita Umno terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.

"Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi. - BERNAMA

Umno Cheras anggap drama 'Makcik Bollywood'

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Bung Mokhtar: Patut lebih awal

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.



AMK: Langkah Shahrizat undur bukan remedi buat Najib

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memutuskan untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat awal bulan depan, tetapi keputusan itu bukan remedi bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengunduran Shahrizat sekali gus mengiyakan segala siri pendedahan PKR mengenai skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang terbukti gagal dijawab secara berfakta oleh Ketua Wanita Umno itu dan keluarganya.

"Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau. Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, AMK menegaskan bahawa walau apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia sekali gus bukan titik noktah kepada segala pendedahan dan akauntabiliti beliau selaku pihak yang terlibat dan Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

"Budaya melafaz sumpah, meminta maaf, membuat penafian dan meletak jawatan tidak seharusnya menjadi remedi kepada Umno-BN.

Itu tidak menghalalkan segala bentuk penyelewengan yang telah berlaku melibatkan wang rakyat. Mereka yang bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan,
" katanya lagi.

Kata beliau, AMK juga percaya, ini tidak seharusnya memalitkan Shahrizat seorang sahaja.

"AMK melihat ramai lagi menteri, timbalan menteri, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pimpinan Umno-BN yang harus bertanggungjawab atas salah guna wang rakyat dan salah guna kuasa atas kapasiti kerajaan yang memerintah.

"Puluhan, malah ratusan pendedahan berfakta yang dibuat oleh pembangkang, yang sehingga ke hari ini gagal dijawab oleh pimpinan Umno-BN. Dan, ini membawa konotasi jelas, mereka yang terlibat dalam kes-kes ini, seharusnya juga meletak jawatan," kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar juga berkata, AMK mendesak Najib agar bertanggungjawab secara kolektif mengenai hal ini.

"Dan, tidak keterlaluan untuk disebut, sekiranya kebertanggungjawaban ini tidak ditunjukkan oleh Umno-BN, maka kuasa undi rakyat akan dimanfaatkan dalam PRU-13 akan datang untuk memecat Umno-BN daripada mengemudi Malaysia tanpa sebarang kompromi," kata beliau lagi.
-SH




Ulasan GB

Perletakan jawatan Shahrizat dilihat sebagai satu drama bollywood yang dibintangi oleh aktor hebat bernama Najib dengan aktres Shahrizat.

Kehebatan dua pelakon handalan ini memukau para penonton, tetapi penipuan amat ketara sekalipun tidak terpapar di layar perak.

Penipuan terhadap rakyat terdedah apabila Shahrizat menyatakan perletakan jawatannya tiada kaitan dengan NFC, Najib pula kata "Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan."

Sementelah lagi perletakan jawatan Shahrizat hanya berlaku pada 8 April 2012 iaitu apabila jawatan senatornya tamat [pada tarikh berkenaan.

Justeru itu, tiada "perletakan jawatan" yang sebenarnya berlaku. Yang berlaku ialah jawatan menterinya telah tamat tempoh pada tarikh berkenaan

Dasyat sungguh lakonan mereka!

[Video] Rakaman Ribut Matahari - Keindahan Yang Mendebarkan

Posted: 11 Mar 2012 08:09 AM PDT

Washington - Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu menakjubkan.

Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.

Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.

"Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat," kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.

Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.

Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.

Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya.

Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia.



Ibu Lega Hazim Yang Hilang Ditemui Semula

Posted: 11 Mar 2012 06:14 AM PDT

Kuala Lumpur - Umi!... jeritan pertama yang membuat Wan Nor Azma Wan Yusof sebak dan mengalir air mata apabila anaknya Wan Hazim Mohd Khadhir yang dilaporkan hilang memeluknya ketika ditemui semula kelmarin.

Aksi dramatik itu berlaku apabila Wan Nor Azma mengambil semula anaknya di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras, semalam.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1 Subang Indah Jumaat lalu ditemui semula oleh seorang lelaki dalam keadaan yang terpinga-pinga dan sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya, jam 2 pagi pada hari yang sama.

Wan Nor Azma ketika ditemui berkata, keluarganya bersyukur kerana anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

"Ketika saya mengambil Hazim di pusat perlindungan itu, dia sedang leka bermain dan melukis watak adiwira kegemaraannya Ultraman, dia tidak menangis malah gembira bertemu semula dengan saya," katanya.

Wan Nor Azma, 33, berkata, risalah yang diedarkan di kawasan perumahan termasuk Balai Polis Subang Jaya membantu mengesan anaknya apabila pihak polis menyedari gambar risalah itu menyamai gambar yang berada dalam simpanan mereka.

"Saya menerima panggilan daripada polis malam kelmarin mengarahkan saya datang ke balai polis berkenaan untuk membuat pengecaman gambar. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim," katanya.

Sementara itu, bapanya, Mohd Khadhir Hassan berkata, beliau berterima kasih kepada lelaki yang menjumpai dan menghantar anaknya itu ke balai polis berkenaan, kemudian Hazim dihantar rumah perlindungan JKM.

"Saya berhasrat untuk berjumpa dengan lelaki itu untuk berterima kasih. Kini kami sekeluarga boleh tidur dengan lena, Hazim anak yang manja dan selalu tidur dengan saya," katanya. -SH

Ulasan GB

Syukur alhamdulillah, telah ditemui semula.

Iktibar: Ibubapa tidak boleh leka menjaga anak-anak mereka.

Dan doa seorang pengunjung Blog GB yang bernama "kak mah" nampaknya dimakbulkan Allah swt.

kak mah said...
Ya Allah,mohon sesiapa yang jumpa kanak-kanak ini segera menghubungi keluarganya.


Doa yang kecil, tetapi pengertian yang besar buat ibu Hazim.
Semua "kak mah" diberikan ganjaran pahala oelh Allah s.w.t.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Tiada ulasan: