Sabtu, 10 Mac 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Wahai Najib, rakyat perlukan bukti bukan sekadar penafian

Posted: 10 Mar 2012 12:20 AM PST

LAPAN BUKTI YANG PERLU DIKEMUKAKAN PERDANA MENTERI
 
Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Dato' Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.
 
Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
 
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.
 
Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:
 
Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
 
Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
 
Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
 
Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
 
Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
 
Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan
 
Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
 
Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
 
 
Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.
 
Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.                                                                     
 
 
 
 
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
 
 
10 MAC 2012 

ReJaM© "Nafi je tutup cerita? Lembu Kak Jat pun boleh... "

Panas! Najib tunangkan anak pun pakai duit rakyat!

Posted: 09 Mar 2012 05:28 AM PST

PADA 17 Jun 2011, Perdana Menteri, Najib Razak melangsungkan majlis pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa, 22 dengan seorang anak pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Anak Najib nak bertunang dengan anak siapa, bukan urusan kita untuk ambil peduli. Namun apa yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah wang rakyat yang digunakan untuk membiayai majlis pertunangan itu.

Hari ini Pengarah Strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli telah mendedahkan dokumen bukti penyelewengan duit rakyat oleh Najib Razak untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya.

Dokumen 8 muka dengann cop rasmi Shang Ri La Hotel, Kuala Lumpur itu mendedahkan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib Razak yang berlangsung kira-kira 2 jam itu dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri, dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM409,767 [Malaysiakini].

Berikut dokumen yang dimaksudkan.



Pada halaman ke 4 dokumen itu turut menunjukkan rajah gambaran kedudukan pelamin untuk kedua-dua pasangan serta kedudukan hadirin yang menghadiri majlis itu.



Jelas di sini berlaku penyelewengan dana rakyat oleh Najib dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Duit rakyat digunakan untuk kepentingan peribadi dan ini jelas melanggar akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Selepas ini tentu sekali laporan kepada SPRM akan segera dibuat dan jika SPRM benar-benar telus dan adil, maka Najib harus disiasat atas kesalahannya dan jika terbukti bersalah beliau wajib dikenakan hukuman yang setimpal.

Rakyat terkial-kial cari duit siang malam pagi petang, pemimpin habiskan duit rakyat untuk kegunaan peribadi.

ReJaM© "SPRM nantikan laporan dari kami dan jalankan tugas anda! "

Tiada ulasan: