Sabtu, 10 Mac 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ibu Ada HIV Sanggup Jual ‘Dara’ Anaknya Untuk Wang

Posted: 10 Mar 2012 01:11 AM PST

Johor Bharu: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Gambar fail

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

"Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

"Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. "Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami," katanya ketika ditemui Harian Metro.


Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

"Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. "Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

"Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan," katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971. -hm

Majlis Pertunangan Anak Najib: Rakyat Tidak Percaya Penafian PMO

Posted: 10 Mar 2012 12:29 AM PST

PMO: Majlis bertunang anak PM bukan dibiayai k'jaan

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.

Menurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.

Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.

Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut. -mk


Bukti Perdana Menteri Tempah Hotel Untuk Pertunangan Anaknya!!




Ulasan GB

PMO, sama seperti Wispa Putra dahulu, cuba membuat penafiannya sedangkan bukti nyata sudah dipaparkan.

Tiada sebab pelapor perlu minta maaf tetapi Najib dan Wisma Putralah yang perlu minta maaf seperti Najib meminta maaf kepada rakyat Selangor hasil kecurangan pemerintahaan UMNO BN di Selangor.

Sebelum ini GB pernah menyatakan mengenai kenyataan penafian dari Wisma Putra:

Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 Kejadian Kebakaran, Satu Di Manir & Satu Di Serdang

Posted: 09 Mar 2012 09:52 PM PST

Kuala Terengganu – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami sejak lebih 50 tahun hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Kedai Manir, Jalan Pasar Manir, di sini hari ini. Gambar: metro

Dalam kejadian 11 pagi itu, Abdul Aziz Mohd, 66, bersama lima anaknya hanya sempat menyelamatkan diri dan melihat api menjilat keseluruhan rumah mereka dengan cepat.

"Ketika kejadian, saya berada di dapur menyediakan juadah termasuk kerang rebus untuk dijual di pasar malam, manakala lima anak berada di ruang tamu.

"Tiba-tiba angin bertiup kuat menyebabkan api di dapur gas menyambar generator yang mengandungi petrol mengakibatkan alat itu terbakar dan kebetulan pula berada dekat dengan tong gas," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.07 pagi dan tiga jentera bomba bersama 13 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

"Kita berjaya memadam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian dapur itu kira-kira 11.46 pagi.

"Hasil siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kebakaran itu disebabkan oleh aktiviti memasak pemilik rumah ini," katanya. – BERNAMA

Rentung berpeluk di bilik tidur

SERDANG – Seorang ibu dan dua anaknya menemui ajal dalam keadaan tragis apabila kesemuanya terkorban manakala suami wanita itu melecur teruk selepas rumah yang mereka diami di Jalan SK 6/1, Seri Kembangan di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Gambar: ANGGOTA bomba menyiasat sebuah rumah yang terbakar hingga menyebabkan tiga beranak rentung manakala seorang melecur teruk di Seri Kembangan, Serdang, Selangor semalam.

Lebih menyayat hati apabila mayat Huyah Thi Ngoc Thao, 30-an, dan Yap Siew Yee, 6, ditemui berpelukan di dalam bilik utama rumah teres separuh papan dan simen itu. Mayat seorang lagi anaknya, Yap Siew Yoon, 5, pula ditemui berdekatan mereka di dalam bilik itu.

Suami Ngoc Thao, Yap Yao Chong, 43, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Serdang di sini selepas dia melecur teruk ketika cuba menyelamatkan tiga beranak tersebut.

Kejadian pukul 2.55 pagi itu disyaki berlaku akibat litar pintas namun ia masih dalam siasatan pihak bomba. Ketika kejadian, dua saudara Ngoc Thao berada di dalam rumah namun mereka sempat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

Kebakaran itu turut melarat ke bahagian tepi dua buah rumah lain yang terletak bersebelahan, bagaimanapun penghuninya selamat.

Jiran mangsa, Yu Lai Di, 78, memberitahu, dia tiba-tiba terjaga selepas terdengar letupan sebelum menggagahkan diri keluar untuk melihat apa yang berlaku menggunakan tongkat.

"Sebaik keluar, saya terkejut apabila melihat rumah jiran saya sedang terbakar dan saya terus menjauhkan diri dari kawasan kejadian kerana tidak berupaya untuk membantu.
-kosmo


Lagi Kes Buntu, Nurul Zakiah Kembali Ke Sisi Keluarga, Lari Kerana Cintakan Samer

Posted: 09 Mar 2012 08:18 PM PST

Shah Alam – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan.

Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

"Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer.

"Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri," katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam.

Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar.

Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga.

"Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan.

"Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain," katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri. -kosmo


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Anak Buntu & tenggelam Punca Jadi Sebab Tinggalkan Ibu Di Hotel Bajet

Posted: 09 Mar 2012 06:40 PM PST

Takkan tak sayang emak'

KUALA LUMPUR: "Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya," kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

"Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.

"Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

"Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang," katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.

Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.



BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Ulasan GB

Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan.

Kepada Amir, segeralah temui ibumu dan mohon maaf terus kepadanya, kerana tentu dirimu tidak sanggup menanggung kemurkaan Allah dan RasulNya yang memerintahkan kita untuk menghormati ibu.

Dalam surat Al-Isra menyebutkan bagaimana kita harus memperlakukan kedua orangtua kita. Allah SWT mengatakan:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (QS. Al-Israa: 23-24)

Di dalam sebuah hadith,

Dikisahkan oleh Abu Hurairah: Seorang laki-laki mendatangi Nabi Muhammad saw dan bertanya kepadanya, "Siapakah yang dapat aku jadikan sebagai teman dekat?" , Lalu Nabi saw pun menjawab:

"Ibumu, ibumu, ibumu, lalu ayahmu, lalu orang terdekatmu dan orang dekat setelahnya"


Semua Amir diampunkan Allah, RasulNya dan ibumu.







Najib Terbabit? Siasat Semula Kes Altantuya! – Mat Zain

Posted: 09 Mar 2012 03:47 PM PST

Kuala Lumpur 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku "penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

"Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).

"Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,"
katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

"Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

"Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.


Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau. -KD


Rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes Altantuya

KUALA LUMPUR 9 Mac: Penghakiman penuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes Altantuya, tidak dapat menghidar rakyat dari melihat kaitan Datuk seri Najib Razak dengan kes pembunuhan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor.

Lebih menimbulkan persoalan, katanya, penghakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin merumuskan bahawa motif pembunuhan tidak penting, walaupun ia relevan.

"Jika tujuan pembunuhan tidak penting, mengapa Altantuya dibunuh?," soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kes tersebut, dua anggota unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung.

Manakala tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat perdana menteri dibebaskan oleh mahkamah tanpa diarah membela diri.

Azilah merupakan pegawai pengiring Najib ketika menjadi timbalan perdana menteri, manakala Sirul pula ialah sebagai pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Tidak mungkin anggota polis melakukan jenayah ini tanpa sebab dan mesti ada arahan dari mereka yang lebih tinggi darinya untuk melakukan perbuatan itu.

"Soalnya, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?," ujarnya.

Menurutnya, dalam kes pembunuhan Sosilawati misalnya, kes itu disiasat dengan teliti sehingga motif pembunuhan dapat diketahui.

Ia katanya berbeza dalam kes Altantuya apabila motif pembunuhan seolah cuba ditutup.

"Walau apa pun alasannya, rakyat melihat pembabitan Datuk Seri Najib dalam kes ini.

"Meskipun mungkin beliau tidak terlibat secara langsung, namun pembabitan kedua-dua anggota keselamatan dalam kes ini amat merendahkan reputasi beliau," ujarnya.

Beliau juga menimbulkan persoalan samada perdana menteri itu sanggup memohon maaf kepada keluarga Altantuya atas pembabitan bekas pegawai keselamatannya dalam kes pembunuhan itu.

"Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?

"Berjiwa besarlah beliau jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap wanita Mongolia itu," ujarnya.
-KD


Najib enggan siasat Musa-Gani, takut rahsia Altantuya terbongkar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung pemalsuan bukti dalam kes rasuah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Peguam Anwar, R Sivarasa menyifatkan Najib enggan membuat siasatan terutama terhadap Gani kerana takut penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya akan dibongkar.

Sivarasa berkata demikian mengulas pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbarunya semalam.

"Kenapa tak berani ambil tindakan, kita tidak boleh mengekalkan peguam negara (Gani) yang melakukan jenayah (memalsukan bukti).

"Ini semua kerana Najib terhutang budi dengannya ( dalam kes Altantuya). Gani telah pastikan kes Altantuya dijalankan tanpa melibatkan Najib dan membebaskan kawan baiknya Razak Baginda,"

"Jika siasatan dijalankan, (besar kemungkinan) mereka (Gani dan Musa) akan membongkarkan semula kes Najib dengan Altantuya," kata Ahli Parlimen Subang itu kepada Keadilandaily.

Sivarasa berkata, pendedahan yang dibuat Mat Zain tentang pemalsuan bukti itu juga menunjukkan perkara sama tidak mustahil dilakukan dalam kes Fitnah II bagi mematikan karier politik Anwar.

"Apa yang telah disebut Mat Zain itu jelas menunjukkan pemalsuan bukti dalam kes fitnah 1 terhadap Anwar," ujarnya.

Mat Zain dalam surat terbukanya mendakwa hukuman salah guna kuasa terhadap Anwar pada 1998 adalah silap kerana pihak pendakwaan memalsukan bukti.

Penipuan itu dibuat melalui tindakan Musa yang menjadi pegawai penyiasat ketika itu, dan Abdul Gani selaku pendakwaraya.

Najib sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya yang diletupkan dengan menggunakan bahan letupan C4 pada Oktober 2006.

Dua pengawal peribadi Najib iaitu ketua inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Sementara sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda turut dituduh bersubahat namun dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.


Shahrizat Bakal Bogel Habis: Rafizi & Zuraida Kemuka Saman Balas

Posted: 09 Mar 2012 07:28 AM PST

NFC: Pemimpin KEADILAN saman balas Shahrizat

PETALING JAYA 9 Mac: KEADILAN mengemukakan saman balas terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM250 juta dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Saman difailkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu.

"Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum,"
kata Rafizi pada sidang media di Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya hari ini

Rafizi berkata, tindakan saman balas itu diambil kerana khuatir Shahrizat akan menarik balik saman tersebut.

"Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diheret ke mahkamah memberi keterangan," katanya.

Sebelum ini, Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau dan Zuraida sudahpun memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Kertas pembelaan itu turut dihantar ke peguam Shafee & Co yang mewakili Shahrizat.

Pada sidang media Rabu lalu, Zuraida berkata Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar dicadangkan sebagai antara saksi penting dalam kes saman itu.

Ini kerana katanya, Najib ialah individu yang meluluskan projek itu yang diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi, manakala Muhyiddin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa projek berkaitan Lembu itu diluluskan.

Sementera Noh Omar ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini di mana beliau turut didakwa memberi kenyataan mengelirukan berhubung skandal itu. -KD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Memalukan: PM Guna Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anaknya

Posted: 09 Mar 2012 06:02 AM PST

Rafizi: Najib guna wang rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan

PETALING JAYA, 9 Mac — Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan hampir setengah juta ringgit wang rakyat bagi menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya di Seri Perdana tahun lalu.

Menurut Rafizi, majlis pertunangan anaknya dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan PKR telah mempersoalkan sama ada majlis tersebut ditanggung oleh rakyat," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. "Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri," katanya.

Tambah Rafizi, ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.

Bukti dokumen pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.

"Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," katanya.

"Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan."

Tambahnya, PKR telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahwa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Tambah Rafizi, perkara itu bukanlah sesuatu yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

"Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, kami berpendapat sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

"Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan," kata Rafizi.

Berdasarkan dokumen bil pembayaran tersebut, syarikat katering daripada hotel terkemuka di ibu negara itu telah memperincikan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang untuk RM522 seorang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang untuk RM359.60 seorang yang berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000, serta jumlah keseluruhan RM409,767. -TMI

Laporan eksklusif sebelum ini
klik untuk baca




Dana RM1 Juta: Dr Jeyakumar Dibenar Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan

Posted: 09 Mar 2012 03:35 AM PST

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj mencabar merit yang berkaitan dengan 'prerogatif pengurusan' berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak semakan kehakiman berhubung dana daripada Peruntukan Khas Kawasan.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Empat hakim yang lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hasan Lah.

Dr Jeyakumar diwakili oleh peguam Datuk S.Ambiga manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili Peguam Negara.

Pada 10 Oktober tahun lalu, tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan bahawa Dr Jeyakumar tidak boleh mencabar keputusan agensi-agensi kerajaan yang menolak permohonannya bagi dana daripada Peruntukan Khas Kawasan untuk pelbagai projek di kawasannya.

Panel itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan kebenaran semakan kehakiman kepada Dr Jeyakumar dan membatalkan permohonan semakan kehakiman itu.

Pemimpin Parti Sosialis Malaysia memohon kebenaran untuk memulakan satu prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Pengarah Pejabat Kemajuan Perak menolak permohonan mendapatkan dana untuk digunakan sebagai sumbangan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah anak Yatim Nurul Ihsan serta dana bagi projek kecil untuk faedah kampung-kampung Orang Asli.

Dr Jeyakumar menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 29 Oktober, 2010.

Jeyakumar menuntut antara lain perisytiharan bahawa peruntukan khas itu diberi kepada semua Anggota Parlimen secara sama rata, mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. -mk



Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Siling Pejabat Tanah Dan Galian Perlis Runtuh Petanda BN Pun Nak Runtuh?

Posted: 09 Mar 2012 02:30 AM PST

Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Jalan Penjara di Kangar runtuh malam tadi berikutan hujan lebat.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar ruang pejabat digenangi air dan peralatan pejabat termasuk komputer dan dokumen tertentu mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hujan lebat.

Runtuhan dipercayai berpunca daripada masalah saluran paip di bahagian bumbung tersumbat menyebabkan air melimpah dan memasuki ruang siling pejabat sehingga mengakibatkan siling itu runtuh.

Mat Rawi ketika ditemui pemberita lewat semalam berkata kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas di situ dan telah memaklumkannya kepada kakitangan pejabat itu.

Katanya beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis mengambil tindakan segera membaiki segala kerosakan dan mengkaji tahap keselamatan bangunan yang berusia hampir tiga puluh tahun itu.

Kerja-kerja awal seperti pembersihan lantai bangunan dijalankan serta merta termasuk kawalan sistem elektrik sementara kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

"Akibat kejadian itu, sistem pendaftaran berkomputer seperti hak milik, pindah milik dan gadaian serta sistem pungutan hasil tanah diberhentikan seketika atas nasihat Bahagian Letrik JKR untuk mengelak berlaku litar pintas," kata Mat Rawi yang diiringi Pengarah tanah dan Galian Perlis, Hisan Abu Bakar.

Bagaimanapun, katanya kejadian itu hanya menyebabkan gangguan tugas pada Unit Pendaftaran kerana rangkaian komputer di situ telah terjejas manakala bahagian-bahagian lain akan beroperasi seperti biasa. - Bernama

Ulasan GB

Ada petunjuk bahawa kerajaan UMNO/BN Perlis bakal "runtuh"?
Semuga begitu...

Tiada ulasan: