Sabtu, 10 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Untung Jadi Anak PM

Posted: 09 Mar 2012 09:03 PM PST


Beberapa blogger Umno cuba untuk membela Najib. Akan tetapi pembelaan hanyalah bersifat pembelaan semata-mata tanpa mengeluarkan apa-apa bukti yang menyokong. Rafizi mengemukakan resit sebagai bukti kepada dakwaan beliau itu.




Sumber - darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/03/pejabat-perdana-menteri-biaya-katering.html


Undang-Undang Dan Peraturan Gila..

Posted: 09 Mar 2012 08:52 PM PST

Aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.

Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.

"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan.

Shahrizat Disaman Kerana Fitnah

Posted: 09 Mar 2012 07:13 PM PST



KEADILAN mengemukakan saman balas terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM250 juta dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Saman difailkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


"Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu.

"Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum," kata Rafizi pada sidang media di Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya hari ini

Rafizi berkata, tindakan saman balas itu diambil kerana khuatir Shahrizat akan menarik balik saman tersebut.

"Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diheret ke mahkamah memberi keterangan," katanya.

Sebelum ini, Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau dan Zuraida sudahpun memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Kertas pembelaan itu turut dihantar ke peguam Shafee&Co yang mewakili Shahrizat.

Pada sidang media Rabu lalu, Zuraida berkata Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar dicadangkan sebagai antara saksi penting dalam kes saman itu.

Ini kerana katanya, Najib ialah individu yang meluluskan projek itu yang diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi, manakala Muhyiddin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa projek berkaitan Lembu itu diluluskan.

Sementera Noh Omar ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini di mana beliau turut didakwa memberi kenyataan mengelirukan berhubung skandal itu.


Lagi Projek Sapu Duit Rakyat Di Tanjung Karang

Posted: 09 Mar 2012 06:23 PM PST

Gara-gara obses dengan projek pembangunan yang menjanjikan pulangan lumayan untuk parti, kroni dan diri, undang-undang tidak lagi menjadi persoalan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Projek yang sepatutnya melalui prosedur dan kelulusan pihak tertentu sebelum kerja pembinaan dimulakan juga dipandang sebelah mata sekaligus menjadikan kemudahan yang dibina bakal menjadi satu lagi projek gajah putih BN.

Terbaru, projek pembinaan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bagan Pasir Penambang yang hampir 90 peratus siap juga tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak termasuk kelulusan kerajaan negeri.


Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini, projek yang menelan kos lebih RM22 juta itu juga tidak memiliki pelan yang diluluskan oleh pihak Majlis Daerah.

"Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan mestilah kemukakan Permohonan Kebenaran Merancang dari pihak kerajaan tempatan dan pihak berkaitan dengan mengemukakan Pelan Pendirian Bangunan dan Pelan Susunatur.

"Contohnya kelulusan Jabatan Alam sekitar, Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan dan kesemuanya lebih kurang ada 19 pihak perlu meneliti sesuatu projek.

"Oleh kerana ia melibatkan pembinaan jeti, projek ini juga mesti dapatkan komen dan kelulusan dari jabatan maritim atau pun marin.

"Komen-komen dari jabatan-jabatan atau agensi yang saya sebutkan ini amat penting sebab ia melibatkan struktur bangunan itu sendiri supaya tidak timbul isu keselamatan atau bangunan runtuh apabila diduduki nanti.

"Jadi bila dah tak ada kelulusan pelan pembinaan, macamana pihak MDKS nak bagi sijil menduduki (CF) bila siap nanti sebab dah tentu mereka tahu tiada jaminan jeti itu selamat digunakan.

"Saya pasti Jeti itu nanti akan jadi satu lagi projek gajah putih BN sebab tak boleh dapat CF.

"Ini memang jelas, kalau tanya pada pihak majlis pun, mereka akan 'confirm' tiada kelulusan" ujar Yahya.

Sebagai indikasi tentang keraguan status projek itu, papan tanda di tapaknya tidak mempunyai nombor rujukan dan tarikh kelulusan seperti yang lazimnya terpapar pada mana-mana tapak pembinaan.

Juga meragukan, papan tanda itu tidak mencatatkan tarikh pembinaan projek tersebut.

Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan peruntukan RM22 juta terhadap projek yang tidak mendapat kelulusan RM22 juta juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Kenapa Menteri Pertanian, tergesa-gesa mengeluarkan peruntukan yang besar tanpa mahu berbincang dengan kerajaan negeri dan menunggu pemeriksaan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan kelulusan?

"Adakah semata-mata mahukan projek ini jalan supaya dapat habuan untuk kroni, parti dan diri sendiri sahaja, maklumlah sekarang dah dekat pilihan raya dah ni.

"Sekiranya projek ini beri manfaat kepada rakyat Selangor dan mematuhi undang-undang saya pasti pihak kerajaan negeri tentunya tidak akan menghalang," katanya lagi.

Selain itu Yahya turut mempersoalkan infrastruktur yang belum dibina meskipun proses pembinaan bangunan tersebut telah mencapai lebih 80 peratus.

Menurut beliau lagi, keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan pelan perancangan yang diluluskan.

Yahya turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) segera campur tangan dalam isu yang melibatkan kepentingan awam ini.

http://penyapusial.blogspot.com/2012/03/jeti-lkim-tanjung-karang-rupanya-projek.html


Jika Ku Li tersingkir, Umno mudah disingkir

Posted: 09 Mar 2012 04:34 PM PST

Menjelang piihanraya ini, sekali lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ahli Parlimen Gua Musang menjadi bualan dan diperkatakan oleh ramai orang. Ku Li yang dikenali agak kritis terhadap kepimpinan Najib terutama dalam isu royalti minyak untuk Kelantan dan penyenaraian Felda ke Bursa Malaysia ditelah oleh banyak pihak akan digugurkan dalam PRU 13 ini sebagai jalan mudah untuk Najib menghindari sebarang gangguan terhadap masa depan politiknya.

Ku Li yang pernah tewas kepada Mahathir dengan 43 undi pada 1987 dan kemudian mencuba beberapa kali untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dipercayai akan terus mencuba lagi dalam pemilihan kali ini, sementelah pula kedudukan Najib yang dianggap terlalu lemah dan dipertikaikan oleh banyak pihak.


Ku Li kemudian menubuhkan Amanah, sebuah NGO pelbagai kaum yang antara perjuangannya untuk menentang rasuah, kronisme dan nepotisme yang dianggap berleluasa dalam pentadbiran sekarang.

Najib yang dilihat kian rapuh dalam menghadapi piliharaya umum kali ini tentunya tidak mahu Ku Li menentangnya untuk jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan yang dijangka tidak lama selepas pilihanraya umum atau bergabung tenaga dengan Muhyiddin Yassin misalnya, untuk menjatuhkannya kiranya BN mencapai keputusan buruk dalam pilihanraya nanti.

Dengan tidak ada kedudukan sebagai Ahli Parlimen, Najib beranggapan Ku Li tiada taring lagi dalam UMNO.

Namun belum pun ada sebarang kepastian mengenai kedudukannya, Ku Li tiba-tiba membuat pengumuman bahawa beliau tetap akan bertanding di Gua Musang dalam pilihanraya akan datang ini. Ia lantas memberi gambaran bahawa sama ada dicalonkan semula mewakili BN atau tidak, Ku Li tetap akan bertanding. Mungkinkah mewakili Pakatan Rakyat? Atau mungkin juga sebagai calon Bebas?

Pelbagai andaian timbul apabila kemudiannya, Pas melalui Naib Presidennya, Sallahuddin Ayub menyatakan Pakatan Rakyat sedia menawarkan Ku Li bertanding mewakili Pakatan Rakyat kiranya beliau ditolak oleh UMNO. Dalam masa yang sama, Amanah iaitu sebuah NGO yang diterajui oleh Ku Li melalui Timbalan Presidennya, Kadir Sheikh Fadzir juga sedang menjalin hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.

Ini menjadikan kedudukan Ku Li dalam pelbagai kemungkinan dan dilihat mempunyai banyak pilihan kiranya tidak lagi dikehendaki oleh Najib.

Sekiranya dicalonkan semula, Ku Li tetap tidak ada masalah untuk membawa kemenangan buat UMNO dan BN dan kiranya selepas pilihanraya umum ini BN mencapai prestasi buruk, kebarangkalian untuk Ku Li diminta bertanding jawatan tertinggi UMNO tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana beliau tetap mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam UMNO. Jasa dan rekod perkhidmatannya yang cemerlang dalam pelbagai kedudukan sejak sekian lama menjadikan Ku Li tokoh yang "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".

Meskipun Ku Li agak veteran tetapi beliau tetap mempunyai pengaruhnya tidak boleh ditolak begitu sahaja dalam UMNO berikutan sumbangan dan jasanya yang banyak ketika berada dalam kerajaan dulu. Walaupun mungkin ramai pimpinan UMNO bahagian-bahagian sekarang terdiri daripada generasi baru tetapi mereka yang seangkatan dengannya, mereka yang masih menghargai jasanya dan golongan yang pernah menerima budi Ku Li, dilihat masih ramai dan menduduki pelbagai jawatan lainnya dalam UMNO bahagian di seluruh negara.

Kiranya Ku Li diketepikan dan beliau memilih untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat, tentunya bahana lebih besar sedang menunggu Najib. Dengan menggerakkan rangkaiannya di seluruh negara, UMNO pasti akan menerima kekalahan di banyak kerusi. BN yang masih berada dalam kedudukan 50-50 dengan Pakatan Rakyat, pasti lebih mudah ditewaskan dengan adanya bantuan Ku Li serta para penyokongnya yang turut akan berbuat demikian.

Untuk mempertahankan kerusi Gua Musang, Ku Li memang tidak ada masalah walau bertanding atas tiket apa sekali pun. Sejarah politknya telah membuktikan bahawa Ku Li adaah calon "winnable" sepanjang zaman untuk Gua Musang. Atas tiket BN pun beliau boleh menang dan jika beliau diketepikan oleh UMNO dan bertanding atas tiket lain, Gua Musang tetap miliknya berikutan jasa dan sumbangannya yang besar di kawasan itu.

Dalam sejarah politik Melayu, hanya Ku Li, Anwar Ibrahim dan Shahrir Samad saja yang pernah mencipta kejayaan mampu mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing atas tiket parti yang berbeza. Ku Li pernah menang atas tiket UMNO dan Semangat 46 di Gua Musang, Anwar atas tiket UMNO dan PKR di Permatang Pauh manakala Shahrir atas tiket UMNO dan Bebas di Johor Bahru.

Mahathir yang dikagumi kerana berjaya mempertahankan kerusi Perdana Menteri selama 22 tahun pun tidak dapat menandingi mereka ini. Apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, untuk menjadi salah seorang daripada tujuh perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan UMNO pun Mahathir telah gagal.

Najib sendiri yang pernah menang tipis 241 undi di Pekan pada pilihanraya 1999, dilihat tidak mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimennya sekarang jika bukan atas tiket UMNO dan BN.

Bukan itu saja, sebelum Mahathir bertindak memecat Anwar pada 1998, beliau terpaksa memujuk Ku Li supaya membubarkan Semangat 46 dahulu. Hanya setelah Semangat 46 dibubarkan barulah Mahathir memecat Anwar. Secara halusnya, Mahathir sendiri mengakui pengaruh dan kekuatan Ku Li.

Oleh itu, kiranya Najib bertindak mengetepikan Ku Li untuk bertanding di Gua Musang dan kemudian beliau memilih untuk bekerjasama dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, nasib lebih buruk sudah boleh dijangka lebih awal akan menimpa Najib, UMNO dan BN.

Meskipun ketika ini Ku Li turut cuba digegar oleh sebilangan kecil kumpulan serpihan dalam UMNO Gua Musang sendiri yang seakan-akan bertindak mahu memastikan Ku Li diketepikan dalam PRU 13 ini, hakikatnya pengaruh dan kedudukan beliau tidak banyak terjejas.
Ini kerana kumpulan serpihan ini didapati tidak begitu berpengaruh meskipun mereka mungkin didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang turut berhasrat mengambil alih tempat Ku Li di Parlimen Gua Musang. Tetapi soalnya apakah mereka yang berhajat itu memenuhi ciri-ciri "winnable" seperti yang sering dilaungkan oeh Najib sendiri?

Segala keputusan adalah ditangan Najib sama ada mahu mengekalkan Ku Li atau menggantikannya dengan calon pilihannya di Gua Musang. Tetapi apa pun kemungkinannya, bola tetap di kaki Ku Li dan beliau hanya menunggu masa untuk menentukan pilihannya. KL TODAY

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com


Majlis bertunang anak PM bukan dibiayai k'jaan

Posted: 09 Mar 2012 06:40 AM PST

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.

Menurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.


Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.

Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.


“Saya tak pernah utus surat dengan pemimpin Israel” – Anwar

Posted: 09 Mar 2012 04:03 AM PST

KEPALA BATAS 9 Mac: Sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah sama sekali mengiktiraf kerajaan Israel dengan cara berutus surat atau berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara itu.

Ia ditegaskan Ketua Pembangkang itu sewaktu berceramah di Markas Tarbiyyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.

"Sewaktu saya jadi Timbalan Perdana Menteri, tak pernah saya tulis surat kepada mana-mana pemimpin Israel, tak pernah saya jumpa mana-mana pimpinan Israel.


"Penipu dan munafiknya pemimpin Umno, mereka serang saya. Tetapi, saya tak pernah pun ada (jalin) hubungan dagangan dengan Israel," tegas Anwar kepada kira-kira 2 ribu penyokong Pakatan Rakyat.
Ia katanya, berbeza dengan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dalam diam mengutus surat mengiktiraf kerajaan haram Israel, tetapi pada masa yang sama terus memfitnah beliau.
"Presiden Umno ucap tahniah kepada pemimpin Israel ada keluar TV3? Puji Ehud Barak ada keluar TV3?" tanya Anwar.
Pada 29 Februari lalu, kerajaan mendedahkan tiga surat rasmi dikirim oleh Mahathir kepada tiga Perdana Menteri rejim Zionis itu bertarikh 21 Disember 1993, 14 Mac 1997 dan 8 Jun 1999.
Salah satu surat berkenaan, yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, antara lain menyatakan kesediaan kerajaan Umno BN untuk menjalinkan kerjasama dengan rejim itu pada masa yang sesuai.
Bercakap lanjut, Anwar berkata pengiktirafan secara senyap kerajaan Umno BN kepada rejim haram Israel diteruskan lagi oleh Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak yang takut untuk menyuarakan nasib rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.
Najib tidak bincang isu Palestin
Menurutnya, Najib berpeluang untuk mendesak Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama berbuat sesuatu terhadap kemelut di Israel-Palestin sewaktu bertemu Obama tidak lama dahulu.
Namun, Najib hanya sekadar berani menyokong tekanan Amerika ke atas program nuklear Iran sewaktu bertemu Obama.
Menurut Anwar, ia berbeza sama sekali dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berani membangkitkan perkara itu.
"Tayyip Erdogan jumpa Obama bincang isu Palestin dan ada nota. Datuk Seri Najib ada bincang isu Palestin?" tanya Anwar.
Membidas berita media arus perdana semalam yang menyiarkan berita surat beliau kepada National Endowment for Democracy (NED), Anwar menjelaskan NED adalah pertubuhan yang berfungsi untuk mempromosikan demokrasi.

Justeru katanya, isi kandungan surat itu bukanlah satu pengiktirafan kepada kerajaan Israel seperti yang cuba diputarbelitkan media arus perdana.

Bercakap lanjut, Anwar percaya kenyataan dan pendiriannya tentang isu Palestin-Israel sengaja terus dimanipulasi Umno BN untuk menggugah hubungan baik beliau dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Umno ni mimpi dia nak lagakan saya dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kalau kami bergaduh, lega mereka"

""Tuan Guru Nik Aziz minta penjelasan, saya tiada masalah. Pendirian Pas tegas dan konsisten. Ini Umno nak tegur saya, tengok muka sendiri dulu" kata Anwar.-Kd


Pembunuhan Altantuya : Siasat semula, banyak perkara yang tidak kena - Bekas Pengarah CID

Posted: 09 Mar 2012 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku "penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.


Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

"Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).
"Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka," katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

"Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

"Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28063


Tiada ulasan: