Isnin, 12 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


'Ayam muda' hanya RM40 di Batu Pahat

Posted: 11 Mar 2012 09:22 PM PDT

BATU PAHAT – Jika dilihat dari luar, hotel bajet ini sama sahaja seperti hotel murah lain, namun tidak ramai yang tahu ia menyediakan 'perkhidmatan' istimewa di belakang tabir.

Di sinilah kebanyakan anak muda tempatan dan warga asing berhidung belang singgah untuk mendapatkan layanan 'ayam muda' cantik yang berasal dari Sabah.

Namun, khidmat ini berkubur kelmarin apabila premis itu diserbu Jabatan Agama Islam Batu Pahat dengan kerjasama beberapa penguatkuasa daerah Johor Bahru, Kluang, Pontian dan Muar.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, khidmat pelacur di hotel bajet berkenaan menjadi tumpuan kerana bayaran yang dikenakan murah iaitu sekitar RM40.


"Semasa serbuan, terdapat tujuh pelacur yang sedang bersiap-siap menunggu pelanggan mereka. Dua daripadanya sedang asyik melayan pelanggan tanpa menyedari kehadiran kami. Daripada tujuh pelacur terbabit, lima daripadanya berasal dari Sabah dan dua lagi merupakan pelacur berbangsa Cina, dipercayai warga tempatan yang aktif menjalankan kegiatan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Saiful Ariffin, pada mulanya kesemua pelacur terbabit tidak mengaku menjalankan kegiatan berkenaan, tetapi setelah didesak selain beberapa kondom dijumpai, barulah mereka memberitahu perkara sebenar.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan ini merupakan satu operasi khas secara mengejut, bertujuan mencegah kegiatan perjudian dan juga pelacuran di Batu Pahat.

"Dalam operasi berkenaan, turut disoal siasat ialah dua remaja lelaki berumur 20 tahun yang dipercayai mahu mendapatkan perkhidmatan di situ. Keterangan dua remaja berkenaan direkod seterusnya diberikan sesi kaunseling dan juga nasihat bertujuan memberikan kesedaran," katanya.

Saiful Ariffin berkata, bagaimanapun kesemua pelacur berkenaan dilepaskan selepas butir diri direkodkan kerana mereka bukan beragama Islam.

"Tindakan selanjutnya terhadap hotel pula kami serahkan kepada pihak polis," katanya. - Sinar

Kalau berani siasat la Peguam Negara - DAP kepada Najib

Posted: 11 Mar 2012 08:28 PM PDT

DAP cabar Najib siasat kelakuan Peguam Negara
najib and ghani patail gani
Perdana Menteri dicabar menubuhkan sebuah tribunal kehakiman berhubung dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya 'menganiaya' pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

Ini berikutan dakwaan rasuah dan pencabulan undang-undang berhubung kes pada tahun 2007 yang dikatakan melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Johari Baharom telah tidak melalui Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tetapi sebaliknya mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh.

Dalam kenyataan medianya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tribunal kehakiman perlu ditubuhkan bukan sahaja untuk menyiasat Gani, tetapi juga Musa dan juga Ketua Pengarah BPR ketika itu Datuk Zulkipli Mat Noor yang telah menyiasat perkara itu dan membersihkan nama antara satu sama lain.

"Kepentingan awam menuntut bahawa seharusnya ada inkuiri kehakiman bukan sahaja menyiasat hingga ke akar umbi kejadian pada tahun 2007 yang dilakukan oleh pegawai peringkat tertinggi kerajaan, termasuk tuduhan serius salah guna kuasa oleh Peguam Negara sehingga menjejaskan undang-undang tetapi juga bukti baru yang menunjukkan Ramli dan pegawai polis yang lain dijadikan mangsa, begitu juga dengan mengenai insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ke bekas pengerusi MAS Tan Sri  Tajudin Ramli," katanya.

Ramli mendakwa memiliki bukti baru dalam kedua-dua kes, kerana beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasatan.

Abdul Gani didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.


Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh tetapi dibebaskan tahun lalu.

Johari juga dituduh melakukan amalan rasuah dan disoal-siasat oleh BPR, tetapi akhirnya dibersihkan.

Artis - Irma Hasmie bertunang .. temui jejaka di Tanah Suci

Posted: 11 Mar 2012 07:29 PM PDT


alt

Kelihatan tahun ini ramai Selebriti ternama bakal mengakhiri zaman bujang dengan memilih pasangan masing-masing. Antara artis yang telah melangsungkan perkahwinan mereka termasuklah Ana Raffali dan Lisa Surihani. Tidak kurang juga dengan pengumuman Bintang Lakonan Drama Fasha Sanda yang juga mengumumkan bakal diijabkabul dengan jejaka yang diketahui umum merupakan kekasih beliau iaitu Jejai.


Namun seorang lagi Bintang Selebriti yang kini anggun mengenakan pakaian berhijab Irma Hasmie secara mengejut didakwa bakal melangsungkan pertunangannya bersama seorang jejaka yang tidak diberitahu identitinya
Kisah Gosip Cinta melibatkan Irma dilihat senyap malah ramai di kalangan peminat-peminat Irma berangggapan beliau masih bergelar solo setelah telah memutuskan hubungan cintanya bersama Bintang Raja Lawak 2 Nabil pada tahun 2010 yang mencetuskan kontroversi dunia hiburan seketika.

Namun berita mengenai Majlis Pertunangan beliau yang didakwa bakal berlangsung pada 27 Mac 2012 telah disahkan beberapa pihak termasuklah dari Blog-Blog Hiburan terkenal.

Dikatakan Irma telah mengenali buat pertama kali jejaka bertuah ini ketika menunaikan ibadah Umrah di tanah suci Kota Mekah. Hubungan mereka dikatakan semakin akrab setelah pulang ke Malaysia sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan.

Irma bakal melangsungkan Majlis ini di lokasi rumah beliau di Sungai Buloh, Selangor. Berita Kisah pertemuan bersama bakal tunangnya ini meyakinkan peminat-peminat Irma yang sentiasa berdoa akan ianya berakhir dengan Perkahwinan.

Sasaran seterusnya ... Najib - Rafizi

Posted: 11 Mar 2012 07:18 PM PDT

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memuji tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat pada April. Katanya, pengumuman yang dibuat Shahrizat pada Ahad, adalah satu langkah tepat setelah PKR mengaitkan beliau dengan beberapa dakwaan dan pendedahan berhubung isu penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Nasional (PFN).

"Terima kasih dan tahniah kepada beliau kerana membuat tindakan tepat. Saya puji dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat," kata Rafizi dalam satu kenyataan kepada Mstar.

Menurut Rafizi, keputusan Shahrizat berundur dari kabinet menunjukkan bahawa beliau telah memahami kehendak dan harapan rakyat Malaysia terhadap seseorang yang memegang status sebagai menteri.

"Akhirnya beliau faham kehendak rakyat dan harapan masyarakat awam bahawa menteri dan penjawat awam harus memberi imej yang bersih," katanya.


Keputusan pengunduran ini juga secara tidak langsung kata beliau, mengesahkan bahawa pendedahan dan dakwaan PKR berkaitan penyelewengan dana RM250 juta dalam PFN selama ini adalah betul dan tepat.

"Kalau tak betul, beliau tak akan letak jawatan...mustahil tiba-tiba akan berundur.

"Ini juga membuktikan tuduhan Umno bahawa kita mempolitikkan isu PFN adalah tidak benar," tegasnya.

Shahrizat, dalam kenyataan sebelum ini bagaimanapun menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu PFN.

Rafizi menjelaskan, isu PFN yang dibongkarkan PKR bukan isu politik tetapi menjadi isu rakyat kerana melibatkan dana awam dan wang rakyat.

Beliau berkata, selagi isu ini tidak diselesaikan dengan adil dan sewajarnya, pihaknya akan terus membuat pendedahan yang dirasakan perlu.

"Peletakan jawatan tidak akan padamkan isu ini. Kita akan terus beri perhatian terhadap skandal dalam PFN dan juga isu-isu lain melibatkan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata tumpuan sekarang akan diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan perkara ini.

Katanya, Najib harus menunjukkan komitmen politik dengan memastikan dana pinjaman sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu fidlot dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.

"Tanggungjawab kini terletak di bahu Datuk Seri Najib kerana beliau adalah perdana menteri. Beliau juga orangnya yang meluluskan pinjaman kepada PFN.

"Selain memperolehi semula RM250 juta, semua yang terbabit dalam isu ini perlu disiasat dengan telus dan dibawa ke muka pengadilan," ujar beliau. ~ mstar

Tolong la ...

Posted: 11 Mar 2012 05:40 PM PDT

2 tabiat wanita yang akan membawa ke neraka

Posted: 11 Mar 2012 07:33 AM PDT

As'salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya".
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
http://tokuban78.wordpress.com/2011/03/23/2-tabiat-perempuan-bawa-ke-neraka/

[VIDEO] Berita yang buat hampa meleleh ayaq mata ... sedih oooo

Posted: 11 Mar 2012 04:46 AM PDT

Tiada ulasan: