Kelab Greenboc |
- Habis Santan Hampas Dibuang: Habis Galas Ku Li Terbuang
- Apa Hak Polis Tendang Motosikal Orang Awam?
- "Ayah Pin" Gombak Mengaku Wali Larikan Anak Dara Orang
- Kemelut Kedah: Pelangi Muncul Selepas Ribut Melanda
- Jimmy Tampar Isteri Untuk Elaknya Jadi Derhaka Terhadap Suami
- Suhaila Menderita Mempunyai Dua Rahim & Satu Buah Pinggang
- Amerika Lebih Takut Ahmedinejad Kalah Dalam Pilihanraya Presiden Iran
- MBAS Beri Amaran Kepada Pihak Yang Turunkan Kain Rentang Iklan Surau
- Nahas Kereta Api Terburuk Di Poland - 16 Maut 60 Cedera
- Kesemua Akur Dan Patuh Arahan PAS Pusat Tapi...
| Habis Santan Hampas Dibuang: Habis Galas Ku Li Terbuang Posted: 06 Mar 2012 01:06 AM PST Sila berundur secara terhormatGUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disifatkan `barah' dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat. Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun Umno Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam. Majlis perjumpaan yang dipengerusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda. Kebanyakan mereka menyuarakan sudah sampai masanya bagi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit. Perjumpaan diadakan bagi memperbetulkan kenyataan pemimpin itu yang disiarkan dalam kebanyakan media berhubung langkahnya untuk bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan BN pada PRU13 nanti. Ab Wahab berkata, Tengku Razaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN. Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran. "Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar. "Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia," katanya. Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno. Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan. "Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa," katanya. Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya. "Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama," katanya. -SH Ku Li tetap tanding jikapun tidak dicalon Pakatan sedia benar Ku Li bertanding atas tiketnya |
| Apa Hak Polis Tendang Motosikal Orang Awam? Posted: 05 Mar 2012 11:31 PM PST Orang ramai marah polis 'terajang' motosikal remajaKurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu terbabas dan mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya. Gambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis. Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu. Cedera parah Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menerajang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu akibat melanggar pembahagi jalan. Laporan itu bagaimanpun tidak menyebut sama ada remaja itu cuba merempuh anggota polis berkenaan ketika cuba mengelakkan dirinya daripada sekatan jalan raya. Lim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya. "Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu."Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!" -mk |
| "Ayah Pin" Gombak Mengaku Wali Larikan Anak Dara Orang Posted: 05 Mar 2012 09:27 PM PST Penangan Pak Din, mengaku setaraf waliGOMBAK – Sebuah keluarga sanggup bergolok bergadai dan berhabis ratusan ribu ringgit dalam tempoh empat tahun untuk seorang lelaki berperwatakan alim yang mengaku sebagai wali. Tidak cukup dengan itu, lelaki yang layak digelar warga emas itu turut melarikan anak gadis keluarga berkenaan dengan meyakinkan seluruh ahli keluarga itu bahawa mereka berkahwin secara ghaib dengan bersaksikan malaikat. Bagaimanapun, 'sihir' lelaki itu berakhir selepas keluarga malang berkenaan tidak diiktiraf menjadi kaum kerabatnya sebaik keluarga itu tidak lagi mampu membiayai kehidupannya. Mangsa, Mohd Zin Mamat, 62, berkata, dia mengenali lelaki yang berasal dari Kelantan itu menerusi seorang rakan selepas cuba berikhtiar mengubati sakit kaki anak gadisnya yang ketika itu baru berusia 20 tahun. "Berusia sekitar 60 tahun, wajahnya berjambang dan berkopiah, dia selalu berulang–alik dari rumahnya di Pasir Mas untuk mengubati kaki anak perempuan kami, Siti Maizura. "Namun, memikirkan anak kelima saya itu memerlukan rawatan susulan, kami membenarkan lelaki berkenaan tinggal di rumah ini tanpa sebarang syak wasangka," katanya kepada Sinar Harian sewaktu ditemui di rumahnya di Gombak. Mohd Zin berkata, meskipun penyakit anaknya itu sudah sembuh, lelaki itu masih terus mahu menetap di rumahnya. Mengenangkan keadaan lelaki berkenaan yang hidup susah, Mohd Zin sekeluarga sanggup membantu membayarkan sewa rumah. "Lama-kelamaan kami jadi macam bodoh dan menuruti kemahuannya, dia sering mengatakan dirinya setaraf Nabi Isa dan berjanji akan membayar balik semua wang selepas dia mengeluarkan wang dari alam ghaib bernilai RM99 bilion," katanya. Mohd Zin berkata, lelaki itu turut mengakui bahawa mereka sekeluarga adalah kerabatnya dan pernah membawa mereka ke Pantai Cahaya Bulan bersama enam keluarga lain yang tidak dikenali, kononnya untuk memberikan pangkat dan nama gelaran sebagi persediaan tinggal bersama di sebuah istana yang bakal dibina di atas bukit di daerah Machang. "Setiap bulan kami diperintah membayar sewa rumah dan pembiayaan sekolah serta makan dan minumnya, jika berada di Kelantan, dia akan menghubungi saya atau isteri untuk memasukkan wang dalam akaunnya. Jika kami tidak berbuat demikian, dia akan mengenakan dam' atau denda yang mencecah RM2,000," katanya. Difahamkan, dalam tempoh itu juga, anak lelaki Mohd Zin membuat pinjaman sehingga RM100,000 hanya untuk membiayai kehidupan lelaki berkenaan. Isteri dan anak perempuannya juga dikatakan sanggup menggadai barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memberikan wang kepada lelaki itu. Anehnya Mohd Zin berkata, mereka sekeluarga tidak boleh marah kerana lelaki itu dikatakan pandai bermain dengan kata-kata dan sering memberitahu bahawa al-Quran itu hanya di bawah telapak kakinya, malah lelaki itu mengakui mampu mengampunkan dosa orang kerana boleh naik ke langit dan berunding dengan ALLAH. "Sampai satu tahap, kami tidak boleh membiayai perbelanjaannya kerana sudah tidak mempunyai wang, lelaki itu memberitahu kami tidak layak menjadi kerabatnya dan perlu dibuang. Ketika itu barulah kami sedar tentang apa yang berlaku selama empat tahun lalu," katanya. Menurutnya, sejak berkahwin, warga emas itu juga tanpa segan silu melakukan hubungan kelamin bersama anaknya diruang tamu rumah secara terbuka pada waktu malam. "Sampai sekarang anak mereka tidak boleh dibintikan nama bapanya kerana perkahwinan dianggap tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Negara" katanya. Salurkan maklumat kepada keluarga Isteri Mohd Zin, Siti Habshah Yusof, 65, berkata, anak perempuan berjaya ditemui selepas hampir setahun menghilangkan diri dan dibawa pulang ke rumah, namun lari semula mengikut lelaki itu. "Kami tidak tahu dia lari ke mana, ada sekali dia hubungi dan beritahu supaya kami sekeluarga tidak mencarinya sampai bila-bila kerana dia bahagia bersama suaminya. "Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri berkata begitu, sudah berpuluh ustaz dipanggil untuk membantu memulihkan dan mencari Maizura, semuanya tidak berhasil, saya yakin anak saya sekarang hidup susah kerana sewaktu mula-mula berjumpa dengannya, keadaan amat lesu, pucat dan tidak bermaya," katanya. Katanya, dia sudah berikhtiar pergi mencari lelaki itu di rumahnya di Pasir Mas, namun isterinya memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak lebih setahun yang lalu. "Tujuan saya menghebahkan kepada media bukan mahukan publisiti, tetapi berharap orang ramai yang mengetahui di mana anak saya berada dapat menyalurkan maklumat, kami juga berharap agar tidak ada lagi orang di luar sana terus terpedaya dengan lelaki ini," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Maizurah boleh menghubungi talian Mohd Zin 017-3257271 atau Mohd Affendi 019-6137014. Sehingga kini, empat laporan polis telah dibuat di Ampang dan Gombak berhubung penipuan warga emas berkenaan. -SH |
| Kemelut Kedah: Pelangi Muncul Selepas Ribut Melanda Posted: 05 Mar 2012 08:00 PM PST Kedah: Salahudin menangis kegembiraanKUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat. Salahudin..., Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily. "Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'. Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu. Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah. PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri. Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu. Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu. "Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily. Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat. "Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini. -HD Ulasan GB Kita berharap episod Kedah yang begitu mencemaskan parti benar-benar berakhir. Sebelum berlansungnya Majlis Mahabbah, GB menghubungi YB Salehuddin terlebih awal mendoakan agar usahanya dalam misi untuk selesaikan kemelut di Kedah akan diberikan kejayaan cemerlang oleh Allah swt. Malam itu, GB sedikit berdebar untuk mengetahui keputusan namun keyakinan bahawa Allah swt akan menolong menjadikan GB terus mengikuti perkembangan Majlis Mahabbah. Segalanya selesai, kata YB Salahuddin di dalam satu video wawancara yang disiarkan oleh AntaraPos. Alhamdulillah, dan GB berpendapat misi Salehuddin telah pun berjaya sekalipun beliau menyatakan keputusan rasmi hanya akan diumumkan kemudian. GB tidak mahu menganggu Salehuddin dengan bertanyakan apa-apa dahulu, setentunya beliau di dalam keadaan yang masih berserah kepada Allah kerana belum mengetahui riaksi sebenar ketiga-tiga mereka yang terlibat dengan kemelut Kedah itu. Laporan akhbar media arus perdana begitu banyak, bertubi-tubi cuba memporak-perandakan PAS sehingga sebuah akhbar luncai menyatakan Azizan akan tumbang sebelum PRU13. Laporan harakahdaily sewaktu awal-awal krisis Kedah meletus agak mengecewakan, kecuali beberapa kolumnis seperti Ahmad Lutfi Othman yang ada menulis mengenainya. Tiada sebarang liputan dan berita dikeluarkan sebelum dan pada Malam Mahabbah, sekalipun yang turun di Kedah adalah pimpinan PAS Pusat. Dan GB pun menulis (petikan): GB meminta pihak petugas akhbar rasmi PAS, Harakahdaily supaya mempertingkatkan efficiency dan effectiveness agar laporan mengenai isu-isu yang membabitkan parti cepat dilaporkan di dalam akhbar online PAS tersebut. Ayat terakhir itu: membiarkan lambakan laporan sonsang arus media perdana tidak berjawab - apakah di atas alasan kerana Harakahdaily berprinsip meraikan perbezaan pendapat? Hanya bermula hari semalam, barulah harakahdaily memuatkan beberapa laporan mengenai isu Kedah. Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tersiar Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat sekalipun lewat dari sebuah akhbar tabloid yang lain yang menjadi tumpuan rakyat untuk mendapatkan berita yang lebih neutral di dalam isu Kedah ini. GB kehairanan kerana sebelum itu dimaklumkan kedua-dua exco yang terlibat akan membuat press conference pada sebelah petang selepas keputusan diumumkan oleh Setiausaha Agong. GB tertanya-tanya, PAS sudah tidak ada disiplinkah sehingga sesiapa pun boleh bertindak membuat press conference, tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi parti? Itu sebab mengapa GB menulis: PAS Pusat Patut Halang Phahrolrazi Adakan Sidang Media. Press Conference tetap berjalan juga. Ramai yang menhubungi GB menanyakan perkembangan terkini. GB katakan itu hal mereka sekalipun GB sebelum ini menyatakan di dalam konteks berjemaah, setelah merujuk beberapa kitab dan guru, adalah tidak patut malah haram untuk mengadakan press conference sendiri-sendiri setelah PAS Pusat membuat satu-satu keputusannya. Keputusan PAS Pusat sepatutnya dipatuhi, diterima dan semua perlu akur dengannya. Dan sebarang keputusan samada terima atau tidak hendaklah disalurkan terus kepada J/K Misi Mahabbah, bukan dengan memanggil press conference. Hormatilah kepimpinan. Itu bagi orang yang tahu memelihara adab di dalam jemaah, tidak biadab. Entahlah, masing-masing dah jadi cacamarba kini. Kini harakahdaily menyiarkan mengenai Perspektif pemimpin PAS dalam perbedaan pendapat. GB tak tahu apa tujuannya. Tajuknya seperti cuba membuat justifikasi mengapa harakahdaily tidak membuat liputan mengenai isu Kesah dan seolah-olah seperti hendak "mengajar" pihak tertentu khususnya MB Kedah. Tetapi mujur kesemua pendapat orang kuat-kuat PAS yang ditonjolkan memberikan pandangan yang selari dengan pandangan GB sebelum ini: (petikan hujjah Mohd Sabu) ... PAS sebagai jamaah Islam, apabila sesuatu keputusan dicapai, semua ahli dan pimpinan harus mengikut keputusan tersebut walaupun hati kita kadang-kala tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Dan semuga isu Kedah ini ditutup rapi. Tiada press conference lagi selepas ini. Bak kata seorang jurukomen di dalam komentarnya: Kita bersyukur ada hikmah PRU13 tidak dipanggil pada bulan Mac ini. Jika tidak punahlah Kedah dari PAS angkara kemelut yang melanda. Petikan ulasan GB sebelum ini: Dan kita berharap isu Kedah selesai, bukan sekadar untuk menghadapi pilihanraya tetapi keputusan untuk jangkapendek dan jangkapanjang demi kemantapan jemaah PAS seluruhnya khususnya PAS Kedah. Sewaktu pulang tengah malam tadi dari majlis Perasmian Mesyuarat Agong PAS Berkelompok anjuran PAS Kawasan, banyak perkara bermain-main di kepala ini terlingkar di dalam khauf dan rajo'... Ohh... indahnya jika pelangi itu ada! Ia adalah hadiah untuk seorang sahabat... Salehuddin Ayub namanya yang menyebabkan airmata GB turut sama berderai menyambut kejayaannya di dalam menempuh ujian berat selepas diangkat menjadi Naib Presiden 1 PAS. Takbir! Allahu Akbar! |
| Jimmy Tampar Isteri Untuk Elaknya Jadi Derhaka Terhadap Suami Posted: 05 Mar 2012 05:30 PM PST Jimmy Ingin Berbaik Dengan IsteriSHAH ALAM: Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley akan terus berusaha untuk berbaik semula dengan isterinya demi anak sulung mereka, Zahrah Shanley yang berusia sembilan bulan. Jimmy (kanan) bersama peguamnya hadir meneruskan prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin. Jimmy berkata, semua perkara yang dilakukannya termasuk "naik turun" mahkamah adalah demi anaknya itu dan masih berharap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy akan kembali taat kepadanya. "Sudah tentu saya masih sayangkan isteri saya dan apa yang saya lakukan ini adalah semata-mata untuk kebahagiaan kami. "Paling penting adalah untuk Zahrah, anak kami," ujarnya kepada mStar Online. Jimmy ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Isnin. Dalam pada itu, Jimmy berkata dia telah cuba untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi gagal kerana keengganan isterinya berbuat demikian. Katanya, dia tidak mempunyai pilihan selain meneruskan prosiding di mahkamah."Ikutkan hati biarlah kemelut rumah tangga kami menjadi rahsia di antara kami tetapi cara untuk diselesaikan secara baik nampaknya tidak menunjukkan hasil," katanya. Bercakap mengenai kesnya yang mendapat perhatian dengan pelbagai pendedahan, kata Jimmy, ia adalah harga yang perlu dibayar olehnya kerana bergelar seorang selebriti. Sementara itu, Jimmy enggan mengulas mengenai anaknya dan memberitahu telah menyerahkan kepada mahkamah selepas isterinya itu membuat tuntutan hadanah (tuntutan hak penjagaan anak). Ujarnya, dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan mengenai soal anak. Pada prosiding yang diakan Isnin, Jimmy mengaku pernah menampar isterinya semasa bercuti untuk berbulan madu di Koh Samui, Thailand selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga. Nursuhaila yang turut hadir pada sesi berkenaan turut memberitahu mahkamah sudah tawar hati terhadap suaminya itu. Pasangan tersebut bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986. Perkahwinan mereka mendatangkan masalah sehingga Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama. -mstar Jimmy mengaku tampar isteri |
| Suhaila Menderita Mempunyai Dua Rahim & Satu Buah Pinggang Posted: 05 Mar 2012 02:53 PM PST Bantulah saya selamatkan Suhaila...SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik. Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya senggugut setiap kali datang bulan. Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor. Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar. Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang. Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana. Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid. Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang. Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala. Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila. Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi. Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini. Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya. Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumbangan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup. Pastinya ada yang bertanya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran. Pihak hospital memaklumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedahkan Suhaila kepada risiko. Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut. Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan. Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menyelamatkan nyawa Suhaila. Tolonglah! Permudahkanlah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila! Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281 |
| Amerika Lebih Takut Ahmedinejad Kalah Dalam Pilihanraya Presiden Iran Posted: 05 Mar 2012 06:56 AM PST Pilihanraya presiden Iran: Mahmoud Ahmadinejad jauh ketinggalanTEHERAN: Undi terbaru menunjukkan mereka yang setia dengan pemimpin ulama Iran, menang 75 peratus kerusi dalam pilihan raya parlimen, menjadikan calon Presiden Mahmoud Ahmadinejad semakin sukar untuk menentang puak konservatif. Keputusan undi Jumaat lalu, sebahagian besarnya dipulau oleh golongan reformis yang pemimpin mereka masih dikenakan tahanan rumah, tidak akan memberi kesan yang besar terhadap dasar luar Iran, termasuk pertikaian nuklear dengan Barat. Namun begitu, ia akan memberi kelebihan yang ketara kepada kem Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam pilihan raya presiden, pada 2013. Kekalahan besar penyokong Ahmadinejad mungkin akan menghakis kuasa presiden, yang diapi-apikan oleh sekutu Khamenei kerana ia telah mencabar kuasa pemimpin tertinggi dalam pemerintahan Iran yang berlapis-lapis itu. Dengan 90 peratus daripada peti undi yang dikira, penyokong Khamenei dijangka menduduki lebih daripada dua per tiga daripada 290 kerusi dalam Parlimen, menurut senarai yang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri. -Reuters Ulasan GB Walaupun Amerika takut dengan kemenangan Ahmedinejad, namun kekalahan Ahmedinejad lebih menakutkan dan mengerikan Amerika kerana yang menang ialah kem Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang lebih ketara dan keras prinsipnya terhadap Amerika. |
| MBAS Beri Amaran Kepada Pihak Yang Turunkan Kain Rentang Iklan Surau Posted: 05 Mar 2012 05:50 AM PST Jangan bertindak sendiri'ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak membenarkan orang awam mengambil tindakan sendiri termasuk mengoyak papan iklan kerana perbuatan berkenaan menyalahi undang-undang. Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad (gambar kecil) berkata, walaupun papan iklan itu tidak mempunyai permit kelulusan namun mereka tidak boleh berbuat sesuka hati kerana masih bawah bidang kuasa MBAS. Menurutnya, selalunya dalam kes melibatkan iklan haram MBAS akan merampas papan iklan berkenaan termasuk menurunkannya sehingga pemilik datang menuntut semula termasuk membayar permit sebelum boleh digantung semula. "Kita tidak akan merosakkan papan iklan berkenaan kerana soal permit dengan kos pembiayaan iklan berkenaan berbeza dan pemilik boleh mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis sekiranya iklan mereka dirosakkan untuk menuntut ganti rugi. "Perbuatan merosakkan papan iklan itu akan menyebabkan pemilik terpaksa menanggung kerugian," katanya kepada Sinar Harian. Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan, Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) membantah tindakan pemaju Aman Central menaikkan papan iklan memaparkan gambar surau baru bersebelahan Madrasah Salihiah kerana dianggap boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, mereka mula menyedari kewujudan papan iklan itu sejak seminggu lalu dengan menjangkakan ia mendapat kebenaran MBAS bagaimanapun setelah dirujuk papan itu dinaikkan tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) . Mengulas mengenai kejadian itu, Mat Noh berkata, beliau tidak mengetahui tentang perkara berkenaan. -SH Bantah pemaju letak iklan surau |
| Nahas Kereta Api Terburuk Di Poland - 16 Maut 60 Cedera Posted: 05 Mar 2012 04:13 AM PST Warsaw(Poland): Pasukan penyelamat berhempas-pulas sepanjang malam untuk mengeluarkan mereka yang terselamat daripada bangkai kereta api yang terlibat dalam satu kecelakaan kereta api di Szczekociny, Poland, kelmarin.Kecelakaan itu menyebabkan 16 orang mati dan hampir 60 yang lain cedera, termasuk seorang yang dalam keadaan serius. 'Saya boleh sahkan 16 kematian. Kami baru sahaja menarik keluar seorang mangsa daripada bangkai kereta api tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinan ada mangsa lain setelah keseluruhan bangkai diperiksa,' kata jurucakap khidmat kecemasan di Szczekociny, Encik Pawel Fratczak. Tambahnya, operasi menyelamatkan mereka yang cedera sudah pun berakhir. Ketika tiba di tempat kejadian, Presiden Poland, Encik Bronislaw Komorowski, berkata beliau akan mengumumkan tempoh perkabungan seluruh negara setelah operasi menyelamat selesai. Sementara itu, Perdana Menteri Poland, Encik Donald Tusk, menyifatkan kecelakaan itu sebagai bencana paling buruk sejak 20 tahun lalu. Selain rakyat Poland, warga Ukraine merupakan antara mereka yang tercedera, sementara warga Perancis dan Sepanyol, yang turut menaiki kereta api itu terlepas daripada sebarang kecederaan. Sejumlah 350 penumpang berada di dalam dua kereta api yang terlibat dalam kecelakaan itu. Menurut syarikat kereta api PKP, kedua-dua kereta api bertembung pada 9 malam (waktu tempatan) kerana kedua-duanya menggunakan landasan yang sama. Satu kereta api sedang dalam perjalanan ke bandar selatan Krakow dari ibu kota Poland, Warsaw, sementara yang satu lagi dalam perjalanan dari Warsaw ke bandar tenggara, Przemysl. Gambar-gambar nahas oleh saluran berita komersial, TVN24, menunjukkan bertan-tan besi remuk, dengan laporan menyatakan selain daripada kepala kedua-dua kereta api, sekurang-kurangnya tiga gerabak tergelincir dari landasan. 'Kami terdengar bunyi yang memekakkan dan kami tercampak dari kerusi. Kami nampak mayat terhempap di bawah kerusi dan beberapa mayat dengan sebahagian badan di luar kereta api dan sebahagian lagi di dalam gerabak,' kata salah seorang penumpang yang terselamat kepada agensi berita PAP Polish. 'Ia sangat mengerikan. Skala kemusnahan sangat besar,' kata salah seorang anggota bomba yang pertama tiba di tempat kejadian. Sejumlah 450 anggota bomba dan 100 anggota polis terlibat dalam kerja-kerja menyelamat, kata jurucakap pasukan tindakan kecemasan. Kemalangan kereta api kelmarin merupakan nahas kereta api paling buruk di Poland sejak 1990. Dalam nahas pada 1990, 16 orang terbunuh apabila dua kereta api bertembung di kawasan luar bandar Warsaw, Ursus. -- AFP. |
| Kesemua Akur Dan Patuh Arahan PAS Pusat Tapi... Posted: 05 Mar 2012 03:24 AM PST Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS PusatKUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri. "Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily. Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah. "Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi. Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan. "Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily. Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini. "Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini. Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam. Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam. Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam. "Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar. "Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah. "PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini. -HD Ismail tolak exco jika tiada 'perubahan pentadbiran' Azizan: Saya patuh arahan Pas Pusat Ulasan GB Kamikaze? Niat yang baik tetapi kaedah yang salah (sehingga jemaah menjadi porak-peranda) tidak menepati akhlak jemaah. Anehnya semua tak mahu diasosiasikan dengan nama Hassan Ali, tapi cara dan tindakan Hassan Ali itulah yang diikutinya. Dewan Ulamak PAS Pusat perlu lebih proaktif selepas ini supaya semua ahli jemaah khususnya peringkat "pemegang jawatan" diberikan tarbiyah sewajarnya. Ketara di dalam isu Kedah ini ada ahli peringkat pimpinan sendiri tidak mengethaui kaedah tanzim di dalam jemaah. |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Tiada ulasan:
Catat Ulasan