Selasa, 6 Mac 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


76% pengundi muda Melayu mahu Anwar dan Najib berdebat

Posted: 05 Mar 2012 08:25 PM PST

KAJIAN yang dibuat oleh Merdeka Center sebuah badan bebas yang mengkaji pendapat umum berkenaan sesuatu isu baru sahaja diterbitkan.

Kali ini tinjauan dibuat berhubung isu perdebatan antara Perdana Menteri, Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Apa yang menarik, pungutan suara yang dibuat di sekitar semenanjung Malaysia itu menunjukkan bahawa 76% pengundi muda berbangsa Melayu mahu Najib Razak dan Anwar Ibrahim berdebat.

Difahamkan daripada hasil tinjauan, perdebatan ini nanti juga akan membantu para pengundi untuk memilih parti manakah untuk dipilih dalam pilihanraya akan datang.

Jika Najib benar-benar yakin bahawa dasar yang dibawa oleh kerajaan pentadbirannya adalah lebih baik, beliau patut merebut peluang berdebat dengan Anwar Ibrahim ini.

Inilah masanya beliau menjelaskan dengan lebih terang dasar-dasar yang dibawanya ketika jutaan rakyat tertumpu kepada menyaksikan perdebatan mereka berdua.

Masa ini juga Anwar Ibrahim berpeluang menjelaskan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang akan dibawa jika berjaya mentadbir negara.

Tapi apakan daya, Najib pemimpin yang lemah, selalu teragak-agak di dalam membuat keputusan. Nak pilih tarikh PRU13 pun dia pening kepala apa lagi nak berdebat?

Masih ingat kata Najib, "Anwar akan demam kalau berdebat dengannya". Wahai Najib, satu Malaysia nak lihat kamu demamkan Anwar, takkan cakap je derr?



ReJaM© "Malang Malaysia dapat PM lemah berdebat pun takut... "

Bangunan baru UPSI: Tidak sampai sebulan siling dah runtuh

Posted: 05 Mar 2012 03:20 PM PST

MINGGU lalu, ReJaM© ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, Perak ketika 7 orang mahasiswa termasuk seorang aktivis dipanggil untuk sesi kawad cam rujuk sini [KeadilanKini].

Mereka diarahkan ke balai polis untuk membantu siasatan melalui pengecaman saksi-saksi polis bagi mengenalpasti individu-individu yang menyertai himpunan kebebasan akademik malam tahun baru 2012 yang lalu.

Antara yang turut dipanggil ialah saudara Hilman Idham, pegawai khas Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang juga bekas ahli jawatan kuasa Soladiriti Mahasiswa Malaysia (lima dari kiri dalam gambar).



Buat pengetahuan sahabat pembaca, IPD Tanjung Malim terletak tidak sampai 200 meter dari Kampus Induk Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI. Atau lebih mudah, ia hanya berdepan dengan pintu masuk utama UPSI.

Semasa berada di sana, ReJaM© dihampiri oleh seorang pelajar UPSI yang menjelaskan bahawa sebuah lagi kampus UPSI yang baru dibina sudah siap diduduki.

Kampus baru itu terletak barangkali sekitar 2 kilometer dari kampus induk yang lama. Baru tidak sampai sebulan para pelajar dan staff mula mendudukinya. ReJaM© turut ke sana.

Apa yang cukup memeranjatkan, pelajar ini memberitahu bahawa siling bangunan baru ini sudah ada yang runtuh kerana bocor ditimpa air ketika hujan lebat.

Pelajar ini turut memaklumkan bahawa sudah banyak aduan dan rungutan namun tiada apa-apa perubahan dilihat. Tiada sebarang tindakan diambil.

Memandangkan hari sudah agak petang, ReJaM© tidak sempat untuk meninjau kesemua lokasi siling yang dikatakan runtuh itu, namun sempat mengambil gambar salah sebuah lokasi yang dimaksudkan iaitu di bilik salah seorang pensyarah.



Difahamkan, mereka juga mengalami masaalah penghawa dingin, di mana hanya satu alat kawalan yang terpaksa dikongsi dalam satu bangunan menjadikan mereka terpaksa berlari dari satu aras ke satu aras untuk mendapatkan alat kawalan penghawa dingin.

Semasa keluar dari kampus baru itu, ReJaM© terpandang satu papan tanda tentang maklumat projek yang dijalankan di kawasan tersebut. Di sana tertulis "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional"

Dalam hati ReJaM© berbisik "padanlah tak sampai sebulan siling dah runtuh". Serta merta juga ReJaM© teringat kisah stadium yang baru dibina di Terengganu runtuh sebelum sempat digunakan.




ReJaM© "Petanda bahawa Barisan Nasional dah nak runtuh..."

Guru terkilan dengan taktik terdesak BN mengkaji sokongan

Posted: 05 Mar 2012 02:13 AM PST

PELBAGAI cara dan kaedah digunakan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak di dalam mengkaji tahap sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. Beliau ingin tahu adakah BN mampu peroleh kemenangan?

Sebelum ini telah didedahkan di MiLo SuaM berhubung edaran borang kaji selidik untuk mengkaji sokongan para guru terhadap Barisan Nasional rujuk sini [Guru terpaksa].

Najib hanya akan mengumumkan pilihanraya jika beliau yakin bahawa Barisan Nasional mampu menang besar dalam PRU 13. Beliau sedar jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin Yassin akan menggunakan alasan itu untuk memaksa beliau meletak jawatan seperti yang berlaku kepada Abdullah Badawi.

Maka tidak hairanlah jutaan wang, tenaga dan masa terpaksa digunakan untuk mengkaji tahap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Wang pembayar cukai digunakan demi kepentingan parti Barisan Nasional.

Satu lagi taktik terdesak didedahkan oleh salah seorang sahabat pembaca MILo SuaM. Di bawah ini screenshot email yang dihantar kepada ReJaM© mendedahkan bagaimana beliau diajukan soalan-soalan berunsur politik.



Pengirim email yang mendakwa dirinya seorang guru ini meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan menjejaki pengundi-pengundi sampai begini sekali. Kalau kita lihat dari sejarah, inilah kali pertama BN berusaha keras untuk mengkaji sokongan rakyat terhadap mereka.

Sudah diketahui umum bahawa Najib Razak sangat lemah di dalam membuat keputusan. Maka sejumlah wang yang besar, masa dan tenaga terpaksa dibelanjakan untuk membantunya memilih tarikh PRU ke 13.


ReJaM© "Duit siapa yang digunakan kalau bukan duit rakyat? "

Tiada ulasan: